Siri
Tarbiyah Kawasan 3
TRIBULASI DALAM
PERJUANGAN
Firman Allah yang bermaksud;
Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: ” Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakiti daku, sedang kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu?” Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik – derhaka.
(As-Saf:5)
MUQADDIMAH
Sememangnya
telah menjadi lumrah dan fitrah dalam perjuangan menegakkan agama Allah ini,
para pejuang mesti berhadapan dengan pelbagai ujian dan rintangan. Dalam bahasa
yang lebih sering kita gunakan ialah ‘mehnah dan tribulasi’. Sejarah telah
membuktikan bahawa seorang pejuang Islam yang benar-benar ikhlas dan berada
dalam jalan yang benar tidak mungkin terlepas daripada dikenakan ujian.
Para nabi, para rasul Allah, sahabat-sahabat mereka, para ulama pewaris nabi, dan se kalian dai’e secara umum pastinya ditimpa ujian yang datang menguji. Perkara ini sudah menjadi semacam kemestian atau pra syarat kepada pejuang Islam bagi melihat sejauh mana ketahanan dan istiqamah mereka dalam perjuangan.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (begitu sahaja setelah mereka) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak di uji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya (dengan itu) Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta (di kalangan mereka).” (Al-Ankabut: 2 – 3)
Dalam ayat di atas, Allah menyatakan bahawa Dia sengaja menimpakan ujian kepada orang-orang yang beriman dan ini dijadikan sebagai kayu pengukur sama ada seseorang itu benar-benar beriman atau sekadar berpura-pura.

MEHNAH
SUNNAH DALAM PERJUANGAN
Sejarah telah membuktikan hanya umat yang berhadapan dengan ujian, cekal, tabah dan berjaya menghadapinya sahaja akan memperoleh kemenangan. Umat yang terdahulu diuji Allah dengan pelbagai ujian. Ada di kalangan mereka berjaya menghadapinya, dan ada pula yang tertewas. Bentuk ujian yang berlaku tidak sama mengikut zaman. Dan perlu diingat, ujian tidak semestinya berbentuk kesusahan semata. Manusia lebih mudah tertewas dengan ujian berbentuk kesenangan berbanding kesusahan memandangkan kita mudah lupa kepada Allah sewaktu kita senang berbanding sewaktu kita susah.
Sesungguhnya kita tidak sepatutnya mudah merasa jemu, putus asa, mengalah dan lemah semangat dalam perjuangan. Ujian demi ujian ini sepatutnya menambahkan lagi semangat kita untuk berjuang, dan bukan sebaliknya. Ini kerana kita harus sedar bahawa ujian yang mendatang bermakna Allah bersama kita, dan terutamanya sekira nya kita terus bersabar menghadapi ujian.
Ujian dalam bentuk kesenangan pula lebih patut dikhuatiri kerana ujian ini datang dan pergi tanpa kita menyedarinya. Kesenangan boleh membuatkan kita alpa dan leka. Kesenangan juga dapat mengakibatkan kita menjadi kurang bersemangat untuk meneruskan perjuangan. Ujian dalam bentuk kesenangan yang paling ketara sekali ialah harta benda. Betapa banyak contoh yang ditunjukkan oleh sejarah berkenaan ujian dalam bentuk kesenangannya. Bermula dengan Qarun dengan hartanya, sehinggalah Abu Tha’labah dengan kambing-kambingnya. Semuanya jelas menunjukkan betapa manusia lebih mudah tertewas dalam ujian yang bentuk kesenangan. Abu Tha’labah sebagai contoh menjadi orang yang lebih kuat imannya ketika beliau miskin. Namun setelah menjadi kaya, ujian kesenangan ini tidak mampu ditanganinya.
Di samping ujian dari segi harta, anak juga boleh menjadi ujian kepada kita. Buktinya, barapa ramai di kalangan para pejuang Islam yang luntur semangat juang mereka setelah dikurniakan cahaya mata dari Allah? Kesibukan bersama kaum keluarga dan sanak saudara yang tidak bertempat tanpa memberi keutamaan kepada perjuangan Islam adalah petanda mudah bahawa seseorang itu telah tertumpas oleh ujian kesenangan ini.
KEMENANGAN
ADALAH MEHNAH
Bagi kita yang memperjuangkan syariat Islam, ujian yang patut kita sedar untuk ditangani ialah ujian kemenangan itu sendiri berbanding ujian kekalahan. Kita inginkan kuasa demi menggunakannya untuk menegakkan sebuah Daulah Islamiyah. Namun mampu kah kita menggunakan kuasa itu sebaik mungkin berpandukan tuntutan Al-Qur’an dan As-sunnah. Kadang kala, Allah memberikan kemenangan itu bukanlah kerana kita layak untuk menang, namun adalah sekadar untuk menguji sama ada kita mampu atau tidak menangani kemenangan itu. Allah berkuasa untuk menarik balik kemenangan sekiranya kita gagal menanganinya dengan baik mengikut kehendak Allah dan Rasul-Nya.

PENUTUP
Kesabaran mengahadapi ujian, baik dalam bentuk kesusahan atau kesenangan mencerminkan tahap keimanan kita kepada Allah dan Rasul-Nya. Kedua-dua bentuk uji an ini adalah sebenarnya tarbiyah dari Allah. Sekiranya kita sabar, natijahnya adalah sebenarnya kejayaan kepada kita juga, baik di dunia, mahupun di akhirat kelak. Selain itu, bagi ujian dalam bentuk kesusahan, sekiranya kita sabar, cekal dan redha dengannya akan menjadikannya sebagai kaffarah atau penebus dosa kita. Semakin sabar kita menghadapi mehnah dan tribulasi, semakin banyak dosa kita tertebus dan terhapus. Dalam meniti liku-liku perjuangan Islam, ujian, mehnah dan tribulasi sungguh begitu mendesak kita. Dalam banyak keadaan, mehnah juga datang dari permasalahan dalaman jamaah itu sendiri. Untuk itu, di dalam diri seseorang pejuang Islam itu perlu dihiasi dengan keindahan akhlak slam dan diwarnai dengan akhlak berjamaah agar sepanjang merentasi ujian ini sentiasa dinaungi oleh rahmat Allah SWT.

No comments:
Post a Comment