My Blog List

My Blog List

album lajnah tarbiah

Tuesday, 4 March 2014

15.SEBAB-SEBAB YANG MEMBAWA KEPADA MAKAN BENDA HARAM



KETIGA : SEBAB-SEBAB YANG MEMBAWA KEPADA MAKAN BENDA HARAM.

Di Sana terdapat banyak sebab yang membawa kepada makan yang haram , diantaranya ialah :

  1-     Jahil terhadap pengertian hakikat haram dan akibatnya.

Ramai dikalangan manusia yang jahil terhadap hakikat haram dan mereka tidak  tahu tentang akibatnya, dan sesiapa sahaja yang  jahil terhadap sesuatu perkara , juga tidak tahu tentang akibatnya ia akan melakukan perkara tersebut,  walau perkara itu mudharat dan berbahaya, sedang ia tidak tahu dan sedar keadaan tersebut.
Oleh yang demikian syarak mewajibkan ke atas seseorang muslim “Memahami agama” sebagai asas utama dalam menjalankan tugas dan perananya diatas muka bumi ini, terutama sekali dalam perkara halal, haram, harus dan di larang.

Firman Allah   سبحانه وتعالى dalam سورة التوبة  ayat   122 :

Yang bermaksud : Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

Firman Allah   سبحانه وتعالى dalam سورة ص  ayat   29  :
 


Yang bermaksud : (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.

                        Ulamak Salaf menyedari hakikat ini lalu mereka menjadikan الفقه فى الدين memahami dan mendalami agama sebagai asas utama bagi pembentukan “shakhsiah muslim” terutama sekali yang menyentuh “halal / haram ” , lantaran itu system pendidikan “ kerajaan Islam ” tertegak di atas dasar ini, mereka memulakan dengan Al-Quran, bahasa Arab, berserta hadis-hadis yang berhubung dengan “dasar-dasar hukum” berserta dengan fekah halal, haram, kemudian mereka mendalami ilmu-ilmu Islam, dan ilmu-ilmu kehidupan, diceritakan yang dilakukan oleh Saiyidina Umar Al-Khatob رضي الله عنه  bahawa beliau meronda-ronda dipasar, lalu beliau memukul sebahagian daripada peniaga-peniaga dengan rotan, seraya berkata : Jangan sesiapa pun berniaga dipasar kami, kecuali mereka yang faham agama.

Juga di ceritakan tentang Abu Hurairah رضي الله عنه  pada suatu hari beliau melintasi pasar Al-Madinah lalu beliau berhenti dipasar tersebut, lalu beliau berkata : Wahai ahli-ahli pasar (peniaga dan pengunjung) apa yang, menyebabkan kamu lemah dan ketinggalan ? Mereka berkata, apakah yang engkau maksudkan wahai Abu Hurairah ! kata Abu Hurairah : Nun disana terdapat pusaka (ميراث) Rasulullah    صلى الله عليه وسلمsedang dibahagi- bahagikan sedangkan kamu berada disini, kenapa kamu tidak ke sana untuk mengambil bahagian kamu dari pusaka tersebut?  Mereka berkata : Di mana pusaka tersebut? Kata  Abu Hurairah :Di masjid, lantas mereka bergegas ke sana , Abu Hurairah رضي الله عنه  tetap menunggu mereka di situ sehingga mereka pulang,  Abu Hurairah berkata kepada mereka, mengapa kamu pulang? Mereka menjawab ! Wahai Abu Hurairah , kami telah pun pergi ke masjid dan masuk kedalamnya kami tidak nampak dalam masjid sesuatu yang di bahagikan. Kata Abu hurairah رضي الله عنه   : Kamu tidak melihat seorang pun dalam masjid? Mereka berkata : Memang terdapat mereka yang sedang bersembahyang ada yang membaca Al-Quran dan sekumpulan lagi sedang berbincang tentang halal haram, lalu Abu Hurairah berkata kepada  mereka : “celaka betul kamu ini , itulah dia pusaka Rasulullah صلى الله عليه وسلم

   2-    Tidak mengenal Allah secara yang sebenar.

Apabila hati seseorang itu kosong daripada Maarifatullah ( yakni tidak mengenal Allah ) dan tidak tahu bahawa sesungguhnya Allah   سبحانه وتعالى itu mengetahui setiap sesuatu, luar dan dalam, tidak sesuatu yang tersembunyi daripada Allah sama ada dilangit mau pun di bumi, apabila ini  berlaku maka amat mudah seseorang itu terjebak dengan segala perkara yang di tegah dan di larang, diantaranya ia mendapatkan rezeki daripada sumber-sumber haram , Rasululluh صلى الله عليه وسلم telah memberi peringatan dalam hadis baginda yang mashur:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا يزني الزاني حين يزني وهو مؤمن، ولا يسرق السارق حين يسرق وهو مؤمن، ولايشرب الخمر حين يشربها وهو مؤمن.
                                                                                                                                 
Yang bermaksud : Tidak  berzina seseorang ketika ia berzina sekiranya ia beriman dan tidak mencuri seorang itu ketika ia mencuri sekiranya ia beriman dan tidak meminum arak seseorang ketika ia minum sekiranya ia beriman.

-          Kata المهلب  Penafian iman di sini bererti : Di cabut daripadanya pandangan hati
بصيرة ” Dari mentaati Allah.
-     Kata Ibnul Juzi : Maksiat yang dilakukan itu telah menguasai imannya, iaitu membenarkan keyakinan dengan Allah maka seolah-olah ia telah melupakan Allah (ketika melakukan ma’asiat ).
-     Kata Ibnu Hajar : Tidak beriman di sini, ialah tidak menghadirkan iman yang di dalam hatinya tentang keagongan dan kebesaran Allah عزوجل yang beriman dengan Nya. Ini merupakan kinayah(كناية) tentang kealpaan terhadap Allah سبحانه وتعالى di sebabkan nafsu shahwat yang menguasainya.
-     Kata Attaiyibi ( الطيبي ) : Dapat difahamkan juga bahawa yang di maksudkan dengan “kurang iman ” itu ialah “malu” maka dapat di andaikan bahawa seseorang itu tidak berzina semua ia berzina itu sekiranya ia “malu” kpd Allah”, sekiranya ia malu kepada Allah, kerana ia tahu dan yakin bahawa Allah S.W.T melihatnya ketika ia melakukan perkara tersebut.

   3-  Boros serta kurang pendapatan.

Orang  yang boros (Pemboros) sedangkan pendapatan sedikit boleh membawa itu terlibat dalam benda-benda haram dalam bermacam rupa bentuk demi untuk memenuhi perbelanjaannya tanpa mengira apa jua pendorong yang membawa kepada pemborosan tersebut, sama ada dirinya sendiri isterinya atau anak-anaknya barangkali ini juga di antara sebab – sebab yang syarak melarang daripada boros, dan membazir .

Firman Allah   سبحانه وتعالى dalam سورة الأعراف  ayat   31  :

Yang bermaksud : Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.

Firman Allah   سبحانه وتعالى dalam سورة الإسراء  ayat   27  :
 
Yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

    4-     Hutang yang sampai tempoh tetapi kurang pendapatan.

Kadang kala apabila hutang yang sampai tempoh masa bayar sedangkan kemaksukan kurang, juga menjadi antara sebab-sebab yang membawa kepada terlibat benda-benda haram. Oleh kerana hutang merupakan kebimbangan diwaktu malam, keresahan diwaktu siang, hampir menjadi teman kepada  kekufuran, kefakiran itu hampir-hampir membawa kekufuran. Apatah lagi apabila hutang itu sudah  sampai tempoh bayarnya, sedangkan kemasukkan tidak ada. Ketika ini boleh jadi seseorang itu berbicara dengan dirinya sendiri, syaitan jin dan manusia juga turut menghasut agar berusaha melalui jalan haram untuk membayar hutang , dan terlepas dari belenggu kebimbangan dan keresahan. Mungkin ini juga di antara sebab-sebab yang syarak  menganjurkan agar tempoh hutang itu di lanjutkan agar memberi peluang kepada orang miskin bagi melangsaikan hutangnya, dan kalau boleh , di hapus kirakan hutang tersebut.

Firman Allah   سبحانه وتعالى dalam سورة البقرة  ayat   280  :
  
Yang bermaksud : Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).

Sabda Rasulullah  صلى الله عليه وسلم :
قال صلى الله عليه وسلم : من أنظ معسرا ، أو وضع له ، أظله الله يوم القيامة تحت ظل عرشه ، يوم لا ظل إلا ظله.
Yang bermaksud : Barang siap yang melanjutkan tempoh bayar hutang kepada yang masih lagi dalam kesempitan, atau ia hapus kira hutangnya, Allah S.W.T akan memberi perlindungan bayangan ‘arash pada hari kiamat kelak, hari yang tidak ada perlindungan teduh melainkan teduhan arash.

   5-     Persekitaran yang seseorang itu hidup di dalamnya.

Kemungkinan juga berlaku perkara ini di sebabkan persekitaran yang seseorang itu hidup di dalamnya, persekitaran kecil seperti rumah atau besar seperti  masyarakat ,seseorang yang hidup dalam suasana persekitaran rumah yang terlibat dengan makan haram tidak peduli dan antaranya begitu yang masyarakat yang terlibat dengan “benda haram” dia akan berkesan dengan keadaan tersebut dia makan tidak rasa melugai dan tercekek sedikit pun.

   6-     Rasa amat berselera  memakan benda haram.

Barangkali juga dengan rasa lazat makan benda haram menyebabkan dia terjebak dengan benda tersebut,kerana seseorang yang telah ketagih dengan benda haram dia akan terus melakukan tanpa melihat kesan dan kemudaratannya seperti mana orang-orang jahat mereka tidak peduli apa yang masuk dalam perut mereka,yang menutup hias badan mereka  dan yang mereka belanjakan untuk anak isteri mereka,bahkan mereka cukup lazat dan gembira melakukan perkara tersebut.

  7-     Kefakiran dan kemiskinan seseorang yang fakir papa, amat memerlukan sesuatu ,kerana kefakirannya, ada juga yang berhajat secara sederhana kerana miskinnya, kedua-dua golongan ini berhajat dan memerlukan. Oleh itu mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi  keperluan mereka kadang-kadang tidak ada peluang yang halal  ketika ia akan memasuki jalan haram, dia akan  berterusan di jalan ini tidak berpatah kebelakang lagi kecuali yang mendapat inayah(عناية) dan rahmat dari Allah.

   8-     Risau/bimbang masa hadapan anak-anak.

Takut dan risau masa hadapan keluarga/anak-anak juga menjadi pendorong kepada “ makan haram” oleh kerana orang-orang yang tidak beriman kepada Allah atau pun ia beriman, tetapi  imanya lemah sentiasa bimbang dan risau masa hadapan keluarga dan anak-anaknya, mereka menyangka bahawa masa hadapan mereka terjamin  ,bergantung dengan banyaknya harta, maka mereka berusaha tanpa mengira akibat dan kesudahan, sedangkan Allah سبحانه وتعالى memberi pentunjuk jalan selamat menjamin masa hadapan ialah

firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة النساء  ayat   9  :

Yang bermaksud : Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).


Diterjemah Oleh,                                          Disediakan oleh,
Tuan Syeikh Haji Ismail Bin Kamis          Lajnah Tarbiah Dan Kapimpinan PAS Kedah
           

27 Jun  2013  -  18 Syaaban 1434

No comments:

Post a Comment