12) Berusaha memupuk “wehdah
Islamiah” serta menjaga keberkesanannya.
Kita hendaklah berkeyakinan penuh
bahawa wehdah Islamiah yang terus
dipupuk dan dijaga merupakan satu jalan untuk membenteras penyakit “putus asa” ,
bahkan ianya dapat menanam dalam hati rasa kepercayaan penuh terhadap Allah سبحانه وتعالى, dan
memupuk harapan di dalam jiwa, namun demikian “wehdah Islamiah” tidak akan
terlaksana kecuali dengan penuh keikhlasan dan persaudaraan Islam, yang mana
seseorang itu dapat menasihati saudaranya yang lain,dan dapat membimbing serta
membantu saudaranya untuk melepaskan diri daripada keaibannya secara praktik
dan bersedia untuk menjadi teman bagi memenuhi kekosongan hidupnya agar tidak
dapat dikuasai syaitan manusia dan
syaitan jin walau sesaat pun, juga memberinya pengalaman dan pengajaran, serta
membuka pintu-pintu untuk mendapat pahala dan ganjaran yang lebih banyak, dapat
menghilangkan rasa jemu dan bosan, seterusnya dapat menghilangkan rasa putus
asa. Dengan demikian dapat nmembantunya bagi melaksanakan tugas dan kerjanya
dengan cara yang singkat tanpa memerlukan perbelanjaan yang banyak,
kehebatannya terpelihara dikalangan orang ramai.
Begitulah persaudaraan Islam dapat
membuahkan “wehdah Islamiah” yang merangkumi semua bidang. Dengan demikian
dapatlah kita berdiri teguh menentang musuh dan lawan, dapat mematahkan segala
tipu daya, helah, dan pakatan jahat dengan syarat jangan memdengar lansung
pujuk rayu musuh, dan jangan percaya apa yang lahir dari mereka yang mana akhirnya
merupakan mesyuarat dan perbincangan bagi kebaikan, sedangkan batinnya
merupakan azab penderitaan kemusnahan lagi memusnahkan.
13) Bebaskan diri daripada bergaul dengan
mereka yang terkenal dengan “putus asa” dan hiduplah serta bergaulah dengan
mereka yang optimis dalam hidup.
Begitu juga kita harus bebaskan diri
daripada bergaul dengan mereka yang terkenal dengan “putus asa”, agar tidak
berjangkit dengan penyakit yang mereka alami, dan hendaklah hidup bergaul
dengan mereka yang optimis dalam hidup agar mereka ini dapat membuka pintu harapan
yakin kepada Allah سبحانه
وتعالى yang menjanjikan kemenangan kepada orang
yang beriman , benarlah sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
إِنَّمَا مَثَلُ الجليس الصالحُ والجليسُ السوءِ
كحامِلِ المسك، ونافخِ الكِيْرِ فحاملُ المسك: إِما أن يُحْذِيَكَ، وإِما أن تبتاع
منه، وإِمَّا أن تجِدَ منه ريحا طيِّبة، ونافخُ الكير: إِما أن يَحرقَ ثِيَابَكَ،
وإِما أن تجد منه ريحا خبيثَة
Yang bermaksud : Bandingan teman yang baik dan teman yang jahat seperti
penjual kasturi dan tukang besi, penjual kasturi sama ada ia memdampingi engkau
atau engkau membeli kasturi daripadanya, engkau akan menghidu bau wanginya dan
tukang besi pula sama ada pakaian kamu terbakar atau engkau akan menghidu bau
busuk hapak.
14) Sentiasa ingat
tentang dosa berlipat ganda bagi orang yang “berputus asa”.
Oleh kerana orang yang hidup dalam
keadaan “putus asa” ia berdosa, bukan diberi pahala. Ini kerana ia mendengar
hasutan dari bisikan syaitan dan tidak mendengar kalam Allah سبحانه وتعالى dan sabda Rasulnya صلى الله عليه وسلم, manusia jenis ini akan dicontohi oleh orang-orang lain,
terutama sekali golongan muda, maka dosanya akan dilipatgandakan, dosa dirinya
dan dosa orang lain (yang mengikutinya), ia akan bertemu dengan azab yang pedih
di dunia dan di akhirat.
Firman
Alllah سبحانه وتعالى dalam :
Yang bermaksud : Dan sesungguhnya mereka akan menanggung beban-beban dosa
mereka dan beban-beban (dosa orang-orang yang mereka sesatkan) bersama-sama
dengan beban-beban dosa mereka sendiri.
Lagi
Firman Alllah سبحانه وتعالى dalam :
Yang bermaksud : (Mereka dibiarkan menuduh dengan yang
demikian) supaya mereka memikul dosa-dosa mereka dengan sepenuhnya pada hari
kiamat, dan juga memikul sebahagian dari dosa orang-orang yang mereka sesatkan
dengan tidak berdasarkan pengetahuan yang benar; sesungguhnya amatlah buruknya
dosa-dosa yang mereka lakukan itu.
15) Hadapi “putus asa”
dengan himmah yang tinggi dan keazaman yang jitu.
Sesungguhnya himmah yang tinggi,
keazaman yang jitu, hendaklah yang kukuh dan dapat membantu seseorang menghadapi
apa jua kesulitan, putus asa yang bertali arus tanpa putus, begitu juga dapat
membantu seseorang untuk melepasi rintangan dan halangan agar bahtera hidupnya
selamat sampai ke pantai bahagia, daratan aman.
Firman
Alllah سبحانه وتعالى dalam :
Yang bermaksud : Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
Yang bermaksud : Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan
orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
16) Berpandukan “sunnatullah”
dalam menghadapi kekecewaan dan kegagalan.
Setiap sesuatu di dalam alam ini
mengikut sunnah yang Allah tetapkan , begitu juga dengan “putus asa” jika
sekiranya orang yang berputus asa ini telah kecewa dan gagal untuk membebaskan
diri daripada penyakit “putus asa” hendaklah mereka mencari sunnatullah dan
jadikan panduan. Sebahagian daripada sunnatullah ini ialah, berjaya
mengimarahkan, memakmurkan bumi sehingga dapat menguasainya, serta mengetahui
hukum Allah dan melaksanakannya pada setiap perkara kecil atau besar, kemudian
mengawas dan memelihara kebenaran daripada dinodai oleh musuh-musuh Islam, dan
campur tangan orang-orang yang tidak berotoriti, serta sabar menanggung beban
sehinggalah Allah سبحانه
وتعالى menentukannya.
Dengan lain perkataan, wajib atas
para ulamak - Dalam semua bidang pengkhususan mereka – hendaklah mereka
menghitung apa yang telah dicapai oleh manusia dari sudut kemajuan dan tamadun
, kemudian hendaklah mereka tambah yang baru lagi canggih agar mereka mendahului
orang lain dizamannya. Begitu juga para hartawan dan jutawan hendaklah membantu
para ulamak (saintis)dalam usaha meningkatkan kajian sains bagi melangkah ke beberapa langkah kehadapan bagi mereka yang
tidak mampu dalam bidang-bidang (tersebut diatas) hendaklah meringankan badan/
tulang bagi menyelesaikan keperluan manusia, dengan menggali telaga (telaga minyak), perihatin terhadap OKU
(orang-orang kurang upaya) dan orang –orang lanjut usia (warga emas) memandu
orang-orang sesat, membantu orang-orang miskin, menyelesakan orang-orang yang
ditimpa bencana, begitulah seterusnya, beserta menyuruh perkara maa’ruf (amar
maa’ruf) dan mencegah kemungkaran (nahi mungkar) mengikut kemampuan dan
kesesuaian masing-masing, sama ada mengubah dengan tangan atau dengan segala
kesusahan dan keperitan.
Yang bermaksud : Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan
beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan sabar.
Yang bermaksud : Dan katakanlah (wahai
Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan
RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan;
dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang
ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah
kerjakan".
Yang bermaksud : Sesungguhnya Allah
tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang
ada pada diri mereka sendiri.
17) Sentiasa ingat akibat dan kesan buruk “putus asa”.
Akhir sekali , kita hendaklah
sentiasa ingat tentang akibat dan kesan buruk “putus asa” terhadap orang
perseorangan dan jamaah. Oleh itu, hendaklah kita memandang serius perkara ini
agar menjadi pemangkin bagi melepaskan diri daripada penyakit putus asa dan
mendorong diri agar tidak terlibat dengan “putus asa”. Sesungguhnya mereka yang
sering mengigati akibat buruk bagi sesuatu perkara, dan benar dengan diri
mereka, sentiasa muraqabatullah, mereka
pasti akan tinggal perkara tersebut, dan berusaha gigih agar pisang tidak
berbuah dua kali.
Diterjemah
Oleh,
Tuan Syeikh Haji Ismail Bin Kamis
Disediakan
oleh,
Lajnah Tarbiah Dan Kapimpinan PAS Kedah
19/12/2012 - 5
Safar 1434
No comments:
Post a Comment