My Blog List

My Blog List

album lajnah tarbiah

Saturday, 21 April 2012

usrah bulan april-KONSEP JIHAD DALAM GERAK KERJA PILIHANRAYA-


KONSEP JIHAD DALAM GERAK KERJA PILIHANRAYA

فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِالْجُنُودِ قَالَ إِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُم بِنَهَرٍ فَمَن شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَن لَّمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي إِلَّا مَنِ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ ۚ فَشَرِبُوا مِنْهُ إِلَّا قَلِيلًا مِّنْهُمْ ۚ فَلَمَّا جَاوَزَهُ هُوَ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ قَالُوا لَا طَاقَةَ لَنَا الْيَوْمَ بِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ ۚ قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو اللَّهِ كَم مِّن فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ
Yang bermaksud :
Maka Tatkala Thalut keluar membawa tenteranya, ia berkata “  Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa di antara kamu meminum airnya; bukanlah ia pengikutku. Dan barang siapa tiada meminumnya, kecuali menceduk seceduk tangan, maka dia adalah pengikutku. “ Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka Thalut dan orang-orang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang telah minum berkata: “Tidak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tenteranya. “ orang-ornag yang meyakini mereka akan menemui Allah, berkata: “ Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.(Al-Baqarah 249).

MUQADDIMAH
Pilihanraya umum yang ke-13 adalah medan jihad yang berbentuk Muwajahah Salmiyyah sudah pasti ianya memerlukan kepada kepimpinan, strategi dan sebahagian daripadanya peperangan bersenjata. Tanda-tanda pilihanraya umum yang ke-13 semakin nyata yang menandakan dekatnya tarikh keramat itu dengan kita. Justeru itu, konsep jihad dalam gerak kerja pilihanraya perlu diamati dan diamalkan supaya jihad dan amal kita diterima Allah SWT.

TAKRIF JIHAD DAN FADHILAT
Takrif: Kewajipan Menegakkan Perjuangan
Perjuangan atau jihad adalah menara ketinggian Islam.
 Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud  “ Jihad ialah mercu ketinggian Islam”.
Orang-orang yang berjuang bekerja keras dalam:
1- Membangunkan kekuatan menentang ancaman terhadap Islam
2- Menyampaikan ajaran Islam tanpa gentar dan takut
3- Bermuwajahah salmiyyah secara politik untuk membangunkan sistem Islam dalam  
     pelbagaibidang kehidupan
4- Melaksanakan Amar makruf nahi mungkar
5- Membina kehidupan Islam untuk diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.

Orang-orang yang beriman sentiasa bersungguh-sungguh (bermujahadah) untuk menjayakan matlamat perjuangannya kerana tanpa kesungguhan hilanglah erti perjuangan. Ibnu Taimiyyah mentakrifkan jihad sebagai kesungguhan yang sebenar-benarnya atau bermati-matian untuk mencari keredhaan Allah SWT.

Hakikat ini dituntut dalam firman Allah SWT :
وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ ۚ هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ ۚ مِّلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ ۚ

Yang bermaksud :
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan Jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan . ( Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim .(surah Al-Haj:78)
Dan kesungguhan mereka sehingga keperingkat mencintai syahid pada jalan Allah kerana menyedari bahawa perjaungan itu tidak ada hentinya sehinggalah ke akhir hayat.

FADHILAT DAN DOSA MENINGGALKANNYA
Hadith Rasulullah SAW
Yang bermaksud
“ Sesungguhnya di dalam syurga kelak Allah sediakan 100 darjat syurga untuk para mujahidin di jalan Allah. Jarak antara 2 darjat itu ibarat langit dan bumi”

Firman Allah SWT
إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Yang bermaksud
“ Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan  syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah ; lalu mereka membunuh atau terbunuh . (Itu telah terjadi) janji Allah yang benar di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapkah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.                     ( surah At-Taubah: 111)

Gerakkerja pilihanraya adalah jihad kerana
1-Kuasa Islam dapat ditegakkan dengan kuasa yang diperolehi dapat melaksanakan Islam secara  
    keseluruhannya
2- Semua kezaliman dapat dihapuskan dan digantikan dengan keadilan
3- Pilihanraya adalah medan dakwah untuk menyampaikan seruan Islam.

   “Tidak sempurna sesuatu kewajipan melainkan dengannya maka ianya juga adalah wajib”

4  Ciri-Ciri Jihad
1- Berani
2- Yakin
3- Komitmen
4- Bersungguh-sungguh

Adakah kita sebagai hamba Allah yang mencintai jihad dijalan-Nya mempunyai sifat-sifat tersebut?

FAKTOR-FAKTOR KEMENANGAN ISLAM
1- Akhidah yang utuh iaitu Islam:

Allah berfirman
:وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
yang bermaksud :
“ Barang siapa menuntut agama, selain Islam maka tiadalah diterima daripadanya, sedang dia di   akhirat termasuk orang-orang yang rugi”   (surah Ali-Imran : 85)

2- Kepimpinan yang baik iaitu kepimpinan ulama terjemah itu pewaris para nabi dan rasul

3- Organisasi jemaah yang mantap dan utuh
Allah berfirman:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَانٌ مَّرْصُوصٌ
yang bermaksud :
“ Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang dijalan-Nya, denagn berbaris-baris, seolah – olah mereka bangunan tembok yang sangat rapat (menjadi satu)   
 ( Surah As-Shaf : 4)

4- Amilin / petugas yang istiqamah dan beriltizam serta komited

Allah berfirman :
وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ
yang bermaksud :
“ Berjuanglah kamu dijalanAllah dengan bersungguh-sungguh”
    ( Surah Al-Hajj: 78)

5- Kewangan yang mencukupi keperluan

Allah berfirman :
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ
bermaksud :
“ Sesungguhnya orang mukmin itu ialah mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan RasulNya kemudian tidak ada keraguan dan mereka berjuang dengan harta dan diri mereka pada jalan Allah”    ( Surah Al-Hujurat: 15)
6- Strategi Dan Teknik

 “ Ingatlah waktu engkau keluar ke medan peperangan seawal pagi untuk membuat persiapan tempat-tempat di medan perang.”

PENUTUP.
Walau bagaimanapun kita perlu memastikan setiap gerak kerja pilihanraya kita adalah sebagai ibadah berdasarkan syarat-syarat di bawah.
1- Niat Kerana Allah
Setiap amalan yang dilakukan tanpa niat kerana Allah maka amalan tersebut sia-sia sahajadan tidak dikira sebagai satu amalan yang diiktiraf oleh Allah SWT. Kerana niat adalah teras kepada ibadah, niat kerana Allahlah yang membolehkan sah solat kita.

2- Perkara Yang Dibenarkan Syarak
Walaupun niat kerana Allah tetapi amalan yang dilakukan bertentangan dengan agama maka ia diharamkan. Seperti seorang yang memaki hamun, menganiya orang lain, hanya semata-mata untuk mencapai matlamat jihadnya, maka ini tidak diiktiraf oleh Allah SWT. Islam tidak mengiktiraf “matlamat menghalalkan cara”

3- Semua amalan mestilah mengikut peraturan yang ditentukan.
Oleh itu, amal ibadah tidak sah sekiranya bercanggah dengan peraturan yang ditentukan Allah SWT. Misalnya , zohor 4 rakaat, rukun sembahyang 13 perkara. Dan ini tidak boleh diubah mengikut sesuka hati dan manjadikan amalan itu tidak sah.
4- Ibadat Khusus Tidak Boleh Diabaikan 

Amalan yang dilakukan oleh seorang tidak dinamakan ibadah jika mengabaikan amalan fardhu. Membincangkan strategi jentera pilihanraya sehingga terlepas solat subuh.

1 comment:

  1. Ramai dikalangan sahabat saya dalam PAS beranggapan bahawa medan peperangan boleh diqiyas menjadi medan perjuangan ketika musim pilihanraya. Dua hal yang diqiyaskan inilah sebenarnya menjadi punca huru-hara dunia. Siapa yang bertanggungjawab? Ya, jawapannya adalah ulamak-ulamak jahat yang sengaja mengelirukan untuk tujuan menyesatkan umat dari Islam. Pengikut-pengikut PAS yang beranggapan demikian, apa lagi.. mengerahkan segenap tenaga, masa dan wang ringgit demi kerana 'jihad' dan menanam cita-cita untuk syahid dimusim pilihanraya.

    Masyallah! Apa dah jadi ni? Dua-dua hal tersebut adalah sangat berbeza dan tak mungkin akal yang waras bersetuju untuk menganalogikannya. Kedua-duanya mendukung maksud yang sangat berbeza, kesannya pun berbeza, hukumnya pun berbeza apatah lagi aktivitinya sangat-sangat berbeza antara sesamanya. Tapi, itulah sindrom fanatisme! Bila dah taksub atau fanatik, habis otak dan akal tertutup. Yang benar itu adalah tok guru, Al-Quran dan Sunnah pun dah jadi lain.. tok guru atau ulamak tu je lah yang betul benar.

    Allah Maha Kuasa, ketika musim pilhanraya kali ke-11 (sekitar tahun 2004), berlaku insiden kemalangan ketika penyokong PAS sibuk menggantung bendera dan poster. Mangsa meninggal ditempat kejadian. Bila jenazah diuruskan, timbul perbalahan antara sesama mereka. Ada yang kata wajib dimandikan seperti biasa. Ada yang kata, "Tok guru kata dia mati syahid, tak payah bagi mandi. Solat jenazah pastu kebumikan je.."

    Haha.. ada dua kemungkinan insiden sebegini berlaku;

    1. Tok guru belum sempat perturun ilmu urus jenazah mati ketika musim pilihanraya
    2. Mereka khilaf tak sempat ijtihad untuk tarik satu hukum tentang jenazah mati akibat gantung bendera dan poster PAS

    Inilah senario yang kalian bisa temui..

    ReplyDelete