Siri Tarbiyah Kawasan 6
PERTOLONGAN
ALLAH
Firman Allah yang bermaksud;
Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, sedang ia diajak kepada memeluk Islam; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad SAW) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. (As-Saf: 8-9)
MUQADDIMAH
Bagi
kaum musyrikin Mekah, perangan Badar merupakan peperangan yang tersangat
menyakitkan buat mereka. Mengapa tidak ? Tentera mereka banyak yang korban, sebahagiannya
menjadi tawanan dan yang lainnya lari berselerakan menyelamatkan diri dengan
meninggalkan harta benda yang tersangat banyak. Padahal mereka telah membuat
persiapan untuk menghadapi pertempuran ini dengan persiapan yang secukupnya.
Mereka membawa pasukan tempur dengan persenjataan dan logistiknya, jauh lebih
besar dan kuat dibandingkan pasukan kaum muslimin.
Secara
teknikel ketenteraan, mereka memang mengungguli segalanya dibanding kaum
muslimin. Akan tetapi semua itu tidak menjadi jaminan kemenangan, apalagi
kemenangan yang gilang gemilang. Sebaliknya tentera Islam yang selama ini
mereka remehkan, ternyata teramat sulit untuk dipatah dan dikalahkan.
FAKTOR
KEMENANGAN MUSLIMIN DI BADAR
Banyak
faktor yang menjadikan tentara Islam di medan Badar sukar dipatahkan, sehingga
akhirnya mereka telah beroleh kemenangan. Diantaranya :
a)
Adanya motivasi yang kuat dalam perjuangan menegakkan agama Allah.
Semangat
jihad fi sabilillah memang sulit untuk dipadamkan. Sejarah telah memperlihatkan
kepada kita betapa kesungguhan dan keikhlasan para mujahid Islam di medan Badar
dalam membela agama Allah berjuang dengan mengorbankan segalanya adalah menjadi
sebab kemenangan.
b)
Ketaatan atau kepatuhan mereka kepada kepimpinan Rasulullah SAW
Ketaatan
para sahabat terhadap Rasulullah SAW memang sukar dicari bandingannya. Ketaatan
yang dijiwai oleh keimanan yang tertancap kuat di dalam dada mereka, sulit
dipatahkan oleh hebat dan dahsyatnya pertempuran.
c)
Pertolongan Allah yang turun di saat yang sangat tepat.
Pertolongan
itu antara lain berupa turunnya hujan sebelum bermulanya peperangan. Hujan yang
turun dengan lebat di daerah padang pasir dan bukit-bukit berbatu itu, banyak
membawa keuntungan tersendiri bagi kaum muslimin. Bagi tentera Rasulullah SAW
turunnya hujan itu, bagaikan mendapat ‘tentera bantuan’ yang sangat diperlukan di daerah yang kering kontang,
sekaligus menghilangkan keragu-raguan dalam menghadapi musuh.
Maka
benarlah, ketika Allah berfirman memberitahu kemenangan pasukan yang dibawa
Rasul-Nya : "
Dan Dia ( Allah) telah menolong kamu dalam (perang) Badar,
sedangkan jumlah kamu sedikit. Karena itu bertaqwalah kepada Allah, agar kamu
berterimakasih ". (Ali Imran: 123)
UNDANG-UNDANG
KEMENANGAN
Di
dalam perjuangan, kemenangan tidak pernah datang secara tiba-tiba atau
semberono tanpa sebab yang yang mendorong berlakunya kemenangan. Kemenangan
hanya akan datang apabila berlalu undang-undangnya.
Undang-undang
1:
Kemenangan
hanya datang daripada sisi Allah SWT. Siapa yang ditolong oleh Allah mereka
tidak akan dikalahkan buat selama-lamanya, sekali apa pun perancangan yang
disusun oleh musuh timur dan barat. Namun siapa yang Allah ingin hinakan, tiada
siapa yang akan dapat membantu dan membantunya untuk memperoleh kemenangan.
Undang-undang kemenangan ini dapat kita lihat dari peristiwa tentera Thalut
yang dapat mengalahkan tentera Jalut sekalipun bilangan tenteranya sangat
sedikit dibandingkan tentera Jalut. Demikian juga Allah telah pernah membantu
tenteranya yang tidak memiliki senjata dan pengikut seperti yang berlaku kepada
Rasulullah SAW pada ketika Nabi dan Abu Bakar As-Siddiq ketika bersembunyi di Gua
Thur.
Undang-undang
2:
Allah
tidak akan menolong siapa yang tidak menolongnya. Siapa yang menolong Allah,
Allah pasti akan menolongnya, seperti firman Allah SWT;
Wahai
orang-orang yang beriman. Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan
menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (Muhammad: 7)
Yang
dimaksudkan dengan menolong Allah ialah menolong agama-Nya dan berjuang untuk
meninggikan kalimah-Nya serta berjihad untuk meletakkan syariat-Nya ditempat
yang tertinggi. Kalau kita benar-benar berjuang dan kita benar-benar beriman
kepada Allah kita pasti akan ditolong oleh Allah SWT, seperti firman-Nya;
Adalah
menjadi tanggungjawab kami menolong orang-orang yang beriman (Ar-Rum: 11)
Undang-undang
3:
Seperti
mana kemenangan tidak akan berlaku melainkan kepada orang-orang yang
benar-benar beriman, maka demikian juga kemenangan tidak akan berlaku melainkan
dengan sebab orang-orang yang beriman. Kemenangan Islam adalah hadiah untuk
orang-orang beriman, dan ia juga akan berlaku dengan sebab mereka. Merekalah
punca kemenangan Islam. Firman Allah yang bermaksud;
Dialah
(Allah) yang telah memperkuatkan engkau (Wahai Muhammad) dengan kemenangan-Nya
dan dengan sokongan orang-orang yang beriman (Al-Anfal:62)
GENERASI
KEMENANGAN
Generasi
perjuangan yang akan mewarisi kemenangan daripada Allah SWT adalah generasi
yang lahir daripada ‘sumber Islam’ yang suci dan memahami Islam dengan
kefahaman yang tepat mengenai Islam. Mereka tidak hanya Islam pada nama, tetapi
merekalah generasi yang hidup dalam praktikal Islam. Kelainan mereka daripada
orang lain, sehingga mereka dianggap asing, namun mereka hidup di tengah-tengah
masyarakat menampilkan ketinggian akhlak Islam dan peradaban kemanusian yang
sungguh tinggi. Mereka tidak pernah berduka oleh sedikitnya orang seperti mereka,
yang menyebabkan timbul kekecewaan dalam diri mereka, kemudian mengambil sikap
hidup bersendirian atau bersama kelompoknya sahaja, terasing diri daripada
masyarakat, tetapi merekalah pendakwah yang sentiasa menyeru kepada Allah dan
jalan-jalan kebenaran. Ciri-ciri generasi ini ialah;
a-Generasi
yang hidup dalam reality yang nyata
Mereka
berkerja dan berjuang di alam kenyataan. Mereka ‘tidak berenang di atas daratan
dan tidak terbang tanpa menggunakan sayap’. Mereka memiliki impian, namun
impian mereka bukan khayalan. Impian mereka adalah suatu yang tidak mustahil
dapat dicapai. Mereka memahami sunnatullah di dalam perjuangan. Mereka memahami
bahawa kejayaan di dalam perjuangan tidak dapat dicapai dalam masa yang
singkat. Bahkan perjuangan memerlukan kesabaran yang sebegitu besar sebelum
terciptanya sebuah kemenangan. Seumpama sepohon pokok yang rendang dan berbuah
dengan lebat telah melalui proses yang panjang bermula ia adalah daripada
sebiji biji benih.
b-Generasi
yang berkerja
Mereka
bukan golongan yang hanya tahu menyanyi terhadap kehebatan Islam di masa
lampau, dan tidak juga hanya menyanyikan lagu-lagu bahawa Islam tetap akan
menang pada masa akan datang, tapi mereka meyakini bahawa kemenangan itu akan tercapai setelah mana
berlaku usaha dan kerja yang tidak sedikit demi untuk menikmati harga sebuah kemenangan.
Mereka meyakini bahawa kerja untuk mendaulatkan Islam adalah suatu kewajipan
yang balasan pahalanya tetap ada di sisi Allah. Kerja mereka di medan jihad
tidak pernah berhenti. Mereka tidak pernah terleka terhadap tugas-tugas jihad
walau hanya untuk sesaat sahaja. Pertempuran mereka dengan musuh berterusan,
samada musuh zahir ataupun musuh bathin. Mereka tidak pernah ‘membuang senjata’
dan tidak pernah ‘berhenti berehat’ oleh letihnya perjuangan.
c-Generasi
yang bersifat Rabbani
Generasi
yang bersifat Rabbani adalah generasi yang mereka hidup di atas muka dunia,
tetapi dengan memiliki hati sebagai orang-orang akhirat. Mereka hidup di atas
mukabumi, namun hati mereka menjangkau ke alam tinggi. Merekalah tujuh golongan yang bakal bernaung di bawah
arash Allah SWT pada hari yang tidak ada naungan melainkan arash Allah SWT di
akhirat nanti. Hati mereka sentiasa bergantung kepada Allah, sementara lidah
mereka tidak pernah kering daripada menyebut nama Allah. Mereka sentiasa sebuk
mentaati Allah, jikalau mereka mencintai seseorang adalah kerana Allah,
demikian juga membenci pun juga kerana Allah. Yang paling nenonjol sifat mereka
ialah ‘mukhlisin’, mereka penuh sedar bahawa mereka diciptakan hanya untuk
menjadi hamba kepada Allah. Mereka sedar bahawa apabila hidup di atas muka
dunia sudah tersasar daripada matlamat ubudiyyah kepada Allah, mereka tidak
akan mencapai kemuliaan dan ketinggian hidup di atas muka dunia.
TAZKIRAH
KEMENANGAN
Adalah
perlu menjadi peringatan kita, pertolongan Allah itu tidak hanya berlaku sebelum
terjadinya peperangan, namun juga setelah peperangan berakhir. Iaitu ketika
kaum musyrikin hendak menuntut balas atas kekalahan mereka. Dalam kitab
"Ar-Rahiqul Makhtum" susunan As-Syeikh Shafiyyur Rahman Al-Mubarakfury
diungkapkan dengan jelas perancangan mereka untuk membunuh Nabi SAW, namun
telah digagalkan dengan pertolongan daripada Allah SWT.
Ada
dua orang tokoh musyrikin Mekah. Umair bin Wahab dan Sofwan bin Umayyah, keduanya
masing-masing diliputi dendam yang membara terhadap Nabi Muhammad SAW. Dendam keduanya
bukan sekadar kerana pasukan mereka kalah besar di medan pertempuran, tetapi
juga keduanya kehilangan anggota keluarganya yang terkasih. Umair kehilangan
anak kesayangannya, Wahab bin Umair, yang ditawan kaum muslimin. Dan Sofwan
kehilangan ayahnya dan anaknya yang mati terbunuh. Keduanya bertemu di Hijr,
saling menghibur diri dan bersepakat untuk membunuh Nabi.
Kata
Sofwan kepada sahabatnya, sesudah kekalahan di Badar, pasti akan datang
kemenangan. Umair menyambutnya " engkau benar. Demi Allah, kalau tidak
karena aku masih ada hutang yang harus aku lunasi dan kalau tidak karena
keluarga yang kutakutkan akan musnah setelah kematianku, niscaya pada saat ini
aku menunggang unta, akan ku temui Muhammad dan akan aku bunuh dia. Apalagi
sekarang anakku menjadi tawanannya.". Sofwan menyahut :" Jika itu
tekadmu, aku akan menanggung seluruh hutang-hutangmu. Aku akan melunasinya.
Keluargamu adalah keluargaku juga. Tidak usah dibimbangkan, aku akan menjaganya
selama mana mereka masih hidup. Aku tidak keberatan sama sekali melindungi
mereka "." Kalau begitu, rahasiakan kesepakatankita ini" , balas
Umari. " Akan kulakukan" jawa Sofwan mantap.
Umair
lalu meminta pedangnya, dan mengasahnya hingga tajam, kemudian segera berangkat
ke Madinah. Ketika Umair tiba di Madinah, ia bertemua Umar Ibnul Khattab yang
sedang berada bersama para sahabat yang lain di Masjid. Melihat kedatangan
Umair, Umar seperti mendapat menelah perkara yang buruk. Ia segera menemui Nabi
seraya berkata : " Wahai Nabi Allah, di luar Umair musuh Allah datang
menghunuskan pedangnya" Nabi menjawab : " Suruh dia masuk".
Sebelum Umar menyuruh Umair masuk, ia meminta kepada beberapa orang Anshar
untuk masuk lebih dulu, duduk di sekitar Nabi, menjaga berbagai kemungkinan
buruk yang akan dilakukan Umair kepada Baginda SAW. Setelah Umair masuk ke ruangan
Nabi SAW, Umar langsung saja memegang tali pedang Umair di lehernya. Melihat
tindakan Umar, Nabi menenangkan: " Biarkan saja, wahai Umar". Umair
lalu mendekat ke Nabi sambil berkata: " Selamat pagi buat kalian
semua" Nabi membalas: " Allah telah memuliakan kami dengan ucapan
selamat yang jauh lebih baik dari ucapan selamatmu, wahai Umair. Itulah ucapan
selamat para penghuni surga".
Nabi
lalu bertanya: " Apa maksud kedatanganmu wahai Umair ?". Umar
menjawab:" Aku datang untuk urusan tawanan yang berada di tangan kalian.
Berbuat baiklah terhadap para tawanan itu". "Lalu untuk apa pedang di
lehermu itu? " tanya Nabi. " Semoga Allah memburukkan pedang-pedang
yang ada. Apakah pedang-pedang ini masih berguna bagi kami? " jawab Umair.
" Jujurlah padaku. Apa maksud kedanganmu ?" tanya Nabi. " Hanya
untuk itu tujuan kedanganku" Jawab Umair.
Nabi
kemudian bersabda, membukakan persekongkolan jahat mereka: "Bukankah kamu
pernah duduk-duduk bersama Sofwan bin Umayyah di Hijr, lalu kalian berdua
menyebut-nyebut orang-orang Quraisy yang di masukkan ke dalam lubang, kemudian
kamu berkata : " Kalau tidak karena aku masih punya hutang yang harus kulunasi,
dan kalau tidak karena keluarga yang ku takutkan akan musnah serelah
kematianku, niscaya pada saat ini aku akan menunggang unta, akan kutemui
Muhammad dan ku bunuh dia? " Bukankah Sofwan hendak menanggung
hutang-hutangmu dan keluargamu agar kamu dapat membunuhku ? Demi Allah,
mustahil kamu dapat melaksanakannya.
Mendengar
sabda Nabi SAW, Umair terkejut dan berkata: " Aku bersaksi bahwa engkau
memang Rasul Allah. Wahai Rasulullah, dulu kami selalu mendustakan apa yang
engkau sampaikan kepada kami, berupa pengkhabaran dari langit dan wahyu yang
turun kepada engkau. Padahal tidak ada yang tahu masalah ini kecuali aku dan
Sofwan. Demi Allah, kini aku benar-benar tahu bahwa apa yang datang kepada
engkau adalah dari Allah. Segala puji bagi Allah yang telah menunjukki aku
kepada Islam dan menuntunku ke jalan ini".
Umair
lalu mengucapkan dua kalimat syahadat, memeluk Islam dan menjadi salah seorang
sahabat Nabi yang setia. Bahkan dialah yang banyak membawa orang-orang di Mekah
memeluk Islam.
Inilah
salah satu contoh satu bentuk pertolongan Allah yang diberikan kepada para
hamba-Nya yang bersungguh membela agama-Nya. Orang-orang musryikin dan kafirin sentiasa
melakukan konspirasi untuk menghancurkan Islam, umatnya dan gerakannya, namun
Allah tetap melindunginya. Benarlah firman Allah seperti ayat di atas;
“Mereka sentiasa berusaha hendak
memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap
menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang
demikian)”.
PENUTUP
Generasi kemenangan sekalipun sebegitu keras dan
tegas dengan perinsip perjuangan, tetapi mereka adalah golongan yang mudah
untuk dibawa berbincang. Mereka tahu mana suatu yang sifatnya usul dan mana
suatu yang sifatnya furu’. Mereka dalam permasalahan usul adalah seperti besi,
tetapi dalam permasalahan furu’ mereka adalah selembut sutera.
Generasi kemenangan, sekalipun mereka sentiasa
berada di medan, tetapi mereka tidak pernah leka untuk sentiasa ‘kembali kepada
Allah’. Mereka sentiasa mengawas diri daripada maksiat seperti mereka sentiasa
mengawas diri daripada musuh Allah dan musuh mereka. Mereka lebih takut kepada
maksiat hati lebih dari takut mereka kepada maksiat zahir. Perasaan takabbur,
merasa taajjub terhadap diri sendiri, riya’, serta bersangka jahat kepada orang
lain adalah di antara maksiat hati yang teramat mereka takuti, justeru mereka
tahu bahawa dengan tumbuhnya perasaan-perasan itu, jauhlah mereka daripada
Allah, dan segala kerja jihad mereka di dunia ini bakal menjadi debu yang berterbangan
di akhirat nanti.
Semoga kitalah generasi kemenangan yang dibicarakan
di dalam kertas ini, insya-Allah.
No comments:
Post a Comment