My Blog List

My Blog List

album lajnah tarbiah

Sunday 1 July 2012

TEKS USRAH BULAN JUN 2012FIQH DAULAH DAN AHLUL ZIMMAH (BHG. 1)


MUQADDIMAH

Maksudnya:

Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persaru bagi kaum yang mahu mengetahui. Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia, dan mereka pula mencela agam kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janji-Nya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat). (At-Taubah : 11-12)

            Orang-orang kafir musyrik yang telah mengisytiharkan permusuhan terhadap Islam, kesudahan dan keadaan mereka setelah itu ialah sama ada :
Pertama- Bertaubat dan insaf dari kekufuran, perbuatan membatalkan perjanjian dan penentangan mereka terhadap Islam. Realiti ini berlaku ini berlaku dengan mereka menerima Islam sebagai anutan. Apabila mereka telah beriman dengan Allah SWT, mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat, maka bertukarlah mereka dari reality mereka sebagai musuh kepada hakikat mereka saudara kepada golongan muslimin.
Kedua- Diperangi selepas mereka membatalkan perjanjian yang telah dimetrai. Di dalam ayat di atas , disebut ‘ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir’ adalah kerana merekalah yang menjadi tonggak kepada kekufuran, dan merekalah yang telah menggalakkan para pengikutnya untuk melakukan kebatilan.

TAKRIF NEGARA ISLAM

           Kebanyakkan pengkaji yang menulis tentang topik sekitar Negara Islam sama ada sedar atau tidak sedar, pengishtilahan Negara Islam sebenarnya tidak diberikan secara langsung oleh fuqaha’ terdahulu. Kebanyakan daripada mereka hanya menyebut cirri-ciri yang wajar wujud untuk sesebuah negara untukdikenali sebagai Negara Islam sahaja. Bagaimanapun cirri-ciri yang dikemukakan itu mirip menyerupai takrif/definisi.Sehingga menyebabkan cirri-ciri yang disebutkan oleh fuqaha’ mazhab itu telah disalah anggap sebagai takrif/definisi oleh pengkaji terkemudian.

           Sememangnya tidak dinafikan terhadap perselisihan di dalam perbahasan mengenai ciri-ciri Negara Islam. Ada dikalangan fuqaha’yang menyebut bahawa sesebuah Negara dikenali sebagai Negara Islam dengan menggunakan sandaran kepada kekuasaan pendudukan umat Islam,perlaksanaan hukum, keamanan berpihak kepada muslimin dan sebagainya. Di dalam kesempatan yang ada ini kita dapat memetik beberapa pendapat fuqaha’ terdahulu mengenai Negara Islam bagi menjelaskan terdapatnya khilaf yang dinyatakan.

Al-Imam Abu Yusuf berkata: “Negara yang dikira Negara Islam dengan terlaksananya hukum Islam di dalamnya walaupun kebanyakan penduduknya adalah di kalangan orang-orang kafir. Dan dikira sesebuah Negara itu ‘kufr’ kerana berjalanya hukum kafir padanya walaupun kebanyakan penduduknya adalah dikalangan orang-orang Islam”

Al-Imam Az-Zarkashi menyebut : “ Negara Islam adalah apa yang dinamkan pada suatu kawasan yang dikuasai oleh umat Islam, dan umat Islam berada dalam keamanan”

Berkata Al-Imam Ar-Rafi’e : “Tidak disyaratkan Negara Islam itu padanya umat-umat Islam,berpada dengan pengusaan berpihak kepada kepimpinan yang Islam”

Berkata Ibnu Muflih Al-Hambali, “sesuatu Negara yang dikuasai hukum Islam, maka Negara tersebut adalah Negara Islam, dan jikalau dikuasai hukum kafir, maka Negara tersebut adalah Negara ‘kufr’”

Berkata Ibnu Hazm Az-Zhohiri, “Sesuatu Negara boleh dinisbahkan kepada pengaruh,penguasa dan orang yang merajai Negara tersebut.”
Walau bagaimanapun Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah menukilkan bahawa jumhur fuqaha’ sepakat berpendapat: Negara Islam didefinisikan sebagai : “Sebuah kawasan (Negara)yang didiami dan dikuasai oleh umat Islam dan terlaksan padanya hukum-hukum Islam. Maka Negara yang tidak menjalankan hukum Islam tidak dinamakan Negara Islam.”

KESIMPULAN: Dapat difahami melalui takrif yang dikemukakan oleh Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah bahawa sesebuah Negara Islam dikenali kerana padanya terdapat dua asas utama yang disebut sebagai “tertegak pemerintahan umat Islam dan terlaksa hukum-hukum Islam.”Oleh itu Negara yang tidak didiami oleh umat Islam sekalipun sekiranya terlaksana hukum-hukum Islam dan dikuasai umat Islam juga boleh dinamakan Negara Islam.

PERBAHASAN ULAMA’ MUASARAH(KONTEMPORARI)

            Antara Ulama’ dan Cendiakawan Muasarah yang terlibat mendefinisikan Negara Islam adalah seperti Al-Mujaddid Al-Maududi, Syeikh Abu Zahrah, Al-Ustaz Sayyid Qutub, Syeikh Abdul Qadir Audah, Al-Marhum Sheikh Abdul Wahab Khalaf, Dr Wahbah Az-Zuhaili, Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi, Dr. Abdul Karim Zaidan dan Dr. Muhammad Khair Haikal di dalam tesis PHDnya yang berjudul Al-Jihad Wal Qital Fi As-Siyasah As-Syar’iyyah.

Kesimpulan : Takrif-takrig yang dikemukakan oleh para Ulama’ Muasarah tidak jauh bezanya dengan cirri-ciri Negara yang disebut oleh para Ulama’ silam terdahulu. Ini kerana sebahagian mereka cenderung dengan apa yang dikemukakan oleh ulama’ terdahulu sebagai ciri-ciri negar Islam untuk dijadikan takrif sesebuah Negara Islam.
Melihat kepada beberapa takrif yang dikemukakan oleh Ulama’ Muasarah tersebut bolehlah dibuat beberapa kesimpulan antaranya:

i.                    Negara Islam didefinisikan sebuah Negara yang terlaksana padanya hukum-hukum Islam.
ii.         Ditadbir oleh Imam atau pemerintah Islam.
iii.        Keselamatan dan keamanan berpihak kepada umat Islam.
Perkara (i) dan (ii) yang dinyatakan adalah titik pertemuan di antara pentakrifan yang dikemukakan Ulama’ Muasarah dengan pencirian yang diberikan oleh ulama’ terdahulu sedang perkara (iii) adalah titik perselisihan di mana sebahagian menyebut dan sebahagian yang lain tidak menyebut.

MUAMALAH ISLAMIYAH BERSAMA AHLUL ZIMMAH, MU’AHAD  DAN HARB

Hukum bermuamalah dengan orang kafir :

1.  Boleh melakukan urusan perdagangan dan sewa menyewa selama alat tukar, keuntungan dan barangnya dibolehkan oleh syariat Islam.
2.  Wakaf mereka selama itu pada hal-hal di mana wakaf terhadap kaum muslimin dibolehkan.
3.  Muslim lelaki boleh menikahi wanita ahli kitab(yahudi mahupun nasrani).
4.  Pinjam meminjam walaupun dengan menggadaikan barang.
5.  Orang kafir bpleh berdagang di negeri muslim asal dibolehkan secara syar’i dan 10% keuntungan harus diserahkan untuk kepentingan umum kaum muslimin.
6.  Jizyah bagi ahli kitab yang dapat perlindungan keamanan kaum muslimin.
7.  Jika tidak sanggup bayar jizyah maka dibebaskan, jika miskin maka dibiayai dari Baitul Mal kaum muslimin.
8.  Haram membolehkan mereka membangun rumah ibadah dalam Negara Islam, gereja yang sudah dibangunkan tidak boleh dihancurkan, tetapi bagu yang sudah runtuh tidak boleh dibangunkan kembali.
9.  Hukum yang berlaku kepada mereka harus dihapuskan jika dalam agama meraka membolehkan.
10.Jika perbuatan itu haram dalam agama mereka lalu mereka melakukanya maka harus dihukum.
11. Orang Zimmi dan Mu’ahad tidak boleh diganggu selama mereka komitmen dengan perjanjian.
12. Hukum Qisas atas nyawa dan juga berlaku bagi mereka.
13. Perjanjian damai dengan mereka atas permintaan mereka atau kita, selama mana itu mashlahat umum bagi kaum muslimin dan pemimpin kaum muslimin sendiri cenderung kearah itu. Namun perjanjian damai itu bersifat sementara dan tidak mutlak.
14. Darah , harta , dan kehormatan kaum Zimma dan Mu’ahad dalah haram.
15. Ahlul Harb (harus diperang) ,tidak boleh memerangi mereka sebelum diberi peringatan dan mereka boleh dijadikan hamba, baik lelaki atau wanita selama belum ada perjanjian damai.
16. Orang kafir yang terlibat (pendapat , pererncanaan diri) dalam memerangi kaum muslimin seperti anak-anak, wanita, rahib dalam rumah ibadahnya, orang tua, orang sakit, dan seumpamanya tidak boleh diganggu dan diperang.
17. Orang yang berlari menghindari perang, dengan mereka tidak boleh dibekali dan apa yang ditanggalkan menjadi rampasan perang.
18.Pemimpim kaum muslimin yang menyatakan sah dan benarnya kepemilikan (tanah)mereka. Namun mereka harus membayar pajak,tanah itu dinyatakan tanah pajak. Jia tidak mahu membayar pajak, harus diserahkan kepada kaum muslimin untuk dibangunkan di atasnya. Ini jika negeri mereka dibebaskan dengan perang,kerana statusnya adalah harta rampasan perang.

PENUTUP
Golongan kafir zimmi yang bernaung di bawah Negara Islam, apabila mereka menghina dan mencerca Islam , ia bererti mereka telah membatalkan penjanjian yang telah mereka metrai.Lalu peperangan pun di isytiharkan ke atas mereka. Dari situ jelas bahawa peperangan di dalam Islam tidak ada tujuan keduniaan atau untuk menunjukkan keangkuhan dan kehebatan, jauh sekali bertujuan untuk membalas dendam, tetapi ia adalah bertujuan untuk memastikan laluan tetap terbuka untuk dakwah Islam itu tetap diterima umat manusia.
Sehubungan dengan itu, lahirnya kafir zimmi adalah setelah tertegaknya daulah atau Negara Islam. Hukum Islam membahagikan bukan Islam kepada beberapa kategori, bergantung pada hubungan mereka dengan negeri Islam. Kristian dan Yahudi dan lainnya yang hidup di bawah pemerintahan Islam dikenali sebagai zimmi (orang yang dilindungi). Menurut pakatan ini, keselamatan peribadi dan keselamatan harta awam zimmi telah dijamin dengan pulangan membayar ufti (jizyah) kepada Negara Islam dan mengakui ketuanan Muslim. Secara sejarah, zimmi menikmati ukuran autonomi di bawah ketua keagamaan mereka, tetapi disubjekkan kepada batasan pengesahan,social dan keagamaan yang bertujuan untuk menekankan kelemahan mereka. Oleh kerana lahirnya kumpulan kafir yang diistilahkan dengan zimmi in berkait rapat dengan Negara Islam, memahami tentang Negara Islam adalah suatu keperluan yang tidak dapat disangkal lagi keperluanya.

11.Sambungan : MENGUBATI PENYAKIT "PUTUS ASA" DAN MENCEGAH DARIPADANYA.

4)         Sentiasa merenung dan mengamati secara khusus sirah dan sunnah nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم       
            

          Kerana terdapat dalam sirah dan sunnah nabi kita صلى الله عليه وسلم perkara yang dapat menanamkan rasa yakin dan percaya dalam diri, serta memupuk dan menggilap cita-cita dan harapan dalam dada.
            Ibnu Saiyidinnas “ابن سيد الناس” berkata : Kami meriwayatkan daripada Othman Bin Talhah (طلحة) daripada jalan Ibnu Saad katanya : Kami membuka pintu Kaabah di zaman Jahiliyyah pada hari Isnin dan Khamis, maka pada suatu hari datang Rasulullah صلى الله عليه
 وسلم bersama orang ramai untuk masuk Kaabah, maka aku mengasari serta mencaci celanya, sedang baginda berlemah-lembut dengan aku, lalu baginda berkata : “Wahai Othman, nanti kamu akan lihat pada satu hari nanti anak kunci itu berada ditangan aku, aku akan simpan dimana sahaja aku suka” maka aku (Othman) berkata “Masa itu Quraish sudahpun binasa  dan hina, baginda berkata “Bahkan Quraish pada masa itu masih kekal dan mulia” dan baginda terus masuk ke dalam Kaabah,maka kata-kata baginda itu terpahat di benakku hingga aku menyangka bahawa perkara ini akan menjadi kenyataan ”, tiba hari pembukaan Kota Makkah Rasulullah صلى الله عليه وسلم  berkata kepadanya : “Wahai Othman bawakan kepada aku kunci Kaabah”maka aku pun memberi kepada baginda, lantas baginda mengambilnya, kemudian baginda menyerah semula kunci itu kepada aku,sambil berkata : Ambillah kunci ini,peganglah buat selama-lamanya, tiada siapa pun yang dapat merampas daripada kamu kecuali orang yang zalim. Wahai Othman, Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى   telah meletakkan amanah ke atas kamu bagi menjaga rumahnya, maka makanlah dengan cara yang baik (makruf) apa sahaja hasil dari rumah ini.
            Kata Othman : Apabila aku dilantik , baginda memanggil aku , aku datang kepada baginda, baginda bersabda : “Bukankah semua ini aku telah katakana dahulu ?
Kata Othman : Maka aku teringat kata-kata baginda kepada aku sebelum berhijrah ,kamu akan lihat suatu hari nanti anak kunci ini akan berada ditanganku, aku akan letaknya dimana sahaja aku suka”. Aku berkata : Aku naik saksi sesungguhnya benarlah engkau “Rasulullah”.
            Daripada Abdullah Bin Omar رضي الله عنهما : Bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم  telah datang pada hari “Pembukaan Makkah” melalui tanah tinggi Makkah dengan tunggangannya diiringi Usamah Bin Zaid berserta Bilal juga Othman Bin Talhah (طلحة ) daripada penjaga Kaabah sehinggalah masuk ke dalam masjid, maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم  pun masuk dan bersama-sama baginda Usamah Bin Zaid,Bilal dan Othman Bin Talhah, maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم  berada didalamnya sehari suntuk, kemudian baginda keluar, orang ramai pun turut keluar, maka Abdullah Bin Omar adalah orang yang mula-mula masuk, maka beliau mendapati Bilal sedang berdiri di belakang pintu, lantas Abdullah bertanya kepadanya : Tempat mana yang Rasulullah صلى الله عليه وسلم  sembahyang tadi ?, Bilal menunjukkan tempat yang disembahyang oleh baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم  . Kata Abdullah : Cuma aku lupa untuk bertanya kepadanya “Banyak mana sujud yang baginda lakukan”.
            Dalam Mursal Azzuhri : Bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم  berkata kepada Othman pada hari pembukaan Makkah : “Bawa kemari kunci Kaabah ”, Othman sengaja melambat-lambatkan sedangkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم  menunggunya, sehingga menitis peluh , Baginda berkata  : Apakah yang menyebabkan ia lambat datang ? – seorang lelaki bergegas untuk melihatnya, rupa-rupanya anak kunci itu berada ditangan seorang perempuan iaitu “Ummu Othman” namanya “Sulafah Binti Said” Sulafah berkata : Jika sekiranya dia (Nabi Muhammad) mengambil anak kunci ini daripada kamu dia tidak mengembalikan kepada kamu buat selama-lamanya, anak kunci masih ditangannya , akhirnya anak kunci itu diserahkan . Nabi صلى الله عليه وسلم  mengambil anak kunci lalu membuka pintu Kaabah dan masuk ke dalamnya, kemudian baginda keluar dan duduk berhampiran  السِّقَايَة  (bahagian beri minum) lalu Ali berkata : Sesungguhnya kita sudah mendapat “kenabian” “pengawalan air” dan “memegang kunci Kaabah” tidak ada satu kaumpun yang mendapat habuan lebih daripada kita”. Kata-kata ini tidak menyenangkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم  lalu baginda memanggil Othman Bin Talhah dan menyerah semula anak kunci itu kepadanya.
            Di dalam peristiwa Hijrah daripada Makkah ke Al-Madinah Al-Munawwarah Rasulullah صلى الله عليه وسلم  bersama Abu Bakar As-Siddiq berada dalam gua Thur (ثور ) selama tiga malam , orang musyrikin dapat menjejak kesan mereka hingga ke gua Thur , Abu Bakar As-Siddiq dapat melihat tapak (kaki-kaki mereka) lalu berkata : Wahai Rasulullah kalau sekiranya mereka tunduk (bongkok ) sedikit kepala mereka nescaya mereka akan nampak kami, Nabi berkata kepadanya : Diam wahai Abu Bakar, kita berdua, Allah bersama dengan kita”
            Berdasarkan kepada keyakinan yang benar dan penyerahan diri yang sempurna

Al-Quran merakamkan dalam surah  سورة التوبة  ayat 40

إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا
Yang bermaksud : Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita".
            Kemenangan (النصر) ini terdapat dalam firman Allah (سورة التوبة ayat 40)
فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَىٰ ۗ وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Yang bermaksud : Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
            Dan terdapat disana banyak lagi rupa bentuk contoh keyakinan penuh terhadap janji Allah serta percaya dengan pertolongannya dalam keadaan yang cukup mencabar dalam detik gelap dan cemas , dengan keyakinan dan kebergantungan kepada  dapat mematahkan perasaan “Putus asa ” dan menggantikan tempatnya dengan yakin dan percaya kepada Allah bahawa Allah سبحانه وتعالى tidak membiarkan hambanya yang benar-benar beriman.
5) -       Membuat kaji selidik yang betul terhadap perjalanan sejarah Islam kita.
            
         Umat Islam telah melalui zaman getir , diselubungi mihnah dan penderitaan disegenap penjuru, ini dapat dirasai oleh individu dan jamaah, namun ia tetap berjuang dan berjihad akhirnya mereka dapat melepasi mihnah dan penderitaan ini bagaikan emas yang telah disadur.
            Bayangkan Baitul Maqdis berada dibawah cengkaman “As-Salibiyyin” (الصليبيين) selama 91 tahun, kemudian dibebaskan oleh orang-orang Islam daripada cengkaman mereka dikepalai oleh Zinki dan Salahuddin Al-Ayubi di “حطين” pada tahun (ه 591) .
            Pada tahun ه  656 , Tatar memasuki Bagdad,lalu menaklukinya, mereka membunuh khalifah Al-Abbasi dengan mudah mereka memancong kepala penduduknya, mereka kuatkuasakan perintah berkurung selama 40 hari hingga berlaku pencemaran udara menyebabkan kematian berlipat kali ganda daripada bilangan yang dibunuh oleh Tatar , kemudian mereka jadikan “Pesaka orang Islam yang berbentuk pemikiran dan ilmiah”(yakni – buku-buku dan kitab-kitab) sebagai jambatan untuk menyeberangi “Dajlah ke Furat seterusnya ke Negara Syam,dengan bantuan Yahudi,Nasara dan Ar-Rafidah mereka rakus mengganas di Syam dan ke Mesir untuk menaklukinya, sedangkan pada masa itu pemerintah Syam dan Mesir bermusuhan , tetapi dengan serangan Tatar segala perselisihan dan permusuhan ini dapat diketepikan, mereka menyeru atas nama “Islam” ketika itu bangun Ahlul Magrib terdiri daripada ulamak dan pelajar datang ke timur bagi membantu saudara mereka untuk mengalahkan dua bala tentera ini, Allah سبحانه وتعالى mengalahkan Tatar , lalu mereka memeluk Islam, dan merekalah  yang membawa Islam balik ke Negara mereka dan menyebarkannya dan mereka mempertahankan Islam lebih daripada lima kurun , sikap yang diambil oleh orang – orang Islam bagi menghadapi “As-Salibiyyin” kemudian selepas itu “Tatar ” sikap inilah yang dapat mengikis rasa “Putus asa ” dalam hidup mereka , mereka hiaskan diri mereka dengan penuh keyakinan terhadap janji Allah سبحانه وتعالى untuk menolong orang Islam , dan menghancurkan mereka yang menetang Allah dan Rasulnya, dan banyak lagi peristiwa-peristiwa seperti ini , ambillah pengajaran.
            Begitulah dengan kaji selidik yang betul terhadap sejarah Islam kita dapat membersihkan diri kita daripada dicemari “Perasaan putus asa ”bahkan dapat mengawal daripada terjebak dengannya .

6) -       Melihat secara yang betul terhadap realiti ummah terkini.
            

           Sesungguhnya ummah dizaman kini walaupun dalam peperangan disemua peringkat , politik,ekonomi, kemasyarakatan , pemikiran , sains , akhlak , ketenteraan dan kesihatan dan lain-lain lagi dibawah slogan (mengeringkan mata air) “تجفيف المنابع” namun demikian penampilan muda mudi untuk beriltizam dengan Islam secara yang betul amat ketara , dengan mengambil pendekatan yang bermacam rupa, ini merupakan berita gembira yang boleh menolak perasaan “Putus asa ” dan menanam keyakinan terhadap Allah سبحانه وتعالى dalam diri, mempunyai cita-cita dan harapan tinggi.
            Dalam bidang kebudayaan  dan sains misalnya , terdapat ramai yang tampil mempelajari Bahasa Arab dan cabang-cabang ilmu yang berhubung dengannya, ini cukup penting , kerana ianya merupakan anak kunci kepada Fiqhul Kitab Wassunnah  (فقه الكتاب والسنة) dan sebagai jalan masuk ke sejarah Islam, yang ekoran itu akan membawa kepada perpaduan ummah Islamiah .
            Disana terdapat mereka yang cukup prihatin dalam kefahaman agama , aqidah , ibadah dan akhlak , ianya berperanan bagi mengawal tindak tanduk muslim dari satu sudut , dan menunjuk jalan bagi menghindari tipu daya syaitan dan melepas diri dari terjebak dengan tipu daya syaitan dari satu sudut yang lain.
            Dalam bidang perubatan , kejuruteraan , bidang falak dan kaji bumi , pertanian dan seumpamanya lahir saintis –saintis , pakar-pakar dalam bidang tersebut yang menggerakkan sains dan pengeluaran di Eropah, Timur dan Barat juga  di Amerika dan perbendaharaan ummah yang cukup bernilai , dapat diguna dan dimanfaatkan di saat-saat penting dan suasana yang munasabah , mereka juga dapat menolak segala tuduhan dan cemuhan yang digembar gemburkan oleh musuh terhadap Islam dari semasa ke semasa , kesemuanya dapat membendung muda mudi daripada terperangkap dan terpengaruh dengan tuduhan tersebut.
            Juga terdapat penulisan buku-buku Islam yang menerangkan kesyumulan Islam , kesederhanaannya , mudah , realiti , serta fleksibel (مرونة) disamping dihidupkan semula (المخطوطات) dalam semua cabang ilmu yang sebelumnya hampir lusuh dan mati.
            Dalam bidang akhlak pula,
            Mereka beriltizam dengan Islam , ketara dalam  menjaga makan minum yang halal di restoran-restoran , pakaian , tempat tinggal , mereka menutup aurat , tempat tinggal disusun dirancang  mengikut cara Islam.
            Terdapat suara tinggi yang meminta melaksanakan hukum Islam , walaupun dari kalangan mereka yang memisahkan politik dengan agama, kebanyakan mereka telah menjalankan tugas amar ma’ruf nahi munkar dengan mengikut syarat dan adab tata tertibnya. Muda mudi yang bersemangat menjalankan tugas ini dengan kekuatan , paksaan dan menumpahkan darah telah lenyap dan mereka kembali sedar melaksanakan hukum Islam dengan kaedah لا ضَرَرَ ولا ضِرَار
            Dalam bidang kemasyarakatan,
            Bidang kebajikan meluas , dalam kerja kebaikan dan ma’ruf untuk meringankan beban penderitaan mereka yang tidak bernasib baik , rumah zakat dan cabang-cabangnya didirikan, tabung – tabung khairat terdapat diseluruh benua, kerja-kerja untuk menjalinkan hubungan kerjasama bantu  membantu  untuk melaksanakan tujuan bersama sepertimana kita lihat  seketariat muktamar Islam dan lain-lain.
            Dalam bidang ekonomi (iktisad),
            Mengumpul kemampuan dan sumber-sumber ekonomi dalam dunia Arab dan Islam untuk diproses dan dimanfaatkan berjalan dengan baik dan sempurna.
            Setengah Negara Arab dan Islam menggubal sistem politik dan ekonomi bagi melaksanakan kerjasama ekonomi , pertukaran dalam perindustrian dan pertanian mengikut  negara masing-masing , membenteras monopoli , pertukaran kepakaran dan kemahiran  dikalangan negara-negara ini.
            Menggunakan teknologi moden dapat membantu pertumbuhan ekonomi dengan perbelanjaan yang sedikit dan masa yang singkat. Wujud bank-bank memberi pinjaman modal mengikut kewangan Islam , membenteras muamalat haram “ربا” yang dilarang Islam .
            Dalam bidang politik dan pentadbiran ,
            Kajian –kajian dibuat berlangsungkan muktamar-muktamar yang membicarakan bentuk pemerintahan Islam dalam bentuk “Syura” , “pilihanraya”, “berbilangan parti”, calon wanita dan sebagainya.
            Setengah Negara Arab dan Islam telahpun melangkah kehadapan memerintah secara Islam walaupun terdapat banyak kekurangan , namun kekurangan akan hilang dengan cara kita meneruskan usaha dengan penuh sabar.
           
Bidang keluarga dan pendidikan anak-anak,

            Usaha mengambil berat tentang tujuan perkahwinan , merupakan cara yang cukup berjaya bagi mendidik anak-anak yang mana  mereka merupakan bibit-bibit utama dalam membentuk masyarakat dengan mengedarkan risalah-risalah kecil “mendidik anak-anak ”  bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi mengikut kaca mata Islam , mengambil tahu tentang hal ehwal wanita dengan memberi kefahaman bahawa Islam meletakkan wanita itu ditempat yang tinggi , belum pernah berlaku sebelum Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم diutuskan , mereka diberi hak disamping kewajiban yang dipertanggungkan , selain daripada masalah “القوامة الرجال قوامون على النساء  , lelaki diberi tanggungjawab menjaga maslahat keluarga secara umum dan wanita secara khusus. Firman Allah  dalam surah سورة البقرة  ayat 228

وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ
Yang bermaksud :  Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya)
والله أعلم



Diterjemah Oleh,
Tuan Syeikh Haji Ismail Bin Kamis


Disediakan oleh,
Lajnah Tarbiah Dan Kapimpinan PAS Kedah
20/6/2012  -  30 Rejab 1433