Firman Allah SWT;
واتقوا الله واعلموا أن الله مع المتقين
Maksudnya;
Dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa ( Al-Baqarah: 194)
MUQADDIMAH
Taqwa  adalah jalan untuk mencapai matlamat kerohanian di dalam Tarbiyah  Ruhiyyah. Ia penting demi keberkesanan petugas dakwah menjalankan  kerjanya untuk membimbing manusia ke jalan Allah. Bahkan ia penting  untuk memastikan perjuangan Islam akan dibantu oleh Allah SWT.
PENGERTIAN TAQWA
Perkataan  taqwa berasal daripada kata nama 'ittiqa' dengan erti menjadikan  dirinya terselamat daripada apa yang ditakuti atau daripada kata nama  'waqayah' dengan erti menjadikan sesuatu itu sebagai perisai penyelamat  daripada sesuatu. Dari sudut istilah (syarak) taqwa ialah usaha menjaga  diri daripada sesuatu yang merosakkan atau yang membawa kepada celaan,  kemurkaan dan seksaan. Ini termasuk faktor yang membawa kepada perkara  terbabit. Pengertian taqwa boleh disimpulkan; sifat yang tetap pada diri  seseorang, yang terbentuk daripada perasaan takut kepada Allah,  perasaan pengabdian kepada-Nya, berasa penuh tanggungjawab terhadap-Nya  atas segala gerak laku perbuatan yang lahir mahupun batin.
KEPENTINGAN TAQWA DI DALAM PERJUANGAN
Kepentingan  aspek ruhi dan maknawi ini telah menghadirkan Saidina Umar al-Khattab  yang berpesan kepada Saad bin Abi Waqqas, komander tentera Islam yang  meruntuhkan kerajaan Parsi. “Amma ba’du, sesungguhnya aku  memerintahkanmu untuk bertaqwa kepada Allah atas segalanya. Sebab, taqwa kepada Allah adalah  persiapan paling sempurna menghadapi musuh dan tipu daya dalam  pertempuran. Aku perintahkan kamu dan orang yang menyertaimu untuk  selalu menjaga diri dari perbuatan maksiat yang berasal dari diri kalian  sendiri daripada maksiat musuh-mush kalian. Sebab, dosa tentera kita  lebih aku takutkan daripada kekuatan musuh.Ketahuilah bahawasanya  kemenangan kaum muslimin disebabkan perbuatan maksiat musuh-musuh mereka  terhadap terhadap Allah .  Kalau bukan demikian, kita tidak punya kekuatan apa-apa kerana jumlah  kita tidak sebanyak mereka dan persiapan tempur tidak selengkap mereka.  Jika kita berbuat maksiat, maka mereka memiliki keunggulan kekuatan  (kerana jumlah dan persenjataan yang lebih canggih). Kita bisa menang  kerana keutamaan kita (meninggalkan maksiat)”.
PENUTUP
Dunia selalu tercengang melihat ’keajaiban’ tentera Islam yang sedikit mampu mengalahkan ratusan ribu musuh-musuh Allah . Kesimpulannya, syarat pertama untuk menang adalah taqwa kepada Allah dan menjaga diri dari maksiat. 
 
 
No comments:
Post a Comment