My Blog List

My Blog List

album lajnah tarbiah

Monday 2 December 2013

UCAPTAMA PRESIDEN MUKTAMAR PAS KE 59 : RAHMAT UNTUK SEMUA


Mukaddimah
Yang dihormati Dato' Pengerusi Tetap, YB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Mursyidul 'Am, Sohibul Fadhilah Dato' Timbalan Mursyidul 'Am, Ashab al Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulama, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Dato' Setiausaha Agung, Ketua-Ketua Dewan Ulama – Pemuda - Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS,  seluruh Anggota Dewan Harian, Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan, Pengarah Muktamar dan ahli Jawatan kuasanya, sahabat-sahabat pimpinan dari Pakatan Rakyat, pimpinan NGO, Wakil-wakil Kedutaan Asing, semua para jemputan, para perwakilan, muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian.
Selamat datang (Ahlan wa sahlan wa Marhaban bikum) kepada semua rakan taulan seperjuangan dan para tetamu jauh dan dekat,  serta para pemerhati yang sudi memeriahkan Muktamar PAS kali ke 59 ini.
Pertamanya marilah sama-sama kita mengucapkan puji dan syukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan kepada kita anugerah Islam yang sempurna  yang kita imani,  menjadi penyelamat kita untuk bertemu Tuhan Rabbul Jalil di hari yang tidak ada naungan melainkan naungan rahmat Allah SWT. Dengan Iman dan Islam inilah kita mesti beristiqamah di atas jalan perjuangan yang dirintis oleh para Nabi dan Rasul A.S. sejak zaman berzaman, berdepan dengan cabaran dan dugaan yang menguji iman kita sehinggalah kita bertemu dengan Allah SWT nanti. Marilah kita sama-sama menghayati firman Allah SWT :
Maksudnya :
"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar ternyata yang Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu." [Muhammad :31]

Hadirin-hadirat sekalian,
MUKTAMAR KE 59 : RAHMAT UNTUK SEMUA
1.         Kita berkumpul pada hari ini, dalam Muktamar Agung Tahunan kali yang ke 59, dengan tema "RAHMAT UNTUK SEMUA" adalah berpaksikan kepada keyakinan kita bahawa perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS menerusi wadah tarbiyah-dakwah-siyasah yang tidak berpisah, membawa mesej Islam yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul A.S. yang di khatam (tamat) dan disempurnakan dengan Nabi Muhammad S.A.W. bagi membawa RAHMAT ke seluruh alam. Firmah Allah SWT :
"Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam" [al-Anbiya : 107]
2.         Marilah sama-sama kita memahami, bahawa apa yang kita bawa ini bukan bersifat retorik dan bukannya suatu janji-janji indah yang ingin mengaburi pandangan  manusia atau mengelirukan kefahaman.  Maudu' kita  adalah ISLAM yang berteraskan kepada keyakinan yang dipahat dengan tegas dalam Fasal 3 Perlembagaan PAS. Inilah Islam yang yang nyatakan oleh Rasulullah S.A.W. membawa RAHMAT adil kepada masyarakat majmuk yang bersaudara di atas kemanusiaan yang di isytiharkan oleh Allah :
Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah Engkau menjadi Pembela bagi orang-orang yang khianat. [An Nisa' : 105]
Bukannya Islam mengikut takrifan sekularisma yang memberikan makna Islam itu sebagai agama yang tidak mempunyai kaitan antara kehidupan dunia dan akhirat.
3.         Dasar Islam dan mesej inilah yang menjadi RAHMAT kepada semua manusia, termasuklah kepada semua makhluk dan alam ciptaan Allah SWT. Oleh yang demikian, kerahmatan yang ingin dibawa oleh PAS untuk semua pihak ini berlaku apabila PAS adalah sebuah gerakan islah dan tajdid, berbeza dengan kumpulan Islam  lain yang menjadi saudara seperjuangan mengikut medannya yang terhad. Tugas kita ialah membetulkan fahaman salah dalam masyarakat dan negara yang dipengaruhi oleh pemikiran asing yang pernah menjajah umat Islam. PAS memperjuangkan rahmat Allah daripada ajaran Islam yang membawa keadilan sejagat.
4.         Untuk membawa mesej ini, maka organisasi parti kita hendaklah menyediakan rangka kerja yang berstruktur, mempunyai objektif dan sasaran kerja yang konstruktif, pejabat yang lengkap, sistem pengurusan konflik, petunjuk prestasi dalam mencapai sasaran jamaah, dan bukannya sekadar retorik ucapan semata-mata.
5.         Sebagaimana yang selalu saya pertegaskan, bahawa PAS bukanlah parti politik semata-mata, tetapi kita adalah sebuah gerakan Islam yang bergerak dalam jalur tarbiyah – dakwah – siyasah mewarisi cita-cita perjuangan yang menjadi tugas kita sebagai khilafah di atas muka bumi ini yang meletakkan politik menjadi agenda penting yang tidak boleh dipisahkan daripada agama Islam. Maka tentulah menjadi satu kesilapan sekiranya menyamakan PAS dengan parti-parti dan kumpulan Islam yang lain.

Hadirin – hadirat sekalian,
SOROTAN PRU KE-13
6.         Muktamar ke-59 pada tahun 2013 ini diadakan pada penghujung bulan November 2013, di luar kebiasaan muktamar tahunan PAS yang biasanya diadakan pada bulan Jun atau Julai setiap tahun. Penangguhan ini adalah untuk memberi ruang yang seluasnya kepada persiapan dan gerakerja menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 yang baru sahaja berlalu pada bulan Mei lalu.
7.         PAS bersama Pakatan Rakyat telah turun ke gelanggang PRU-13 di padang yang tidak sama rata dengan Barisan Nasional, kerana proses demokrasi pilihan raya sesebuah negara yang merdeka bukan sahaja aktiviti berkempen dan hari pembuangan undi atau pun urusan keputusan pilihan raya sahaja. Pilihan raya juga bukanlah semata-semata janji jalanraya dan rumah, tiang elektrik, tilam – bantal, basikal percuma dan sebagainya, tetapi adalah medan rakyat memilih parti yang akan menjalankan amanah memimpin negara.
8.         Kita terus berdepan dengan media arus perdana yang tidak berlaku adil, betapa parahnya rasuah wang ringgit dan projek segera yang dijanjikan kepada rakyat, sedangkan projek terdahulu ada yang belum pun nampak tandanya, penggunaan jentera dan agensi kerajaan dalam aktiviti berkempen,  dan berbagai lagi bentuk penyalahgunaan serta kepincangan yang merendahkan taraf pemikiran rakyat malah mengancam sistem demokrasi di negara kita.
9.         Dalam keadaan kekurangan ini, alhamdulillah kita masih mampu bertahan dalam keadaan undi popular di kalangan rakyat yang bertambah sehingga kerajaan BN yang ada di hari ini adalah kerajaan minoriti sokongan pengundi, dan hanya mempunyai  majoriti jumlah kerusi parlimen, disebabkan sistem first past the post yang diamalkan dalam sistem pilihan raya. Kita kekal di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Kerajaan Persekutuan BN minoriti rakyat ini pula hanya mampu memperolehi 46.53% sokongan pengundi, berbanding Pakatan Rakyat yang mencapai sokongan 49.96% melalui jumlah undi keseluruhan.
10.        Kedudukan kita yang sedemikian ini, hendaknya sedikit pun tidak melemahkan semangat kita semua untuk terus berjuang. Kekalahan kita yang menyebabkan hilangnya kerajaan negeri Kedah pula, wajar diteladani, tetapi janganlah sehingga melemahkan semangat sehingga kita lupa erti sebenar perjuangan. Kita masih menjadi pilihan rakyat di DUN Sungai Limau Kedah, dalam Pilihan raya Kecil yang baharu sahaja berlalu. Kita wajib muhasabah diri sendiri secara dalaman, bukan hanya menjadikan lawan sahaja sebagai penyebab kekalahan kita. Semua itu wajar menjadi sempadan dalam lipatan sejarah dalam kita bergerak ke hadapan. Allah berfirman kepada generasi awal yang tewas dalam peristiwa Uhud :
(Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)? dan (kemudiannya) apabila kamu ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud), yang kamu telahpun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kemalangan kepada musuh dalam peperangan Badar), kamu berkata: "Dari mana datangnya (kemalangan) ini? "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri (melanggar perintah Rasulullah)". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [al - Imran : 165]

Hadirin – hadirat sekalian,
11.        Alhamdulillah, kita juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh jentera parti, rakan – rakan dalam Pakatan Rakyat, dan rakyat yang memberikan respon positif dengan benih sulung PAS menerusi PRU-13 lalu di Melaka iaitu di kerusi DUN Bukit Baru, dan lain – lain tambahan kerusi DUN dan Parlimen yang baharu dimenangi di seluruh negara.
12.        Kepada ahli PAS yang dipikulkan amanah kemenangan dalam PRU-13, seterusnya memegang tampuk kuasa pemerintahan dalam sebuah kerajaan, termasuklah yang dilantik ke jawatan penting seperti Ahli Dewan Negara, Ahli Majlis Perbandaran dan Daerah, Ketua Kampung dan Ahli Lembaga Pengarah; marilah sama-sama kita menghayatinya dengan membaca firman Allah SWT :
"Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" [al – An'am :165]
Semua di kalangan mereka ini perlulah sabar dengan ujian, melakukan persiapan rapi, bermaklumat, mendampingi rakyat tanpa penat lelah; insyaAllah semua amalan yang dilakukan dengan ikhlas ini akan diberikan kebaikan oleh Allah SWT.
link ke laman yang memaparkan teks penuh ucaptama tersebut :
http://muktamar59.pas.org.my/index.php/ucaptama/presiden-pas

VIDEO UCAPTAMA TUAN GURU PRESIDEN
 sila tekan sini

Sunday 1 September 2013

30 Ogos 2013 - Kukuhkan Ukhwah Mantapkan Jamaah



KERTAS KERJA
LIQO’ AL-FIKRI PAS KEDAH KALI KEDUA BAGI TAHUN 2013
KUKUHKAN UKHWAH MANTAPKAN JAMAAH


                Jentera  parti perlu diperkukuhkan samaada dari segi fizikal atau meterial. Bukan senang untuk menghadapi kekuatan dan bala tentera musuh yang dengan berbagai kelengkapan dan penggunaan media, wang dan jentera kerajaan. Selain daripada kekuatan kewangan dan pasarana pilihanraya, maka faktor kemanusiaan adalah amat diperlukan. Jalinan ukhwah yang mendalam di kalangan anggota parti daripada pimpinan hingga ahli biasa adalah amat diperlukan. Supaya jentera akan mantap laksana susunan binaan yang tersusun kukuh.

Seperti Firman Allah SWT "Sesungguhnya Allah suka kepada hambanya yang berjuang di jalan Allah dengan tersusun kukuh laksana bangunan yang kukuh"  Surah As-Saf Ayat  4.

            Atas asas  ini Rasulullah SAW sewaktu mendirikan negara Islam pertama di Madinah dengan menitik berat soal ukhwah. Ini agenda awal yang baginda laksanakan ketika baginda tiba di Madinah, iaitu selepas mendiri masjid Quba'. Baginda sedar ketika saat getir ini asas ukhwah mesti dieratkan antara Muhajirin dan Ansar, jika tidak akan ada golongan munafik yang akan menyusup masuk untuk menggangu kerja baginda SAW di Madinah.Beberapa langkah yang perlu ada untuk membentuk ukhwah di kalangan anggota
 parti, antaranya :

            1.Betulkan nawaitu, bahawa kita menjadi ahli PAS dan berjuang kerana Allah SWT. Tidak ada yang lain daripada itu. Berjuang bersama PAS bukan kerana hendak berniaga dengan ahli PAS kerana ahli PAS hampir satu juta. Berjuang bukan kerana hendak menjadi calon, kerana calon pilhanraya amat terhad. Menyertai parti bukan kerana pangkat atau jawatan, kerana jawatan di dalam PAS satu bebanan bukan kemuliaan. Menyertai PAS bukan kerana hendak mendapat projek jika Pakatan Rakyat memerintah. InsyaAllah betul nawaitu  maka akan memantapkan ukhwah.

            2.Semua mesti berfikir bagaimana untuk mengukuhkan parti dan kemenangan parti. Jika semua berfikir ke arah itu maka semangat ini akan memberi kekuatan kepada parti. Tidak ada masa untuk bertelagah sesama sendiri sehingga merencat kerja parti ke arah kejayaan.

            3. Berbaik sangka dengan semua ahli PAS. Mereka yang tidak ikhlas akan terkeluar atau dikeluarkan oleh ahli, kerana PAS ialah jamaah yang terdiri dari kalangan orang yang soleh. Jika ada mana-mana pihak yang mempunyai agenda yang tersendiri tidak akan berjaya. Oleh itu berbaik sangka dengan sahabat adalah perlu. Jauhkan perasangka buruk sesama anggota. Jangan mudah menuduh ahli yang berbaik dan berbual dengan ahli Umno terus dilebel sebagai orang yang tidak boleh dipercayai.

            4.Sifat meraikan semua ahli yang berbagai latar belakang status kedudukan dan tahap akademik adalah perlu. Janganlah kita mudah mengeluarkan perkataan bodoh jika ahli yang diarah melaksanakan kerja tersilap menerima arahan. Anggaplah tahap pemikiran mereka tidak sama dengan kita. Jika kita dengan mudah mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati sahabat bagaimana ikatan ukhwah hendak ditautkan.

            5.Lahirkan sifat kasih sesama anggota. Biarlah menampakkan kita kasih kepada amilin bawahan terutamanya. Lemparkan senyuman dan manis muka dan ringan mulut untuk berbicara dan bertanya khabar. Ahli PAS bukan wang yang diminta, tetapi ialah kemesraan dan layanan yang diutamakan. Mereka begitu berbangga jika pimpinan mereka seolah-olah mengambil berat terhadap mereka.

            6. Berilah keutamaan kepada ahli PAS ketika untuk memberi bantuan. Lihatlah ahli dan amilin yang memang susah dan layak menerima bantuan. Memang kebiasaan ahli PAS tidak meminta walaupun mereka ini orang susah, tetapi kita sebagai pimpinan perlu mengambil berat terhadap keperluan mereka.
            7. Apabila semua pakat memikirkan untuk mengalahkan Umno BN maka jamaah akan kuat. Selalunya orang yang tidak bekerja untuk parti memang terlalu nampak kesalahan sahabat sedangkan beliau hanya asyik mengkritik tanpa apa-apa sumbangan kepada parti. Orang seperti ini amat merbahaya kepada parti dan tidak mendatangkan apa-apa faedah.Kelompangan dalam saf jamaah akan memberi tempat kepada syaitan untuk menyusup masuk ke dalam saf jamaah.

            Parti akan kukuh seperti acuan keluli di mana syaitan dan musuh parti tidak dapat mencari lubang pun untuk mencelah masuk dan melakukan kerosakan. Walaupun syaitan datang dengan bala tentera yang banyak untuk menyerang dari luar atau dalam, semua usaha ini akan menemui kegagalan.Sifat kesungguhan dan pengorbanan yang tinggi di kalangan anggota tidak akan memberi peluang kepada syaitan dan musuh-musuh Allah untuk mengadu domba supaya wujud pergaduhan sesama sendiri.



YB UST HAJI IDRIS BIN HAJI AHMAD
Pengarah Jabatan Tarbiah PAS Pusat
2/7/13

Friday 2 August 2013

KHUTBAH AIDIL FITRI 1434 H - PERANAN UMAT ISLAM DALAM ISU PEMBUNUHAN DISELURUH DUNIA










دكلواركن اوليه :
ديوان علماء فاس قدح
دسوسون اوليه :
 توان الشيخ حاج زين العصر بن حاج رملي
دسيمق اوليه :
لجنة تربية دان کڤيمڤينن ڤاس نݢري قدح




خطبة فرتام

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،       اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ   
اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ      اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا
و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا .

 الحَمْدُ لله القائل:  واتقوا الله واعلموا أن الله مع المتقين. وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍوَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ .
 أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ

سيدڠ مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله،
فرمان الله دالم ايات 123-124 سورة ال عمران :

        مقصودڽ : سسوڠݢوهڽ الله تله منولوڠ کامو دالم ڤڤرڠن بدر سدڠکن کامو کتيک ايت دالم 
کأداٴن لمه، اوليه ايت برتقوىله کڤد الله اݢر کامو منشکوريڽ.  ايڠتله کتيک کامو مڠاتاکن کڤد اورڠ         مؤمن:  اڤکه تيدق چوکوڤ باݢي کامو الله ممبنتومو دڠن  تيݢ ريبو ڤارا ملائکة يڠ دتورونکن دري لاڠيت؟
       
         رمضان بارو ساج منيڠݢلکن کيت، دان اي اداله لامبڠ ڤرجواڠن هيبت سأورڠ همبا يڠ ايڠين مندکتكن ديري  کڤد توهن يڠ مها اسا.  نيلايکن ديري کيت سڤنجڠ رمضان يڠ لالو، اداکه کيت تله برجواڠ سبنر- بنر ڤرجواڠن اونتوق مندکتکن ديري کڤد-ڽ.  ستارا مان هيبتڽ ڤرجواڠن کيت اونتوق مندکتکن ديري کڤد-ڽ، ستارا ايتوله کلايقن کيت اونتوق منچيڤتا سبواە کمنڠن اونتوق منݢقکن حکوم الله د دالم نݢارا يڠ ترچينتا اين. اوکورکنله سݢالاڽ د دالم رمضان لالو بتاڤ قواتڽ ڤرݢنتوڠن هاتي کيت اونتوق منداڤت کريضاان الله سڤنجڠ لالو مک دميکينله تيڠݢيڽ ڤرݢنتوڠن دان ايکتن هاتيڽ کڤد الله دالم منيڠݢيکن کلمة الله د اتس موک بومي اين.

        دالم رمضان لالو راماي يڠ برجواڠ تتاڤي هاڽ سڤاروە ڤرجالنن عاقبة تيدق تاهن دڠن اوجين يڠ داتڠ ، بݢيتو جوݢ راماي يڠ برجواڠ تتاڤي راس کأخلاصن دان ڤرتاٴوتن هاتيڽ دڠن الله اݢق کورڠ سهيڠݢ تيدق داتڠڽ کمناڠن.  بݢيتوله اڤ يڠ تله کيت لالواي دالم رمضان لالو، رمضان اداله بولن تربييه.

        ليهتله بتاڤ مسجد دان سوراو بݢيتو ڤنوە مليمڤه ڤد اول٢ رمضان تتاڤي ڤد هاري٢ تراخيرڽ رومه٢ الله کمبالي سڤي، سماکين سڤي دان لڠڠ کران اومت إسلام لبيه چوندوڠ ممنوهي ڤاسراي٢ اونتوق ڤرسياڤن هاري راي سدڠکن ڤد مالم 10 تراخير ايتوله اکن برلاکوڽ ليلة قدر يڠ دصفةکن اوليه الله بهاوا اي مروڤاکن سواتو مالم يڠ لبيه باٴيق درڤد سريبو بولن يڠ لاٴين سباݢايمان فرمان الله دالم ايات  3 سورة القدر :
       

 مقصودڽ : مالم القدر ايت لبيه باٴيق درڤد سريبو بولن.
           
        تيدق ساله برسياڤ اونتوق هاري راي تتاڤي جنڠنله سهيڠݢ ترکورڠ ماساڽ اونتوق کيت مندکتکن ديري کڤد الله توهن يڠ مڠانوݢرهکن هاري راي ايت اونتوق کيت سموا.  اومت يڠ لايق اونتوق مڠݢالس امانه ڤرجواڠن دان کمنڠن اداله اومت يڠ لبيه مڠوتاماکن کڤنتيڠن اخيرة درڤد کڤنتيڠن دنياوي . اومت يڠ لايق اونتوق منڠ اداله اومت يڠ ممڤو ممبهاݢي ماس دڠن باٴيق د دالم کهيدوڤنڽ.  مريک تاهو ڤد وقتو مان وقتو اونتوق برمناجات کڤد الله دان وقتو مان ڤولا اونتوق مڠوروسکن اوروسن دنيا ، نامون تيدق ترکلوار درڤد اڤ يڠ دکهندقي اوليه اݢام.

        ݢوداٴن نفسو ڤد هاري تراخير رمضان بݢيتو قوات کران نفسو باݢايکن تيدق ماهو مليهت کيت منداڤت کلبيهن ليلة قدر. تتاڤي ايتوله بودايا يڠ دتونجوقکن اوليه ميديا ، دمان بولن رمضان لبيه باڽق دتونجوقکن سواسان اورڠ ماکن درڤد دتايڠکن اورڠ يڠ سدڠ کلاڤرن دان اڤابيلا همڤير براخيرڽ رمضان ڤولا لبيه باڽق دتونجوقکن اورڠ يڠ سدڠ برهاري راي درڤد منايڠکن اورڠ يڠ سدڠ برڤواسا.


اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ
 سيدڠ مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله،
       
          رمضان بولن منيڠکتکن کتقوأن دان منمبهکن عملن دالم مندکتکن ديري کڤد توهن، امت يڠ برجواڠ ڤد ماس لالو تله ممبوقتيکن کڤد کيت بهوا رمضان اداله بولن اونتوق ملايقکن اومت اونتوق منچيڤتا کمنڠن د دالم ڤرجواڠن.  بهکن رمضان بوکن بولن اومت إسلام لمه، تتاڤي ايتوله بولنڽ اومت إسلام باڠون دڠن ڤنوە کقواتن ممبوقتيکن کڤد الله بهاوا مريکله سبنر- بنر همبا کڤد الله.  لالو تيدق حيرانله مڠاڤ مريک ممڤو براوليه کمنڠن يڠ ݢميلڠ د دالم ڤرجواڠن دان ڤڤراڠن.

         اڤابيلا الله مريضاءي مريک داتڠله ڤرتولوڠن درڤد الله سباݢايمان کمنڠن دالم ڤڤرڠن بدر الكبرى ، ڤمبوکاٴن کوتا مکة دان ڤمبوکاٴن بيت المقدس اوليه صلاح الدين  الأيوبي.  اين منونجوقکن کڤد کيت بهاوا سماکين لمهڽ نفسو دنيا مک سماکين مارقڽ چينتا کڤد الله يڠ ممبوليهکن کيت برهادڤن دڠن موسوە تنڤا راس تاکوت دان ݢنتر، دڠن هيلڠڽ ڤراساٴن چينتا کڤد دنيا. سماکين همڤيرڽ کيت کڤد الله دان سماکين قواتڽ ڤرتاٴوتن هاتي کيت کڤد الله مک سماکين دکتله ڤرتولوڠن دان کمنڠن درڤد الله  .

        بݢيتوله رمضان تله ممباڠونکن اومت إسلام د ماس سيلم سهيڠݢ مريک ممڤو ممرينته دان مڠواساٴي دنيا.  ڤڽاکيت مربهاي دالم ديري ياٴيت چينتاکن دنيا دان تاکوتکن کماتين هندقله دسيڠکيرکن درڤد هاتي کيت، اݢر کيت سنتياس موليا دان اومت إسلام کمبالي دأنوݢرهکن کمنڠن اوليه الله.

           جک د دالم بدر الكبرى  رسول اللە صلى الله عليه وسلم دان تنترا إسلام براد دالم کڤوڠن موسوە يڠ تيݢ کالي ݢندا لبيه راماي دري تنترا إسلام، سدڠکن نبي صلى الله عليه وسلم دان تنترا إسلام ڤولا ڤد اصلڽ بوکنله کلوار دڠن نية اونتوق برڤرڠ، نامون الله داتڠکن جوݢ کمنڠن بوات مريک. مک اومت إسلام هاري اين دڠن جومله يڠ لبيه راماي هندقله لبيه يقين کڤد جنجي کمنڠن درڤد الله، دڠن شرط کيت کمبالي برساتو د باوە ڤنجي٢ إسلام، بوکنڽ تروس برڤچه دان برتلاݢه.  اومت إسلام هندقله کمبالي برساتو براچوانکن اچوان القرءان دان الحديث.  بودايا علمو هندقله دبوداياکن دڠن جاياڽ سسهيڠݢ علمو إسلام بنر٢ منتڤ د دالم ستياڤ جيوا اومتڽ. کمودين کيت تروکاي ڤولا بيدڠ٢ علمو يڠ بارو، يڠ منفعتڽ کمبالي کڤد مانسي دان عالم جاݢت اين.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ
سيدڠ مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله،
 
        هاري اين کيت اداله هاري کمنڠن بوات کيت.  ڤد هاري کمنڠن اين کيت تيدق ريلا لاݢي دهينا دان دڤرلاکوکن سسوک هاتي اوليه موسوە٢ اسلام.  سسوڠݢوهڽ کيت ترهينا بوکنله کران تياد کقواتن ايکونومي تتاڤي کيت هينا کران کيت ݢاݢل مڠوروس ايکونومي سسواي دان سلارس سڤرتي يڠ دکهندقي اوليه اسلام.  سکاليڤون کيت منجالنکن کرجا٢ ممڤرکاساکن ايکونومي اومة نامون عاقبة تيدق مڠهيدوڤکن بودايا علمو دالم کهيدوڤن، اخيرڽ کيت ترساسر دري توجوان برايكونومي سڤرتي يڠ دکهندقي اوليه الله.  اومت هاري اين بݢيتو دڠکل دان تراسيڠ دڠن اݢامڽ، سهيڠݢ ترکادڠ اي ممباوا کڤد مريک ممڤرتيکايکن سيستم٢ يڠ اد دالم إسلام ايت سنديري.

        اڤابيلا اومت إسلام دسلوبوڠي دڠن کجاهيلن مک عقيدهڽ ڤون منجادي لمه، سهيڠݢ اي ممباوا ڤولا کڤد کورڠ کيقينن ترهادڤ إسلام يڠ دأنوتيڽ. دتمبه لاݢي مريک ڤولا برڤچه مڠيکوت سڤرتي اڤ يڠ دکهندقي اوليه موسوە٢ اسلام. جوسترو، اينله يڠ مڽببکن نݢارا٢ اومت إسلام يڠ دأنوݢرهکن ڤلباݢاي حاصيل محصول بومي، نامون تيدق داڤت دمنفعتکن اونتوق کسلوروهن رعية .  اخيرڽ باڽق حاصيل بومي نݢارا اومت إسلام دسدوت دان دکااوت اونتوق منفعة کُفَّر.

        سسوڠݢوهڽ ݢولوڠن کُفَّر بݢيتو ݢرون جک اومت إسلام کمبالي برساتو اتس داسر القرءان دان الحديث.  کيني سودە سمڤاي ماساڽ کيت کمبالي برساتو، تتاڤي اݢيندا ڤڽاتوان هندقله برترسکن کڤد القرءان دان السنه . اڤ يڠ کيت ليهت، سمڤاي ک ساعت اين اچوان سيکولر جلس ݢاݢل اونتوق مڽاتوکن امة.  بهکن براچوانکن اچاوان سيکولر، اݢيندا برساتو منجادي سماکين کابور دان سوکر. بهکن تيتيق ڤرتموان اونتوق ڤڽاتوان ايت تيدق اکن برتمو سمڤاي بيلا-بيلا.

        سباݢاي اومت يڠ برجواڠ سرتا سدر ترهادڤ کڤرلوان اومت ماس کيني، کرجا٢ اونتوق مڠمباليکن کقواتن اومت إسلام هندقله دجان دان دڤرکاسکن. کيت مستي منجادي اݢين(Agen) يڠ استقامة دان تابه اونتوق ممڤرکواتکن اومت اسلام. سموا کرجا کاروت ماروت ݢولوڠن سيکولر هندقله دڽهکن دڠن سبراڤ سݢرا درڤد ڤرسادا ڤوليتيک تانه اير ، دمي منجاياکن متلامت إسلام کمبالي بردولت، کيت مستي برجيوا بسر. کرجا٢ اونتوق مڠمباليکن مانسي کڤد اݢام يڠ حق اين هندقله دلاکوکن دڠن برسوڠݢوه-سوڠݢوه . اومت إسلام مستي مڽدري حقيقة بهاوا علمو دان عقيدة ساڠت ڤنتيڠ اونتوق دبري ڤرهاتين سبلوم برݢرق دڠن کقواتن ايکونومي، کران جک ايکونومي سهاج يڠ قوات سدڠکن عقيدة اومت إسلام لمه مک کقواتن ايکونومي ايت تيدق اکن داڤت دݢوناکن اونتوق إسلام، سباليقڽ لبيه باڽق دݢوناکن اونتوق کڤنتيڠن ديري سهيڠݢ هيلڠڽ سماڠت جهاد دان ڤرجواڠن. کمودين تيدق حيرانله عاقبة دري لمهڽ عقيدة مک اومت دهاڽوتکن دڠن چينتا دنيا.
     

      ايڠتله سبدا رسول اللە صلى الله عليه وسلم :
فَوَاللهِ  مَا الفَقْرَ  أَخْشَى  عَلَيْكُمْ  وَلَكِنِّي  أَخْشَى    أَنْ  تُبْسَطَ  عَلَيْكُمُ  الدُّنْيَا  كَمَا  بُسِطَتْ  عَلَى  مَنْ  كَانَ  قَبْلَكُمْ  فَتَنَافَسُوْهَا  كَمَا  تَنَافَسُوْهَا فَتُهْلِكَكُمْ  كَمَا  أَهْلَكَتْهُمْ  .

        مقصودڽ :  دمي الله!  اکو تيدق بيمبڠ کفقيرن يڠ منيمڤا کامو تتاڤي اڤ يڠ اکو بيمبڠ اياله اڤابيلا    دبنتڠکن کميواهن دنيا سباݢايمان يڠ تله دبنتڠکن کڤد اومت سبلوم کامو لالو مريک مربوت ک   ميواهن دنيا ايت مک کامو جوݢ اکن بربوت سباݢايمان مريک مک کامو اکن دبيناساکن       سباݢايمان بيناساڽ اومت سبلوم کامو.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ
سيدڠ مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله،
 
        موسوە إسلام تروس منروس منکن دان ملاکوکن ڤمبونوهن ترهادڤ اومت إسلام د سرات دنيا کران إسلام يڠ برݢرق اتس اساس وحي مروڤاکن سواتو کواس يڠ ساڠت مربهاي دان دتاکوتي اوليه ݢولوڠن کُفَّر يڠ برݢرق اتس داسر کجاهيلن دان ڤقساٴن ک اتس توبوە مأنسي . اومت إسلام دڤرڠي سچارا فيزيکل دان مينتل ، اومت إسلام د ڤلسطين سابن هاري تروس دبورو دان دسيک سا. بݢيتوله جوݢ اومت إسلام د شريا، ميانمار دان سلاتن تايلاند ميثلڽ. حتى اومت إسلام د دالم نݢاراڽ سنديري توروت دلاڽق اوليه موسوە إسلام يڠ سبڠسا دڠنڽ سڤرتي مصر أومڤامڽ.

        بݢيتو جوݢ اومت إسلام د ببراڤا تمڤت يڠ لاٴين، د مان ݢولوڠن کُفَّر تله منروسکن سڠکتاڽ ترهادڤ اومت اسلام. سلاٴين سرڠن سچارا فيزيکل، کُفَّر توروت مڠهينا إسلام اݢر دبنچي باݢي مڽکت کماسوقن براماءي-رامايڽ رعيتڽ ک دالم اسلام. سڤرتي د اميريک ڤڠهجرهن رعيتڽ ک دالم إسلام منچاتت ڤراتوسن سبݢيتو تيڠݢي سجق سرڠن 11 سيڤتيمبر يڠ لالو.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ  
سيدڠ مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله،

       کيني باڽق ڤيهق ترماسوق اورڠ بوکن إسلام مڠاکوٴي بهاوا سأورڠ مسلم يڠ سنتياس منجاݢ عبادتڽ اکن منجاٴوهي سبارڠ ڤربواتن يڠ اکن مروسقکن اخلاق دان اکن منجاٴوهي ڤربواتن جنايه.  سسوڠݢوهڽ اينله متلامت اوتام کڤد ستياڤ عبادة دالم إسلام ترماسوق ڤواسا ياٴيت ملاهيرکن اومت يڠ برتقوى يڠ سنتياس تاکوت کڤد الله سڤنجڠ ماس دان ستياڤ تمڤت.

        د دالم رياليتي مشارکت دان نݢارا، اڤابيلا ڤميمڤينڽ برتقوى مک تيادله لاݢي کظاليمن ترهادڤ رعية دان ڤڽالهݢوناان کواس د دالم مڠاٴوت کأونتوڠن ڤريبادي.  بيلا لاهيرڽ ڤݢاواي کراجاٴن دان کاکيتاڠن شريکت برتقوى مک تياد لاݢي برلاکوڽ ڤچه امانه دان رسواه.  بيلا لاهيرڽ ڤنياݢ يڠ برتقوى مک تياد لاݢي عملن تيڤو دان مونوڤولي(Monopoli) هرݢ بارڠن دمي منچاري کأونتوڠن ملمڤاو. بيلا لاهيرڽ انݢوتا مشارکت يڠ برتقوى مک تيادله کيس کچورين،کتاݢيهن دادە، روݢول دان سباݢايڽ. بيلا لاهيرڽ سوامي يڠ برتقوى مک تياد لاݢي کيس ڤندراٴن دان ڤڠاباين رومهتڠݢ. بيلا لاهير ايستري يڠ برتقوى مک تيادله لاݢي کيس ڤندرحکاان. بيلا لاهير انق يڠ برتقوى مک تيادله لاݢي کيس درهاک دان ملاون ايبوباڤ. بيلا لاهير ڤلاجر يڠ برتقوى مک تياد لاݢي کيس بولي دان جنايه د تمڤت بلاجر.  الڠکه ايندهڽ بيلا ستياڤ انݢوتا مشارکت برمولا درڤد ڤميمڤين هيڠݢ ک انق کچيل برتقوى کڤد الله، سهيڠݢ دري سيتو کبرکاتن دان نعمة هيدوڤ اکن داتڠ مليمڤه-ليمڤه داتڠڽ درڤد الله ، اينله اي کلبيهن دان کڤنتيڠن تقوى يڠ مودە دکاتا تاڤي ڤايه اونتوق دکوتا.

        سمواڽ اين هاڽ اکن منجادي رياليتي دان کڽاتاٴن اڤابيلا نݢارا تله برتوکر منجادي بلدة طيبة ورب  غفور. بݢيتوله تقوى منجاديکن کيت بهاݢيا د دنيا ماناکالا د اخيرة ڤولا تقوىله يڠ منجادي بکلن يڠ ڤاليڠ برهرݢ کڤد ستياڤ ديري کيت. سموݢ رمضان لالو تله ملاهيرکن ديري کيت سباݢاي اومت برتقوى. تقوى دميليکي  نݢارا هرموني، دنيا سنتوسا اخيرة بهاݢيا.
فرمان الله دالم ايات 139 سورة ال عمران :
            مقصودڽ : جنڠنله کامو برڤوتوس اسا دان جنڠنله ڤولا کامو برسديه هاتي سدڠکن کاموله اورڠ٢ يڠ ڤاليڠ تيڠݢي درجتڽ جک کامو اورڠ٢ يڠ برايمان

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


 خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،       اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ      اللهُ أَكْبَرُ

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ ….

فرمان الله تعالى دالم أية 24 سورة الأنفال :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّـهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ
        مقصودڽ : وهاي اورڠ٢ يڠ برايمان ، ساهوت دان سمبوتله 
سروان الله دان سروان رسولڽ اڤابيلا اي مڽرو کامو کڤد ڤرکارا٢ يڠ منجاديکن کامو هيدوڤ سمڤورنا ; دان کتاهويله بهاوا سسوڠݢوهڽ الله برکواس مڠوبه اتاو مڽکت د انتاراسسأورڠ 
  ايت دڠن ) ڤکرجاٴن) هاتيڽ،  دان سسوڠݢوهڽ کڤداڽله کامو اکن دهيمڤونکن .

سيدڠ مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله ;
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
 
        اسلام منانم کوکوە دالم ديري ستياڤ اومتڽ بهاوا تنڤا ڤڠوربانن 
 مان موڠکين سسواتو کجاياٴن داڤت دراٴيه دان دچاڤاي. الله منجنجيکن
  کهيدوڤن بيلا سماڠت جهاد دالم ديري اومت اسلام تروس ممبارا 
 سهيڠݢ اي اکن مڠݢرونکن موسوە٢ اسلام . سباليقڽ اڤابيلا اومت اسلام
دهيدڤي ڤڽاکيت چينتا  کڤد دنيا دان تاکوت کڤد کماتين مک هيلڠله کهيبتن
اومت اين.  مک سلاما ايتوله کيت اکن دجاجه دان دهينا سکالي ڤون کيت 
 تله ممڤراوليهي کمرديکأن.

        سسوڠݢوهڽ موسوە٢ اسلام سنتياس مڠمبيل برتترهادڤ ڤراليهن کڤميمڤينن
  يڠ برلاکودنݢارا٢  اومت اسلام اݢر اي برتڤتن دڠن چيتاراس دان کهندق
مريک. منوکر سيستم درڤد جاهيلية کڤد اسلام ،کݢلڤن کفور کڤد ترڠڽ ايمان
اداله توݢس کيت يڠ تيدق ڤرنه ڤدم. سکيراڽ اومت اسلام تيدق براني منوکر
سيستيم ترسبوت مک   يڠبرلاکو هاڽ منوکر ڤميمڤين يڠ اکن منروسکن کظاليمن
دان ڤنيندسن يڠ تردهولو .

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، اللهم اهد بهدايتك وتوفيقك الملك السلطان الحاج عبد الحليم معظم شاة ابن المرحوم السلطان بدللي شاة. إنك رؤوف رحيم جواد يا لطيفا بالعباد يا أرحم الراحمين.
 اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ ، اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى ِمصروفي لبنان وَفِى سوريا وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا

 اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا

 اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ ، اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم
. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ


Kepada sesiapa yang inginkan dalam bentuk PDF,
Sila SMS alamat email anda ke 019-551 5985