My Blog List

My Blog List

album lajnah tarbiah

Wednesday, 18 January 2012

KERTAS KERJA TUAN IBRAHIM TUAN MAN


NEGARA BERKEBAJIKAN, PILIHANRAYA DAN MENGARUS PERDANAKAN SYARIAH

Pendahuluan.

Isu Negara Berbajikan menjadi topik utama dalam media perdana serta dibincang dalam perhimpunan UMNO. Ini mencerminkan gagasan NB telah berjaya menarik perhaian semua pihak, dan gagasan ini juga diterima baik oleh rakan dalam PR.

Gagagasan NB bukanlah perkara baru kerana tema ni pernah dijadikan tema Muktamar Tahun 1998(?). Namun persoalan besar kenapa sewaktu iany digagas buat pertama kali, persoalan NB tidak menjDi topik yang diperkatakan oleh semua, dan kenapa kini ianya menjadi hangat.  Jawapannya ialah kerana berlakunya arus perubahan politik rakyat ke arah menukarkan kerajaan yang ada kepada PR dan juga kebimbangan sokongan bukan Islam terhadap PAS  mutakhir ini. Ini antara lain faktor kenapa ianya terus dibimbangi oleh UMNO /BN.

NEGARA BERKEBAJIKAN:PRINSIP DAN DASARNYA.

1. NB  diasaskan kepada nas al -Quran dan Hadis yang menjadi dasar dan rujukan perjuangan PAS. Istilah NB merujuk kepada beberapa aspek kebajikan, kebaikan dan ketaqwaan dan keampunan Allah. 

2. Bingkai NB ialah ubudiyyah, iaitu perhambaan terhadap Allah dalam seluruh gerakerja bernegara, selaras dengan sifat manusia sebagai khalifah di muka bumi.

3. NB ditakrifkan sebagai kerajaan beramanah yang berpaksi pinsip-prinsip adil dan ihsan ( al adlu wal ihsan ) di dalam seluruh sistem pemerintahan, termasuk pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik,ekonomi,sosial dan lain-lain.seterusnya membawa kepada pembinaan sabuah masyarakat yang berlimba- lumba melakukan kebajikan dan saling berkerjasama ke arah kejayaan pemerintahan di dunia dan akhirat.

4. Prinsip utama NB ialah;

4.1. Adil dan ehsan sebagai teras tpenting.
 Memakmurkan muka bumi bagi pembinaan insan yg merdeka, bebas dan mendapat peluang yang saksama.
Pembinaan masyarakat madani, disamping menjunjung nilai  dan kepentingan bersama.
Meletakkan amanah kepimpinan sebagai teras pentadbiran samada tehadap Allah dan rakyat.
Kedaulatan undang- undang bagi menjamin kesejahteraan rakyat umum, dan jaminan keselamatan  agama,Harta, nyawa, maruah, dan akal.
Menghindari amalan mungkar dalam seluruh sistem ekonomi, politik dan sosial.
Melaksanakan urustadbir yang baik dengan menghuskan kronosma, nepotisma, dan lain yang menyekat kemampuan sebenar rakyat.
Mendukung prinsip demokrasi yang selari dengan konsep syura 
Mengukuhkan hubungan antarabangsa dengan negara lain atas semangat keamanan sejagat dan kedaulatan negara.

NB DALAM PENDEKATAN PILIHANRAYA MENGARUSPERDANAKAN SYARIAH.

Isu utama ialah penjelasan bahawa PAS telah meninggalkan perjuangan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.

negara Berkebajikan adalah intipati bagi negara Islam, kerana segala 
Aksi utama NB adalah sebagaimana NI, samada dari sudut sumber rujukan, dasar dan prinsip negara Berkebajikan. sama halnya apakah Negara Adil bukan negara Islam, Negara Sejahtera, dan sebagainya adalah intipati bagi negara Islam. 

BN / UMNO telah melaksanakan negara kebajikan 

gagasan NB bukan sekadar membentuk negara kebajikan ( walfare state) sebagaimana yang dilaksanakan di bebeapa buah negara barat dan timur. NB nyata lebih luas dari skop kebajikan, walaupun kebajikan sebahagian dari aspek NB. Maka nilai kebajikan yang diasaskan dalam bentuk bantuan, pertolongan, dan kebajikan lain yang tidak diasas kepada nilai ubudiyyah, tentu tidak menepati nilai sebenar NB. 

PAS jadi alat DAP sehingga sanggup meninggalkan negara Islam yang diperjuangkan.

Tiak timbul soal tunduk kepada DAP, kerana gagasan NB telah lama diutarakan, dan dijadikan tema dalam Muktamar sebelumnya. Persoalan utama ialah bagaimana kita terjemahkan Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam, bukan hanya kepada orang Islam atau melayu. gagasan ini diterjemahkan melalui satu istilah yang diterima umum, tidak menimbulkan kebimbangan atau buruk sangka hasil dari gambaran negatif terhadap Negara Islam yang disuburkan oleh UMNO, demi menjauhkan golongan bukan Islam dari memberi sokongan kepada PAS.
Realiti dalam PRU lalu,  PAS bertanding sebanyak  67 kerusi dan menag 23 kerusi, DAP  bertanding 46 kerusi dan menang 28,   dan PKR 94 kerusi dan menang 31 kerusi.

Pendekatan NB perlu digarap bagi menjelaskan dasar pemerintahan yang akan dilaksanakan bilamana kita mencapa kemenangan. Dalam buku Dokumen NB , kita juga mengemukakan beberapa tawaran dan berada dalam ruangligkup NB, sebagai daya penarik kepada masyarakat. Ia juga secara tidak langsung menjelaskan NB yang ingin dokemukakan bilamana kita diberi mandat oleh rakyat.

Asas utama pelaksanaan syariat bukan seata- mata perundangan, tetapi ianya mestilah meranglumi 3 ciri utama;
1. Menyuruh yang makruf.
2. Mencegah kemungkaran
3. Keimanan kepada Allah.

Maka negara perlu bersih dari sebarang elemen mungkar seperti rasuah, salahguna kuasa, kronisma, nepotisma, kezaliman dan sebagainya. Begitu juga  proses membina negara yang harmoni, aman, sejahtera, dengan agihan kekayaan yang adil, memberi ruang seluasnya untk menerima teguran dan bersedia ditegur, kepimpinan yang bermaruah dan bertimbangrasa dan pelbagai ciri utama kebaikan yang mesti ada pada pimpinan. 

Nilai- nilai ini merupakan asas pembinaan syariah, manakala persoalan hukum akan diujudkan setelah asas ini dibina dalam masyarakat. Perundangan hanya makanisma bagi mengawal segolongan yang tidak dapat dibentuk dalam suasana normal masyarakat. lantaran itu perlaksanaan  syariah dalam sistem perundangan diharapkan dapat menjadi benteng mengawal kesejahteraan dan keharmonian masyarakat.

Penutup.

Gagasan yang baik, tetapi gagal dihuraikan dengan tepat akan menjadi fitnah khususnya bagi golongan jahil. Lantaran itu pemahaman sebenar tentang NB sangat perlu difahami agar ia mampu memberi impak besar kepada perjuangan PAS.  Pilihanraya kali ini diharapkan mampu menggarap kemenangan besar untuk menterjemahkan gagasan NB kepada seluruh rakyat.


No comments:

Post a Comment