Ust Idris
Haji Ahmad
7Jun
2012
Di
antara sifat ajaran Islam ialah wasatiah. Iaitu sifat yang sederhana
dengan mengikut garis panduan Rasulullah SAW . Wasatiah yang tidak
menurut manhaj Rasulullah SAW ia ditolak dan tidak diterima. Wasatiah ialah
tidak melampau dan tidak kurang. Contohnya solat subuh dua rakaat inilah
wasatiah, jika buat kurang atau lebih ini bukan wasatiah. Aurat diperintahkan
untuk ditutup, jika mendedahkan aurat dan tidak memakai pakaian mengikut cara sebenar
maka ini bukan wasatiah.
Lawan
kepada wasatiah ialah melampau. Islam marah kepada orang yang melampau dalam
tindakan, ia merbahaya kepada individu dan jamaah, kerana tidakannya
tidak banyak menguntungkan kepada jamaah.
Sikap
melampau ialah seorang yang cuba melakukan sesuatu yang lebih daripada
keupayaannya dan melampaui batasan dan tidak dapat menerima sikap
sederhana. Seolah-olah di dalam Islam tidak ada rukhsah langsung. Selalunya
individu begini menghadapi masalah jiwa dan kepercayaan. Ia anggap tindakan
beliau betul walaupun menyalahi arahan jamaah. Kebiasaan individu begini tidak
tahan lama di dalam perjuangan. Almarhum Ustaz Fathi Yakan mengatakan bahawa,
Orang seperti ini adalah sama seperti orang yang ingin hendak merentas padang
pasir yang luas dengan seberapa cepat yang boleh. Akibatnya ialah kenderaannya
musnah dan tidak sampai ke tempat yang dituju.
Seperti
Sabda Rasulullah SAW
“Sesungguhnya
orang yang terputus bekalan tidak dapat sampai ke tempat yang dituju dan tidak
dapat bertahan di atas tunggangan”
Nabi
mengulang sebanyak tiga kali di dalam sabdanya
“Celakalah
orang yang melampau”.
Sabda
Rasulullah SAW bermaksud
“Jauhilah
kamu dari bersikap keras dan melampau dalam agama. Sesungguhnya orang-orang
yang terdahulu dari kamu menjadi binasa kerana mereka keras dan melampau dalam
agama”
Islam
tidak benarkan membuat sesuatu perkara di luar kemampuan kerana jiwa manusia
adalah lemah. Ada ketika jiwa itu boleh memikul sesuatu perkara yang
diazamkan. Tetapi di ketika yang lain dia tidak dapat memikulnya. Ini adalah
fitrah manusia yang mempunyai sifat pasang surut. Manusia tidak
boleh melakukan kerja sekali gus.
Keupayaan
seorang untuk memikul bebanan dan tanggungjawab adalah berbeza. Ada orang yang
terdaya memikul kewajipan yang tidak tertanggung oleh orang lain. Maka ketika
kita berada di dalam jamaah maka wajib kita meraikan kelemahan sahabat yang
lain.
Oleh
itu syariat memperuntukan hukum azimah (kemestian) dan hukum rukhsah
(keringanan) yang menjadi pelengkap manhaj Islam.
Rasulullah
menegaskan perkara tersebut di dalam hadisnya
“Sesungguhnya
Allah suka kamu mengerjakan rukhsah sama seperti mana dia benci kamu melakukan
maksiat” (Riwayat Baihaqi)
Oleh
itu kita yang berada di jalan dakwah wajib mengikut landasan Islam dengan menjauhi
sifat melampau dalam tindakan. Kerana kerja melampau adalah amalan syaitan dan
hasutan syaitan. Kita mesti bersifat sederhana tanpa melampau dan tanpa
mengurang.
Orang
yang melampau ia merasakan ia seorang yang betul dan melupakan di sana adanya
rukhsah. Bukanlah bererti pula terlalu menyalah gunakan rukhsah sehingga
menyalahi prinsip Islam. Islam juga melarang sekiranya kita menggunakan
ruskhsah dan mengenepikan azimah, sehingga mengabaikan
prinsip hukum semata-mata kerana hendak senang. Mereka terlalu memudahkan
daripada perkara kecil hingga ke besar. Seolah-olah tidak ada lagi hukum yang
menyuruh dan melarang. Mereka akan membiarkan syaitan menguasai diri mereka
sehingga memandang semua perkara kecil sahaja. Memang tepatlah kata penyair
“Janganlah
kamu memandang mudah perkara kecil. Sesungguhnya gunung itu terbina dari
batu-batu halus”
Kita
perlu ingat bahawa sifat Allah “Maha pengampun dan penyayang” dan
Allah juga menghukum dengan siksaan yang sangat pedih bagi hambanya yang
derhaka.
Di
sini ada beberapa peristiwa yang boleh dijadikan iktibar kepada kita bahawa
sifat pelampau membawa kebainasaan kepada individu itu sendiri.
Saya
teringat di dalam jamaah Pas satu ketika dahulu, ada beberapa individu di
dalam Pas yang melampau dan ekstrem, terkeluar daripada manhaj Pas dan arahan
pimpinan. Beberapa individu ini menentang Pas kerana bertahaluf dengan Parti
Semangat 46 pada tahun 1990 atas alasan, Parti Semangat 46 ialah lahir daripada
parti Umno yang mereka anggap kafir dan toghut. Sehingga mereka sanggup menjadi
calon Bebas untuk menetang calon Pas di Kelantan terutamanya. Apa yang
melucukan apabila Pas berpisah dengan Parti Semangat 46 maka mereka pula
bersetongkol dan mempertahankan Umno. Malahan ucapan mereka lebih teruk
lagi daripada Umno asli. Mereka memaki hamun Parti yang mereka dokong selama
ini dan menjilat balik muntah kepada parti yang mereka pernah kafirkan dahulu.
Tindakan mereka yang melampau kepada Pas merugikankan Umno, maka mereka
direhatkan daripada memegang jawatan di dalam agensi Umno.
Saya
juga teringat satu ketika dahulu satu kumpulan yang bergerak di Pusat
Pengajian Tinggi yang terpengaruh dengan satu doktrin kononnya kiamat
akan berlaku sekian tahun sehingga di kalangan pengikut mereka berhenti
kerja dan membuang televisyen kerana ini semua amalan jahiliah. Mereka membuka
perkampungan, kononnya untuk menghidupkan sunnah. Malangnya kiamat belum juga
muncul akhirnya mereka penat dan kembali mengejar dunia dan membantu Umno Bn di
negara ini. Dulunya mereka membuang televisyen kononnya ini adalah jahliah
sekarang mereka berebut-rebut untuk masuk ke dalam televisyen bagi menyokong
kebatilan di negara ini.
Ini
ialah secebis kisah yang berlaku di dalam negara kita mengenai sifat
melampau di kalangan pendakwah dan orang yang hendak beramal Islami.
No comments:
Post a Comment