Penyakit
yang ke 33 yang membawa kepada bala bencana di atas muka bumi ini ialah
penyakit memakan yang haram, dalam apa jua bentuk sekalipun.
Untuk menyuci dan membersihkan bala
yang ditimpa ke atas seseorang oleh Allah سبحانه وتعالى dan bagi menjaga dan mengawal mereka yang
masih lagi terselamat daripada penyakit ini maka tidak dapat tidak mestilah
terlebih dahulu mengenal pasti asal usulnya dari awal dengan mengikut cara
berikut :
PERTAMA
: Apakah Yang Dikatakan Memakan Yang Haram ?
Dari
sudut bahasa : Memakan yang haram ini terdiri daripada dua perkataan : makan
dan haram. Oleh yang demikian ianya perlu diketahui makna kedua-dua perkataan
ini secara berasingan , kemudian baharulah cuba mengetahui makna kedua-duanya
setelah ia dicantum menjadi satu
perkataan, inilah huraianya :
ا – Perkataan أكل - dari sudut bahasa , ia membawa bermacam-macam makna, sebahagian
daripadanya :
1 1)المضغ
و البلع bermakna mamah,kunyah dan telan
2) الإفساد و الإفناء bermakna merosakan dan memusnahkan
3) الإستحابة bermakna mengharus
dan meluluskan.
Seperti Firman Allah سبحانه وتعالى dalam :
Yang bermaksud : Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang
lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan
harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau
mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu
mengetahui (salahnya).
4)
الطعام والطعمة bermakna makanan
5)
الكسب bermakna perkerjaan , perusahaan
Sebenarnya
tidak ada pertentangan diantara lima-lima pengertian ini, kerana apa jua
perkejaan atau perusahaan untuk mendapat
makanan atau lain-lain , kesemuanya berakhir dengan rosak dan musnah dengan di
mamah , ditelan dengan rasa harus dan diluluskan , atau dengan apa jua bentuk
sekalipun.
ب – الحرام dari segi bahasa :
Asal perkataan الحرام dari sudut
bahasa ialah yang dilarang الممنوع daripada membuatnya.
Dari sudut istilah :
Ulamak usul fiqh dari
kalangan المتكلمين menta’rifkan
haram itu ialah : Khitab Allah سبحانه وتعالى yang menuntut tinggal melaku atau membuat sesuatu
sebagai satu tuntutan yang putus (tegas) , yakni tidak diharuskan sama sekali.
Ulamak usul fiqh dari dari
kalangan Mazhab Abu Hanifah menta’rifkan haram itu ialah : Tuntut meninggalkan
sesuatu perbuatan berasaskan dalil (قطعى) seperti
Firman Allah سبحانه وتعالى dalam :
Yang bermaksud : Wahai
orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan
berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya)
kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya
kamu berjaya.
Dan seperti pengharaman riba ,
Firman Allah
سبحانه وتعالى dalam
Yang bermaksud : dan
mengharamkan riba.
أبو البقاء
الكفوي menta’rifkan
haram dengan katanya : Haram ialah : barang yang wajar dan layak
mendapat celaan (dosa) apabila melakukannya. Juga dikatakan : Barang
yang diberi pahala keranan meninggalkannya dengan niat mendampingkan (التقرب) diri kepada Allah سبحانه وتعالى.
Ditempat yang kedua : ابو البقاء الكفوى berkata haram ialah barang ditegah daripadanya ,
sama ada tegahan itu daripada Allah
seperti
Yang Bermaksud : Bahawasanya
sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya
Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan
tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".
Atau larangan itu datang dari (keengganan) manusia,
Sepertimana Firman Allah سبحانه وتعالى dalam :
Yang bermaksud : Dan Kami
jadikan dia dari mulanya enggan menyusu
Atau pun larangan itu datang dari akal yang waras ,
Sepertimana Firman Allah سبحانه وتعالى dalam :
Yang bermaksud : dan
mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk
Ataupun larangan itu datang hukum syarak , seperti haram menjual makanan
secara berlebih kurang.
Di tempat ketiga ابو البقاء الكفوى berkata :
haram itu ialah barang yang sabit larangan melakukannya tanpa ada hokum yang
bercanggah dengannya , hukumnya berdosa apabila melakukannya , adan diberi
pahala apabila meninggalkannya keran Allah سبحانه وتعالى, tidak kerana semata-mata tinggal. Setiap seorang
akan mendapat pahala yang banyak bagi setiap ketika, mengikut kadar ia tidak
melakukan benda haram.
ج – makan yang haram mengikut istilah : Berdasarkan
ta’rif yang saya sebutkan tadi (pengarang) bolehlah disimpulkan bahawa (makan
yang haram) itu ialah : Berusaha melakukan perkara-perkara yang dituntut oleh
syarak supaya meninggalkannya berdasarkan dalil (قطعى) sama ada makanan atau lainnya, serta
dibelanjakannya dalam apa jua bentuk perbelanjaan untuk makanan , minuman ,
pakaian dan tempat tinggal dan lain-lain.
KEDUA: Rupa Bentuk “Makan Yang Haram” Serta Sikap Islam Terhadapnya.
“Makan yang haram” banyak
rupa bentuknya serta tanda – tanda yang dapat menyingkap
hakikatnya, sebahagian
daripadanya:
1) Riba (الربا) merangkumi semua bentuk dan rupanya
Firman Allah سبحانه وتعالى dalam
Yang bermaksud : 278 Wahai
orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah
(jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang
berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.
279 Oleh itu,
kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka
ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya
kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang
sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak
berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
280 Dan jika
orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh
sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu
(kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang
besar yang kamu akan dapati kelak).
281 Dan
peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan
dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap
seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan
balasannya sedikitpun.
Yang bermaksud : Wahai Nabi!
Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberi
pengakuan taat setia, bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah
dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan
berzina, dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan
melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka,
dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik, -
maka terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah
mengampuni dosa mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.
3)
Samun/rompak
(الغصب) iaitu : berusaha memiliki harta orang
lain dengan secara tidak benar (حق) dan dalam keadaan terang-terang (علانية)
Firman Allah سبحانه وتعالى dalam
Yang bermaksud : Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain)
di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta
kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil)
sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).
وعن سعيد بن زيد – رضي
الله عنه – قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم
يقول : ( من أخذ شبرا من الأرض ظلما طوقه من سبع
أرضين)
Yang bermaksud : Sesiapa yang mengambil (memiliki) tanah orang lain walaupun
sejengkal secara zalim dikalongkan (di lehernya) tujuh petala bumi .
4)
Rasuah (الرشوة) iaitu sesuatu yang bernilai diberikan kepada
orang yang mempunyai kuasa , bagi menghukum seseorang atau menghukum musuhnya
mengikut kehendaknya , atau meluluskan sesuatu pekerjaan, dan membiarkan orang
yang sama dengannya.
عن عبد الله بن عمرو بن العاص – رضي الله عنهما – قال :
( لعن رسول الله صلى الله
عليه وسلم
الراشي ، والمرتشي)
Yang
bermaksud : Rasulullah صلى
الله عليه وسلم melaknat orang yang
memberi rasuah dan yang menerimanya.
5)
التدليس (kecoh,tipu) menyembunyikan atau menutup kecacatan
yang terdapat dibarangan (yang hendak dijual) atau menyembunyikan harga
sebenar sedangkan ia tahu dengan perkara tersebut.
6) Tipu , sama ada sedikit ataupun banyak,
Sabda Rasulullah
صلى الله عليه وسلم (من غش فليس منا )
Yang bermaksud : Sesiapa yang menipu ia bukan daripada kalangan kami.
7)
Makan
harta anak yatim secara zalim:
Firman Allah
سبحانه
وتعالى dalam
Yang bermaksud :
Sesungguhnya
orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka
itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke
dalam api neraka yang menyala-nyala.
8)
Meminta
sedekah secara haram (غير مشروع)
Terdapat sebuah hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم daripada Qubaisah Bin Makhariq Al-Hilah dengan lafaz :
تحملت حمالة فأتيت رسل الله أسأله فيها ، فقال:( أقم حتى
تأتينا الصدقة فنأمر لك بها)
Yang bermaksud : Aku ada menanggung (الدية) maka datang bertemu dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم meminta daripada baginda bagi menyaksikannya .
Baginda bersabda : Tunggulah sehingga datang kepada kamu sedekah, nanti kami
arah untuk diberi kepada kamu.
9)
Enggan
membayar zakat :
Firman Allah
سبحانه
وتعالى dalam
Yang bermaksud : 34 Wahai
orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan
ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang
salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). Dan
(ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak
membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan
(balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
35 (Iaitu)
pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu
diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil
dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri
kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.
10)Berniaga /
menjual barangan haram seperti arak,dadah, patung-patung (الأصنام) , babi ,
lotri (nombor ekor) seruling-seruling serta alat-alat muzik dan seumpamanya.
11) Tidak
bertekun dan bersunggug-sungguh dalam menjalankan tugas . Ini bermakna bahawa
seseorang itu mendapat upah dan ganjaran
yang lebih jika diukur dengan usaha dan titik peluh yang dicurahkan.
Daripada gambaran-gambaran di atas dan lain-lainnya serta dalil-dalil yang mengharamkannya, ternyata bahawa Agama Islam mengharamkan “Makan yang haram” dan melarang keras daripada melakukannya .
Daripada gambaran-gambaran di atas dan lain-lainnya serta dalil-dalil yang mengharamkannya, ternyata bahawa Agama Islam mengharamkan “Makan yang haram” dan melarang keras daripada melakukannya .
Firman Allah
سبحانه
وتعالى dalam
Yang bermaksud: 68 Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang
halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya
Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
69 Ia hanya
menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh)
supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah
benarnya).
Diterjemah
Oleh,
Tuan
Syeikh Haji Ismail Bin Kamis
Disediakan oleh,
Lajnah
Tarbiah Dan Kapimpinan PAS Kedah
29/3/2013 - 16
Jamadil Awwal 1434
No comments:
Post a Comment