My Blog List

My Blog List

album lajnah tarbiah

Monday, 12 December 2011

USRAH NEGERI 2 Mengekang Dan Memendam Rasa


Ke enam:    الكبت  Mengekang Dan Memendam Rasa
Penyakit yang ketiga puluh satu ialah  الكبت  .

            Penyakit yang ketiga puluh satu ini merupakan penyakit yang menyebabkan berlakunya fitnah-fitnah dan kemungkaran yang berleluasa, juga merupakan batu penghalang kearah kecermerlangan,pembangunan dan kemajuan,penyakit ini ialah penyakit (الكبت) mengekang dan memndam rasa.
            Bagi membersih dan menyelamatkan mereka yang terjebak dengan penyakit ini juga bagi mengawal mereka yang di selamatkan oleh Allah S.W.T daripada terjebak dengannya, maka tak dapat tidak kita terpaksa menanggung beban dan tanggungjawab terutamanya untuk mengenal pasti rupa bentuk dan tanda-tanda penyakit ini, untuk itu haruslah kita huraikan seperti berikut:
Pertama :   taarif   الكبت dari sudut bahasa dan istilah.
Dari sudut bahasa : ia mempunyai banyak pengertian di antaranya:
a)    الصرع و الهزم  contohnya كبت فلان فلانا   :   صرعه و هزمه  menumbangkan dan mengalahkan dia.
b)     الكسر والذل: contohnya .  صرع المسلمون عدوهم : كسروه وأذلوه  bermakna : mematahkan musuh mereka dan menghuraikan mereka.
c)     الصرف والرد بغيظ  وخزى  contohnya  كبت فلان فلانا  ertinya ,memalingkan dan menolak dengan penuh kemarahan dan kehinaan.
d)   الحبس (mengurung atau menahan)  contohnya كبت فلان غيظه أو شهوته (si fulan telah mengurung atau menahan nafsunya).
e)    الامتلاء غيظا او غما : penuh dengan kemarahan,kesusahan dan penderitaan.

Sebenarnya tidak ada pertentangan di antara makna-makna tersebut,kerana di antara makna-makna tadi ada yang menyatukan tentang  الكبت itu secara keseluruhan iaitu melakukan sesuatu perbuatan yang menyakitkan,setengahnya pula menyatakan tentang makna الكبت  secara terperinci iaitu  menumbangkan,
mengalahkan,mematahkan,menghina ,menolak dengan penuh kemarahan dan kehinaan,atau mengurung,menahan dengan penuh kemarahan dan kesusahan.

Dari sudut istilah:
            Ahli-ahli falsafah mentaarifkan الكبت  suatu proses tindakan jiwa الا شعورية (tidak sedar) yang menahan dan menyekat segala buah fikiran dan keinginan yang  menderita , atau keinginan yang disekat dan dihalang  untuk  lahir dalam alam sedar ,sedangkan ia masih kekal segar mekar berfungsi dalam alam tidak sedar.(kesimpulannya : الكبت  ialah menahan atau memendam fikiran dan keinginan yang tidak baik agar tidak lahir kea lam nyata. والله أعلم ).
            Mengikut pendekatan saya(kata syed noh): menahan fikiran-fikiran yang jahat dan keinginan-keinginan yang dilarang agar tidak muncul kea lam nyata bukanlah الكبت  , tatapi ianya menunjukan seorang itu mempunyai  إرادة (irodah) yang kental,keazaman yang jitu,himmah yang tinggi,keran mampu menahan angkara jahat daripada lahir kea lam nyata,kerana ianya menyakitkan diri sendiri dan menyakitkan orang lain, serta ia mampu pula mengeluarkan pandangan dan fikiran yang sempurna dan baik sebagai gantinya, member manfaat kepada dirinya dan juga orang lain.
            Oleh yang demikian, maka taarif  الكبت  yang munasabah dan sesuai ialah : الكبت   ialah nama bagi satu tindakan menyekat atau menahan buah-nuah fikiran yang betul dan bernas,keinginan yang bermunafaat dan berguna juga tindak-tanduk yang betul dan lurus daripada lahir kea lam nyata,proses sekatan dan penahanan ini menyebabkan jiwanya penuh dengan kemarahan , kesusahan,penderitaan, dan lain-lain.
Kedua :   tanda-tanda الكبت  , terdapat tanda-tanda yang menunjukan الكبت  , kami sebutkan sebahagian daripadanya :
1)   Melemparkan tuduhan-tuduhan terhadap kumpulan-kumpulan yang mempunyai pendapat dan pandangan yang bernas,tindak-tanduk yang betul, serta berusaha untuk mencatatkan rupa bentuk mereka dan mencemarkan keperibadian mereka.
2)   Sentiasa mengekori dan mengepong mereka yang berfikiran mulia bahkan mereka mengemarkan seksaan dan penderaan berbentuk jasmani, harta benda dan juga moral terhadap kumpulan ini sebagai kolot dan ketinggalan zaman, cara hidup mereka sebagai mundur tidak berkembangmaju,tidak sesuai dengan pemikiran moden dan semasa.
3)   Mereka memaksa orang awam untuk menerima fahaman dan pemikiran yang memusnahkan dan tindak-tanduk yang  menyeleweng.begitulah seterusnya…

Sikap islam terhadap “ penyakit mengekang dan memendang rasa”(الكبت)
            Islam melarang keras sikap mengekang dan memendam rasa seperti yang ditaarifkan tadi, kerana ia merupakan satu bentuk sekatan terhadap ummah untuk menyumbang pandangan dan buah fikiran yang berguna,dan tindak-tanduk yang lurus dan betul. Larangan keras ini dapat dilihat dari janji-janji Allah S.W.T seperti berikut:
1-    Allah menjanjikan siksaan azab yang dahsyat pada hari qiamat kelak terhadap mereka yang memerangi orang yang menyeru ke jalan Allah,dan mereka yang berusaha untuk mengekang dan menutup mulut mereka daripada menyampaikan kalimah Allah kepada hamba-hambanya. Firman Allah:  surah  آل عمران ayat 21-22
Mafhumnya:

)Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita yang mengembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [21](

)Mereka itulah orang-orang yang telah rosak amal perbuatannya di dunia dan di akhirat, dan mereka tidak akan memperoleh sesiapa pun yang dapat memberi pertolongan.  [22](

2-    Islam menyeru agar menolak sikap “ mengekang dan memendam rasa’ ini dengan apa cara sekalipun ,kalau tidak, siksaan azab yang dahsyatlah akan dikenakan terhadap mereka yang redo dan berpuas hati dengan sikap ini, siksaan  azab ini dalam bentuk “di laknat dan ditolak keluar dari rahmat Allah” juga berlaku persengketaan dan berpecah-belah, purak-puranda. Daripada Abdullah bin Amr Ibnu  Aus(عبد الله بن عمرو بن العاص) bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : إذا رايت أمتى لايقولون للظالم منهم : أنت ظالم,فقد تودع منهم  bermaksud: apabila engkau melihat umatku tidak berkata kepada orang yang zalim”engkau zalim” maka sesungguhnya ia telah dipinggirkan daripada mereka(mafhumnya, setiap ummat Muhammad mesti menyanggah orang zalim dengan kata: “engau zalim” والله أعلم).

Sekiranya penyakit ini tidak dibenteras akan berlakulah seperti yang berlaku kepada Bani Israil yang tidak menghiraukan segala larangan Allah…akhirnya mereka bercakar sesame sendiri kerana  melanggar perintah Allah.. hati mereka tidak bersatu dan Allah melaknat mereka…Rasulullah bersabda:  أو...)           
 ليضربن الله بقلوب بعضكم على بعض ويلعنكم مما لعنهم)  nescaya  Allah melaga-lagakan hati di antara kamu dan (Allah) melaknat kamu seperti mana (Allah)melaknat mereka (Bani Israil).
3-    Kedudukan ummah dan ketinggianya akan runtuh apabila mereka merestui sikap “mengekang dan memendam rasa” sehinggalah mereka akan diperintah dan dikuasai oleh ummat lain. Rasulullah S.A.W bersabda, daripada Jabir Bin Abdullah  رضى الله عنه katanya yang bermaksud: Ketika aku pulang daripada habshah dan bertemu dengan Rasulullah  S.A.W baginda berkata : Bolehkan kamu kisahkan aku tentang benda-benda pelik yang kamu lihat di bumi habshah? Kata seorang pemuda dari kalangan mereka, bahkan ! wahai Rasulullah.” Sedang kami duduk (di satu tempat) lalu seorang wanita tua dari kalangan “pendita-pendita” mereka menjunjung buyung air melintasi seorang pemuda (juga) dari kalangan mereka, lalu (pemuda tersebut) meletakkan sebelah tangannya kebahu wanita tadi terus menolaknya jatuh tersungkur bertahankan dua lututnya, pecah  buyungnya, maka tatkala waniat tua itu bangun sambil menoleh kepada itu lalu berkata: engkau akan ketahui nanti wahai pemuda jahat, apabila Allah meletakkan “Al-Kursi” dan menghimpunkan kesemua orang yang dahulu-dahulu dan orang-orang kemudian, kaki dan tangan akan berkata-kata menyaksikan apa yang mereka usahakan. Besok engkau akan ketahui kedudukan aku dan engkau.Rasulullah bersabda: engkau benar,engkau benar,bagaimana Allah S.W.T hendak memuliakan sesuatu ummat yang tidak membela (hak) orang yang lemah daripada kerakusan  orang-orang yang  kuat dari kalangan mereka.
Namun demikian islam tidak menegah dan tidak menyekat mana-mana manusia untuk menganut agaman lain dengan syarat mereka tidak menyebar dan mengajak orang lain untuk bersama-sama dengannya, dengan apa cara sekalipun. Firman Allah:  لا إكراه فى الدين قد تبين الرشد من الغي (البقرة 256)
firman Allah lagi : لكم دينكم ولي دين  (الكافرون 6) bermaksud…
dan firmanya lagi : ولوشاء ربك ... حتى يكونوا مؤمنين (يونس 99) bermaksud…
                        Maka jika sekiranya mereka membantah dan meneruskan juga usaha mengajak orang lain  untuk bersekongkol dengan kekufuran dan kebatilan mereka, maka ketika itu tak dapat tidak mestilah menyekat dan mengekang mereka, agar bumi ini tidak bertukar menjadi lubuk kejahatan dan kerosakkan.
Firman Allah: ولو لا دفع الله الناس بعضهم ببعض لفسدت الأرض (البقرة 251) bermaksud …
            Sekiranya inilah sikap dan pendirian islam terhadap usaha mengekang dan menyekay ummah supaya kebaikan dan kebajikan lenyap daripada muka bumi, kejahatan dan kedurjanaan tersebar luas dan bermaharajalela, maka pendirian islam dan sikapnya tidak berubah terhadap kekangan yang dikenakan keatas orang perseorangan, kerana ummah adalah hasil himpunan individu-individu maka lahirlah ummah,apa yang dirasai oleh orang perseorangan gemanya akan menyelubungi ummah. والله أعام

No comments:

Post a Comment