MUQADDIMAH
Maksudnya:
Oleh
itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi
zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama; dan Kami menjelaskan
ayat-ayat keterangan Kami satu persaru bagi kaum yang mahu mengetahui.Dan jika
mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia, dan mereka pula
mencela agam kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang
kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janji-Nya,
supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat). (At-Taubah : 11-12)
MALAYSIA
KE ARAH NEGARA ISLAM
Islam
adalah satu cara hidup manusia yang berdasarkan kehendak Allah. Setiap Muslim
wajib melaksanakan segala perintah dan hukum Allah sama ada bersifat individu
atau kolektif. Hukum-hukum Allah yang dibawah tanggungjawab kolektif selalu
dikaitkan dengan soal kemasyarakatan dan kenegaraan yang melibatkan hukum
muamalat,munakahat, jinayah, hudud, khilafah dan urusan pentadbiran, qanun dan
kehakiman, ketenteraan dan keselamatan, dakwah dan jihad, baitulmal
(perbendaharaan) dan ekonomi dan lain-lain.
Hukum-hakam
Allah yang berkait dengan kemasyarakatan dan kenegaraan tidak dapat
dilaksanakan tanpa pemimpin dan Kerajaan Islam.Kerajaan Islam bermaksud
kerajaan berdaulat yang memerintah secara Islam.Melaksanakan perundangan,
pemerintahaan dan penghakiman Negara berdasarkan Syariat Allah itu adalah satu
ibadah dan hukumnya wajib.Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudya Kerajaan
Islam. Maka mewujudkan Kerajaan Islam adalah wajib. Dalam konteks Malaysia hari
ini,proses menegakkan Kerajaan Islam yang dibenarkan oleh undang-undang adalah
melalui proses demokrasi dan pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk
tujuan tersebut adalah wajib.
Seseorang
itu tidak dapat mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang
layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah.Maka mendaftarkan diri sebagai
pemilih untuk melantik pimpinan dan kerajaan dalah wajib. Turutan tindakan ini
selaras dengan tuntutan kaedah feqah:”Sesuatu yang wajib tidak sempurna
melainkan denganya maka ia menjadi wajib”.
KEWAJIPAN
MELANTIK PEMIMPIN DI KALANGAN ORANG BERIMAN
Setiap
Muslim wajib melaksanakan tanggungjawab mengundi uintuk memilih calon pimpinan
(wakil rakyat) yang membentuk kerajaan yang sah dan berdaulat pada hari
pilihanraya yang ditetapkan. Pengundi muslim hendaklah memilih calon pimpinan
(wakil rakyat) yang berjuang atas Dasar Islam dan Kebajikan Ummah untuk
pastiukan Kerajaan Islam diwujudkan. Pengundi Muslim hendaklah memilih
seseorang calon pimpinan (wakil rakyat) itu hanya berdasarkan kelayakan
(Amanah, Alim, Ahli, Adil)dan matlamat syariat seperti hadith Rasullah SAW yang
menyebut lafaz bai’ah:
“Aku memberi bai’ah kepada
kamu dengan syarta kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”
Ciri-ciri
kepimpinan Islam adalah sebagaimana Firman Allahy yang berikut:
Maksudnya:
“Sesungguhnya, hanyasanya pemimpin kamu adalah Allah, Rasul dan orang-orang
yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat serta orang-orang yang
ruku’ (tunduk dan patuh kepada perintah Allah
SWT)”
(Surah Al-Maidah: 55)
Arahan
memilih pimpinan mukmin (beriman) adalah sebagaimana Al-Quran:
Maksudnya:
“Barangsiapa yang berketuakan Allah, rasul dan orang-orang yang beriman, maka
sesungguhnya golongan yang taat kepada Allah yang mencapai kemenangan.” (Surah
Al-Maidah: 56)
Larangan
memilih calon pimpinan (wakil rakyat) yang tidak islamik adalah sebagaimana
firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan (pemimpin atau ketua)
daripada kalangan orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejekan dan permainan,
daripada ahli kitab yang sebelum kamu, dan (jangan kamu jadikan)orang-orang
kafir sebagai ketua, dan takutlah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang
yang beriman.” (Surah Al-Maidah: 57)
Ibnu Abbas RA katanya:
“Rasulullah SAW bersabda:”Sesiapa melantik seorang lelaki ke atas sekumpulan
orang ramai sedangkan terdapat di kalangan mereka orang yang lebih diredhai
oleh Allah dari lelaki tersebut, maka ia telah mengkhanati Allah, Rasulnya, dan
orang mukmin.”(Hadis Riwayat Al-hakim dan As- Sayuti).
Kepimpinan
para ulamak, muttaqin dan solehin sangat relevendalam konteks masyarakat Islam.
Ini dinyatakan di dalm Al-Quran:
“Sesungguhnya
yang paling takut kepada Allah adalah Ulama” (Surah Al-Fathir: 28)
Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi.Sungguh mereka hanya
mewarikan ilmu, maka barangsiapa mengambil warisan tersebut maka ia telah
mengambil bahagian yang banyak”.(HR At-Tirmizi)
Jika
setiap muslim memilih majority calon-calon pimpinan (wakil rakyat) yang
mukmindan berdasarkan tuntutan Islam, mereka akan membentuk Kerajaan Islam.
Dengan kewujudan Kerajaan Islam dan kuasa yang dimiliki maka syarait Islam
mampu dilaksanakan.Mereka mendaulatkan Islam dan melaksanakan amar ma’ruf nahi
mungkar.
Sebalinya
jika memilih calon-calon pimpinan (wakil rakyat) bukan berdasarkan Islam,
mereka akan membentuk kerajaan yang tidak Islamik seperti kerajaan Sekular,
Kapitalis, Komunis, Sosialis, atau apa-apa bentuk kerajaan jahiliyyah yang
menolak syariat Allah dan membiarkan kefasikan sarta kemungkaran di bumi Allah.
Sekiranya
Muslim tidak memilih calon pimpinan (wakil rakyat) yang mampu melaksanakan
dasar tadbir urus Negara mengikut prinsip Islam, maka pimpinan (wakil rakyat)
yang tidak islamik akan menguasai Dewan Perundangan dan kuasa pentadbiran
Negara. Mereka memerintah berdasarkan logik akal dan kepentingan nafsu.
Kegagalan
membentuk Kerajaan yang beriman dan beramal dengan Islam adalah merupakan
tanggungan dan dosa kita umat islam keseluruhnya di hadapan Allah nanti.
Kecuali mereka yang telah berusaha ke arah itu.
KEDUDUKAN
WAKIL RAKYAT NON MUSLIM
Sekiranya
tiada terdapat calon pimpinan (wakil rakyat) dari kalangan muslim yang
bertanding dalam satu-satu pilihanraya, pengundi muslim hendaklah membuat
pilihan calon wakil rakyat golongan zimmi yang lebih baik dari segi manafaatnya
dan kurang mudharatnya kepada Islam dan ummahnya, atau memilih calon wakil
rakyat golongan-golongan zimmi yang kurang keburukan (korupsi, rasuah,
kronisme, pemborosan, kejahatan, kemaksiatan) dan kezaliman (manipulasi,
penyelewengan, penipuan, penindasan, jinayah, keganasan) kepada rakyat atau
memilih kuffar zimmi yang sedia bekerjasama dalam konteks prinsip Islam,
kemanusian, kebajikan, dan keadilan sejagat. Hal ini selaras dengan prinsip
kaedah feqah yang menyatakan : “Mudharat/keburukan hendaklah dihindari” ,
“Mengambil mudharat yang kecil untuk menolak mudharat yang lebih besar” dan
“Menolak bahaya adalah lebih penting daripada mencari kemanfaatan”.
ETIKA
PILIHANRAYA MENURUT SYARA’
Mengundi
dalam pilihanraya untuk melantik pemimpin (wakil rakyat) yang mukmin dan
kerajaan Islam adalah merupakan satu proses ibadat umum yang perlu dilaksanakan
dengan penuh keinsafan, ketertiban, kesabaran dan keikhlasan tanpa melibatkan
unsur-unsur kesyirikan, kemunafikan, kemungkaran dan kemaksiatan untuk mencapai
keredhaan Allah dan mendapat pahala yang besar daripadaNya.
Amalan
zulum (keangkuhan/ kezaliman/ penindasan/ eksploitasi/ ugutan/ paksaan/
pembunuhan), gharar (dusta/ penipuan/ manipulasi/ penyelewengan), risyuah (rasuah/
korupsi/ politik wang/ habuan pangkat kedudukan/ dll), maisir (perjudian/
pertaruhan), syubhah (kesamaran kaedah halal atau haramnya, pemborosan, kolusi,
konspirasi), assobiyyiah(nepotisme/ kronisme/ fanatik kepuakan/ kepartian/
kedaerahan/ taksub mazhab/ kejumudan/ nasionalisme/ keegoan materialism) dan
lain-lain yang bercanggah dengan syarak hendaklah dijauhi.
Segala
tindakan dalam proses pilihanraya dan amalan demokrasi hendaklah betul, wajar
dan adil mengikut Perlembagaan Negara dan Syariat Islamuntuk memastikan
kejayaan kepada pihak yang hak.
KEWAJIPAN
MEMBENTUK KERAJAAN ISLAM
Dalam
konteks Malaysia, kita uamt islam wajib menyertai pilihanraya dan wajib memilih
kepimpinan (wakil rakyat) yang berpegang kepada prisip Islam dalam menganggotai
dewan perundangan dan pemerintahan Negara. Ibnu Timiyah mengatakan bahawa
kekuasaan yang dimiliki pemimpin Islam adalah sebuah kepercayaan (amanah) dari
umat Islam dan bukan kekuasaan yang mutlak.
Tanggungjawab setiap
pemimpin (wakil rakyat) Islam adalah pul wajib membentuk Kerajaan Islam yang
melaksanakan pemerintrahn atas prinsip Islam dan amalan syariat Islam. Dengan
itu umat islam akan mampu melaksanakan semua amal ibadat,hukum dan syariat
Allah serta amal Islami secara keseluruhan demi mencapai keredhaan Allah di
dunia dan di Akhirat.
Al-Mawardi,
Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain menegaskan: “Muhammad sudah wafat, maka
agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”.Ibnu Hazam Al-Andalusi
menjelaskan para Ulama’ bersatu pendapatdalam mengatakan bahawa menegakkan
Kerajaan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umut berkewajipan melakukan taat
kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakaum Allah, yang
mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad
SAW.
Ibnu
Khaldun menegaskan bahawa: “Kekhalifahan (pimpinan umat) harus mampu
menggerakkan umat untuk bertindak sesuai dengan ajaran Islam dan menyeimbangkan
kewajipan di dunia dan akhirat. (Kewajipan di dunia) harus pilih pemimpin
secara syarie dalam konteks demokrasi Malaysia seimbang (dengan kewajipan untuk
akhirat), seperti yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad SAW, semua kepentingan
dunia haru mempertimbangkan keuntungan untuk kepentingan akhirat.Kesimpulanya,
(kekhalifahan) pada kenyataanya menggantikan Nabi Muhammad SAW, beserta
sebahagian tugasnya, untuk melindungi agama dan menjalankan kekuasaaan politik
dunia”.
Imam
Taqiyyuddin An-Nabhani menyatakan bahawa kepimpinan kaum muslimin adalah untuk
menegakkan hukum-hukum Syariat Islam dan mengembangkan (dakwah) risalah Islam
ke seluruh dunia.
PENUTUP
Oleh
itu mewujudkan Jemaah Islam serta mendokongnya, mengundi calon Jemaah Islam dan
membentuk Kerajaan Islam adalah satu ibadat wajib setiap muslim supaya akidah
dan syariat Islam dapat ditegakkan, dipertahankan, dan dikembangkan di atas
muka bumi ini sehingga Hari Kiamat.
Justeru
itu, adalah menjadi kewajipan kita sebagai seorang muslim hendaklah memastikan
segala urusan dan permasaalahan umat dirujuk kepada Al-Quran dan As- Sunnah.
No comments:
Post a Comment