My Blog List

My Blog List

album lajnah tarbiah

Wednesday, 5 March 2014

19.PENYAKIT YANG KE-34 AL-KHAUF (KETAKUTAN)


            Penyakit ketiga puluh empat yang menjadi cabaran bagi sebahagian besar kaum muslimin dalam memainkan peranan dan tugas mereka sebagai pemimpin dunia dan membawa mereka ke dalam berbagai akibat dan kesan buruk yang membahayakan, bukan hanya bagi kehidupan kaum muslimin semata, tetapi juga bagi kehidupan umat manusia seluruhnya adalah “ketakutan”.
            Agar orang yang diuji dengan penyakit ini boleh membebaskan diri dan orang yang diselamatkan Allah mampu mencegahnya, hendaknya memahami penyakit ini dari segi berbagai aspeknya.
DEFINISI AL-KHAUF
Secara bahasa al-khauf memiliki beberapa erti :
1-         Ketakutan . Seperti kita mengatakan , Khafa min kadza, bererti “takut kepada             sesuatu”. Akhafahul amra, bererti “perekara itu membuatnya takut”.
2-         Menunggu-nunggu terjadinya sesuatu yang dibenci atau hilangnya sesuatu yang      dicintai. Seperti kita mengatakan , khafa khaufan wa makhafatan wa khifatan,   bererti  “ia menunggu-nunggu terjadinya sesuatu yang dibenci atau    hilangnya       sesuatu yang dicintai”.
            Tidak ada pertentangan antara kedua erti tersebut, kerana menunggu-nunggu terjadinya sesuatu yang dibenci atau hilangnya sesuatu yang dicintai seringkali menimbulkan ketakutan           dan kegelisahan.
            Dari segi istilah,  terdapat perbezaan takrif dikalangan ulama dalam mendefinisikan Al-Khauf meskipun memiliki  persamaan dari segi subtansinya. Berikut ini adalah petikan beberapa definisi mereka:
1-         Abu Hamid Al-Ghazali (wafat tahun 505 h), “Al-Khauf adalah ketersiksaan      hati dan kegelisahannya disebabkan menunggu-nunggu       sesuatu yang dibenci            dimasa depan”.
2-         Abul Qasim Al-Junaid mengatakan , “Al-Khauf adalah menunggu-nunggu         hukuman atas setiap desahan nafas , yakni apabila dipergunakan bukan untuk          mengigat Allah سبحانه وتعالى”.
3-         Sebahagian ulama berkata , “Al-Khauf adalah keresahan  dalam jiwa yang timbul      kerana menunggu-nunggu datangnya sesuatu  yang dibenci atau hilangnya    sesuatu yang diinginkan”.
4-         Al-Kafawi berkata, “Al-Khauf adalah kesedihan dan kegelisahan yang mendatang      kerana menunggu-nunggu sesuatu yang dibenci. Sedangkan Al-Huznu adalah             kesedihan yang datang kerana hilangnya sesuatu yang bermanfaat atau terjadinya sesuatu yang membahayakan”.
            Barangkali definisi yang lebih tepat dan boleh diterima adalah definisi dari Al-Ghazali dan Al-Kafawi, kerana keduanya sesuai dengan Kitab Allah dalam berbagai ayat, diantaranya adalah Firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة البقرة  ayat 277 :  
Yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Imam Al-Baidhawi dalam kitab Anwarut Tanzil berkata, “Ketakutan atas sesuatu yang akan terjadi dan kesedihan atas sesuatu yang sedang terjadi”.

3-         Hubungan diantara , al-khauf, al-khasyyah, ar-rahbah, al-wajal, dan al-haibah 
            Ibnul Qayyim berpendapat bahawa kata-kata ini saling berdekatan  dari segi erti, akan tetapi masing-masing kata bukanlah seerti untuk yang lainnya. Beliau menjelaskan perbezaan itu dengan mengatakan , “Al-Khasyyah lebih spesifik daripada Al-Khauf , kerana khasyyah hanya milik orang-orang yang memiliki ilmu tentang Allah sebagaimana 

Firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة فاطر  ayat 28”
Yang bermaksud : Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

            Oleh itu , khasyyah adalah ketakutan yang diiringi dengan pengetahuan. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: “Sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut di antara kamu kepada Allah dan paling besar khasyyah-Nya diantara kamu kepada-Nya”.
            Al-khauf  adalah gerakan, manakala al-khasyyah adalah kelapangan dada, kesempitan, dan ketenangannya. Contoh: Seorang yang melihat musuh atau banjir, maka ia memiliki dua keadaan.

Pertama , gerakan untuk lari dari bahaya tersebut, dan inilah kondisi khauf. Kedua, ketenteramannya untuk berdiamdiri di sebuah tempat yang tidak  terjangkau oleh bahaya tersebut, dan inilah khasyyah.

            Ar-rahbah adalah keinginan kuat untuk pergi dari sesuatu yang dibenci, yang menjadi lawan bagi perkataan itu ialah Ar-Raghbah yang bererti pemergian hati dalam mencari sesuatu yang diinginkan.

            Al-wajal adalah kegusaran hati kerana mendengar atau melihat seseorang yang ditakuti, baik kerana kekuasaan ataupun hukumannya.

            Al-Haibah adalah ketakutan yang diiringi dengan pengagungan dan penghormatan, serta seringkali pula diiringi dengan kecintaan dan pengetahuan. Sedang Al-Ijlal adalah pengagungan yang diiringi dengan kecintaan.

            Jadi , Al-Khauf digunakan untuk kaum mukminin secara umum, Al-Khasyyah untuk para ulamak yang bijak, Al-Haibah untuk orang-orang yang dicintai, sedangkan Al-Ijlal untuk orang-orang yang memiliki  hubungan rapat.

            Kadar dari Al-Khauf dan Al-Khasyyah ini sangat ditentukan oleh kadar ilmu dan pengetahuan yang dimiliki seseorang.

TANDA-TANDA AL-KHAUF DAN SIKAP ISLAM TERHADAPNYA

Tanda –tanda al-khauf banyak sekali, baik kepada Pencipta ataupun kepada sesama makhluk.

1-        Tanda – tanda khauf kepada Sang Pencipta di antaranya :
      1-Tidak melanggar hal-hal yang diharamkan Allah سبحانه وتعالى, terutama di saat sendirian dan jauh    dari orang lain.
      2- Bersegera bertaubat secara tulus ketika terlanjur melakukan perbuatan                    dosa.
      3-Bersegera melaksanakan  hukum Allah سبحانه وتعالى, walaupun sangat berat dan sulit.
      4-Melaksanakan kewajipan amar ma’ruf dan nahi munkar sebanyak mungkin.
    5-Tetap konsisten dengan sistem Allah سبحانه وتعالىsampai akhir hayatnya dan gejala- gejala yang  lainnya.

2-        Tanda-tanda Al-Khauf kepada sesama makhluk diantaranya :
1-    Mentaati makhluk dalam melakukan kemaksiatan-kemaksiatan kepada Sang Khaliq,bahkan sampai pada batas berusaha mati-matian untuk melakukan kemaksiatan tersebut     demi mencari redha sang makhluk meskipun mendatangkan kehinaan dan celaan baginya.
            2-         Enggan melaksanakan kewajipan jihad, amar makruf dan nahi munkar.
            3- Suka mencari-cari kesalahan kaum muslimin dan menyingkap aib mereka tanpa                           alasan yang dibenarkan.
        4- Meninggalkan kerjasama dengan para pejuang yang membela agama Allah  سبحانه وتعالى.
5-Menghasut para aktivis yang membela agama Allah pada musuh-musuh         mereka, kerana adanya arahan, perasaan malas, atau perasaan cinta      kepada musuh-musuh ini.
SIKAP ISLAM TERHADAP AL-KHAUF
            Sebagaimana diketahui bahawa al-khauf ada kalanya ditujukan kepada Sang Pencipta dan ada kalanya kepada sesama makhluk . Oleh kerana itu, sikap Islam terhadapnya juga berbeza.
            Al-Khauf kepada Sang Pencipta akan mampu mencegah seseotang dari hal-hal yang diharamkan Allah سبحانه وتعالى, mendorongnya untuk mentaati-Nya, bertaubat secara tulus ketika terlanjur bermaksiat, melaksanakan hukum Allah walaupun berlawanan dengan keinginan hawa nafsunya. Begitu juga mendorongnya untuk menunaikan kewajipan jihad, amar makruf dan nahi munkar, serta sentiasa konsisten dengan sistem Allah سبحانه وتعالى hingga akhir hayatnya. Inilah bentuk Al-Khauf yang baik dan terpuji, yang Islam telah menyerunya, baik secara jelas maupun tersirat, baik secara langsung ataupun  tidak.

Firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة آل عمران   ayat  175
Yang bermaksud : Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman.

Firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة النحل   ayat  51

Yang bermaksud : Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.

Firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة المائدة    ayat 3  

Yang bermaksud : Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu

Firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة الرحمن    ayat   46

Yang bermaksud : Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga.


Firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة النازعات    ayat   40-41

Yang bermaksud : 40- Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu. 41-Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.


Firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة الإنسان    ayat   10

Yang bermaksud : "Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut".

            Aisyah , Ummi Mukminin  Isteri Nabi صلى الله عليه وسلم berkata, “aku bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengenai ayat ini : Orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut , apakah mereka ini adalah orang- orang yang meminum arak dan mencuri ?” baginda صلى الله عليه وسلم menjawab, “Tidak, wahai putri Ash-Shiddiq, mereka adalah orang-orang yang berpuasa, menunaikan shalat , dan bersedekah, akan tetapi mereka merasa takut semua tidak diterima oleh Allah dari diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang bersegera menuju kebaikan”.

            Sedangkan al-khauf  yang mendorong seseorang berputus asa dari rahmat Allah سبحانه وتعالى , enggan menunaikan kewajipan , dan mensia-siakan misi hidupnya di muka bumi, maka itu adalah al-khauf  yang buruk dan tercela.


Firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة يوسف    ayat   87
Yang bermaksud : dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".


Firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة الحجر   ayat 56
   
Yang bermaksud : Nabi Ibrahim berkata: "Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat".

            Sedangkan al-khauf kepada sesama makhluk yang boleh membuatnya enggan menunaikan kewajipan atau melanggar hal-hal yang haram tanpa adanya pemaksaan dan  keadaan darurat, itulah al-khauf yang buruk dan tercela.

Firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة الأحزاب   ayat  37

Yang bermaksud : dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya)


Firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة الأحزاب   ayat  39
Yang bermaksud : (Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah. Dan cukuplah Allah menjadi Penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka).

  
Disediakan oleh,
Lajnah Tarbiah Dan Pengkaderan PAS Kedah
27 Februari   2014  -  27 Rabiul Akhir 1435

Pej : 04-748 1125                                              H/Phone/ WhatsApp/Telegram                  : 019-551 5985
Email :  tarbiahkedah@gmail.com                                Blog : tarbiahpaskedah.blogspot.com


No comments:

Post a Comment