Sambungan Penyakit “ الكبت " Mengekang Dan Memendam Rasa.
SEBAB-SEBAB
BERLAKUNYA “MEMENDAM RASA.
Banyak
sebab yg membawa kepada “memendam rasa”,disini kami sebutkan sebahagian
daripadanya :
1- Seseorang
yang sejak dari kecilnya lagi tidak dibenarkan untuk mengemukakan pendapat dan
pandangan secara terang dan nyata.
Seseorang
yang sejak kecilnya lagi tidak dibenarkan untuk mengemukakan pandangan atau
pendapat secara terang dan jelas,sukar baginya untuk mengemukakan pandangan
atau pendapatnya apabila dia dewasa kelak,kerana sudah menjadi lumrah “bahawa
sesiapa yang membesar dalam suatu keadaan tertentu, dia akan terus kekal dengan
keadaannya” kecuali mereka yang
dilimpahi rahmat Allah keatasnya.
Sebab
itulah diantara asas-asas tarbiah dan pendidikan ialah memberi peluang kepada
anak-anak kecil agar bebas memberi pendapat dan pandangan dengan terang dan
jelas disamping kita memberi tunjuk ajar dan pembetulan sekiranya terdapat
kecacatan dalam pandangan dan pendapat tersebut.
2- Takut
tersalah ungkap,disebabkan sakit atau sebagainya sedangkan orang-orang
disekelilingnya tidak membetulkannya,bahkan mereka mempermain-mainkannya.
Perkara
ini berlaku kerana sesungguhnya seseorang itu kadang-kadang ia mengalami
kecacatan bertutur atau ia tidak pernah dilatih bagaimana untuk bercakap dan
berbual dengan orang lain sejak dari kecil,oleh itu,ia tidak suka untuk memberi
pendapat atau pandangan dalam sesuatu perkara kerana takut berlaku
kesilapan,sedangkan orang-orang disekelilingnya tidak memberi teguran dan pembetulan
bahkan mereka mengejek dan mempersendakan dia
atau seumpamanya.Oleh itu,wajiblah diambil perhatian terhadap
kanak-kanak yang mengalami setengah-setengah penyakit terutama sekali yang
berhubung kait dengan pertuturan,maka hendaklah diubati segera,begitu juga
hendaklah melatih dan mengajarnya bagi membiasakan dirinya untuk bertemu dengan orang lain,dan berinteraksi
dengan mereka agar hilang penyakit takut dan gerun terhadap orang
lain,sebaliknya berani mengemukakan pandangan dengan sikap terpuji.
3- Tidak
menilai dan menghargai pendapat orang lain serta tidak mahu mengambil manfaat
dengan pendapat tersebut.
Sikap tidak menghargai pendapat
orang lain serta tidak mahu mengambil manfaat daripada pendapat tersebut juga merupakan antara sebab-sebab yang membawa
kepada berlakunya “pendam rasa”, seperti apa yang berlaku di negara-negara
Arab, juga negara-negara Islam,apabila pemerintah atau pihak berwajib membuat
satu-satu keputusan tanpa menghiraukan pandangan dan pendapat kumpulan-kumpulan
yang mempunyai pendapat yang bersih dan bernas
lagi bermanfaat,mereka abaikan dan mensia-siakan pendapat tersebut
bahkan terus mempersendakannya.
Contoh seperti ini juga dapat
dipraktikan kepada dua ibu bapa terhadap anak-anak kecil mereka,begitu juga
dengan sesama teman-teman ,sahabat handai
dan sebagainya.
4- Tekanan
adat budaya yang salah disamping berpegang teguh dengan tata cara yang
dianjurkan oleh syariat islam.
Sesungguhnya
tekanan adat budaya yang salah disamping berpegang teguh dengan tata cara yang
dianjurkan oleh Islam,menyebabkan seseorang itu akan mengalami penyakit “pendam
rasa” berbuku di dada,terutamanya bagi mereka yang masih muda,belum
matang,belum memiliki kekebalan diri bagi menyanggah dan melawan kebatilan adat
dan budaya tersebut.
Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas dalam kehidupan
kita masa kini,terlalu banyak keburukkan dan kejahatan,fitnah-fitnah
ditabur dimerata-rata,untuk mendapat
orang yang benar-benar baik dan mulia lebih sukar daripada usaha mencari belerang merah,atau untuk mendapat batu-batu
permata di padang pasir sehara terhampar luas tidak bertepi.
5- Mengutamakan
orang yang tidak berkelayakkan atau lemah daripada orang yang berkemampuan
tetapi disekat atau digam.
Apabila
orang-orang yang tidak berkelayakan
diutamakan,orang-orang yang
berkemampuan dipinggirkan dan tidak dibenarkan bercakap dan memberi pendapat maka mereka akan mengalami perasaan kecewa dan memendam
rasa,bukan kerana hasad dan dengki, tetapi kerana ummah ini dinafikan hak
kemampuan dan keupayaan mereka dalam (bidang-bidang tertentu) akhirnya mereka
dilibatkan kedalam suatu keadaan yang tidak baik kesudahannya,angkara jahat
mereka yang tiada berkelayakkan atau lemah dan tidak mampu.
6-
Mempersendakan nilai-nilai murni dan prinsip-prinsip yang mulia serta tidak dibenarkan
memberi pendapat.
Apabila
nilai-nialai murni dan prinsip-prinsip mulia dipersendakan seperti
memperkatakan sesuatu terhadap zat tuhan,menghina para nabi dan rasul,para
malaikat,menentang Al-Quran,mempersendakan tentang hari akhirat,memperkecilkan
“sesuatu kelebihan” dan seumpamanya.Apabila perkara-perkara ini berlaku,sedang
mereka tidak diberi peluang untuk bercakap untuk mengubahnya,ini semua akan
mewarisi penyakit “pendam rasa”, rasa ditekan,dikekang,inilah waqie’ yang
sedang dihayati dan dialami oleh umat Islam hari ini,sama ada dinegara-negara
Arab dan negara-negara Islam yang lain.Mereka
menguasai media massa,menguasai peranan
pelajaran dan pendidikan ,untuk menjatuhkan Islam dan
penganut-penganutnya,perkara inilah yang menyebabkan lahir keadaan “memendan
rasa” dan rasa tertekan,semuanya tersebar luas di seluruh negara terutamanya
dikalangan “pemuda-pemuda”,ia akan melahirkan kesan-kesan pahit dan parah.
7- Neraca
penilaian manusia pincang…
Sebenarnya neraca penilaian manusia itu
tetap,tidak berubah-ubah sejak sediakala lagi,iaitu ketakwaan yang betonggakkan
keimanan kepada Allah S.W.T,para malaikat,kitab-kitab Allah,rasul-rasulnya,hari
akhirat,qoda’ dan qodar kemudian amal soleh.Kadang-kadang manusia lupa tentang
ini disebabkan satu-satu sebab,lantas mewujudkan neraca lain untuk menilai
manusia,iaitu berdasarkan harta benda,pangkat darjat,keturunan dan keluarga,dan
seumpamanya,neraca penilaian dan pengukuran ini telah dinodai hawa
nafsu,diselubungi penipuan sehinggakan orang yang lemah(tidak berkelayakkan)
dihormati dan disanjung kerana ia daripada golongan jutawan,atau daripada
keluarga besar, orang berpangkat
darjat,sedangkan orang-orang yang berkelayakkan dan berkemampuan dihina,oleh
itu,bagi mereka tidak ada jalan lain hanyalah dengan “memendam rasa”
perkara-perkara baik yang ada pada mereka dengan penuh rasa kesal dan derita.
8- Tidak
punya teman yang setia lagi jujur dalam hidup.
Syakhsiah
dan keperibadian seseorang itu akan menjadi matang apabila ia sentiasa bergaul
dan mendampingi teman yang setia dan jujur yang berpegang teguh dengan ajaran
Islam.Kadang-kadang berlaku dengan sebab banyaknya kejahatan dan
keburukkan,maka seseorang yang tidak punyai teman yang setia dan jujur untuk
meluahkan segala keresahan dan penderitaannya
yang bersarang didalam benaknya agar dapat ditanggung bersama,maka
ketika itu tidak ada jalan lain hanyalah jalan “memendam rasa”,sebab itu Nabi
Musa Alaihissalam memohon dari Tuhannya ketika ditugaskan untuk berjumpa dengan
Firan supaya mendapat bantuan daripada saudaranya Nabi Harun Alaihissalam bagi menolak
segala kezaliman Firaun terhadapnya.
Firman Allah(ayat 29-35 surah طه)
وَٱجْعَل لِّى وَزِيرًا مِّنْ أَهْلِى ﴿٢٩﴾ هَٰرُونَ أَخِى ﴿٣۰﴾ ٱشْدُدْ بِهِۦٓ أَزْرِى ﴿٣١﴾ وَأَشْرِكْهُ فِىٓ أَمْرِى ﴿٣٢﴾ كَىْ نُسَبِّحَكَ كَثِيرًا ﴿٣٣﴾
وَنَذْكُرَكَ كَثِيرًا ﴿٣٤﴾ إِنَّكَ كُنتَ بِنَا بَصِيرًا ﴿٣٥﴾
Yang bermaksud : Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari
keluargaku,(29)(yaitu) Harun, saudaraku,(30)Teguhkanlah dengan dia
kekuatanku,(31)Dan jadikankanlah dia sekutu dalam urusanku,(32)Supaya kami
banyak bertasbih kepada Engkau,(33)Dan banyak mengingat Engkau.(34)Sesungguhnya
Engkau adalah Maha Melihat (keadaan) kami".(35)
9- Layanan buruk dalam bentuk dalam
persendaan,maki hamun dan penderaan dan seumpamanya.
Kadang-kadang layanan buruk dalam bentuk
persendaan,maki hamun(pencelaan)dan penderaan penahanan (penjara), menyeksa
ahli keluarga sahabat handai dan sebagainya,seperti yang dilakukan oleh
kebanyakkan pemerintah Negara-negara Arab dan Negara-negara Islam,terhadap
warga-warganya yang berpegang teguh dan menyanjung tinggi dengan
perkara-perkara baik,serta menolak dan menyanggah perkara-perkara buruk dan munkar,redha Allah sebagai
tuhannya,Islam sebagai agamanya Nabi Muhammad S.A.W sebagai Rasulnya,dilakukan kesemua ini dengan
dakwaan atau tuduhan pelampau dan pengganas sehingga terdapat dikalangan mereka
yang tidak sanggup lagi menanggung penderitaan ini,cuba lahir dalam bentuk
“kumpulan yang mengharuskan segala-gala” tidak kenal baik dan buruk,mulia dan
hina,berada di kelab-kelab malam dan sarang pelacur,walaupun mereka tidak
melakukan perkara-perkara jahat,tidak menggantungkan gambar-gambar lucah
dibilik mereka,kesemuanya dilakukan untuk tidak dituduh sebagai pengganas atau
pelampau,inilah yang dikatakan “pendam rasa” membara dijiwa.Di zaman Rasulullah
S.A.W seorang sahabat yang mulia ‘Ammar bin Yasir رضى الله عنه menyembunyikan
Islamnya dibawah penderaan dan penyiksaan yang dahsyat,kerana tidak
sanggup menanggung penderitaan
ini,lantas menyahut kepada asalnya,selepas beliau datang berjumpa Rasulullah
S.A.W mengadu hal tentang peristiwa tersebut dengan katanya “musnah,habislah
aku” Rasulullah S.A.W menjawab : Bagaimana dengan hatimu?beliau menjawab :
“hatiku tenang tetap beriman”, sabda Rasulullah S.A.W : kalau mereka itu
mengulanginya lagi,kamu pun ulang balik.maka turunlah ayat Al-Quran di dalam
surah
(النحل ayat 106 )
مَن كَفَرَ بِٱللَّهِ مِنۢ بَعْدِ إِيمَٰنِهِۦٓ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُۥ مُطْمَئِنٌّۢ بِٱلْإِيمَٰنِ وَلَٰكِن مَّن شَرَحَ
بِٱلْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِّنَ ٱللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
﴿١۰٦﴾
Yang bermaksud : Barangsiapa
yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah),
kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman
(dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk
kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar.
10- Lemah iman.
Kadang-kala berlaku juga perkara ini
disebabkan imannya lemah (lemah iman),oleh kerana orang yang lemah imannya.Apabila
ditimpa bencana,mala petaka ia tidak boleh mengurus dan mengatasi dengan
baik,dia melatah dan tidak keruan,akhirnya diam “mengurung diri memendam rasa”,
lain pula dengan mereka yang kuat dan kukuh iman,mereka menganggap kesemuanya
itu adalah ujian dari Allah S.W.T, mereka terima dengan rela hati dan menyerah
diri kepada Allah S.W.T dan terus menjalani kehidupan agar Allah S.W.T menggantikan keadaannya dengan keadaan yang lebih
baik dan lebih mulia.
11- Tidak dapat meramal akibat buruk daripada
penyakit “memendam rasa” ini ialah seseorang itu tidak tahu membaca atau
meramal akibat buruk yang akan diterima,sebab itu ia terjerumus kedalamnya,oleh
yang demikian, hendaklah seseorang berfikir panjang dan mendalam tentang
natijah dan kesudahan sesuatu perkara,sebelum melakukan perkara tersebut.
والله أعلم
No comments:
Post a Comment