KELIMA :CARA-CARA
MENGUBATI DAN MENGAWASI PENYAKIT “PENDAM RASA”
Penyakit “memendam rasa” mungkin dapat diubati dan
diawasi dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
1- Seseorang itu mestilah mengenal
pasti tugasnya diatas muka bumi ini serta mengetahui halangan dan rintangan
laluannya dan mesti tahu jalan selamat.
Sesungguhnya seseorang insan
itu
apabila dia mengetahui tentang tugasnya di atas muka bumi ini dan tahu tentang
pula tentang halangan-halangan laluannya serta dapat mengenal pasti jalan
selamatnya maka ia terus melalui dan mengharungi halangan-halangan tersebut
demi melaksanakan tugasnya tanpa menghiraukan segala kesusahan dan kepayahan
yang menimpanya, bahkan ia hanya mengharapkan balasan ganjaran pahala daripada
Allah سبحانه وتعلى , disini
tidak timbul lagi “memendam rasa” dan tekanan jiwa.Lembaran sejarah semuanya
dimuatkan dengan terang gemilang pengertian kata-kata ini.
Saiyidah
Aishah رضي الله عنها meriwatkan, katanya ketikamana sahabat-sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم, berhimpun bilangan
mereka 38 orang.Saiyidina Abu Bakar menggesa Rasulullah صلى الله عليه وسلم agar muncul berhadapan dengan orang-orang musyrikin,
Rasullullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
Wahai Abi Bakar sesungguhnya bilangan kita kecil (yakni sedikit) namun demikian
Abu Bakar terus menggesa hinggalah Rasulullah muncul,orang-orang Islam berpecah
dan berada di sudut-sudut masjid,setiap seorang bersama dengan keluarganya,
Saiyidina Abi Bakar bangun berucap kepada orang ramai, Rasulullah صلى الله عليه وسلم duduk, maka
Saiyidina Abi Bakar yang menjadi khatib atau penceramah yang pertama yang
berdakwah kepada Allah dan rasulnya,orang-orang musyrikin membantah terhadap
Abu Bakar dan orang-orang Islam, lalu mereka dipukul disudut-sudut masjid
hingga parah, Saidina Abi Bakar dipijak dan dilanyak sungguh-sungguh,lalu
seorang fasik yang bernama Utbah Bin Rabi’ah menghampirinya dan memukulnya
dengan kasut dan ditenyeh mukanya dengan kedua-dua kasutnya(dilakukan semuanya
ini dalam keadaan dia berada diatas perut Saiyidina Abi Bakar) hingga tidak
dapat dibezakan mana muka dan mana hidungnya.
Maka datangalah Banu Tiim(بنو
تيم) lalu menghalang orang-orang musyrikin
daripada Saidina Abi Bakar. Bani Tiim (بنى
تيم) membawa
(mengusung) Saiyidina Abi Bakar dengan menggunakan kain dan mereka bawa masuk
dalam rumahnya,dan mereka tidak ragu-ragu lagi tentang hampir ajalnya,kemudian Bani
Tiim(بنى تيم) balik dan masuk dalam
masjid , lalu mereka berkata: Demi Allah jika sekiranya Abu Bakar mati nescaya
kami akan membunuh Utbah Bin Rabi’ah, kemudian mereka balik semula kerumah Saiyidina
Abu Bakar. Abu Qahafah dan Bani Tiim(بنى
تيم) bercakap dengan Abi Bakar, hampir malam
barulah Saiyidina Abi Bakar bercakap.Maka katanya: Apa yang Rasulullah صلى الله عليه وسلم lakukan
? lalu mereka menenangkan dengan kata-kata
berhikmah,kemudian mereka bangun sambil berkata kepada ibunya Ummul Khair
.Jagalah dia baik-baik,bagi dia makan dan bagi dia minum,maka tatkala ibunya
bersendirian disampingnya dia berkata lagi: Apa yang Rasulullah lakukan? Kata
ibunya : demi Allah aku tidak tahu menahu dengan kawan kamu itu lalu beliau
berkata : Pergilah jumpa Ummul Jamil Binti Al-Khatab tanyalah dia tentang Rasulullah.Maka ibunya pun keluar sehingga
berjumpa dengan Ummul Jamil,lalu berkata Abu Bakar bertanyakan engkau berkenaan
dengan Muhammad Bin Abdullah,kata Ummul Jamil,aku tidak kenal Abu Bakar,dan aku
tidak kenal Muhammad Bin Abdullah,boleh aku pergi bersama engkau untuk berjumpa
dengan anak kamu? Kata Ummul Khair (ibu Abu Bakar)ya, boleh,apabila sampai
dirumah didapati Abu Bakar tidur tersungkur,Ummul Jamil menghampirinya,lantas
mengangkat suaranya dengan berkata: Demi Allah puak-puak yang melakukan
perkara-perkara ini terhadap engkau,mereka adalah puak jahat dan kufur,dan
engkau aku berdoa agar Allah menuntut bela bagi pihak engkau.Kata Abu Bakar:Apa
yang Rasulullah lakukan? Kata Ummul Jamil :
Selamat dan baik,kata Abu Bakar : Dia dimana sekarang? Kata Ummul Jamil
: Dia berada dirumah “ Ibnu Arqam” Kata Abu Bakar : Aku tak akan makan dan tak
akan minum sehingga aku berjumpa Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
Maka kedua-dua mereka (Abu Bakar dan Ummul Jamil)
mengatakan,nanti dahulu,apabila keadaan reda,manusia senyap sepi (tengah
malam)kedua-dua membawa abu bakar dengan memapahnya hinggalah sampai jumpa Rasulullah,Rasulullah
memeluknya dan mengucupnya,begitu juga
orang-orang yang lain lakukan,Rasulullah صلى الله عليه وسلم amat kesian dan bersimpati
dengan Abu Bakar, maka kata Abu Bakar : Demi ibu dan bapaku wahai Rasulullah,sebenarnya
tidak ada apa-apa bagi diriku,Cuma sedikit sahaja yang dilakukan oleh fasik Utbah Bin Rabi’ah dibahagian
mukaku,dan ini ibuku,cukup baik dan berbudi terhadap anaknya,engkau amat
berkat,mohonlah kepada Allah agar ia
diselamatkan daripada api neraka,maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم pun
berdoa kepada Allah,maka ibunya memeluk Islam dan tinggal bersama-sama Rasulullah
صلى الله عليه وسلم dirumah Ibnul Arqam sebulan,maka
jadilah mereka 39 orang.Sesungguhnya Saiyidina Hamzah Bin Abd Mutalib juga
memeluk Islam dihari Saiyidina Abu Bakar dipukul.
Begitu juga bila mana Abu Zar Al-Ghifari memeluk Islam,Rasulullah
صلى الله عليه وسلم bersabda kepadanya :
إرجع إاى قومك
فأخبرهم حتى يأتيك أمرى" " “baliklah kepada kaum(kelompok) kamu, maka beritahu mereka
sehinggalah sampai kepada engkau arahanku”.
Maka kata Abu Zar : Demi yang mengutuskan engkau dengan
kebenaran,aku akan pekikkan kalimah syahadah ditengah-tengah khalayak ramai”
maka ia pun keluar sampai sahaja di masjid dia berkata dengan suara yang
lantang : أشهد أن لا إله إلا الله و أن محمدا رسول الله kemudian dia terus
bangun maka mereka memukulnya hingga tersungkur,datang Al-Abbas memeluknya,
lantas berkata : Celaka boleh,bukankah
kamu tahu bahawa dia ini dari suku “Ghifar” laluan perniagaan kamu ke Sham,maka
Al-Abbas menyelamatkan dia daripada mereka,esok hari dia ulangi, mereka pukul
lagi,Al-Abbas selamatkan…. Al-Hadis.
Contoh-contoh daripada “ hayat sahabat” banyak tidak
terkira,begitu juga apa yang berlaku
dalam zaman “ pemerintahan paksaan “ yang dialami ummat Islam kini,pejuang-pejuang
gerakan Islam bangun menentang kezaliman
yang cuba menerapkan “ manhaj komunis,
sokbiah,zionis,sekular, (بعث ) ba’ath, dan lain-lain,mereka menanggung penderitaan dan terus
menanggung banyak perkara demi mempertahankan Islam dan tidak mahu menjadi
hamba tawanan kepada “penyakit memendam rasa” dan tertekan sambil mengharapkan
ganjaran pahala daripada Allah setiap kali ditimpa musibah,penuh keyakinan
bahawa inilah laluan pendakwah,penderitaan,ujian, penderaan,pencabulan kemudian
datanglah kemenangan melaksanakan Islam,kedamaian dan keamanan.
2)- Tanamkan sifat berani memberi
pendapat serta membuat pembetulan dengan bijak sekiranya ia salah.
Daripada Sahl(سهل ) katanya : Seorang
lelaki lalu dihadapan Rasulullah صلى الله عليه وسلم lantas
baginda berkata : Apa kamu semua hendak kata tentang lelaki ini? Mereka
menjawab : Orang merdeka,jika ia melamar patut dinikahkan,jika ia meminta
pertolongan patut diberi pertolongan,dan jika ia berkata hendaklah didengar.Kemudian
baginda diam,tiba lalu pula seorang
lelaki lain dari kalangan orang-orang miskin,baginda berkata : Ini apa kamu hendak kata pula? Kata
mereka,orang merdeka,jika dia melamar
jangan dinikahkan,jika meminta pertolongan jangan diberi,jika berkata jangan didengar,kata Rasulullah صلى الله عليه وسلم “ yang
ini adalah lebih baik (ملء الأرض ) seribu kali daripada yang satu lagi.
(و الله أعلم )
Daripada Khansak Binti Khaddam Al-Ansariah : Sesungguhnya
dia dikahwinkan oleh bapanya,sedang dia adalah janda (ثيب ) Khansak tidak mahu (benci) perkahwinan tersebut dia datang
berjumpa Rasulullah صلى الله عليه وسلم maka baginda menolak pernikahannya.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم selalu
bermesyuarat dengan sahabat-sahabat baginda pada perkara-perkara yang tidak ada
nas,berdasarkan firman Allah وشاورهم فى الأمر
(آل عمران 159 ) dan menggalakan para
sahabat mengeluarkan pendapat dan pandangan,baginda menghormati pendapat dan pandangan mereka ,baginda
membuat pembetulan sekiranya terdapat kecacatan,begitulah juga dilakukan oleh
pimpinan-pimpinan agong selepas baginda صلى الله عليه وسلم hinggalah
kemasa dan zaman yang terdekat ini,
Daripada Al-Hasan katanya : Tidak ada mana-mana kaum yang
bermesyuarat dikalangan mereka melainkan Allah memberi pertunjuk hidayat lebih
baik daripada apa mereka putuskan.(والله أعلم ) .
Daripada
Al-Hasan juga berkata : Sebenarnya telah diketahui bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak
berhajat kepada pandangan-pandangan sahabat,tetapi baginda ingin jadikan sunnah
untuk mereka yang datang selepasnya.
Kata Al-Imam Assyafie : Sesungguhnya
pemerintah disuruh bermesyuarat ialah supaya peserta-peserta mesyuarat itu
dapat mengingatkan apa-apa yang terlepas pandang oleh pemerintah, dapat
menunjukkan hujjah dan dalil yang mungkin tidak dapat dibawa oleh pemerintah (الحكم ), bukan mesyuarat bertujuan supaya peserta-peserta mesyuarat
mengiakan apa yang disarankan oleh
pemerintah.Allah S.W.T tidak menganugerahkan ini kepada sesiapa selepas
Rasulullah صلى الله عليه وسلم terdapat
dalam catatan sejarah bagaimana pimpinan-pimpinan agung bermesyuarah,Saiyidina
Abu Bakar bermesyuarat dalam usaha memerangi orang murtad(menafikan kewajipan
zakat)-
القرأء merupakan peserta / ahli majlis mesyuarat Saiyidina Omar
Al-Khattab,Saiyidina Othman Al-Affan رضي الله عنهما bermesyuarat dengan para
sahabat supaya semua orang baca quran dalam satu mushaf sahaja… Begitulah
seterusnya.
3)- Menghormati pendapat orang lain
dan cuba mengguna pakai pendapat itu jika bermanfaat.
Abdullah
Bin Zubair Bin Al-Awwam datang kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, - seperti yang
dikatakan oleh ibunya Asma’ – selepas tujuh tahun untuk bermubaya’ah dengan
Nabi صلى الله عليه وسلم,
seperti yang disuruh oleh bapanya
Az-Zubair - Rasulullah صلى الله عليه وسلم senyum
ketika melihat Abdullah datang mengadapnya, kemudian bermubaya’ah.
Ini
pula Saiyidina Omar Al-Khattab,Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjemputnya
untuk di utus (dihantar) kepada ahli Makkah, hari “ Al-Hudaibiah” untuk memberitahu mereka
tentang hasrat Rasulullah,iaitu baginda tidak mahu berperang,tetapi mahukan
Baitillahil Haram, untuk menyempurnakan
umrah,Saiyidina Omar memberi pandangannya dalam tugas ini, katanya : Wahai
Rasulullah sesungguhnya aku takut dan bimbang diriku dengan Quraish,tetapi
tidak ada seorang dari Bani Adi(بني عدى ) yang boleh menahan aku,sebab Quraish tahu bahawa aku bermusuh
dengannya dan aku berlaku kasar terhadap mereka,tetapi aku cadangkan seorang
yang lebih hebat dan mulia dari aku iaitu Othman Ibnu Affan,Rasulullah
menghormati pandangan Saiyidina Omar Al-Khattab, maka baginda memanggil
Saiyidina Othman lalu diutus kepada kaum Quraish.
Apabila
selesai Suluh Al-Hudaibiah antara Nabi dan Suhail Bin Amru, wakil Quraish dalam
Al-Hudaibiah – Rasulullah صلى الله عليه وسلم bangun dan bersabda : Wahai manusia
sekalian,bersembelihlah dan bercukurlah, tidak seorang pun menyahutnya. Baginda
pulang kerumah bertemu dengan Ummu
Salamah, baginda bersabda : Wahai Ummu Salamah, mengapa manusia berkeadaan
demikian,kata Ummu Salamah : Mereka telah mengambil sikap seperti yang engkau
lihat, maka jangan kamu bercakap dengan
sesiapa pun, terus pergi kepada binatang sembelihan dimana binatang itu berada
dan sembelihlah dan bercukurlah, kalau tuan hamba berbuat demikian nanti semua orang turut melakukannya,maka
Rasulullah pun keluar dan tidak bercakap dengan sesiapapun, sehinggalah sampai
ke tempat binatang sembelihannya, lalu menyembelihnya, kemudian baginda duduk
dan bercukur, maka semua orang pakat sembelih kemudian bercukur, dan banyak
lagi gambaran-gambaran yang menunjukkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم menghormati
pendapat orang lain dan cuba mengguna pakai pendapat tersebut jika ianya
bermanfaat , bagitulah wajar diikut manhaj ini bagi mengubati penyakit
“memendam rasa” bahkan dapat menjaga dan mengawasinya sebelum terjebak.
4)- Membenarkan nilai-nilai murni
dan prinsip-prinsip mulia menjadi tuan.
Membenarkan nilai-nilai murni dan
prinsip-prinsip mulia menjadi tuan dapat membasmikan nilai-nilai yang meruntuhkan juga prinsip-prinsip yang tidak
berguna, atau sekurang-kurangnya pun dapat menyekat dan mengongkongnya berada
didalam daerah yang sempit dengan yang demikian akan hilanglah sebab utama yang menyebabkan “memendam rasa”
dan tertekan,bertitik tolak dari nilai-nilai murni dan prinsip-prinsip yang
mulia adalah tuntutan fitrah semulajadi , apabila tuntutan semulajadi ini
terjawab, lahirlah keamanan,kedamaian dan ketenteraman.
Tujuan
jihad dalam agama kita yang mulia ini,bahkan risalah-risalah para nabi dan
rasul, tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memberi ruang kepada
nilai-nilai murni dan prinsip-prinsip yang mulia ini dapat sampai melalui
jalannya yang benar ini kepada akal fikiran hati murni manusia,
Benarlah firman Allah : ولو لا دفع الله
الناس بعضهم ببعض لفسدت الأرض ,
البقرة (251)
Dterjemah
Oleh,
Tuan
Syeikh Haji Ismail Bin Kamis
22/9/2011 - 24
Syawal 1423
No comments:
Post a Comment