My Blog List

My Blog List

album lajnah tarbiah

Monday, 12 December 2011

USRAH NEGERI 4 Akibat-akibat dan kesan-kesan hasil daripada “Al-Kabt”




“AL-KABT”

KEEMPAT: Akibat-akibat dan kesan-kesan hasil daripada “Al-Kabt”

“Al-Kabt” membawa kepada akibat-akibat yang amat memudaratkan dan kesan-kesan yang membinasakan sama ada kepada Amilin atau Amal Islami itu sendiri. Dihadapan kamu aku bentangkan kesan-kesan dan akibat-akibatnya ini:

     1)   KE ATAS AMILIN
Ianya banyak, kita sebutkan sebahagiannya
     1-    Gangguan Saraf (Nerve Disorder)

Ini disebabkan “Al-Kabt” salah satu jenis tekanan kepada saraf-saraf. Perkara ini akhirnya akan membawa kepada kepincangan tingkah laku dan pandangan yang tidak seimbang, bahkan tidak mampu menyesuaikan diri bersama masyarakat. Sesiapa yang mengikut perkembangan sejarah penjenayah-penjenayah nescaya akan mendapati nisbah yang begitu tinggi dari jenayah tersebut puncanya adalah “Al-Kabt”.

   2-    Tiada perasaan belas kasihan atau simpati ke atas orang lain apabila kuasa di tangannya

Ini kerana mereka yang ditimpa “al-Kabt” merasakan diri tidak pernah mendapat belas kasihan dan simpati, seterunya  dia ingin membalas segala perasaanya dan ingin melepaskan kemarahan dan perasaan dengkinya dengan cara tidak belas kasihan dan bersimpati kepada orang lain apabila orang lain berada di bawahnya. Dia merasakan ini merupakan satu balas dendam atau qisas. Sesiapa yang mengamati kehidupan para diktator atau mereka yang berkuasa atau pemerintah yang zalim nescaya akan mendapati kehidupan mereka ini secara umum dan kebiasaan, paksinya adalah “al-Kabt” pada satu tempoh dari tempoh kehidupannya.

   3-    Bersungguh-sungguh membalas dendam kepada mereka yang menjadi penyebab “al-Kabt” apabila terdapat peluang

Pendirian Bilal dari Umayyah bin Khalaf pada Hari Badr kerana dia berkemahiran dalam mempelbagai penyeksaan dan penindasan ke atasnya (Bilal) ketika di Mekah merupakan sebaik-baik bukti untuk ini, ketika mana berkata Abd Rahman Bin Auf:

“Aku menulis sepucuk surat kepada Umayyah bin Khalaf untuk menjaga segala harta benda & ahli keluarga ku yang berada di Mekah dan aku akan menjaga segala harta benda & ahli keluarganya di Madinah. Apabila aku menyebut (Ar-Rahman) dia berkata: Aku tidak mengenal siapakah Ar-Rahman, tulis kepadaku dengan namamu di masa Jahiliyyah. Maka lalu aku menulis kepadanya dengan Abu Amr.
Apabila pada hari Badar, aku keluar ke bukit untuk menjaganya (dari dibunuh) ketika orang ramai tidur. Bilal melihatnya(Umayyah), maka dia keluar sehingga berdiri pada sekumpulan Ansar lalu berkata: Berjaga-jaga Umayyah Bin Khalaf. Aku tidak akan selamat jika Umayyah selamat.

Maka keluar bersamanya(Bilal) sekumpulan daripasa Ansar menjejaki kami. Apabila aku merasa khuatir mereka akan dapat menjejaki kami, aku tinggalkan anaknya(anak umayyah) kepada mereka agar mereka sibuk dengannya. Mereka membunuhnya. Mereka enggan berpatah balik dan terus mengikut kami – Umayyah seorang lelaki yang gemuk – Apabila mereka menemui kami aku katakan kepadanya: Duduk, lalu dia duduk. Aku meletakkan diriku padanya untuk menjadi pengadangnya maka mereka menikam pedang di celah-celah kakiku sehingga mereka membunuhnya. Pedang salah seorang mereka terkena kakiku. Abd Rahman Bin Auf menunjukkan kepada kami kesan luka di belakang kakinya.

  4-    Uzlah dan memutus hubungan dengan orang ramai atau apa yang dinamakan kemurungan.

Yang ditimpa dengan “Al-Kabt” atau penganiayaan tidak mendapat peluang untuk menzahirkan apa di dalam diri mereka. Mereka menterjemahkannya dalam bentuk uzlah dan memutuskan hubungan dengan orang ramai atau apa yang dinamakan dengan kemurungan. Dengan itu, menjadi kerugian kepada ummat dengan segala kemampuan dan kebolehan mereka yang mampu memberi saham untuk melonjak perjalanan Ummah ke hadapan dan menobat bendera untuk dikibar ke seluruh alam.

   5-    Nifak

“Al-Kabt” atau Penganiayaan membawa pengidapnya kepada Nifak atau memperlihatkan perkara yang berlainan dengan apa di dalam hati demi mengelakkan dari disakiti golongan zalim atau penguasa zalim atau yang diktator.

   6-    Dengki kepada yang lain

Akibatnya juga boleh berlaku sedemikian: Dengki kepada orang lain secara khusus jika berteruskan “al-Kabt” atau penindasan tanpa diberi abreaksi (kelegaan emosi) atau melenyapkan perasaan. Pada hari tersebar segala kedengkian sesama manusia maka mereka akan dibiarkan. Maka jadilah pintu terbuka luas di hadapan musuh-musuh untuk memperolehi segala kebebasan dan kemuliaan mereka.


    2)   KE ATAS AMAL ISLAMI

Kesan “Al-Kabt” ke atas Amal Islami

1-    Masyarakat terhalang dari mendapat manfaat daripada kebolehan dan kepakarannya

Apa yang ditimpa ke atas individu akan memundurkan masyarakat, menjadikan masyarakat terhalang dari mendapat manfaat daripada kebolehan dan kepakarannya. Perkara ini menjadikan perjalanan semakin jauh bersama banyaknya tanggungjawab.

2-    Tersebarnya jenayah

Juga disebabkan “al-kabt” boleh membawa kepada tersebarnya jenayah di sekitar masyarakat dan hilangnya perasaan aman dan keamanan. Masyarakat menjadi mundur, tanggungjawab menjadi semakin besar dan perjalanan menjadi semakin jauh.

3-    Perpecahan dan perselisihan

Terakhir, kebencian diantara sesama masyarakat membawa kepada perpecahan dan perselisihan. Perkara ini diinginkan musuh yang membawa mereka memperolehi kehormatan dan kemuliaan ummah.






Diterjemah oleh,
Ustaz muhd  zainul asri bin haji romli
20 julai 2011
18  syaaban 1423 

No comments:

Post a Comment