KELIMA : MENGUBATI PENYAKIT “MAKAN BENDA HARAM”
DAN MENCEGAH DARIPADANYA
Kita telahpun selesai mengetahui dan
mengenali pengertian “ makan benda haram “, contoh gambaran utama tentang
“makan haram”, sikap dan pendirian Islam terhadapnya, dan sebab-sebab dan
dorongan yang membawa kepada “makan haram” serta kesan dan akibatnya terhadap
“amilin” dan kerja-kerja Islam, oleh itu senanglah bagi kita untuk melakar
cara-cara untuk mengubati penyakit tersebut dan juga untuk mencegah daripada
berlakunya, iaitu dengan mengikuti langkah-langkah berikut :
1) Mengetahui secara betul dan mendalam
tentang sistem Kewangan Islam, kandungannya dan tujuannya.
Seolah-olah langkah pertama bagi
mengubati penyakit “makan haram” bahkan untuk mencegah daripadanya, hanya sanya
iaitu sesungguhnya terkandung dalam “memahami
secara betul tentang sistem Kewangan Islam, kandungannya dan tujuannya iaitu ”
: Asal setiap pekerjaan atau perusahaan adalah harus kecuali barang yang
terdapat padanya nas-nas yang mengatakan haram.
Sabda
Rasulullah صلى الله عليه وسلم
)ما أَحَلَّ اللهُ في كِتَابِهِ فهو
حلال ، وما حَرَّمَ فهو حرامٌ ، وما سَكَتَ عنه فهو عفو ، فَاقْبَلُوا مِنَ الله عَافِيَتَهُ ،
فإِنَّ الله لم يكن لِيَنْسَى شَيْئًا، وتلا : وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيًّا)
Yang
bermaksud :
Barang yang
dihalalkan oleh Allah didalam kitabnya, maka dia adalah halal, dan barang
yang diharamkan oleh Allah , maka dia adalah
haram, dan barang yang (ALLAH) diam
daripada menyebutnya maka dia adalah dimaafkan , maka terimalah daripada Allah barang yang dimaafkan itu, maka
sesungguhnya Allah tidak lupa
sesuatu pun, dan lalu baginda membaca
sepotong ayat Al-Quran Yang
bermaksud : Dan tidaklah tuhan kamu itu lupa.
Memakan
harta orang secara zalim dan secara ceroboh dalam apa jua bentuk sekalipun
adalah haram, seperti “riba” , samun , songlap, monopoli, menjual sesuatu ke
atas jualan orang lain tanpa izinnya, tipu jual “النجش” tipu rashwah dan lain-lain lagi :
Firman Allah
سبحانه
وتعالى dalam سورة
البقرة ayat 188 :
Yang bermaksud
: Dan
janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan
jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).
Firman Allah
سبحانه
وتعالى dalam سورة
النساء ayat 29:
Yang bermaksud
: Wahai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama
kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.
Sabda
Rasulullah صلى
الله عليه وسلم:
كُل المُسْلِمِ على المُسْلِمِ حَرَامٌ : دَمَهُ،
ومَالَهُ، وعِرْضَهُ
Yang bermaksud :Keseluruhan hak seseorang muslim
adalah haram atas seseorang muslim yang lain (bertindak
terhadapnya menurut cara yang tidak dibenarkan oleh syarak) iaitu: Darahnya (keselamatan nyawa dan tubuh
badannya ) harta bendanya dan kehormatannya.
Segala barangan jualan mestilah yang
termaklum , dan boleh “diserah terima” . Mengapa langkah ini diambil ? Ialah
untuk membezakan antara halal , daripada
yang haram , bahkan daripada “shubhah” , dan untuk mengetahui balasan dosa
makan benda haram, dan ganjaran pahala makan yang halal.
Sabda
Rasulullah صلى الله عليه وسلم:
مَنْ يُرد اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّههُ
في الدين...
Yang
bermaksud:Barangsiapa
yang dikehendaki oleh Allah akan kebaikannya , diberi faham kepadanya
tentang agama (Islam).
Berkata
Saiyyidina Omar Al-Khattab رضي الله عنه :
لا يَبِعْ في سُوْقِنَا إلا مَنْ قَد تَفَقَّهُ
في الدينِ
Yang
bermaksud :Tidak boleh
berjual beli dalam pasaran kita ini
kecuali mereka yang benar-benar faham agama.
Berkata Sheikh Ahmad Shakir
dalam komentarnya terhadap kata-kata Saiyyidina Omar ini :
“Ya benar, …. Sehingga dapat
seseorang itu tahu apa yang harus ia ambil dan apa yang patut ia tinggal, dan ketahui mana yang halal dan mana
yang haram, agar tidak dicemarkan
jual beli dengan kebatilan dan pembohongan” serta terserap masuk unsur-unsur riba dalam jualan
mereka tanpa disedari pembeli, kesimpulannya
: segala urusan perniagaan merupakan “perniagaan mengikut acuan Islam” yangsebenar dan tulin , boleh
disenangi oleh orang-orang Islam dan yang
bukan Islam, tidak ada penipuan dan kekecohan.
2) Mendidik dan memupuk bakat “ المراقبة لله عزوجل " .
Iaitu dengan menghayati secara mendalam terhadap ayat-ayat Allah سبحانه وتعالى yang
tersusun atur (Al-Quran Al-Karim ) dan ayat-ayat Allah (tanda-tanda kebesaran
dan keagungan-Nya ) dalam bentuk melihat dan merenung (dalam diri dan alam semesta ) kerana yang
demikian itu dapat menguatkan keimanan terhadap Allah سبحانه وتعالى dan
menyakini bahawa Allah سبحانه
وتعالى sentiasa melihat , memerhati
segala tindak-tanduk hamba-hamba-Nya dikala sepi mahupun nyata dan terang.
Firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة الذاريات ayat 20-21 :
Yang bermaksud :20.Dan pada
bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin. 21.
Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak
mahu melihat serta memikirkan
(dalil-dalil dan bukti itu)?
Firman Allah
سبحانه
وتعالى dalam سورة
فصلت ayat 53 :
Yang
bermaksud : Kami akan perlihatkan kepada mereka
tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata
tempat (dalam alam yang
terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada
mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah
ternyata kepada mereka kebenaran
itu dan belumkah cukup (bagi mereka)
bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan
tiap-tiap sesuatu?
Firman Allah
سبحانه
وتعالى dalam سورة
آل عمران ayat 5 :
Yang
bermaksud : Sesungguhnya
Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit.
Sabda
Rasulullah صلى الله عليه وسلم:
إتق الله حيثما كنت...
Yang
bermaksud : Bertaqwalah
kepada Allah dimana sahaja kamu berada.
Begitulah sekiranya kukuh dan
kuatnya bakat المراقبة
لله tersemat dijiwa maka sesungguhnya ia dapat
mambantu bagi membenteras “makan benda haram” bahkan ia dapat mencegah daripada
berlaku kerana malu kepada Allah سبحانه وتعالى
3) Memperbanyakkan “Keperluan Hidup” Untuk Semua Orang.
Oleh kerana disana terdapat “
keperluan hidup ” yang mesti dimiliki oleh setiap orang , manusia tidak mungkin hidup tanpa keperluan-keperluan
ini, inilah yang dijanjikan oleh Allah سبحانه وتعالى kepada Aadam عليه السلام ketika ianya menjadi penghuni shurga .
Firman Allah
سبحانه
وتعالى dalam سورة
طه ayat 118-119
:
Yang bermaksud :118."Sesungguhnya
telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar
dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang. 119. "Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga itu, dan tidak
akan merasa panas matahari".
Semua keperluan ini hendaklah
meliputi semua orang, dengan demikian tersekat jalan syaitan untuk menghasut
dan menggodanya, kerana syaitan tidak ada kerja lain hanyalah untuk menggoda
manusia agar melakukan maksiat terutamanya “makan benda haram” buktinya ialah
Allah سبحانه
وتعالى memberi
amaran dan peringatan selepas sahaja menyuruh manusia untuk makan yang halal :
Firman Allah
سبحانه
وتعالى dalam سورة
البقرة ayat 168-169
:
Yang
bermaksud :168. Wahai
sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah
Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan
itu ialah musuh yang terang
nyata bagi kamu. 169. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta)
terhadap Allah apa yang kamu
tidak ketahui (salah benarnya).
Memperbanyakkan “keperluan hidup”
ini adalah tanggungjawab “Sultan” (ketuanya) yakni “kerajaan”. Tanggungjawab
masyarakat tempat kedua, terutamanya orang-orang kaya dan mewah untuk
menyediakan bidang pekerjaan yang halal lagi mulia, bagi mereka yang mempunyai
kelayakkan, institusi-institusi pengajian dan latihan mesti menyediakan bidang
pengajian dan latihan bagi mereka yang belum berkelayakkan. Ini adalah
pelaburan modal insan – membekalkan “keperluan hidup” adalah sudut
perbelanjaan.
4) Berjimat dalam perbelanjaan.
Sesungguhnya berjimat dalam
perbelanjaan itu dapat mengawal seseorang daripada terjebak dengan gejala
hutang , yang akhirnya akan terlibat dalam “makan haram”, Allah سبحانه وتعالى telah mengarahkan agar berjimat dalam
perbelanjaan ,
Firman Allah
سبحانه
وتعالى dalam سورة
الفرقان ayat 67:
Yang
bermaksud :Dan juga mereka (yang diredhai Allah
itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya,
tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul
sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil)
itu.
Firman Allah
سبحانه
وتعالى dalam سورةالأعراف
ayat 31
:
Yang
bermaksud :Wahai
anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat
(atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta
minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui
batas.
Firman Allah
سبحانه
وتعالى dalam سورةالمائدة
ayat 87 :
Yang
bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik
yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah
ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya
Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.
Sabda
Rasulullah صلى الله عليه وسلم:
مَا مَلأَ ابن
آدم وِعاءَ شَرًّا مِنْ بَطْنِ ، بحسب ابن آدم أُكلات يُقِمْنَ صُلْبَهُ ، فإن كان
لا محالة ، فثلث لطعامه ، وثُلُثُ لشرابه ، وثلث لنفسه
Yang
bermaksud :Tidak ada
satu bekas yang diisi oleh anak adam yang lebihjahat daripada pengisian
perut , cukuplah anak adam makan sekadar untuk membetulkan tulang belakang. Sekiranya
tidak dapat tidak maka 1/3 untuk makanan , 1/3 untuk minuman dan
1/3 untuk pernafasan.
5) Jauhkan diri
daripada bergaul dengan orang-orang yang “makan benda haram” dan berusaha untuk bersahabat
dengan orang-orang yang makan benda halal.
Seseorang itu dia mengikut agama
temannya, (sikap dan bawaan). Oleh itu, bagi mereka yang ingin
melepaskan
diri daripada mereka yang terkenal dengan “makan haram”, dan berkawan atau
bergaul dengan mereka yang makan halal, ketika itu ringanlah tekanan jiwa dan
mengatasi “makan benda haram”, bahkan dapat mengawal dan mencegah dari “makan
haram” , oleh itu, warid hadis
Rasulullah صلى الله عليه وسلم
لا تصاحب إلا مؤمنا ، ولا يأكل طعامك
إلا تقى... الحديث
Yang bermaksud :
Jangan kamu berkawan atau bersahabat
kecuali dengan orang yang beriman dan jangan
memakan makanan kamu kecuali orang
bertaqwa.
6) Sentiasa
merenung sirah orang-orang terdahulu yang terkenal dengan menjaga makan halal.
Antara contoh yang berhubung dengan perkara
ini apa yang dikisahkan oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم kepada kita,
yang berlaku pada Bani Isra’il, Baginda berkata : Seorang lelaki telah
membeli sebidang tanah daripada seorang
lelaki lain, pembeli menjumpai sebuah tempayan
yang penuh berisi dengan emas tertanam dalam tanah yang dibelinya,
pembeli berkata kepada tuan tanah (penjual) ambillah emas engkau ini, aku hanya
membeli tanah , bukan beli emas , maka jawab tuan tanah itu (penjual) , aku
menjual tanah serta semua isi kandungan didalam tanah tersebut, lalu kedua-dua
mereka pergi kepada seorang lelaki lain untuk menyelesaikan masalah ini. Lelaki
itu (hakim) berkata : Kamu berdua ini ada anak ? Salah seorang berkata : Aku
ada seorang anak lelaki. Kata seorang lagi : Aku ada anak perempuan. Kata tuan
hakim: kahwinkan anak kamu berdua ini,
dan belanjakan untuk mereka berdua dan hendaklah kedua-dua sedekahkan (emas
tersebut).
Disana terdapat kisah tentang wanita
dizaman silam yang berkata kepada suaminya yang keluar musafir untuk mencari
nafkah sara hidup untuk anak dan
isterinya : Wahai kanda : bertaqwalah kepada Allah (yakni jangan terlibat
dengan benda haram), kami sanggup berlapar berbulan-bulan, tetapi kami tidak
sabar duduk dalam api neraka walaupun seminit.
Ini pulak kisah Hasan Al-Hudhaibi (المرشد العام لإخوان المسلمين ), salah seorang anaknya meminta kertas untuk membuat “kerja
rumah” sebahagian daripada pelajarannya, dan memang terdapat kertas-kertas
dihadapannya yang dibawa pulang daripada mahkamah untuk membuat “kertas kerja”
mahkamah, Hasan Al-Hudhaibi tidak membenarkan anaknya mengambil keras tersebut,
bahkan beliau memberi wang kepada anaknya untuk membeli kertas di kedai,
anaknya berkata : Kertas-kertas itu banyak di hadapan ayah, tidak perlu lagi
beli di kedai . Hasan Al-Hudhaibi menjawab: kertas-kertas ini bukan hak milik
kita, tetapi ia adalah amanah kepada kita, tidak boleh digunakan hanya untuk
apa-apa yang bersangkut dengan mahkamah sahaja.
Cerita – cerita dan sirah ini
menunjukkan kemuncak ketaqwaan kepada Allah , dan takut kepada Nya serta warak
yang membantu seseorang dapat membersihkan dirinya daripada “makan haram” dan
mengawal dirinya daripada terlibat dengannya.
7) Keluarga mestilah menjadi “contoh utama”
dalam pengambilan “benda halal”.
Seseorang yang hidup membesar dalam
sesebuah rumah (keluarga) yang cukup mengambil berat dengan “makan halal” tetap
member kesan kepada seseorang itu, yang menyebabkan dia sentiasa berwaspada dan
mencegah dirinya daripada terlibat “makan haram” , lntaran itulah Islam
menyarankan bahawa setiap rumah tangga yang dibina mestilah berasaskan
ketaqwaan dan agama.
8) Menjadikan taqwa sebagai benteng yang
menjamin masa depan anak- anak.
Dengan sebab bertaqwa kepada Allah
dengan mentauhidkannya, maka segala maksiat dan kejahatan dapat ditinggalkan,
segala ketaatan dilaksanakan, inilah merupakan benteng yang kukuh menjamin masa
hadapan anak-anak agar tidak terlibat dengan “makan haram” , seperti
Firman Allah
سبحانه
وتعالى dalam سورة
النساء ayat 9 :
Yang
bermaksud :Dan
hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak- anak yatim
oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula
meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan
keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka
bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah
mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).
9) Bebaskan diri daripada perasaan menonjol
diri sebagai orang kaya dan ternama.
Kemampuan untuk membebaskan diri
daripada penonjolan diri sebagai orang kaya dan ternama dapat membebaskan
seseorang itu daripada “makan haram” dan memiliki harta yang banyak , dengan
dakwaan bahawa inilah yang mendapat penghormatan orang ramai, (kerana banyak
harta) sebenarnya dia lupa atau buat-buat lupa yang sebenarnya bukanlah
kekayaan tetapi “letaqwaan” dan “amal soleh” yang dinilai dan dihormati .
Firman Allah
سبحانه
وتعالى dalam سورة
الحجرات ayat 13:
Yang
bermaksud :
Wahai umat
manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah
menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau
bangsanya). Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
10) Hidup suburkan pemantauan manusia,
pemerintah dan yang diperintah (ummah
seluruhnya).
Kerana dengan pemantauan sebegini
(pemerintah dan yang diperintah) dapat mencegah daripada “makan benda haram” ,
Firman Allah
سبحانه
وتعالى dalam سورة
التوبة ayat : 71
11) Sabar menahan lapar dan derita kemiskinan.
Allah S.W.T sahaja yang mengagih rezeki kepada sesiapa
yang ia kehendaki dan dialah yang mengetahui hikmah dan rahsia pengagihan itu.
Firman Allah
سبحانه
وتعالى dalam سورة
العنكبوت ayat 62 :
Yang
bermaksud :Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa
yang dikehendakiNya di antara hamba- hambaNya
dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Disana tersingkap hikmah dan rahsia
tentang pengagihan rezeki yang berbagai-bagai itu dari Firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة الشورى ayat 27 :
Yang
bermaksud :Dan kalaulah
Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan
melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah
menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana
yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam
akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.
Menjadi kewajipan hamba-hamba Allah
apabila
keadaan hidupnya ditimpa kesempitan dan kefakiran. Sesudah ia berusaha sedaya
upaya untuk mengatasinya, maka hendaklah ia bersabar dengan penuh keyakianan
bahawa kesabaran dan ketabahan menghadapi ini semua adalah lebih baik seribu
kali daripada ia “memakan benda haram” yang kesannyamengakibatkan kecelakaan di
akhirat kelak .
12) Tutup rapat segala pintu yang membawa kepada
“makan haram” serta wujudkan jalan keluar sebagai ganti.
Bagi mengubati penyakit “makan haram” ini bahkan untuk mencegahnya hendaklah ditutup
segala pintu yang membawa kepada “makan
haram” seperti perbadanan riba, rumah pelacuran, kedai-kedai arak,
kilang-kilang membuat potong-potong menjual anjing, jual babi dan lain-lain
disamping itu diganti dengan benda-benda
halal , seperti yayasan permodalan , bank-bank, permis-permis perniagaan,
kilang-kilang yang didirikan mengikut yang diluluskan oleh syarak, sesungguhnya
Allah memberi jaminan kepada manusia
apabila mereka membuat yang demikian.
Firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة التوبة ayat 28
Yang bermaksud:Dan jika
kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika
dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
13) Hidupkan semangat bekerja, nyahkan
pengangguran .
Bekerja secara berterusan , abaikan
pengangguran boleh membantu seseorang untuk mendapat “makan halal” bagi
menjauhkan diri daripada sumber-sumber
haram , bagi kita terdapat sirah-sirah para Nabi dan Rasul yang menjadi contoh
tauladan kepada kita , mereka punya pekerjaan , keseluruhan para Nabi dan Rasul
adalah “Memlihara Kambing”
14) Sentiasa ingat tentang akibat “makan benda
haram”
Oleh kerana manusia selalu lupa,
disebabkan beberapa sebab, terhadap akibat “makan haram” dan sebaik-baik ubat
bagi penyakit lupa itu ialah : selalu memberi peringatan tentang akibat “makan
haram ”
Firman Allah
سبحانه
وتعالى dalam سورة
الذاريات ayat 55
Yang
bermaksud : Dan tetap tekunlah engkau memberi
peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu
mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
والله
أعلم
Diterjemah
Oleh, Disediakan
oleh,
Tuan Syeikh Haji
Ismail Bin Kamis Lajnah Tarbiah Dan Perkaderan PAS Kedah
22 Januari
2014 - 20 Rabiul Awwal 1435
Pej : 04-748 1125 H/Phone/
Whatsapp/Telegram : 019-551 5985
Email : tarbiahkedah@gmail.com Blog : tarbiahpaskedah.blogspot.com
Face Book : http://www.facebook.com/tarbiahpaskedah
No comments:
Post a Comment