PENYAKIT YANG KE TIGA PULUH DUA
PUTUS ASA
Penyakit
yang ke tiga puluh dua ini sering menimpa
umat Islam samada dalam bentuk individu atau kumpulan,pemerintah atau
rakyat jelata ialah penyakit “putus asa”
Bagi mengubati mereka yang telah
terjebak dengannya atau bagi menjaga dan mengawal mereka yang belum
terjebak,maka tidak dapat tidak hendaklah dilaksanakan beberapa kewajipan yang
dapat disimpulkan dalam beberapa baris yang berikut :
Pertama :
Takrif اليأس “putus
asa” dari sudut bahasa dan istilah.
A) Putus asa dari sudut bahasa :
اليأس dari sudut bahasa ia
membawa kepada beberapa makna dan
pengertian,diantaranya:
1- Putus harapan (إنقطاع الرجاء)
daripada sesuatu,dan tidak berusaha lagi untuk mencapainya.seperti dikata : يئس من الشئ ia putus asa daripada
sesuatu,maka dia dikatakan يائس : putus cita-cita dan
harapan daripada sesuatu dan tidak ingin lagi berusaha kea rah itu فهو يائس .
Juga membawa arti : يئست المرأة : yakni عقمت
(mandol) wanita itu mandol.
2- Hina,tertekan dan rendah diri,lembut
dan kerdil.
Senarnya tidak ada pertentangan antara dua makna dan
pengertian ini,kerana seseorang yang putus harapan daripada sesuatu dan tidak
ingin untuk mendapatkannya lagi akan
membawa kepada rasa hina,tertekan,rendah diri dan kerdil.
B) اليأس dari sudut istilah : ialah putus harapan untuk
keluar (melepas diri) daripada kepompong keadaan dan suasana yang dialami umat
sekarang,samada individu,kumpulan,pemerintah dan rakyat jelata sehingga membawa
kepada kehinaan,tertekan,rendah diri dan menyerah kalah.
A) القنوط لغة
1- Tersangat
berputus asa daripada sesuatu,dikatakan قنط يقنط فهو قانط : sangat-sangat berputus asa (amat kritikal) seperti mana firman
Allah سبحانه وتعالى
didalam surah ( 28- الشورى)
Yang
bermaksud: Dan Dia lah yang menurunkan hujan setelah mereka
berputus asa, dan Ia pula menyebarkan rahmatNya merata-rata. Dan (ingatlah) Dia
lah pengawal (yang melimpahkan ihsanNya), lagi Yang Maha Terpuji.
2- القنوط هو اليأس نفسه : sama erti dengan اليأس seperti firman
Allah: سبحانه وتعالى (الزمر 53 )
Yang
bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai
hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan
perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,
kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua
Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
B) القنوط إصطلاحا
Putus asa yang bersangatan (kritikal)
untuk keluar dari suasana dan keadaan sekarang yang dialami oleh ummah,samada
individu,jamaah(kumpulan),pemerintah dan rakyat jelata,sehingga membawa kepada
kehinaan,tekanan dan penindasan lemah dan kerdil,rendah diri dan menyerah
kalah.
Kedua :
Diantara fenomena yang menunjukan “putus asa” dan bagaimana
sikap Islam
terhadap penyakit ini.
Disana terdapat banyak fenomena yang
menunjukkan “putus asa” , Cuma kami sebutkan sebahagian daripadanya:
1- Membersihkan
diri daripada beriltizam dengan Islam dengan alasan beriltizam dengan Islam
mengundang bencana dan celaka,dan memberi
peluang kepada musuh untuk memerangi kita,sekali atas nama “pengganas”
sekali pula atas nama “pelampau” kali yang lain pula atas nama “usuli”
begitulah seterusnya.
2- Berhenti
daripada الأصولي berdakwah kejalan Allah dan tarbiah atas
alasan kita berdakwah dan mentarbiah orang lain dengan agama Allah dan kerana
agama Allah dengan tujuan menghantar mereka ke tempat tahanan dan penjara
pemerintah yang zalim,yang menjadi beban dan bala bagi umat ini, atau dengan
lain alasan,iaitu : segala kejayaan yang kita capai dalam menentang mereka
sejak beberapa tahun dimusnahkan begitu mudah oleh media massa, sekolah-sekolah
maktab-maktab pengajian tinggi yang membawa aliran yang bercanggah dengan akidah
ummah.
3- Tidak
percaya dengan apa sahaja yang berunsur Islam samada dalam bidang
ekonomi,pendidikan,kesihatan,penerangan,politik, kemasyarakatan dan apa jua
bidang dan lapangan bahkan mereka mempersenda dan menghina.
4- Mengganggu
dan melemahkan semangat mereka yang beriltizam dengan Islam,pendakwah-pendakwah
Islam kata mereka: Sesungguhnya apa yang
kamu lakukan hanya untuk menghabiskan usia kamu dalam penderitaan ujian dan
mihnah kesemuanya menimpa kamu, anak buah kamu dan ahli keluarga kamu, bahkan
menimpa ummah seluruhnya.
5- Memberi
kepercayaan penuh terhadap musuh-musuh
ummah bagi setiap yang mereka katakana terhadap kita,terutama sekali dalam
bidang memburuk-burukan sejarah kita,perjalanan kita mengikut landasan Islam,mereka dindangkan perkara-perkara
tersebut serta menyebarkannya,bahkan mereka sebarkan dikalangan kami dengan apa
jua cara yang mungkin yang menunjukan tanda-tanda putus asa.
6- Memberi kepercayaan mutlak terhadap musuh ummah yang
mendakwa mereka Berjaya dalam semua perkara,mereka menguasai dunia,mampu mengintip dan mengekuri
kita walaupun kita berada dalam kamar
tidur dan dapat memusnahkan kita kalau mereka mahu.
Islam mengharamkan “putus asa” , melarang agar tidak terjebak
dan terjerut dengan tali-tali dan sesawangnya
,apatah lagi hendak menyeru agar “berputus asa”. Allah berfirman atas lisan
(lidah ) Nabi Yaakub عليه السلام yang menggesa
anak-anaknya agar keluar menjelajah mencari
Nabi Yusuf عليه السلام dan adiknya Bunyamin
dengan tidak sedikitpun berputus asa dan hampa,bahkan mengharapkan kepada Allah
tanpa putus asa, kerana berputus asa adalah akhlak orang kafir,
firman Allah سبحانه
وتعالى dalam Surah
Yusuf ayat 87
Yang bermaksud : Wahai
anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya
(Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan
Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu
melainkan kaum yang kafir".
Kata Al-Imam Al-Alusi رحمه الله (ولا
تيأس من روح الله)
Yang bermaksud : Jangan kamu berputus asa daripada kelapangan dan kesenangan
yang akan diberikan oleh Allah.
Sesungguhnya tidak berputus asa
daripada kelapangan dan kesenangan yang diberi oleh Allah kecuali orang-orang
kafir.
Kerana orang-orang kafir tidak mengenal Allah,dan
sifat-sifatnya,maka orang yang mengenal Allah tidak akan berputus asa dalam apa
jua keadaan pun,atau mengukuhkan apa yang mereka mengetahuinya dari perkara
tersebut.
Allah سبحانه وتعالى menyatakan lebih dari
satu ayat bahawa “putus asa” itu adalah merupakan akhlak orang kafir,di
antaranya firman Allah dalam
Surah Al-A’nkabut ayat 23 :
Yang bermaksud : Dan
orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan pertemuan
denganNya, mereka tetaplah akan menjadi orang-orang yang putus asa dari
rahmatKu; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Lagi firman Allah dalam Surah
Al-Mumtahanah ayat 13
Yang bermaksud: Wahai
orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum
yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan
akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur.
Dalam menghuraikan pengertian اليأس dalam ayat-ayat diatas,kata Ibnu Jarir Attbari : Ahli ta’wil
berselisih pendapat dalam menta’wilkan firman Allah
قَدۡ
يَٮِٕسُواْ مِنَ ٱلۡأَخِرَةِ كَمَا يَٮِٕسَ ٱلۡكُفَّارُ مِنۡ أَصۡحَـٰبِ
ٱلۡقُبُورِ
Setengah daripada mereka
berkata: Pengertian putus asa dalam ayat ini ialah : Kaum Yahudi yang
dimurkai Allah “berputus asa” daripada mendapat pahala Allah diakhirat
kelak,selepas mereka dibangkitkan seperti mana orang kafir yang hidup sekarang ini “berputus asa”
mengharapkan orang-orang mati dikalangan mereka supaya hidup kembali dan pulang
kepada mereka.
Kata setengah yang lain : Makna
ayat tersebut bahawa : Orang-orang kafir “berputus asa” bahawa diakhirat kelak
mereka tidak mendapat rahmat Allah,Allah tidak mengampunkan mereka,sepertimana
orang-orang kafir daripada penghuni kubur “berputus asa” daripad mendapat rahmat Allah dan pengmpunannya
di akhirat kelak,kerana mereka telah yakin bahawa azab Allah menunggu mereka
disana.
Firman Allah dalam Surah Hud ayat 9 :
Yang bermaksud : Dan
demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami
kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat
berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.
Firman
Allah lagi dalam Surah Al-Isra’ ayat 83:
Yang
bermaksud : Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada
manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia
merasai kesusahan, jadilah ia berputus asa.
Dan
firmanya lagi dalam Surah Fushilat ayat 49 :
Yang
bermaksud : Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan
kalau ia ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang yang sangat berputus asa,
lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah).
“الإنسان” dalam ketiga-tiga ayat yang akhir ini ialah
“orang kafir” atau orang yang menyembah Allah secara lahir sahaja,apabila
mendapat kebaikan ia senang dan tenang,tetapi apabila ditimpa keburukkan ia
melenting, ia rugi dunia dan rugi akhirat.
Allah
berfirman dalam Surah Al-Hijr ayat 56:
Yang bermaksud: Nabi
Ibrahim berkata: "Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat
Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat".
Dan
firman Allah lagi dalam Surah Ar-Rum ayat 36:
Yang
bermaksud : Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu
rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka
ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka
sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.
Allah سبحانه وتعالى menyeru secara terus terang akan manusia membebaskan diri
daripada “putus asa” dengan
berfirman dalam
Surah
Az-Zumar :
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu
yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan
perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,
kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
diterjemah oleh,
Tuan Sheikh Ismail Bin Khamis.
Tuan Sheikh Ismail Bin Khamis.
No comments:
Post a Comment