My Blog List

My Blog List

album lajnah tarbiah

Tuesday, 4 March 2014

12.SAMBUNGAN MENGUBATI PENYAKIT "PUTUS ASA" DAN MENCEGAH DARIPADANYA.




7 -        Melihat dengan teliti tentang realiti musuh dimasa yang lalu dan masa kini.

Adapun realiti musuh dimasa lalu sudah pun dikenalpasti bahawa mereka gagal dan hancur kalah dengan sebab mereka sendiri dan juga disebabkan tangan-tangan orang mukmin di badar , khandak , hunain , yaum bani qainuqa’ , bani nadzir , bani quraidzah , khaibar , peperangan salib ,  juga di peperangan pertama dan kedua.

Adapun realiti mereka pada hari ini walaupun mereka maju dalam bidang sains dan teknologi dalam semua bidang kehidupan, namun mereka mengalami keruntuhan nilai-nilai murni dan keruntuhan akhlak, jenayah berlaku dimana-mana, mereka diselubungi keluh kesah gelora jiwa, hilang kesabaran, tidak redha, dihantui perasaan syak wasangka dan sangkaan karut dan khurafat, tidak bersatu hati, penyakit-penyakit jasmani bermaharajalela tidak dapat dikawal dan diubati. Berlaku bencana alam dilaut dan didarat, di udara sehingga membawa mereka kepada berputus asa dan cuba membunuh diri untuk melepas diri daripada hidup sengsara.

Maka dengan melihat perkara-perkara ini yang menjadi realiti hidup mereka (musuh) di masa silam dan hari ini maka orang-orang       Islam merasakan bahawa musuh-musuh Islam juga diduga dan diuji seperti kita juga bahkan mereka lebih teruk dan dahsyat daripada kita.

Firman Allah سبحانه وتعالى  dalam سورة آل عمران ayat 140

     
Yang bermaksud : Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) 


Firman Allah سبحانه وتعالى dalam  سورة النساء ayat 104 :                                             

Yang bermaksud : kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Oleh itu, kita hendaklah bersabar dan menanggung segala penderitaan dan terus menunaikan tanggungjawab dan kewajipan kita demi untuk keluar dan pindah dari “qadar takdir” kekalahan dan kehancuran kepada “qadar takdir” kemenangan dan kejayaan, begitulah janji tuhan kepada kita, dengan firmannya dalam سورة آل عمران ayat 137 :

Yang bermaksud : Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul).


8 -    Sentiasa bermuhasabah diri bagi mengenalpasti sebab-sebab kegagalan dan kekecewaan kemudian berusaha bagi mengatasinya.

 

Sesungguhnya seseorang yang sentiasa bermuhasabah diri dia dapat mengenalpasti sudut-sudut kelemahan dalam hidupnya, maka dengan ini dia dapat mengatasi kelemahan-kelemahan ini jika ia benar dan bersungguh-sungguh terhadap dirinya, maka dengan bermuhasabah diri dia dapat membenteras sebab-sebab utama dari sebab-sebab “putus asa” kerana Allah سبحانه وتعالى Berfirman  dalam سورة الحشر ayat 18 



Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.
Dan sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم  :
الكيس من دان نفسه ، وعمل لما بعد الموت ، والأحمق من أتبع نفسه هواها ، وتمنى على الله الأماني

Yang bermaksud : Orang yang bijak (cerdik) ialah orang  dapat menundukkan hawa nafsunya dan beramal untuk kebaikan selepas ia mati, orang yang bodoh ialah orang yang mengikut hawa nafsunya serta menaruh harapan yang tinggi (berangan) terhadap Allah سبحانه وتعالى


9 -        Renung secara mendalam tentang sambutan baik orang bukan Islam terhadap Islam.

Sesungguhnya orang bukan Islam telahpun berputus asa terhadap kedamaian dan kesentosaan dibawah naungan “manhaj bumi” ciptaan manusia yang mereka berada didalamnya, dan bergantung kepada hukumnya sesudah mereka syirik dengan Allah سبحانه وتعالى, sebahagian daripada “manhaj bumi” ini jatuh gugur tersungkur apabila ia ternyata gagal menangani masalah, seperti “manhaj sosialis” atau “manhaj komunis” , yang mempercayai bahawa alam ini adalah benda , tidak ada tuhan, agama adalah candu bagi  rakyat jelata, tidak ada akhirat, hidup ini merupakan rahim ibu menolok janin keluar , kemudian bumi pula (itulah ibarat hidup yang akhirnya mati ditelam bumi) yang mematikan manusia dan lain-lain adalah “masa” bukannya tuhan, dan sebahagian lagi daripada “manhaj bumi” yang mula menuju kearah kehancuran seperti “manhaj kapitalis” yang bertonggakkan “hak milik adalah mutlak” tidak ada larangan dan halangan, maka timbullah monopoli zalim, yang kuat menindas yang lemah , lahirlah hasad dengki orang  lemah terhadap orang-orang kaya, kesemua mereka tidak menghargai dan menghormati Allah سبحانه وتعالى, mereka tidak takut azab akhirat , mereka menganggap bahawa mereka adalah anak Allah dan kekasihnya , maka takkan bapa hendak menyeksa anaknya, dan kekasih takkan hendak mendera kekasihnya . Nah ! disana paderi – paderi dan pendeta-pendeta menghalalkan perkara-perkara yang haram dan mengharamkan keatas perkara-perkara yang halal , mereka menganggap bahawa mereka akan mendapat pengampunan dan syurga sesudah melakukan kesalahan dan menyamun harta orang lain.

Apabila keadaan mereka sampai ketahap ini, mereka mencari jalan keluar , dan mereka dapati tidak ada jalan keluar selain daripada Islam, mereka memilih dan menerima Islam terutamanya di Eropah Timur dan Barat dan juga di Amerika, sedangkan usaha dari kalangan orang Islam untuk tujuan itu adalah tersangat kurang . Tambahan pula ramai dari kalangan orang Islam yang menyeleweng dari ajaran Islam.Disamping itu juga, terdapat usaha-usaha dari kalangan Oriantalis  dan juga orang timur yang berlagak barat untuk memburuk cacatkan Islam (namun demikian orang-orang  bukan Islam terus tetap menerima Islam), mengapa berlaku demikian? Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana Islam itu adalah agama fitrah dan keamanan serta kedamaian .

Firman Allah سبحانه وتعالى  dalam سورة الروم  ayat 30

  

Yang bermaksud  : (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Firman Allah سبحانه وتعالى lagi dalam سورة البقرة ayat 138

 

Yang bermaksud  : (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".

Keadan ini wajar diperhati dan direnung , sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى lah yang melakukan untuk agamanya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir dan musyrikin.

  
10 -     Ingatkan detik-detik kejayaan disamping menerima kegagalan.

Sesungguhnya apabila keadaan kegagalan mulai mencengkam dan menekan individu dan jamaah , pemerintah dan yang diperintah maka patutlah ada usaha untuk mengatasinya iaitu dengan cara mengingati detik-detik kejayaan dan kemenangan dalam diri , didalam alam semesta , dan kejayaan menghadapi musuh-musuh dari kalangan syaitan manusia dan jin.

Allah سبحانه وتعالى berjanji dan membiasakan kita bahawa “selepas susah berjumpa dengan senang” di samping “kesempitan ada kelapangan”.

Allah سبحانه وتعالى berfirman  dalam سورة الطلاق ayat 7

 

Yang bermaksud  : (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.

Allah سبحانه وتعالى berfirman  dalam  سورة الشرح  ayat 5 & 6

 

Yang bermaksud  : Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Allah سبحانه وتعالى melakukan yang demikian bagi seseorang setiap hari, setiap masa , setiap minit bahkan setiap detik dan ketika, rahmat daripada Allah سبحانه وتعالى dan anugerah daripadanya. Sekiranya kejayaan dan kelapangan ini belum tercapai atau terlambat maka ingatlah bahawa disebaliknya ada hikmah tidak diketahuinya melainkan Allah سبحانه وتعالى .

Firman Allah  سبحانه وتعالى dalam سورة الأعراف ayat 168

 

 Yang bermaksud : Dan kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat).


Maka barangsiapa yang berada didalam keadaan ini sentiasa mengingati detik-detik kejayaan disamping kegagalan, dia tetap selamat daripada perasaan “putus asa ” , percaya dengan janji tuhannya , sentiasa berkerja dengan optimis sepanjang zaman.


11 -     Bertindak dengan hikmah demi menjaga kejayaan yang telah dicapai agar tidak dimusnahkan  oleh musuh.

Sayugia diingat dan diyakini bahawa musuh sentiasa mengintai peluang bagi menguasai orang mukmin , yang menjadi idaman mereka ialah agar mukmin kembali jadi kafir seperti mereka ataupun mati “itulah impian mereka”

Firman Allah سبحانه وتعالى dalam  سورة النساء ayat 89

 



Yang bermaksud: Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka.

 

Firman Allah سبحانه وتعالى dalam  سورة الممتحنة ayat 2

 



Yang bermaksud : Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).

 

  

Firman Allah سبحانه وتعالى dalam  سورة الكهف ayat 20


Yang bermaksud  : "Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dengan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada ugama mereka (secara paksa); dan jika berlaku demikian, kamu tidak sekali-kali akan berjaya selama-lamanya".


Firman Allah سبحانه وتعالى dalam  سورة البقرة ayat 120

 

Yang bermaksud  : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu)

Bertolak dari keyakinan inilah, maka seharusnya bagi setiapa orang Islam individu jamaah,pemerintah maupun rakyat jelata mestilah bertindak dengan penuh hikmah terutama sekali dalam keadaan kita lemah seperti yang kita berada pada hari ini, agar cita-cita mereka (musuh) untuk mematahkan kemaraan kita tidak terlaksana.


Firman Allah
سبحانه وتعالى dalam  سورة النحل ayat 125

 

 

 Yang bermaksud  : Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik

 

 

 Firman Allah سبحانه وتعالى dalam  سورة البقرة ayat 269

 

 Yang bermaksud  : Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.



   
Diterjemah Oleh,
Tuan Syeikh Haji Ismail Bin Kamis

Disediakan oleh,
Lajnah Tarbiah Dan Kapimpinan PAS Kedah

19/9/2012  -  3 Zulkaedah 1433

No comments:

Post a Comment