teks usrah bulan september 2011
MUQADDIMAH
            Harakah
 Islamiah dewasa ini amat berhajat kepada pendukung-pendukungnya yang 
mempunyai pandangan yang jelas mengenai kepentingan persediaan ruhiyyah 
di dalam perjalanan dan perjuangan untuk mengembalikan semula Islam di 
tempatnya.
            Berjalan
 di atas perjalanan kerohanian atau ruhiyyah adalah suatu keperluan yang
 tidak dapat tidak , pendukung gerakan Islam mesti berada di atasnya. 
Permasalahan tanzim dan takhtit  semata-semata tidak menjamin keselamatan dan kesejahteraan para pendukungnya di dalam menghadapi situasi dan cabaran semasa.
            Di dalam kertas kerja ini, kita cuba untuk mengetengahkan  permasalahan kerohanian yang bersumberkan Al Quran dan As Sunnah dan pendapat ahlil haq yang bertepatan dengan keimanan kita.
            “Perjalanan kepada Allah “ sama sekali tidak dapat disangkal dan dilupakan oleh         pendukung-pendukung
 gerakan Islam. Bahkan ia adalah suatu tuntutan dan kehendak yang wajib 
dijelmakan ke dalam setiap peribadi anggota grakan agar kemenangan Islam
 di era lalu dapat dikembalikan, justeru kita meyakini hanya golongan 
yang mempunyai jiwa kerohanian sahajalah yang mampu membawa pelita 
hidayah dan menerangi kegelapan jahiliyyah yang sedang meruntun setiap 
ruang kehidupan ummah dewasa ini.
2.       DEFINISI TARBIYYAH RUHIYYAH / KEROHANIAN
          Tarbiyyah
 ruhiyyah secara umumnya ditakrifkan ialah suatu proses tarbiah 
membentuk roh dan jiwa, melalui beberapa marhalah tertentu  dan
 didasarkan kepada pembentukan hati yang sentiasa digilapkan dengan 
aqidah, roh yang entiasa dididik dengan ibadah dan mempertingkatkan jiwa
 kepada setinggi-tinggi pencapaian kesempurnaan.
TARBIYYAH RUHIYYAH BEKALAN DI ATAS JALAN DAKWAH
            Jalan
 dakwah adalah segalanya di dalam kehidupan pendakwah. Betapa jalan 
dakwah dpenuhi onak dan duri, jalan berliku, bahkan terlalu jauh 
matlamat dan tujuan yang hendak  ditujui. Di atas jalan ini, pendakwah berhadapan dengan ketakutan dan ugutan, ancaman pembunuhan dan ujian.
Firman Allah yang bermaksud: ( iaitu orang yang mentaati Allah dan rasul ) yang kepada mereka ada orang-orang mengatakan : “ Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan     pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka ”. Maka perkataan itu menambahkan keimanan mereka dan mereka menjawab : “ Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah sebaik-baik pelindung ”.
            Sesungguhnya, hanya ‘ persedian ruhiyyah ‘ sahajalah yang dapat menyelamatkan     pendakwah
 dan melepaskannya daripada semua ujian itu. Betapa pendakwah amat 
berhajat kepda bekalan ini agar pendakwah etap tidak tergugat di atas 
jalannya, tidak teragak-agak dan cemas untuk meneruskan perjalanannya. 
Tanpanya, pendakwah tidak akan mampu meneruskan perjalanannya.
OBJEKTIF TARBIYYAH RUHIYYAH
          Objektif
 Tarbiyyah Ruhiyyah ialah untuk mencapai hati yang sejahtera, bercahaya 
dan nur iman yang sntiasa bertambah. Semua keadaan hati yang menjadi 
matlamat perjalanan ini adalah hasil daripada amal ibadah, sehingga 
dengan itu hati memuncak mencapai maqam  Ihsan. Sabda 
Rasulullah SAW : Sembahlah Tuhan mu seolah-olah kamu melihatNya, 
sekalipun kamu tidak dapat melihatNya, sesungguhnya Ia melihat mu.
            Mengikut
 kadar kenaikan dan kesuburan iman dan pencapaian terhadap maqam Ihsan, 
terbentuklah peningkatan istiqomah, akhlak dan pengamalan seorang 
muslim.
PERJALANAN MENUJU ALLAH
            Perjalanan
 Tarbiyyah Ruhiyyah adalah perjalanan menuju Allah. Perjalanan menuju 
Allah bererti berpindah daripada jiwa yang kotor kepada jiwa yang 
bersih, pemikiran yang tidak syarie kepada pemikiran yang diredhai 
syariat, daripada hai yang ingkar, fasiq dan sakit hati yang keras 
membata kepada hati yang tenang dan sejahtera, daripada roh yang tidak 
mengenal ketundukan kepada Tuhan kepada roh yang mengenal Tuhannya dan 
menunaikan semua haq pengabdian kepada Tuhannya, daripada jasad yang 
tidak patuh kepada peraturan  syariat kepada jasad yang tunduk dan patuh kepada Allah dan daripada diri yang 
tidak
 sempurna kepada diri yang lebih atau paling sempurna. Semua yang 
tersebut ini adalah ibarat pada pentakrifan erti perjalanan menuju Allah
 yang terkandung di dalamnya ertikata yang lebih khusus, ianya adalah 
matlamat pencapaian kita di dalam  perletakan “ Tarbiyyah Ruhiyyah ” di dalam perjalanan jemaah.
TAQWA SEBAGAI JALAN
          Taqwa
 adalah jalan mencapai matlamat kerohanian di dalam Tarbiyyah Ruhiyyah 
dan jalan untuk mencapai kepada maqam taqwa ialah dengan melalui 
proses-proses :
a)         Mua’hadah
            Muahadah
 ialah bersendirian diri seorang muslim dengan Tuhannya, membuat dan 
memberi janji bahawa ia tidak akan memberi hak pengabdian melainkan 
hanya pada Tuhannya, tidak memohon pertolongan melainkan hanya pada 
Allah, adan tidak akan memenuhi kehidupannya melainkan hanya dengan 
manhaj Tuhannya yang lurus. Inilah makna daripada ucapan seorang muslim 
di dalam tiap rakaat solatnya : 
b)         Muhasabah
            Muhasabah
 ialah dengan perkiraan dan hisab seorang muslim terhadap dirinya setiap
 kali berlalu dan berakhir amalannya, adakah amalannya ikhlas dan hanya 
menuntut keredhaan Allah, adakah perasaan riya’
 telah memasuki ketaatannya, adakah ia telah menunaikan hak yang wajib 
ke atasnya terhadap Tuhannya dan hak yang wajib terhadap sesama manusia.
 Seandainya pada pengamalannya seluruhnya adalah kebaikan maka kepada 
Allah ia meletakkan pujian, dan seandainya berlaku sebaliknya, ia 
hendaklah bersegera beristighfar dan memohon ampun kepada Allah. Inilah 
makna yang terkandung di sebalik ucapan  Saidina Umar RA :
c)         Mujahadah
            Ia
 adalah usaha dan kesungguhan seorang muslim melawan hawa nafsunya ke 
arah memperelokkan ketaatan yang mendekatkan dirinya kepada Allah, 
berusaha menambah dan melipatgandakan ketaatan  yang telah 
dan sentiasa dikerjakannya, sehingga ketaatan itu menjadi keutamaan di 
dalam hidupnya. Inilah makna yang terkandung di dalam firman Allah :
KEDUDUKAN MUJAHADAH DI DALAM TARBIYYAH RUHIYYAH
          Tarbiyyah
 Ruhiyyah seperti yang dijelaskan adalah perjalanan untuk sampai kepada 
Allah. Hasil yang dicitakan ini hanya akan dapat dicapai dan diperolehi 
melalui mujahadah.
Firman Allah Taala :
Maksudnya
 : Dan orang-orang yang berjhad untuk mencari keredhan Kami, benar-benar
 kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami.
            Jelaslah mujahadah adalah merupakan usaha untuk mencapai matlamat di dalam      perjalanan
 kerohaniannya. Dan hidayah itu adalah limpah kurnia dan pemberian Allah
 kepada hamba-hambanya. Sesungguhnya, mujahadah dan hidayah itu tidak 
akan sempurna melainkan dengan taufik dan pertolongan Allah jua.
Firman Allah :
Maksudnya : Akan dikau kami sembah dan akan dikau kami mohon pertolongan
Firman Allah :
Maksudnya
 : Dan orang-orang yamg mendapat petunjuk Allah, Allah menambah petunjuk
 mereka dan member kepada mereka balasan ketaqwaan.
            Kesimpulannya, mujahadah adalah wasilah untuk menyamaikankepada hidayah,         sementara
 hidayah dapat menyampaikan seorang muslim kepada ketaqwaan. Kedudukan 
mujahadah di dalam Tarbiyyah Ruhiyyah hendaklah didasarkan kepada empat 
persoalan pokok demi mujahadah yang di dalam tarbiyyah ruhiyyah tidak 
terkeluar dan tergelincir       daripada jalannya yang sebenar. Mujahadah yang benar adalah didasarkan kepada :
a)         Keimanan kepada Allah dan mentauhidkannya serta mengimani kerasulan Nabi               Muhammad SAW.
b)         Mendirikan semua kefardhuan Ibadah di dalam waktunya
c)         Mengisi diri dengan keperluan-keperluan ibadah sunat
d)         Rukun mujahadah. Rukun mujahadah ialah : 
            i-          U’zlah
            ii-         Mendimkan diri dari sesuatu yang tdak bermanfaat
            iii-         Berjaga malam dan menghidupkannya
            iv-        Berlapar                                  
PEMUSATAN TERADAP PENGISLAHAN HATI
            Marhalah
 pertama di dalam perjalanan kerohanian ialah marhalah perpindahan dari 
hati yang sakit kepada hati yang sihat sejahtera. Dan marhalah kedua 
ialah marhalah pengisian  hati dengan ‘ bekalan hariannya ‘
 atau bekalan yang diperlukan oleh hati pada setiap detik dan waktu agar
 hati tetap kekal terjaga di dalam keadaan keimanan yang tinggi 
sehinggalah ia bertemu Tuhannya.
Firman Allah :
Maksudnya : Dan sembahlah Tuhnmu sampai datang kepadamu yangt di yakini ( ajal ) 
            Di
 dalam Tarbiyyah Ruhiyyah, pemusatan kepada pengislahan hati adalah 
titik tolak yang benar dan tepat, justeru dengan itu tercapainya hati 
kepada kesejahteraannya. Sehingga    seorang muslim dengan 
hatinya yang sejahtera dapat menyelamatkannya daripada tipu daya 
syaitan, bisikan dan fitnahnya, sama ada syaitan manusia atau syaitan 
jin.
Firman Allah : 
Maksudnya
 : Dan demikianlah kami jadikan bagi tiap nabi-nabi itu musuh, iaitu 
syaitan jin dan manusia, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian
 yang lain perkataan-perkataan yang indah untuk menipu manusia.
            Seorang muslim di dalam gerakan adalah amat patut member perhatian yang serius     terhadap
 pengislahan hati dan bekalannya agar dengan itu menjadikan hatinya 
bercahaya, bersinar dan sejahtera dan melayakkannya memikul tugas 
pembawa risalah dan perubah masyarakat.
KEPERLUAN WIRID HARIAN DAN ‘ DAURAH RUHIYYAH ‘
Wirid Harian
Seorang
 muslim adalah amat perlu menyuburkan ruhnya di dalam waktu seharian 
hidupnya. Wirid harian ini merangkumi penjagaan terhadap kewajipan solat
 di dalam waktunya dan sentiasa berkekalan mengerjakan solat sunat 
mengikut kadar kemampuan   seseorang, mengikut keperluan di dalam pengislahan hatinya.
Secara umumnya, wirid harian yang dituntut menjadi perlaksanaan di dalam          tarbiyyah ruhiyyahnya ialah :
a)         Solat berjemaah, serta solat sunat rawatibnya dengan menjaga pengamalan                     zikirnya, qiamullail dan solat sunat dhuha
b)         Istighfar harian tidak kurang 100 kali
c)         Hauqalah tidak kurang 100 kali
d)         Selawat tidak kurang 100 kali
e)         Surah Al Ikhlas 3 kali
f)          Sejuzuk daripada Al Quran setiap hari
g)         Menjaga zikir dan doa makan, tidur, masak dan keluar rumah
h)         Memperbanyakkan zikir-zikir yang sunat secara mutlak seperti tasbih, tahmid                  dan sebagainya.
Daurah Ruhiyyah
Di dalam menjayakan tarbiyyah ruhiyyah, seorang muslim hendaklah mempunyai ‘ daurah ruhiyyah ‘
 di dalam kehidupannya. Pusingan dan daurah ruhiyyah ini adalah juga 
mengikut kadar kemampuan seseorang muslim. Ia boleh dilakukan di dalam 
tempoh 40 hari, 3 hari, 7 hari dan sebagainya.
            Di dalam tempoh ‘ daurah ‘,
 adalah suatu yang amat baik kalau dapat dihimpunkan didalamnya puasa 
dan qiamullail, solat berjemaah, membaca Al Quran dan zikir. Ia amat 
bermakna, memberi kesan dan bermanfaat di dalam perkembangan dan 
peningkatan ruhiyyah seorang muslim, sehingga ianya dapat dirasai oleh 
seorang muslim yang ikhlas di dalam perlaksanaannya. 
            Daurah Ruhiyyah yang menjadi perjalanan di dalam tarbiyyah ruhiyyah adalah     bersumberkan perjalanan Rasulullah SAW sebagai contohnya ialah iktikafnya Rasulullah SAW  di dalam sepuluh terakhir di dalam bulan Ramadhan.
Sabda Rasulullah Saw mengenai solat dalam konteks ‘ daurah ruhiyyah ‘ :
Maksudnya
 : Sesiapa yang sembahyang di masjid secara berjemaah 40 malam, tidak 
tertinggal rakaat pertama daripada sembahyang isyak, Allah menetapkan 
dengan demikian itu kelepasan daripada api neraka.
Tidak syak lagi, seorang muslim yang memilki ‘ daurah ruhiyyah ‘ ini, atau dalam    ertikata lain seorang muslim yang mempunyai ketetapan atau ‘ qarar ‘ terhadap dirinya di dalam penunaian ibadah seperti ini akan bertambah nur iman dan tauhidnya, jernih        fikrahnya, dan akan membawa kpada kesucian rohnya. Seterusnya, sentiasa             berulangnya ’ daurah ’ ini I dalam kehidupannya, mengekalkan nur iman di dalam hatinya dan menjadikan imannya di dalam keadaan sentiasa di perbaharui.  
KE ARAH MENYUBURKAN RUHIYYAH
            Di
 dalam tarbiyyah ruhiyyah, secara kesimpulannya, solat ( fardhu dan 
sunat ), wirid serta zikir dan sentiasa mengekalkan pembacaan Al Quran 
adalah merupakan tiga pengisian utamanya.
Sebahagian
 besar waktu yang dipenuhi dengan pengsian ini amat bermakna di dalam 
pengislahan hati dan jiwa. Ketiga-tiga pengisian utama ini, meskipun 
sedikit, namun amat meninggalkan kesan di dalam pengislahan hati dan 
jiwa seorang muslim.
Namun, di sana terdapat beberapa pengisian yang dapa membantu ke arah menyuburkan ruhiyyah seorang muslim. Di antaranya ialah :
            a)         Sentiasa bermuraqabah dengan Allah
            b)         Mengingati mati dan ahwalnya
            c)         Mengingati akhirat dan huru-haranya
            d)         Menghayati sirah perjalanan Rasulullah SAW
            e)         Bersahabat dengan golongan pemilik hai yang suci dan mengenal Allah
            f)          Menangis kerana Allah di waktu bersunyian diri
PROSES PEUBAHAN DAN KEPERLUAN KEPADA GOLONGAN RUHIYYAH
            Permasalahan
 ummah dan kerja-kerja menyelamatkan kemanusiaan seluruhnya adalah 
kerja-kerja dan tugas berat yang tidak mungkin dapat ditanggung 
melainkan oleh golongan yang mempunyai hati dan jiwa yang bersih, suci, 
dan benar kerana proses perubahan yang ditaja oleh Islam adalah proses 
perubahan yang didasarkan kepada kesucian dan kemurnian jiwa berpandukan
 aqidahnya yang suci dan benar. 
Kemantapan
 fikrah dan keutamaan di sudut haraki sahaja, tidak mampu menyelesaikan 
permasalahan yang membelit ummah, kerana kerja-kerja yang jaminannya 
keberkesanan dan kejayaan adalah bermula daripada permasalahan jiwa dan 
hati yang diredhai oleh Allah.
            Namun begitu, keperluan melahirkan generasi pembawa risalah yang mempunyai       keutamaan
 dan persediaan yang sepurna disudut fikrah, jiwa ( ruhiyyah ) dan 
persediaannya di sudut haraki adalah tuntutan yang sama penting demi 
keberksanan dakwah dan kerja    menyelamatkan ummah berjaya dipenuhi dan mencapai matlamatnya.
KESAN RUHIYYAH DI DALAM PROSES PEMBINAAN DAN PERUBAHAN
            Seorang muslim yang berjalan di atas jalan dakwah dan bekerja di dalam  proses
 pembinaan dan perubahan ummahnya, selayaknya adalah seorang muslim yang
 sentiasa terpancar jiwanya dengan pancaran ruhiyyah, sentiasa bertiup 
keimanan di dalam hatinya, sentiasa membekalkan diri dengan taqwa, insan
 yang soleh, muslim yang warak, mukmin yang bertaqwa dan rijal dakwah 
yang ikhlas.   
            Seorang pendakwah yang mengandungi ciri-ciri dan sifat-sifat ini, ucapannya 
menyentuh hati, tingkah lakunya menjadi qudwah,ai mukanya memaut dah 
menenangkan hati, teori dan fikrahnya mengandungi pancaran nur Ilahi.
            Seorang pendakwah apabila hilang pada dirinya ciri-cirinya ruhiyyah yang           sempurna, cacatlah keperibadiannya, tidak mampu meninggalkan kesan di hati             mad’u
 dari ucapan dan tulisannya, atau dalam ertikata yang lain akan 
berlakulah kesamaan antara murabbi dan anak didiknya atau pendakwah dan 
mad’unya. Pada ketika itu jadilah jiwanya kosong 
dan musnah, jiwa yang tidak mampu mengilham dan menggerak. Dan pendakwah
 pada ketika itu, tidak layak lagi menjadi jurubicara ummah, pemimpin 
dan pendakwah, penyelamat, perubah dan pendidik ummah, bahkan dirinyalah
 yang lebih layak untuk dididik dan ditarbiah. 
GOLONGAN RUHIYYAH MASA LALU
            Golongan ruhiyyah dan angkatan kerohanian masa lalu adalah sebaik-baik contoh kepada perjalanan atau ‘ proses taghyir ‘
 yang sedang kita lalui dewasa ini. Sesungguhnya merekalah yang telah 
menyebar dan mengembangkan Islam di benua Afrika, Asia Tenggara, Asia 
Tengah dan di serata alam ini. Kita lihat bahawa merekalah yang telah 
meninggikan panji-panji jihad di negara-negara mereka, gerakan As-Sanusi
 di Libya, gerakan Al Mahdi di Sudan, bahkan merekalah yang telah 
berjasa trhadap pembbasan bumi Islam di Al Jazair, Tunisia, Al Maghrib 
dan di mana sahaja.
PENINGKATAN RUHIYYAH DAN BERINTIMA’ DENGAN GERAKAN
          Memberi
 keutamaan dan mengambil berat di dalam pengislahan hati serta 
peningkatan di sudut kerohanian atau ruhiyyah, tetapi memandang ringan 
terhadap penunaian hak terhadap membantu dan menolong agama Allah, 
menguat  dan menggerakkan perjuangan mendaulatkan syariat bererti tidak memenuhi  syarat-syarat  pengislahan jiwa dan tidak menepati kehendak, tuntutan dan pengarahan syariat. Memperjuangkan agama Allah, memperkuat  dan menghidupka sunnah  Rasulullah SAW. Menggerakkan perjuangan pendaulatan syariat atau dalam ertikata lain berintima’  dengan gerakan Islam adalah kewajipan setiap mukmin yang benar dengan agamaNYA.
Firman Allah : 
Maksudnya
 : Sesungguhnya kami mengutuskan kamu sebagai saksi, pembawa berita 
gembira dan pemberi peringatan, supaya kamu sekalian beriman kepada 
Allah dan Rasul NYA, menguatkan agama NYA dan membesarkanNYA.
            Bagaimana mungkin boleh berlaku  dan
 menjadi sempurna pengislahan hati, tetapi memandang ringan terhadap 
permasalahan menegakkan syariat Allah dan pendaulatan hukum hakamnya.
            Berintima’ dengan gerakan Islam adalah jalan yang sahih dan benar di dalam ertikata perjuangan  pendaulatan syariat Allah dan hukum  hakamnya. Justeru itu tidak mempunyai  sebarang erti pengislahan  hati dan peningkatan ruhiyyah seandainya tidak sempurna intima’ dan wala’ kepada gerakan dan jemaah Islam.
PENUTUP
Di dalam pembentukan peribadi muslim yang sebenar, kita meletakkan tarbiyah       ruhiyyah adalah asas kepada dakwah kita. Hakikat tarbiah ruhiyyah ialah proses atau     marhalah
 pendidikan diri, membersihkan jiwa dan menggilapnya sehingga mencapai 
kedudukan yang paling di dalam skop kesempurnaan jiwa kemanusiaan. Ia 
adalah      merupakan uslub dari beberapa uslub dakwah yang diiktibar dan mesti dilalui di dalam perjalanan madrasah dakwah kita.
 
 
No comments:
Post a Comment