My Blog List

My Blog List

album lajnah tarbiah

Saturday 31 January 2015

NIZAM TARBIAH PARTI ISLAM SEMALAYSIA



Idris Hj Ahmad
Pengarah JabatanTarbiah PAS Pusat 2013-2015

1.    USRAH

Usrah yang berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud keluarga adalah merupakan satu medan di mana ahlinya bersama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat Al-Ukhuwwah Al-Islamiyah.

Bentuk Usrah

1. Usrah umumi dihadiri oleh semua ahli di peringkat cawangan. lebih kepada bentuk kuliah haraki dan indoktrinasi fikrah jamaah dan menanam kesedaran Islam. Naqib lebih banyak bercakap, ahli agak pasif, walau bagaimanapun soaljawab boleh dibuat.

2. Usrah khusus ( inilah bentuk usrah yang kita bincang dalam kertas ini.

Bentuk Usrah Khusus


1. Sebaik – baik usrah adalah yang dibentuk dari tiga orang anggota dan tidak lebih dari 12 orang dengan seorang naqib yang berwibawa.
2. Iadi bawa secara berterusan bukan bermusim oleh seorang naqib.
3. Usrah tersebut pula sewajarnya  dianggotai oleh individu tertentu berasaskan kepada kriteria.  Jika ia berada dalam marhalah takrif, takwin dan tanfiz. Supaya adanya keseragaman fahaman dan pencapaian.
4. Keahliannya bukan berdasar kepada hiraki parti tetapi ia dipilih berdasarkan kebolehan dan komitmen pada parti.

2. TAMRIN

Dalam konteks tarbiyah gerakan Islam, ianya adalah latihan dalam bentuk amali dari cabang-cabang tarbiyah. Latihan-latihan ini selalunya dibuat dalam kelompok-kelompok yang akan bertemu dalam satu tempoh waktu tertentu. Namun demikian tamrin diperingkat individu juga hendaklah digalakkan bagi melahirkan sifat istiqamah pada setiap ahli.

Kekerapan Tamrin

Kekerapan tamrin bergantung kepada jenis-jenis tamrin yang hendak dianjurkan, hiraki tamrin itu difokuskan untuk mengambil format dibawah iaitu :

* Tamrin Pimpinan Pusat
* Tamrin Pimpinan Dewan-dewan
* Tamrin Pimpinan Negeri
* Tamrin Pimpinan Kawasan
* Tamrin Ahli diperingkat cawangan.

Jenis-jenisTamrin

1:    Tamrin Ibadah



2:     Tamrin Haraki

Tamrin Haraki bertujuan untak melatih dan melengkapkan ahli dengan aspek-aspek haraki. Ciri-ciri sebuah harakah Islamiyah dan sifat akhlak pendokongnya hendaklah diberikan keutamaan.


3:    Tamrin Siyasi

Tamrin Siyasi bertujuan untuk melatih dan membiasakan ahli dengan pandangan    politik   yang   kontemporari.


Pendedahan    terhadap permasalahan    dan    isu-isu    politik    semasa    perlu    dibuat    bagi melengkapkan ahli dengan kefahaman terhadap isu politik samada di dalam mahupun luar negeri.


4:    Tamrin Thaqafi


Tamrin Thaqafi bertujuan untuk membuat pendedahan terhadap aspek- aspek   thaqafah   samaada thaqafah    Islamiyah    mahupun  thaqafah 'aamah.


5:    Tamrin Riadhi


Tamrin Riadhi adalah cabang tarbiyah yang bersifat fizikal. la melibatkan berbagai aktiviti seperti sukan, perkhemahan, jungle tracking, ujian survival dan sebagainya.


3.MAJLIS ILMU :

Dalam majlis ini hendaklah diberikan penekanan kepada memahami tasawur Islam yang syumul. Bermula daripada perkara-perkarafardhu Ain sehinggalahfardhuKifayahseterusnyamembuahkankesedaranberharakahbersamaparti Islam. Dalam bidangini perlu diberikan penekanan kepada tiga rukunnya yang penting iaitu :-

Tenaga Pengajar


Tenaga pengaj hari ini perlu dikaderkan dalam pentarbiyahan parti. Mestilah dari kalangan ahli Dewan Ulama PAS yang harus diberi thiqah oleh parti bagi menyampaikan risalah perjuangan dan matlamatnya, bukan sahaja sekadar memberi ilmu ,tetapi juga berinzar dan memberikan kesedaran Islam berparti dan bernegara.

Pelajar-pelajar dan pendengar-pendengar

Mereka terdiri daripada segenap lapisan masyarakat, samada dari kalangan ahli dan penyokong PAS atau darikalangan orang yang tidak berpendirian dan orang memusuhi perjuangan kita. Olehitu, maka majlis ilmu dan cara penyampaiannya hendaklah menepati keadaan dan suasana majlis.


Manhaj pengajian.


Bagi memenuhi keperluan kesedaran masyarakat kepada Islam beramal, berdakwah dan berjihad, maka dikemukakan manhajnya seperti berikut:-

 Pelajaran Aqidah dan Tasawur Islam:
• Makna Iman dan Islam
• Perkara yang menambahkan Iman
• Perkara yang melemahkan Iman
• Perkara yang membatalkan Iman
• Beriman kepada Allah ; Tauhid Uluhiyah , tauhid Rububiyah dan tauhid Asma' wa Sifat
• Beriman kepada malaikat ; kejadian mereka, tugas mereka sebagai utusan dan tentera Allah.
• Beriman kepada kitab secara Ijmal dan Tafsil.
• Beriman kepada Rasul  ;Secara Ijmal dan Tafsil dengan memberi penekanan kepada sifat-sifat yang menjadi contoh dan teladan.
• Beriman kepada hari akhirat ;tanda-tanda hampir kiamat secara huraiannya.
• Beriman kepada Qada' dan Qadar ;Dengan huraian yang membuahkan tawakkal , jihad dan mujahadah.
• Perkara Imamah dan Siasah
• Fahaman, teori dan idealogi yang menyanggah aqidah.
• Kitab-kitab Rujukan :

- شرحجوهرة ،  العقائد حسن البنا ، تبسيط العقائد  ,

2.     Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah dan lain-lain lagi yang merupakan kitab haraki ulama terdahulu dan sekarang.

Fiqh al-Ibadah dan Fiqh Jinayat :
Diberikan penekanan dalam mazhab Syafie dan mengelak daripada perkara khilafiyah.
• Perkara bersuci.
• Perkara ibadat sembahyang dan puasa wajib dan sunat ,sembahyang jenazah dan sebagainya.
• Perkara doa dan Wirid
• Kitab-kitab rujukan :

- فتح القريب ، المهذب ، منية المصلى ، سلم المبتدي ، مطلع البدرين ، المعين المبين، هداية الصالحين ، أولاسن  الحكام ، فقه المنهجي  

 dan lain-lain lagi .

Fiqh as-Sirah dan kisah-kisah I'tibar :
• Kitab-kitab rujukan :
​Kitab Nurul Yaqin,  Fiqh As-Seerah al-Buty, Fiqh Seerah  Muhammad Al-Ghazali, Fiqh Harakah  dalam Seerah Nabawiyah (Tn Guru Hj Hadi)  dan lain-lain lagi

Tafsir :
• Di samping menjelaskan apa yang ditulis di dalam kitab-kitab hendaklah juga mengistinbatkan juga ayat-ayat yang ditafsirkan dengan waqi' yang berlaku dalam masyarakat itu.
• Kitab-kitab rujukan : Siri-Siri Tafsir Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

- تفسيرابن كثير ، صفوة التفاسير ، في ظلال القران ، تفسيرالبيضاوي ، فيمفينن الرحمن  دان سباكيث


Hadith :
• Disamping menerangkan  apa yang disyarahkan di dalam kitab, hendaklah di istinbatkan juga dengan waqi' yang berlaku dalam masyarakat.
• Kitab-kitabrujukan :
- Matan Hadith Empat Puluh Imam Nawawi, Mustika Hadith.

Akhlak danTasawuf :
• Penekanan kepada akhlak zahir dan batin, fadhail al-a'mal, at-Targhibwat-Tarhib melalui kitab yang muktabar dengan uslub yang meningkatkan amal dan ikhlas, jihad dan mujahadah.
• Kitab-kitab rujukan :

-  احيأعلوم الدين ، رياض الصالحين ، هداية السالكين
 
 dan lain-lain .


4. SEMINAR / NADWAH / LIQO’ FIKRI

Seminar merupakan program  sebuah pertemuan yang menghimpun sejumlah golongan tertentu seperti para pimpinan, ulama, ahli akademik, tenaga pengajar, para nuqaba dan penceramah untuk mengkaji sesuatu persoalan atau suatu tema ilmiah, di mana setiap mereka memberikan pendapatnya dengan fakta-fakta dan bukti-bukti.

Pengisian

Tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam seminar adalah seperti berikut :
1. Seminar al-Quran dan as-Sunnah
• Tarbiyah Bermula di Sini
• At-Tafsir al-Haraki fi as-Sunnah an-Nabawiyah
2. Seminar Fiqh ad-Da'wah
• Maudhu' Da'wah
• Sifat-sifat Pendakwah
• Wasail Dakwah
• Asnaf al-Mad'uwiyin
• Uslub Dakwah
3. Seminar Fiqh as-Siyasah
• Siyasah Syari'yah
• Nidham Islamiyah
• Istilah-istilah Politik Islam
• Nidham al-Hukm fi al-Islam
• Nidham al-Iqtisad
• Islam dan masalah kerakyatan
• Islam dan hubungan antarabangsa
4. Seminar Fiqh as-Seerah
5. Seminar Fiqh al-Jihad
6. Seminar Pemikiran tokoh Tajdid.
7. Seminar Kearah Penyelarasan PASTI, Pondok-pondok, Sekolah-sekolah Agama dan Pengajian Masjid dan surau-surau
8. Lain-lain yang dirasakan menjadi keperluan peringkat parti.



5. MUKHAIYAM / JAMBORI


Ia merupakan program perkhemahan bermalam yang melibatkan ahli-ahli parti. Program ini dibuat di luar ,jauh dari tempat biasa seperti di pulau, pantai, hutan, gunung da nsebagainya. Ia dilaksanakan dalam tempoh masa 2 hingga 3 hari.

Tujuan / Matlamat


 



Telah dibentangkan dalam
Liqo' Al-Fikri PAS Kedah kali ke-2 tahun 2014
Kompleks PAS Kedah
30 Mei 2014 / 1 Syaaban 1435

1 comment:

  1. Harrah's Cherokee Casino - Mapyro
    This casino hotel is 7 mi (10 km) from the Murphy Mountains in 전주 출장샵 Cherokee. It is owned by Vici Properties 이천 출장샵 and 구리 출장안마 is owned 경산 출장마사지 by 인천광역 출장안마 the Eastern Band of the Cherokee Nation

    ReplyDelete