My Blog List

My Blog List

album lajnah tarbiah

Wednesday 22 February 2012

Sebab-sebab dan dorongan yang membawa kepada putus asa


KETIGA     : Sebab-sebab dan dorongan yang membawa kepada putus asa, kami
  sebutkan disini sebahagian daripadanya.



1)     Banyak kekecewaan dan selalu gagal serta cuai muhasabah diri.
Sesungguhnya seseorang itu dalam usaha melaksanakan tugasnya terdedah dengan kajayaan dan kegagalan, kemenangan dan kekecewaan, namun kekecewaan yang sering menimpa ekoran daripada kegagalan sedang ia tidak muhasabah diri untuk mengenal pasti sebab berlaku kekecewaan tersebut agar dapat mengatasi masalah itu, menyebabkan seseorang itu terkena penyakit putus asa, yang berakhir dengan kesa-kesan putus asa yang akan dipaparkan sebentar lagi.
            Jika direnung dan diteliti tentang perjuangan umat Islam di penghujung kurun yang lalu dan dalam kurun sekarang ini didapati bahawa umat ini telah mengorbankan harta dan nyawa mereka bagi membersihkan bumi mereka dari cengkaman perampas dan penjajah, tetapi terdapat disana mereka yang tidak patuh kepada ajaran agama dan tidak berakhlak mengambil kesempatan  dengan cara tertentu- memperalatkan perjuangan ini untuk kepentingan perampas dan penjajah disamping mereka mendapat keuntungan dan kebaikan diri sendiri, sedang ummah ini tidak sedikit pun muhasabah dirinya dan tidak berusaha mengenalpasti sebab berlakunya tribulasi (  مِحْنَة ) ini, bahkan berlakunya perkara yang sama ditempat-tempat lain, keadaan inilah yang menyebabkan ummah ini sentiasa dihantui bayang-bayang putus asa kecuali mereka yang diselamatkan oleh Allah S.W.T. sebagai contoh: Pemutihan syarikat-syarikat penjanaan dana, pembubaran pertubuhan-pertubuhan dan persatuan-persatuan ilmiah, kelab-kelab anggota tenaga pengajar, mengubah manhaj atau sukatan pelajaran menyelewengkan sejarah ummah, dikebayakan Negara dan rantau, disamping cuai mencari sebab mengapa berlaku demikian dan bagaimana mengatasinya serta merawatnya dengan ubat yang sesuai.

2)     Jahil tentang sikap dan pendirian Islam terhadap putus asa. 
Sesesungguhnya Islam mengharamkan ‘putus asa” dan member amaran keras terhadapnya seperti yang dijelaskan sebelum ini….
Jahil tentang sikap inilah menyebabkan seseorang itu terperangkap dengan putus asa tanpa sedikit pun rasa terkilan atau tanda Tanya dalam hatinya.

3)     Menumpu terhadap keadaan kegagalan serta lupa terhadap kejayaan masa lampau dan masa kini.
Perkara ini berlaku kerana kehidupan seseorang tidak sunyi daripada menikmati kejayaan dan mengalami kegagalan, kadang kala seseorang itu hanya melihat sudut kegagalan semata-mata serta lupa atau buat-buat lupa sudut kejayaan yang perolehi, maka ketika itu ia akan ditimpa “putus asa”.
Samalah keadaannya, tentang kehidupan umat Islam yang telah mengecapi berbagai-bagai nikmat kejayaan yang tidak terbilang  banyaknya digeruni sejak (13) kurun yang lalu bagitu juga dengan penerimaan orang-orang bukan terhadap Islam yang tidak ada tolok bandingnya juga penerimaan ramai dari kalangan orang-orang Islam terutamanya golongan muda beriltizam dengan Islam dan amat sensitive dan perihatin apabila nyawa, harta dan kehormatan dicabul, begitu juga apabila penjajah kafir menodai tempat-tempat mulia di Afghanistan, diBosnia dan diPalastindan lain-lain lagi bahkan ada yang melaksanakan syariat Allah pada setiap perkara walau dibenci atau dimarah oleh orang-orang kafir dan kuncu-kuncu mereka seperti di Sudan, tetapi kehidupanumat Islam tidak sunyi juga daripada kegagalan dan kekecewaan yang kita berada sekarang apabila dilihat dari sudut kegagalan sedang mereka lupa sudut-sudut kejayaan maka amat ramai sekali terjebak dengan penyakit “putus assa”.

4)     Alpa terhadap kegagalan yang terdapat dikalangan kehidupan musuh.
Sesungguhnya dalam kehidupan musuh walau terdapat banyak kejayaan disudut kemajuan sains yang hebat dalam semua bidang kehidupan serta dapat menguasai Negara dan ummah yang lemah namun terdapat juga kelemahan dan kegagalan mereka dalam sudut akhlak dan nilai-nilai murni, mereka mengikari kewujudan Allah mereka berkata, Ala mini semulajadi, tidak ada tuhan, agama adalah candu rakyat, tidak ada akhirat, hidup adalah bermula dari keluar rahim ibu kemudian lepas ini mati ditelan bumi (itu sahaja).
Begitulah keaadan kehidupan musuh dari sudut kegagalan dan kehancuran yang berakhir dengan putus asa. Apabila orang-orang Islam lupa atau alpa sudut negatif ini menyebabkan mereka menjadi putus asa.

5)     Tidak mengenal Allah secara yang betul dan benar.
Kadang-kadang berlakunya putus asa ini disebabkan seseorang itu tidak mengenal Allah cara yang betul dan benar, allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan dan maha suci Allah daripada sifat-sifat kekurangan, Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan inilah yang membantu orang mukmin dan memertabatkan agama dengan syariat mukmin itu bertakwa danb kuat, sekiranya dua syarat ini pincang atau salah satunya maka kemenangan dan ketuanan dikecapi orang lain, agar orang-orang sedar semula dan kembali mencari sebab kekuatan dan kemenangan Allah seperti tersebut dia akan menjadi “putus asa”.

6)     Buruk sangka terhadap Allah S.W.T.

Buruk sangka terhadap Allah S.W.T kadang kala boleh jadi dengan sebab buruk sangka terhadap Allah S.W.T, dengan mengatakan Allah tidak menolong agamanya dan tidak membantu penganutnya dan pemerintahnya dan mengatakan agama Allah menjadi lemah tidak terdaya, penganut dan pemerintahnya akan dikuasai orang lain semuanya akan musnah dan berakhir seperti fiman Allah dalam surah آل عمران ayat 154:

وَطَائِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِاللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ ظَنَّ الْجَاهِلِيَّةِ ۖ يَقُولُونَ هَل لَّنَا مِنَ الْأَمْرِ مِن شَيْءٍ ۗ قُلْ إِنَّ الْأَمْرَ كُلَّهُ لِلَّهِ ۗ يُخْفُونَ فِي أَنفُسِهِم مَّا لَا يُبْدُونَ لَكَ ۖ يَقُولُونَ لَوْ كَانَ لَنَا مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ مَّا قُتِلْنَا هَاهُنَا ۗ قُل لَّوْ كُنتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ الَّذِينَ كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقَتْلُ إِلَىٰ مَضَاجِعِهِمْ ۖ وَلِيَبْتَلِيَ اللَّهُ مَا فِي صُدُورِكُمْ وَلِيُمَحِّصَ مَا فِي قُلُوبِكُمْ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

Bermaksud    :Sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah. Mereka berkata: "Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dia lah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya)". Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): "Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?" katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing". Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

Firman Allah lagi dalam surah al-fathu ayat 6:

وَيُعَذِّبَ الْمُنَافِقِينَ وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْمُشْرِكِينَ وَالْمُشْرِكَاتِ الظَّانِّينَ بِاللَّهِ ظَنَّ السَّوْءِ ۚ عَلَيْهِمْ دَائِرَةُ السَّوْءِ ۖ وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَلَعَنَهُمْ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَهَنَّمَ ۖ وَسَاءَتْ مَصِيرًا
  
Bermaksud    : Dan supaya Ia menyeksa orang-orang munafik - lelaki dan perempuan, dan
orang-orang musyrik - lelaki dan perempuan, yang menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang buruk (bahawa Ia akan mengecewakan RasulNya). Atas merekalah tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh peredaran zaman; dan (selain itu) Allah murkai mereka dan melaknatkan mereka serta menyediakan untuk mereka neraka Jahannam; sedang neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

kata Ibnu Qaiyim رحمه الله   :
“Maka barangsiapa yang menyangka buruk terhadap Allah dengan mengatakan Allah tidak menolong Rasulnya, tidak sempurnakan arahannya dan tidak menyokongnya tidak menolong agamanya, bahkan memenangkan syirik daripada tauhid, batil daripada hak, kalau begitu hak dan tauhid sudah mengucup, kemudian selepas itu Islam tidak panggung lagi, maka ini semuanya dikatakan sangka buruk terhadap Allah S.W.T. yang bersifat dengan sifat kesempurnaan, maka dengan sangkaan seperti ini membawa kepada ‘putus asa”.
7)     Usaha-usaha untuk mencapai kejayaan dihalang dan dipatahkan.
Kadang-kadang terdapat ussaha bersungguh-sungguh untuk mengahalang dan mematahkan setiap kerja untuk kejayaan, keadaan ini juga menjadi pendorong kearah “putus asa”, berlaku demikian kerana kejayaan yang berlalu dengan keadaan selamat dan stabil diatas bumi kenyatan menyuburkan cita-cita dan harapan, menambah keyakinan dalam hati, adapun memusnahkan stiap kejayaan dengan halangan menyebabkan mersapnya”purus asa” dalam jiwa.                                                             والله اعلم


Dterjemah Oleh,
Tuan Syeikh Haji Ismail Bin Kamis
23/2/2012  -  1 Rabiul Akhir  1433

Tuesday 21 February 2012

Qunut Nazilah untuk Penyembelihan Rakyat Syria




Dewan Ulama Pas Pusat menyokong penuh resolusi mengecam pelanggaran hak asasi manusia di Syria dan menggesa agar Presiden Bashar al-Assad meletakkan jawatan yang dikemukakan oleh Mesir kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan disokong oleh 137 negara.

Demikian tegas Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri ketika mengulas tentang perkembangan terkini yangberlaku di Syria yang menyaksikan penyembelihan rakyat yang tidak berdosa oleh Rejim Basyar.
Justeru itu menurut beliau, 

Dewan Ulama Pas Pusat menggesa umat Islam melakukan Qunut Nazilah dalam solat- solat mereka mendoakan kemenangan bagi pejuang Islam di Syria yang berjuang menentang kezaliman serta berdoa agar Allah Taala menurunkan hukuman selayaknya di dunia terhadap pemerintah yang zalim.

Ujar beliau lagi,kezaliman Bashar Asad yang telah mencapai kemuncaknya sejak 8 bulan yang lalu menyaksikan pembunuhan ribuan rakyat yang tidak bersenjata.

Menurut laporan AlArabiya.net, serangan tentera Syria yang telah masuk ke hari ke 13 menggunakan peluru berpandu dan kereta kebal terhadap rakyatnya di bandar Hims telah membunuh 678 orang Islam termasuk kanak- kanak di samping menghancurkan sepenuhnya puluhan bangunan.

Satu laporan menjelaskan sejak kebangkitan di bandar Hims pada bulan Mac 2011 seramai 3370 penduduk Hims telah dibunuh. Jumlah yang terbunuh dicampur dengan bandar- bandar lain sehingga kini melebihi 8380 orang.

UNTUK KETERANGAN DETAIL BERKENAAN QUNUT NAZILAH SILA RUJUK disini

atau disini