Ahli Dan Aktivis Parti Sebagai
Da’ie Penyelamat Ummah
Tajuk atau kertas kerja ini
dikemukakan untuk bahan perbincangan ke arah melahirkan petugas - petugas parti
yang beriman dan bertaqwa . Lantaran taqwa adalah satu jambatan yang
menghubungkan insan dengan Rabbnya. Jambatan itulah kelak akan memudahkan
nusrah dan maunah disalurkan .
Tanpa hubungan erat antara amilin
atau petugas parti dengan Allah swt bagaimanalah perjuangan yang didokong ini
mampu beroleh kemenangan [ nusrah ] sedang kemenangan itu adalah milik dan
anugerah Allah swt .
Intro 1
Insyaallah perbincangan kita kelak
akan menggariskan beberapa ciri - ciri atau kriteria petugas parti [ abna'ul
Harakah ] yang menepati standard piawaian yang dikehendaki oleh Rasulullah saw.
Kita tidak mahu petugas parti yang
hanya mengaku dan mendakwa dirinya sebagai petugas atau pejuang sedang aqidahnya
masih samar , fikrahnya masih kabur dan peribadinya masih culas .
Kita juga mahu memastikan parti atau
jamaah yang kita dokong ini turut menepati sebuah Gerakan Islam yang berperanan
untuk berjuang bagi mengembalikan khilafah Islam yang telah hilang malah
membina kembali daulah Islamiyah yang telah runtuh .
Intro 2
Bila kita bincang mengenai
syakhsiyyah amilin yang bertaqwa , maka ia melibatkan semua anggota parti tanpa
kecuali . Semua kita adalah amilin atau petugas parti / jamaah Islam ini .
Tinggal lagi petugas - petugas ini diagih tugas mereka mengikut keupayaan dan
kepercayaan yang telah diberikan oleh jamaah .
Ada yang bertugas [ amilin ] sebagai
al Mursyidul Aam , dalam PAS tugas besar ini diamanahkan kepada Al Fadhil Tuan
Guru Hj. Nik Abdul Aziz . Ada yang bertugas sebagai Presiden dan ianya
diamanahkan kepada Al Fadhil Tuang Guru Haji Abdul Hadi . Ada yang bertugas
sebagai Ketua Dewan Pemuda maka tugas ini pula ditaklifkan kepada Yb. Salahudin
Ayub .
Begitulah seterusnya , pelbagai
jawatan dan amanah sebagai agihan tugas telah diagih dengan penuh kepercayaan
oleh jamaah agar dilaksanakan dengan baik dan bertanggungjawab . Semuanya
bertugas dalam bidang dan skop tanggungjawab masing - masing . Justeru itu ,
perbahasan mengenai amilin ini merangkumi semua anggota jamaah .
Saya merasakan bahawa memahami
amilin parti sebagai staff pejabat , suk , pegawai tugas - tugas khas dan lain
- lain adalah silap , sebaliknya amilin itu ialah mereka yang beramal atau
bekerja untuk membangunkan perjuangan Islam ini dengan menjadikan jamaah ini
sebagai platform . Pastinya ia meratai seluruh anggota parti , bermula dengan
al Mursyidul Am hinggalah pegawai am di pejabat agong parti itu semuanya adalah
amilin .
Peribadi yang kita mahu bina
dikalangan petugas jamaah bukan sahaja terhenti pada gaya penampilan berwibawa
, aksi kehidupan berhemah dan juga fikrah Islami yang syumul tetapi juga
memberi penumpuan kepada pembinaan spiritual yang mantap .
Amilin [ petugas ] parti mestilah
bertolak di atas nokhtah Ikhlas dan Tajarrud . Ikhlas dengan maksud segala amal
dan tugasan yang ditaklifkan ke atas dirinya , dilaksanakan semata - mata
kerana Allah swt . Justeru Ikhlas adalah rahsia Allah swt . Kita boleh
menilainya melalui kesan - kesan langsung yang menunjuk kepada ikhlas .
Antara petanda ikhlas
bagi seorang petugas ialah :
Nawaitu yang tepat dan jelas kerana
Allah swt , bukan kerana mahu menjawat jawatan , publisiti dan lainnya sehingga
melanggar disiplin amal Islami .
Bekerja atau bertugas walau tanpa
jawatan
Bersedia menerima dan memberi
nasihat atau teguran
Tidak bermain alasan untuk mengelak
diri dari tugasan atau tanggungjawab
Bersedia menerima arahan dalam apa
jua keadaan
Perihatin terhadap keperluan parti /
jamaah
Tolak ansur dalam mengendalikan
gerakkerja jamaah
Menghormati generasi terdahulu yang
lebih merintis jalan perjuangan
Senantiasa muhasabah diri dan
aktiviti yang telah dilaksanakan
Mengakui dan menginsafi kesilapan
diri
Menjaga rahsia parti / jamaah
Menepati keputusan dan ketetapan
parti / jamaah
Tidak mengklasifikasikan ketaatan
kepada pimpinan
Aktif tidak mengira musim
Sementara Tajarrud pula bermaksud fokus . Tawajjuh kepada Allah swt
tanpa campur tangan elemen - elemen luar . Dalam melaksanakan tugasan , ia
fokus kepada Allah swt tanpa terlalai dengan apa jua kepentingan selain Allah
swt . Tiada serampang dua mata melainkan hanya untuk Allah swt dan kepada Allah
swt .
No comments:
Post a Comment