SAMBUNGAN : Sebab-sebab dan dorongan yang membawa
kepada putus asa,
kami sebutkan disini sebahagian daripadanya.
kami sebutkan disini sebahagian daripadanya.
9-Sejarah Ummah
– Secara individu atau jamaah,pemerintah dan yang diperintah dibentangkan dalam
bentuk yang cacat dan kabur.
– Secara individu atau jamaah,pemerintah dan yang diperintah dibentangkan dalam
bentuk yang cacat dan kabur.
Kadang-kala
berlaku ketika dibentang dan dipamerkan sejarah ummah ini samada individu atau
jamaah,pemerintah atau yang diperintah pembentangannya yang cacat dan kabur menyebabkan
berlakunya “Putus Asa”, kerana nilai ketulenan sesuatu ummah adalah
bergantung kepada sejarahnya yang jati dan tulen,samada individu atau
jamaah,pemerintah atau yang diperintah,maka apabila sejarahnya dicacat dan
diselewengkan akan terhakislah rasa bangga dan megah terhadap bangsanya sendiri
dan tidak mampu mendabik dada berhadapan dengan ummah sejagat,ketika itu teresaplah
keadaan jiwanya rasa “Putus Asa”, ini dapat dilihat dan disaksikan apa
yang telah dilakukan oleh musuh-musuh
kita yang mempunyai niat buruk
terhadap sejarah kita. Sebagai contoh
:Apa yang dibentangkan oleh “George Zidan” (جورج زيدان) dalam bukunya
“تاريخ
تمدن الإسلامي” (Sejarah
Tamadun Islam).
Begitu
juga apa yang dibentangkan oleh Israil ketika merayakan 50 tahun terbentuknya
Negara Israil.Israil memalsukan sejarah kejayaan Arab (Mesir) dalam peperangan
“ Ramadhan” dalam tahun 1973. Oriantalis
dan orang-orang timur yang berlagak barat memperkecil dan memperlekehkan
jihad mujahid-mujahid dari kalangan anak ummah ini bermula dan Syeik Muhammad
Bin Abd Wahab hinggalah kepada Syeikh Hasan Al-Banna “عليهما الرحمة و الرضوان”.
10-Putus
hubungan dan berpecah belah:
Diantara
sebab yang membawa kepada “Putus Asa ” ialah kerana “putus hubungan
dan berpecah belah”, kerana seseorang itu dikira sedikit jika ia berseorangan
diri dan dikira banyak atau ramai jika bersama-sama dengan saudara-saudaranya
yang lain, agama tidak mungkin dapat dilaksanakan secara yang betul kecuali
dengan jamaah yang benar-benar memiliki sifat-sifat hidup berjemaah,sepertimana
kata Saiyidina Omar Al-Khattab رضي الله عنه : Tiada
Islam kecuali dengan jamaah, tiada jamaah kecuali dengan ketua,tiada ketua
kecuali dengan bai’ah (بيعة) tiada
bai’ah kecuali dengan kepatuhan(taat) dan (walak)
Apabila
penyakit putus hubungan mula merayap dikalangan ummah, ditambah pula dengan
perpecahan lalu timbul puak-puak,maka hilang dan terpadamlah segala cita-cita
dan harapan dalam jiwa seorang muslim,kemudian bertapaklah “Putus Asa” ditempatnya.
11-Alpa terhadap sunnah Allah سبحانه وتعالى ketika menghadapi
detik-detik
kegagalan dan kekecewaan.
kegagalan dan kekecewaan.
Mungkin
diantara sebab-sebab yang membawa kepada “Putus Asa” adalah disebabkan
seseorang itu alpa terhadap sunnantullah ketika berhadapan dengan kegagalan dan
kekecewaan. Sebenarnya Allah سبحانه وتعالى telah meyediakan jalan
keluar “Sunnatullah” dalam menghadapi detik-detik ini mengikut “Sunnatullah”.
Ketika itu kita hendaklah berusah bersungguh-sungguh dengan penuh rahsia dan
hikmah, berterusan disamping memohon kepada Allah سبحانه وتعالى dan terus bertawakkal hinggalah kita dapat
mengatasi kegagalan dan kekecewaan itu, sekiranya kita alpa tentang sunnah ini
maka tak dapat tidak ia akan terjebak dalam erti kata “putus asa”.
12-Hidup
dikalangan mereka yang dicengkam oleh budaya “Putus Asa”
Kadang-kala berlaku juga “Putus
Asa” ini dikalangan yang memang hidup dalam suasana yang decengkam oleh “Putus
Asa”, samada suasana itu dekat
seperti “dirumah dan keluarga” atau suasana yang agak jauh dan luas
iaitu “masyarakat”, oleh yang demikian suasana yang beginilah yang
membentuk seseorang itu menjadi “Putus Asa” apatah lagi jika sekiranya
seseorang itu belum matang dan tidak mendapat penjagaan yang sempurna bagi menghindari
ia daripada terjebak dalam perangkap “Putus Asa”.
13- Lemah
himmah,keazaman yang layu, kehendak yang dingin.
Kadang-kala dengan sebab lemah
himmah,keazaman yang layu, kehendak yang dingin
menyebabkan berlakunya “Putus Asa”, berlaku demikian kerana
himmah yang kuat , keazaman yang jitu dan kehendak yang tinggi boleh
mencetuskan cita-cita tinggi, dapat menanam kepercayaan diri sendiri dan
harapan dalam jiwa dapat merentas segala halangan atau sekatan walau bagaimana
kuat dan kukuh sekalipun, lainlah dengan orang yang lemah semangat,keazaman
yang pudar dan kehendak yang dingin dan rendah sesungguhnya pintu “Putus Asa” terbuka luas
dihadapan mereka, terus resap kedalam hati dan mencengkam jiwa.
14-Alpa
terhadap akibat buruk dan kesan-kesan “Putus Asa”.
Akhir
sekali,apabila seseorang itu alpa terhadap akibat buruk dan kesan-kesan “Putus
Asa” keatas semua peringkat masyarakat,individu dan jamaah,kerajaan
pemerintah dan rakyat jelata, -seperti
yang akan ternyata dalam pembentangan sebentar lagi-
Diantara sebab-sebabnya yang membawa
kepada “Putus Asa” ialah kerana jahil terhadap akibat buruk yang boleh
merosak dan memusnahkan segala-galanya, juga boleh memerangkap seseorang
berputus asa, akhirnya ia menyesal, namun sesalan yang tidak ada gunanya lagi
ketika itu…
Dan
banyak lagi sebab-sebab yang boleh mengheret seseorang kepada “Putus Asa”.
KEEMPAT:Kesan dan akibat daripada “Putus
Asa”:
Putus asa
boleh mencetuskan kesan-kesan yang merbahaya dan menyebabkan akibat buruk dan
memusnahkan samada terhadap “Amilin” mahupun “kerja-kerja Islam”,
disini kita bentangkan sebahagian daripada kesan-kesan dan akibat buruk
daripada gejala “Putus Asa”:
A) Kesan-kesan
terhadap “Amilin”(Petugas-petugas Islam).
Di
antara kesan-kesan terhadap amilin ialah :
1-Berhenti
terus daripada menjalankan tanggungjawab:
“Putus
Asa” menyebabkan seseorang itu berhenti terus daripada menjalankan tugas
dan tanggungjawab , dengan demikian ia meninggalkan “Manhaj Allah” dan
tidak lagi berdakwah ke jalan Allah dengan alasan bahawa kesemuanya ini
mendatangkan kecelakaan kepada dirinya dan ahli keluarganya, harta
bendanya,kedudukannya dan lain-lain lagi, yang paling parahnya ia mengatakan :
Beriltizam dengan agama Allah ini tidak menghasilkan sesuatu yang dapat
dibanggakan dalam menghadapi cabaran musuh.
2-Mengajak
orang lain agar meninggalkan kewajipan dan tanggungjawab.
Berlaku
demikian kerana orang-orang yang “Berputus Asa” sudah tidak mahu lagi
menjalankan tugas dan tanggungjawab, ia ingin melihat orang lain menjadikannya
sebagai contoh, sebab itulah ia akan mempengaruhi orang lain agar tinggalkan
segala tugas dan tanggungjawab seperti yang ia lakukan. Dizaman kita sekarang
ini, terdapat salah seorang daripada pejuang Gerakan Islam yang sudah
meninggalkan tugas dan tanggungjawabnya kerana tidak mampu dari satu sudut, dan
putus asa dari satu sudut yang lain, maka dia menulis (Mengarang) sebuah
buku yang bertajuk : “25 Tahun Dalam Jamaah
خمسة وعشرون عاما فى جماعة) )” Dalam bukunya beliau menyeru anak-anak muda agar menjauhkan diri
daripada “Gerakan Islam” kerana selama ia berkecimpung dalam gerakan ini
tidak ada satu benda pun yang ia capai yang dapat dibanggakan… Ia berpesan dan
mengigatkan anak-anak muda agar tidak menerima habuan seperti yang beliau
alami.
3-Tunduk dan menyerah kalah kepada mereka
yang menentang hukum Allah dan
Rasulnya:
Rasulnya:
Penyakit
“Putus Asa” ini apabila ia
menguasai kepada seseorang,ia tidak ada jalan lain melainkan menyerah
kalah dan tunduk kepada mereka yang menentang hukum Allah dan Rasulnya, ia
menyangka bahawa tidak ada jalan lain untuk melepaskan diri daripada mereka,
sedangkan mereka tahu tentang titik kelemahannya, lalu mereka menggunakannya
untuk kepentingan tujuan jahat mereka, jenis manusia seperti inilah dijadikan “mata
telinga” musuh untuk menentang Islam,mereka berada dalam lembah dosa dan
kejahatan, mereka tergolong dalam golongan “rugi dunia rugi akhirat”
inilah kerugian yang sebenar.
Dalam
sejarah “Gerakan Islam” terdapat ramai manusia dari jenis
ini,sebahagiannya daripada mereka telah mati,sebakinya sedang menunggu mati,
mereka telah menyimpang dari jalan yang lurus, lalu berada dalam pelukan mereka
yang menentang hukum Allah dan Rasulnya,menyerah kalah, patuh dan tunduk kepada
mereka lantaran “Putus Asa”.
4- Syak dan ragu terhadap apa jua yang
dikaitkan kepada Islam dan orang Islam hingga sampai peringkat mengkritik dan memburukan Islam.
“Putus Asa”
juga apabila menguasai seseorang dengan mudah perasaan syak dan ragu mula
meresap dalam jiwanya,ia syak dan ragu terhadap apa sahaja yang berkait dengan Islam
dan muslimin, politik, kemasyarakatan,ekonomi, pemikiran, sains, sastera, penerangan
sehingga sampai peringkat menghina ,memperolok-olok, mencemuh, bahkan
mengkritik dan mencacatkan Islam, di zaman ini terdapat banyak contoh yang
menyokong benarnya kenyataan ini berpunca daripada “Putus Asa”.
5-Menanggung dosa dirinya dan dosa-dosa
mereka yang mengikutnya.
Berlaku demikian, kerana dengan
perasaan “Putus Asa” ini ia menanggung dosa yang banyak (besar)
dosa dirinya sendiri, juga menanggung dosa mereka yang mengikut jejak langkahnya, terutamanya kalangan
anak-anak muda yang lemah semangat dan cita-cita, kerana ketika ini menjadi
pendakwah yang menyeru kepada kesesatan, sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang bermaksud : Sesiapa yang menyeru kepada kesesatan dia akan
menerima dosa sama seperti dosa mereka yang mengikutnya, tidak kurang
sesuatupun daripada dosa-dosa mereka.
B) Kesan-kesan terhadap kerja-kerja Islam:
Sebahagian daripada kesan-kesan “Putus
Asa” terhadap kerja-kerja Islam :
1-Terhenti dan tergendala:
Putus asa apabila menguasai petugas kerja-kerja Islam akan mengheret
mereka kepada terhenti dan tergendala kerja dengan alasan bahawa musuh sedang
mengekori dan mengintip kita, oleh itu, kerja-kerja yang kita lakukan tiada
faedah dan tidak menghasilkan buah yang diidam-idamkan.
2-Bekerja lambat, lembab dan sambil lewa.
Katakanlah, bahawa kerja-kerja Islam tidak berhenti dan tidak
tergendala, tetapi ianya berjalan lambat,lembab dan sambil lewa, apabila
kerja-kerja Islam berada ditahap ini, ia akan mengambil masa yang panjang,
perlu banyak peruntukan (wang ringgit) disamping itu, musuh menguasai
kita, mereka melakukan kemusnahan dan kerosakan
diatas muka bumi ini, mereka mempersendakan nilai-nilai
murni,prinsip-prinsip pegangan yang tinggi dan mulia , mereka mengharuskan
pertumpahan darah, menodai kehormatan, merampas harta benda, menodai Negara dan
lain-lain…
3-Kerja-kerja Islam menyeleweng dari
landasan yang betul:
Walaupun kerja-kerja Islam tidak terhenti
dari tergendala, tidak berjalan dengan lambat,lembab dan sambil lewa, mungkin
kerja-kerja Islam ini diselewengkan dari landasan yang betul, dengan alasan
takut bertembung dengan musuh Islam, dengan niat baik untuk meneruskan
kesinambungan kerja Islam, atau dengan alasan dunia sekarang tidak lagi
mengikut “uslub tradisi lama” atau dengan apa-apa lagi alasan yang
meluluskan tindakan tersebut.
والله اعلم
Diterjemah
Oleh,
Tuan Syeikh
Haji Ismail Bin Kamis
21/3/2012 - 28
Rabiul Akhir 1433
No comments:
Post a Comment