My Blog List

album lajnah tarbiah

Wednesday, 17 October 2012

Contoh Kertas Kerja Tamrin


Lampiran 1                                             LAJNAH TARBIAH


KERTAS KERJA
TAMRIN ASAS AHLI PAS
ARTI ISLAM SE-MALAYSIA


PENGENALAN:
Kertaskerja ini mengandungi panduan pengendalian Tamrin Asas Ahli PAS. Ia disediakan oleh Lajnah Tarbiah PAS Pusat sebagai panduan dan rujukan kepada PAS kawasan yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Tamrin Asas Ahli PAS. Ia juga sebagai rujukan dalam menentukan piawai perlaksanaan Tamrin Asas.

OBJEKTIF TAMRIN ASAS:
1.       Memberikan gambaran Islam dan perjuangan Islam kepada ahli yang menyertai PAS.
2.       Menanamkan rasa tanggungjawab sebagai seorang ahli PAS.
3.       Mengenali PAS sebagai sebuah gerakan Islam dan gerakan politik.

PESERTA:
Ahli-ahli PAS (terutamanya yang baru menyertai PAS)

KONSEP PELAKSANAAN:
1.       PAS Kawasan bertindak sebagai sebagai pelaksana yang menentukan tarikh, menguruskan soal kos dan logistik, jemputan penceramah, penyediaan makanan, salinan kertas kerja dan seumpamanya.
2.       Lajnah Tarbiah PAS Negeri memastikan penganjuran mengikut jadual yang ditetapkan dan pemantauan perlaksanaan termasuk memastikan penceramah yang dijemput adalah terdiri dari mereka yang sesuai.
3.       Kaedah dan panduan umum termasuklah kertas kerja dasar, modul bengkel disediakan oleh Lajnah Tarbiah PAS Pusat. 
4.       Laporan pelaksanaan perlu diserahkan kepada Lajnah Tarbiah PAS Negeri untuk dilaporkan pula kepada Lajnah Tarbiah PAS Pusat.

PENGISIAN:
1.       Pembentangan kertas kerja dasar (KKD)
2.       Bengkel (Latihan Dalam Kumpulan)
3.       Kuliah Maghrib
4.       Taaruf
5.       Solat berjamaah
6.       Riadah
7.       Qiamullail

TAJUK-TAJUK KERTAS KERJA DASAR:
1.       Tasawur Islam
2.       Aqidah dan Perjuangan
3.       PAS sebagai sebuah gerakan Islam
4.       Memahami Perlembagaan PAS
5.       Tugas dan Akhlak Ahli PAS

PEMBENTANG/PENCERAMAH:
1.       Pimpinan PAS Pusat dan Negeri
2.       Penceramah yang dibenarkan oleh Lajnah Tarbiah PAS Pusat dan Lajnah Tarbiah PAS Negeri.

MASA PELAKSANAAN:
Sekali setiap tahun. Untuk kali ini perlu dilaksanakan sebelum Mac 2013.

YURAN DAN BAJET:
Terpulang kepada kawasan

CONTOH ATURCARA PROGRAM:

Hari Sabtu

8:30   -   9:00 pagi              Pendaftaran
9:00  -    9:30 pagi              Taklimat Program
9:30  -    10:00 pagi            Taaruf
10:00 -   10:30 pagi            Minum pagi
10:30 – 11:30 pagi             KKD1:Tasawur Islam
11:30 – 12:30 th KKD2: Aqidah dan Perjuangan
12:30 – 2:15 ptg Makan/ Solat
2:15 -     3:15 ptg                LDK1
3:15 -     4:30 ptg                KKD3: PAS Sebagai Gerakan Islam dan Politik
4:30 -     5:30 ptg                Solat Asar
5:30 –    6:30 ptg                Riadah
6:30 -     7:30 mlm              Khidmat Diri
7:30 -     8:30 mlm              Kuliah Maghrib: Ciri-ciri Orang Beriman
8:30 -     9:15 mlm              Makan Malam
9:15 -     10:15 mlm           LDK2
10:15 – 11:00 mlm            Halaqah Al-Quran




Hari Ahad:

4:30 -     5:30 pagi              Qiamullail
7:00 -     8:00 pagi              Riadah
9:00 – 10:00 pagi               KKD4: Memahami Perlembagaan PAS
10:00 -   10:30 pagi            Minum pagi
10:30 – 11:30 tghr             KKD5: Tugas dan Akhlak ahli PAS
11:30 – 12:30 th LDK3
12:30 – 2:15 ptg Makan/ Solat
2:15 -     3:15 ptg                LDK4
3:15 – 3:45 ptg                   Majlis Penutup dan penyampaian sijil

No comments:

Post a Comment