My Blog List

My Blog List

album lajnah tarbiah

Wednesday, 17 October 2012

KK Dasar AKIDAH DAN PERJUANGAN



Idris Hj Ahmad
13 Sep 2012

Perjuangan Islam mesti berteraskan kepada akidah yang mantap dan tulin. Akidah bukan rekaan atau jelmaan manusia, tetapi ia adalah keyakinan yang sejati dengan Allah SWT. Manhaj Rasulullah SAW dengan para sahabat  ialah dengan mengukuhkan akidah kepada mereka. Tarbiah yang mantap ini melahirkan generasi yang unik, disebut oleh As-Syahid Syed Qutb  “Jil al-Quran al-Farid” (generasi al-Quran yang unik). Generasi yang cemerlang tanpa tandingan. Baginda menggambarkan di dalam hadisnya “Sebaik-baik kurun ialah zaman aku dan orang yang selepas aku” Ertinya zaman baginda ialah zaman yang terbaik dan paling cemerlang. Kerana yang menjadi murabbi para sahabat ialah baginda sendiri. Manakalah yang mendidik baginda pula ialah Allah SWT yang Maha Agung. Sebagai mana Sabda Rasulullah SAW “Yang mendidik aku ialah Allah, sebaik-baik pendidik ialah Allah SWT”.

Maka sudah tentulah jika guru yang mendidik para sahabat mendapat pendidikan daripada Allah SWT, maka para sahabat adalah orang yang paling beruntung. Lahirnya tokoh-tokoh seperti  Saidina Abu Bakar al-Sidik, Saidina Umar al-Khattab, Saidina Osman ibn Affan dan Saidina Ali Karramallahuwajhah ialah sebagai satu kayu ukur kejayaan tarbiah baginda.

Kehebatan mereka ialah kerana akidah yang diyakini oleh mereka. Allah memberi pengiktirafan kepada orang yang beriman,  sebagai mana yang disebut oleh Allah SWT
Bermaksud,
“Kamu (orang-orang yang beriman) adalah umat yang paling baik, yang dilahirkan untuk kebaikan manusia, kamu menyuruh berbuat baik dan melarang perbuatan salah dan kamu beriman kepada Allah” (Al-Imran, 110).

Apabila akidah sudah sebati di dalam diri maka mereka memandang manusia kecil sahaja. Keyakinana mereka  semua manusia ini hamba Allah yang lemah dan semuanya akan mati. Perhitungan mereka bahawa rezki daripada Allah, bukan manusia yang memberi. Tokoh-tokoh yang kental  akidah telah menjadi lagenda dan contoh hingga kiamat ialah Bilal bin Rabah. Beliau manusia hamba yang berkulit hitam tetapi menerima hidayah Allah. Miskin harta, tetapi kaya jiwa. Sanggup pertahankan akidah walaupun diseksa oleh tuannya Umaiyah bin khalaf. Dipakai baju besi dijemur di tengah panas terik, disuruh kanak-kanak mengherek  Bilal dengan tali ditengkuk, namun beliau tetap dengan ucapan “Ahad, Ahad”. Beliau tidak rela menyebut tuhan Lata dan Uzza.
Orang yang berakidah yakin bahawa Malaikat akan memelihara dan membantu  kemenangan kepada pejuang agama Allah apabila kita mencukupkan syaratnya. Oleh itu kita perlulah sebaik mungkin menyediakan tarbiah rohaniah semoga di sana melayakkan diri untuk mendapat bantuan daripada Allah SWT. Jiwa yang kotor tidak layak mendapat pertolongan Allah SWT.

Walaupun kita menyediakan pasarana yang lengkap dengan mengatur tektik dan strategi maka jangan lupa pula dengan doa kita kepada Allah SWT yang akan memberi bantuan kepada pejuangan agama Allah. Kekuatan yang tidak ada kepada musuh ialah doa. Sabda Rasulullah SAW
“Doa ialah senjata orang mukmin”.  Jika bantuan daripada Allah tidak ada maka kepada siapa lagi yang kita hendak mengadu nasib.

Dengan akidah mereka akan  berjuang untuk mati, bukan untuk fikir hidup. Kerana mereka faham bahawa kehidupan ini tidak hanya terhenti di kubur sahaja malah ia akan menuju kampung akhirat yang kekal abadi.
Inilah sebenarnya bekalan kita di dalam perjuangan. Generasi dahulu hebat kerana mereka fikir tentang kematian dan akhirat bukan mereka fikir tentang dunia sahaja. Pada mereka dunia ini hanya sementara, kesenangan dan nikmat hanya sebentar sahaja.

Akidah ini mengikat diri seorang dengan Allah untuk membimbingnya di atas dunia ini supaya menjadi kehidupan yang lebih terarah dan terpimpin. Orang yang berakidah ia telah bersikap jujur terhadap dirinya kerana dia telah meletakkan dirinya pada tempat yang betul. Kerana akidah Islam bukan satu keyakinan yang kosong tetapi ia adalah keyakinan yang agung kepada Allah.

Orang yang terikat dengan dunia takut untuk berjuang. Mereka rela membiarkan kezaliman berlaku kepada negara dan anak cucu mereka. Pada mereka yang penting perut mesti diisi. Masalah orang, biarlah  masing-masing  yang fikirkan. Hidup mereka sempit, fikiran mereka sempit, dada mereka sempit kerana hanya berlegar di sekeliling dunia sahaja. Sedangkan orang yang berakidah lebih luas daripada itu. Wawasan mereka ialah akhirat yang tidak terjangkau jauhnya.

Apabila Khalid ibn Walid dengan 10,000 tentera Islam mengalahkan tentera Parsi seramai 100,000 . Seorang tentera Parsi bertanya “Bagaimana tentera yang sedikit dapat mengalahkan tentera Parsi yang  ramai” Khalid menjawab, “Kami mencintai mati seperti kamu mencintai hidup. Kamu berjuang untuk hidup, kami berjuang untuk mati.Kami mencintai mati, sebab itu kami menang”
Orang yang dilatih untuk hidup, tidak akan hidup dan sentiasa merasakan dirinya tidak selamat. Sebaliknya orang-orang yang dilatih untuk mati akan hidup. Di dalam Al-Quran Allah SWT  berfirman
Bermaksud,
“Janganlah kamu mati melainkan kamu seorang Muslim” (Al-Imran 102)

Tarbiah kita perlu menekankan tentang kematian, apabila kita mengingatkan kematian, maka kita hidup. Seorang yang lemah tidak terhina dengan kelemahan, yang miskin tidak merasa terhina dengan kemiskinan, yang bodoh tidak merasa terhina dengan kebodohanya kerana hidup bukan dinilai dengan apa yang diperolehi dari benda itu tetapi apa yang diperolehi dari Allah SWT. Demikian juga yang senang tidak berbangga dengan kesenanganya, yang berkuasa tidak berbangga dengan kekuasaanya dan yang berilmu tidak berbangga dengan ilmunya kerana dia tahu bahawa semuanya tidak bererti jika diletakkan di satu tempat yang bertentangan dengan Allah.
Akidah akan melakukan satu revolusi mental yang menyeluruh. Mereka membebaskan diri mereka  dengan ikatan kebendaan duniawi. Mereka tidak gentar dengan kuasa manusia, kerana mereka adalah hamba Allah yang  mulia dengan Islam bukan kerana pangkat atau benda. Firman Allah SWT
“Kemuliaan (orang-orang beriman) itu kepanyaan Allah dan RasulNya dan kepunyaan orang-orang yang beriman” (Al-Munafiqun:8)

Dengan akidah perasaan dan harga diri akan bertambah kerana mereka yakin Allah sebagai pelindung dan akan memberi bantuan kepada mereka . Firman Allah SWT
“Allah itu pemimpin (pelindung) orang-orang yang beriman, mereka dikeluarkanNya dari kegelapan kepada cahaya yang terang. Dan orang yang kafir itu, pemimpin mereka ialah syaitan , mereka dikeluarkan dari cahaya yang terang kepada kegelapan” (Al-Baqarah:257)
Dengan akidah manusia akan menjauhkan diri daripada bersifat sombong sesama manusia dan sesama ahli. Pemimpin tidak bersikap “bossi” ketika menguruskan jamaah. Bekerja dengan penuh ukhwah, tanpa mempunyai halangan atau kekangan. Ia tidak merasa dirinya lengkap malahan meraikan kelemahan  sahabat di dalam jamaah. Menampung kekurangan dan mengukuhkan kekuatan yang sedia ada. Sedar bahawa dirinya juga lemah dan serba kekurangan dalam semua perkara.

Kesimpulan

1.Aspek akidah adalah asas kepada tarbiah, yang tidak boleh dikecualikan kepada semua ahli. Kegagalan memahami dan menghayati asas ini akan memberi kesan kepada tindakan dan fikiran kepada setiap ahli ketika bersama jamaah.
2.Satu penyelewingan dalam manhaj tarbiah Pas jika tajuk akidah tidak dibincangkan kerana anggap bahawa tajuk akidah perkara yang jumud dan statik.
3.Jangan hanya membincang strategik dan tektik tetapi mengabaikan aspek akidah. Perlu diingat sebaik mana strategik diracang semuanya gagal jika tidak ada penggeraknya yang lahir daripada madrasah tarbiah.
4.Apabila asas akidah diabaikan maka ia akan membunuh masa depan parti. Selama ini Pas digerakkan melalui kekuatan akidah sehingga berjaya berada di persada politik  61 tahun. Pas tidak bergantung kepada kekuatan kebendaan semata-mata. Jika diukur dari sudut material, daripada awal lagi Pas sudah tewas, tetapi ini tidak berlaku kerana Pas mempunyai senjata akidah yang ditanam kepada setiap ahli.
5. Apabila aspek akidah difahami dengan betul maka segala perancangan akan diatur sesuai dengan arahan Allah dan Rasul. Kita tidak akan membuat keputusan yang hanya boleh untung di dunia sahaja, tetapi mendapat kemurkaan di sisi Allah SWT.


Bilal bin Rabah, Muazin Rasulullah Sholallahu alaihi wasallam, memiliki kisah menarik tentang sebuah perjuangan mempertahankan aqidah. Sebuah kisah yang tidak akan pernah membosankan, walaupun terus diulang-ulang sepanjang zaman. Kekuatan alurnya akan membuat setiap orang tetap penasaran untuk mendengarnya.

Bilal lahir di daerah as-Sarah sekitar 43 tahun sebelum hijrah. Ayahnya bernama Rabah, sedangkan ibunya bernama Hamamah, seorang budak wanita berkulit hitam yang tinggal di Mekah. Karena ibunya itu, sebagian orang memanggil Bilal dengan sebutan ibnus-Sauda' (putra wanita hitam). Bilal dibesarkan di kota Ummul Qura (Mekah) sebagai seorang budak milik keluarga bani Abduddar. Saat ayah mereka meinggal, Bilal diwariskan kepada Umayyah bin Khalaf, seorang tokoh penting kaum kafir.

Ketika Mekah diterangi cahaya agama baru dan Rasul yang agung Sholallahu alaihi wasallam mulai mengumandangkan seruan kalimat tauhid, Bilal adalah termasuk orang-orang pertama yang memeluk Islam. Saat Bilal masuk Islam, di bumi ini hanya ada beberapa orang yang telah mendahuluinya memeluk agama baru itu, seperti Ummul Mu'minin Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar ash-Shiddiq, Ali bin Abu Thalib, 'Ammar bin Yasir bersama ibunya, Sumayyah, Shuhaib ar-Rumi, dan al-Miqdad bin al-Aswad.
Bilal merasakan penganiayaan orang-orang musyrik yang lebih berat dari siapa pun. Berbagai macam kekerasan, siksaan, dan kekejaman mendera tubuhnya. Namun ia, sebagaimana kaum muslimin yang lemah lainnya, tetap sabar menghadapi ujian di jalan Allah itu dengan kesabaran yang jarang sanggup ditunjukkan oleh siapa pun.

Orang-orang Islam seperti Abu Bakar dan Ali bin Abu Thalib masih memiliki keluarga dan suku yang membela mereka. Akan tetapi, orang-orang yang tertindas (mustadh'afun) dari kalangan hamba sahaya dan budak itu, tidak memiliki siapa pun, sehingga orang-orang Quraisy menyiksanya tanpa belas kasihan. Quraisy ingin menjadikan penyiksaan atas mereka sebagai contoh dan pelajaran bagi setiap orang yang ingin mengikuti ajaran Muhammad.

Kaum yang tertindas itu disiksa oleh orang-orang kafir Quraisy yang berhati sangat kejam dan tak mengenal kasih sayang, seperti Abu Jahal yang telah menodai dirinya dengan membunuh Sumayyah. Ia sempat menghina dan mencaci maki, kemudian menghunjamkan tombaknya pada perut Sumayyah hingga menembus punggung... , dan gugurlah syuhada pertama dalam sejarah Islam.

Sementara itu, saudara-saudara seperjuangan Sumayyah, terutama Bilal bin Rabah, terus disiksa oleh Quraisy tanpa henti. Biasanya, apabila matahari tepat di atas ubun-ubun dan padang pasir Mekah berubah menjadi perapian yang begitu menyengat, orang-orang Quraisy itu mulai membuka pakaian orang-orang Islam yang tertindas itu, lalu memakaikan baju besi pada mereka dan membiarkan mereka terbakar oleh sengatan matahari yang terasa semakin terik. Tidak cukup sampai di sana, orang-orang Quraisy itu mencambuk tubuh mereka sambil memaksa mereka mencaci maki Muhammad.

Adakalanya, saat siksaan terasa begitu berat dan kekuatan tubuh orang-orang Islam yang tertindas itu semakin lemah untuk menahannya, mereka mengikuti kemauan orang-orang Quraisy yang menyiksa mereka secara lahir, sementara hatinya tetap pasrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kecuali Bilal-semoga Allah meridhainya. Baginya, penderitaan itu masih terasa terlalu ringan jika dibandingkan dengan kecintaannya kepada Allah dan perjuangan di jalan-Nya.

Orang Quraisy yang paling banyak menyiksa Bilal adalah Umayyah bin Khalaf bersama para algojonya. Mereka menghantam punggung telanjang Bilal dengan cambuk, namun Bilal hanya berkata, "Ahad, Ahad ... (Allah Maha Esa)." Mereka menindih dada telanjang Bilal dengan batu besar yang panas, Bilal pun hanya berkata, "Ahad, Ahad ...." Mereka semakin meningkatkan penyiksaannya, namun Bilal tetap mengatakan, "Ahad, Ahad...."

Mereka memaksa Bilal agar memuji Latta dan 'Uzza, tapi Bilal justru memuji nama Allah dan Rasul-Nya. Mereka terus memaksanya, "Ikutilah yang kami katakan!"
Bilal menjawab, "Lidahku tidak bisa mengatakannya." Jawaban ini membuat siksaan mereka semakin hebat dan keras.

Apabila merasa lelah dan bosan menyiksa, sang tiran, Umayyah bin Khalaf, mengikat leher Bilal dengan tali yang kasar lalu menyerahkannya kepada sejumlah orang tak berbudi dan anak-anak agar menariknya di jalanan dan menyeretnya di sepanjang Abthah2 Mekah. Sementara itu, Bilal menikmati siksaan yang diterimanya karena membela ajaran Allah dan Rasul-Nya. Ia terus mengumandangkan pernyataan agungnya, "Ahad..., Ahad..., Ahad..., Ahad...." Ia terus mengulang-ulangnya tanpa merasa bosan dan lelah.

Suatu ketika, Abu Bakar Rodhiallahu anhu mengajukan penawaran kepada Umayyah bin Khalaf untuk membeli Bilal darinya. Umayyah menaikkan harga berlipat ganda. Ia mengira Abu Bakar tidak akan mau membayarnya. Tapi ternyata, Abu Bakar setuju, walaupun harus mengeluarkan sembilan uqiyah emas.

Seusai transaksi, Umayyah berkata kepada Abu Bakar, "Sebenarnya, kalau engkau menawar sampai satu uqiyah-pun, maka aku tidak akan ragu untuk menjualnya."
Abu Bakar membalas, "Seandainya engkau memberi tawaran sampai seratus uqiyah-pun, maka aku tidak akan ragu untuk membelinya..."

Ketika Abu Bakar memberi
tahu Rasulullah Sholallahu alaihi wasallam bahwa ia telah membeli sekaligus menyelamatkan Bilal dari cengkeraman para penyiksanya, Rasulullah Sholallahu alaihi wasallam berkata kepada Abu Bakar, "Kalau begitu, biarkan aku bersekutu denganmu untuk membayarnya, wahai Abu Bakar."
Ash-Shiddiq Rodhiallahu anhu menjawab, "Aku telah memerdekakannya, wahai Rasulullah."

Setelah Rasulullah Sholallahu alaihi wasallam mengizinkan sahabat-sahabatnya untuk hijrah ke Madinah, mereka segera berhijrah, termasuk Bilal Rodhiallahu anhu.. Setibanya di Madinah, Bilal tinggal satu rumah dengan Abu Bakar dan 'Amir bin Fihr. Malangnya, mereka terkena penyakit demam. Apabila demamnya agak reda, Bilal melantunkan gurindam kerinduan dengan suaranya yang jernih,

Duhai malangnya aku, akankah suatu malam nanti. Aku bermalam di Fakh dikelilingi pohon idzkhir dan jalil. Akankah suatu hari nanti aku minum air Mijannah Akankah aku melihat lagi pegunungan Syamah dan Thafil Tidak perlu heran, mengapa Bilal begitu mendambakan Mekah dan perkampungannya; merindukan lembah dan pegunungannya, karena di sanalah ia merasakan nikmatnya iman.... Di sanalah ia menikmati segala bentuk siksaan untuk mendapatkan keridhaan Allah.... Di sanalah ia berhasil melawan nafsu dan godaan setan.

Bilal tinggal di Madinah dengan tenang dan jauh dari jangkauan orang-orang Quraisy yang kerap menyiksanya. Kini, ia mencurahkan segenap perhatiannya untuk menyertai Nabi sekaligus kekasihnya, Muhammad Sholallahu alaihi wasallam.. Bilal selalu mengikuti Rasulullah Sholallahu alaihi wasallam ke mana pun beliau pergi. Selalu bersamanyma saat shalat maupun ketika pergi untuk berjihad. Kebersamaannya dengan RasulullahSholallahu alaihi wasallam ibarat bayangan yang tidak pernah lepas dari pemiliknya.

Ketika Rasulullah Sholallahu alaihi wasallam selesai membangun Masjid Nabawi di Madinah dan menetapkan azan, maka Bilal ditunjuk sebagai orang pertama yang mengumandangkan azan (muazin) dalam sejarah Islam.

Biasanya, setelah mengumandangkan azan, Bilal berdiri di depan pintu rumah Rasulullah Sholallahu alaihi wasallam seraya berseru, "Hayya alashsholaati hayya alashsholaati...(Mari melaksanakan shalat, mari meraih keuntungan....)" Lalu, ketika Rasulullah Sholallahu alaihi wasallam keluar dari rumah dan Bilal melihat beliau, Bilal segera melantunkan iqamat.

Suatu ketika, Najasyi, Raja Habasyah, menghadiahkan tiga tombak pendek yang termasuk barang-barang paling istimewa miliknya kepada Rasulullah Sholallahu alaihi wasallam. Rasulullah Sholallahu alaihi wasallam mengambil satu tombak, sementara sisanya diberikan kepada Ali bin Abu Thalib dan Umar ibnul Khaththab, tapi tidak lama kemudian, beliau memberikan tombak itu kepada Bilal. Sejak saat itu, selama Nabi hidup, Bilal selalu membawa tombak pendek itu ke mana-mana. Ia membawanya dalam kesempatan dua shalat id (Idul Fitri dan Idul Adha), dan shalat istisqa' (mohon turun hujan), dan menancapkannya di hadapan beliau saat melakukan shalat di luar masjid.

Bilal menyertai Nabi Sholallahu alaihi wasallam dalam Perang Badar. Ia menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri bagaimana Allah memenuhi janji-Nya dan menolong tentara-Nya. Ia juga melihat langsung tewasnya para pembesar Quraisy yang pernah menyiksanya dengan hebat. Ia melihat Abu Jahal dan Umayyah bin Khalaf tersungkur berkalang tanah ditembus pedang kaum muslimin dan darahnya mengalir deras karena tusukan tombak orang-orang yang mereka siksa dahulu.

Ketika Rasulullah Sholallahu alaihi wasallam menaklukkan kota Mekah, beliau berjalan di depan pasukan hijaunya bersama 'sang pengumandang panggilan langit', Bilal bin Rabah. Saat masuk ke Ka'bah, beliau hanya ditemani oleh tiga orang, yaitu Utsman bin Thalhah, pembawa kunci Ka'bah, Usamah bin Zaid, yang dikenal sebagai kekasih Rasulullah Sholallahu alaihi wasallam dan putra dari kekasihnya, dan Bilal bin Rabah, Muazin Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam..

Shalat Zhuhur tiba. Ribuan orang berkumpul di sekitar Rasulullah Sholallahu alaihi wasallam, termasuk orang-orang Quraisy yang baru masuk Islam saat itu, baik dengan suka hati maupun terpaksa. Semuanya menyaksikan pemandangan yang agung itu. Pada saat-saat yang sangat bersejarah itu, Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam memanggil Bilal bin Rabah agar naik ke atap Ka'bah untuk mengumandangkan kalimat tauhid dari sana. Bilal melaksanakan perintah Rasul Sholallahu alaihi wasallam dengan senang hati, lalu mengumandangkan azan dengan suaranya yang bersih dan jelas.

Ribuan pasang mata memandang ke arahnya dan ribuan lidah mengikuti kalimat azan yang dikumandangkannya. Tetapi di sisi lain, orang-orang yang tidak beriman dengan sepenuh hatinya, tak kuasa memendam hasad di dalam dada. Mereka merasa kedengkian telah merobek-robek hati mereka.

Saat azan yang dikumandangkan Bilal sampai pada kalimat, "Asyhadu anna muhammadan rosuulullaahi (Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah)". Juwairiyah binti Abu Jahal bergumam, "Sungguh, Allah telah mengangkat kedudukanmu.... Memang, kami tetap akan shalat, tapi demi Allah, kami tidak menyukai orang yang telah membunuh orang-orang yang kami sayangi." Maksudnya, adalah ayahnya yang tewas dalam Perang Badar.

Khalid bin Usaid berkata, "Aku bersyukur kepada Allah yang telah memuliakan ayahku dengan tidak menyaksikan peristiwa hari ini." Kebetulan ayahnya meninggal sehari sebelum Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam masuk ke kota Mekah..

Sementara al-Harits bin Hisyam berkata, "Sungguh malang nasibku, mengapa aku tidak mati saja sebelum melihat Bilal naik ke atas Ka'bah."
Al-Hakam bin Abu al-'Ash berkata, "Demi Allah, ini musibah yang sangat besar. Seorang budak bani Jumah bersuara di atas bangunan ini (Ka'bah)."
Sementara Abu Sufyan yang berada dekat mereka hanya berkata, "Aku tidak mengatakan apa pun, karena kalau aku membuat pernyataan, walau hanya satu kalimat, maka pasti akan sampai kepada Muhammad bin Abdullah."

Bilal menjadi muazin tetap selama Rasulullah Sholallahu alaihi wasallam hidup. Selama itu pula, Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam sangat menyukai suara yang saat disiksa dengan siksaan yang begitu berat di masa lalu, ia melantunkan kata, "Ahad..., Ahad... (Allah Maha Esa)."

Sesaat setelah Rasulullah Sholallahu alaihi wasallam mengembuskan napas terakhir, waktu shalat tiba. Bilal berdiri untuk mengumandangkan azan, sementara jasad Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam masih terbungkus kain kafan dan belum dikebumikan. Saat Bilal sampai pada kalimat, "Asyhadu anna muhammadan rosuulullaahi (Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah)", tiba-tiba suaranya terhenti. Ia tidak sanggup mengangkat suaranya lagi. Kaum muslimin yang hadir di sana tak kuasa menahan tangis, maka meledaklah suara isak tangis yang membuat suasana semakin mengharu biru.

Sejak kepergian Rasulullah Sholallahu alaihi wasallam, Bilal hanya sanggup mengumandangkan azan selama tiga hari. Setiap sampai kepada kalimat, "Asyhadu anna muhammadan rosuulullaahi (Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah)", ia langsung menangis tersedu-sedu. Begitu pula kaum muslimin yang mendengarnya, larut dalam tangisan pilu.

Karena itu, Bilal memohon kepada Abu Bakar, yang menggantikan posisi Rasulullah Sholallahu alaihi wasallam sebagai pemimpin, agar diperkenankan tidak mengumandangkan azan lagi, karena tidak sanggup melakukannya. Selain itu, Bilal juga meminta izin kepadanya untuk keluar dari kota Madinah dengan alasan berjihad di jalan Allah dan ikut berperang ke wilayah Syam.

Awalnya, ash-Shiddiq merasa ragu untuk mengabulkan permohonan Bilal sekaligus mengizinkannya keluar dari kota Madinah, namun Bilal mendesaknya seraya berkata, "Jika dulu engkau membeliku untuk kepentingan dirimu sendiri, maka engkau berhak menahanku, tapi jika engkau telah memerdekakanku karena Allah, maka biarkanlah aku bebas menuju kepada-Nya."

Abu Bakar menjawab, "Demi Allah, aku benar-benar membelimu untuk Allah, dan aku memerdekakanmu juga karena Allah."

Bilal menyahut, "Kalau begitu, aku tidak akan pernah mengumandangkan azan untuk siapa pun setelah Rasulullah Sholallahu alaihi wasallam wafat."

Abu Bakar menjawab, "Baiklah, aku mengabulkannya." Bilal pergi meninggalkan Madinah bersama pasukan pertama yang dikirim oleh Abu Bakar. Ia tinggal di daerah Darayya yang terletak tidak jauh dari kota Damaskus. Bilal benar-benar tidak mau mengumandangkan azan hingga kedatangan Umar ibnul Khaththab ke wilayah Syam, yang kembali bertemu dengan Bilal Rodhiallahu anhu setelah terpisah cukup lama.

Umar sangat merindukan pertemuan dengan Bilal dan menaruh rasa hormat begitu besar kepadanya, sehingga jika ada yang menyebut-nyebut nama Abu Bakar ash-Shiddiq di depannya, maka Umar segera menimpali,

"Abu Bakar adalah tuan kita dan telah memerdekakan tuan kita (maksudnya Bilal)."

Dalam kesempatan pertemuan tersebut, sejumlah sahabat mendesak Bilal agar mau mengumandangkan azan di hadapan al-Faruq Umar ibnul Khaththab. Ketika suara Bilal yang nyaring itu kembali terdengar mengumandangkan azan, Umar tidak sanggup menahan tangisnya, maka iapun menangis tersedu-sedu, yang kemudian diikuti oleh seluruh sahabat yang hadir hingga janggut mereka basah dengan air mata. Suara Bilal membangkitkan segenap kerinduan mereka kepada masa-masa kehidupan yang dilewati di Madinah bersama Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam..

Bilal, "pengumandang seruan langit itu", tetap tinggal di Damaskus hingga wafat. Saat menjelang kematiannya, istri Bilal menunggu di sampingnya dengan setia seraya berkata, "Oh, betapa sedihnya hati ini...."

Tapi, setiap istrinya berkata seperti itu, Bilal membuka matanya dan membalas, "Oh, betapa bahagianya hati ini.... " Lalu, sambil mengembuskan napas terakhirnya, Bilal berkata lirih,

"Esok kita bersua dengan orang-orang terkasih...

Muhammad dan sahabat-sahabatnya

Esok kita bersua dengan orang-orang terkasih...

Muhammad dan sahabat-sahabatnya". (km) 
www.suaramedia.com


No comments:

Post a Comment