Kelima: MENGUBATI
PENYAKIT LAGHA DAN MENCEGAH DARIPADANYA
Bagi mengubati penyakit “lagha” dan mencegah
daripadanya dapatlah dilaksanakan dengan
mengikut langkah-langkah berikut ;
1)Benar-benar memahami garis pemisah di antara “lagha” dan
lainya.
Telah lalu, antaranya sebab-sebab
berlakunya “lagha” ialah disebabkan setengah-setengah manusia menyangka bahawa
“ lagha” itu adalah harus(mubah) mengikut pandangan syarak,berdasarkan hadith
…………………..(mengagihkan masa) sebahagian adalah untuk lagha, berlaku begini
disebabkan salah faham tentang maksud hadith,sekiranya mereka faham tentang
garis pemisah antara “ lagha” dan lainya .
Olleh itu ,sebagai permulaan bagi
membersih diri daripada penyakit lagha atau mencegah daripada terperangkap
dengan penyakit lagha ialah dengan cara memahami maksud “ lagha” dengan
kefahaman yang betul bagi membezakan
antara lagha dan lainya agar seseorang itu tidak terjebak dengan perkara yang
dilarang dan ditegah itu sedang ia menyangka bahawa lainya diharus oleh syarak.
2) Sentiasa menghayati kitab Allah,sunnah dan sirah
nabawiyyah.
Dengan menghayati
kitab Allah(Al-Quran),sunnah dan sirah nabi S.A.W akan membuahkan beberapa perkara, antaranya:
a)
Dapat mengenal Allah S.W.T ,dan kesempurnaanyan, kerana ini
dapat memupuk sikap “muraqabatullah” dalam diri dan jiwanya maka ia akan merasa
malu untuk melakukan perkara “lagha” kerana Allah melihatnya.
b)
Yakin bahawa setiap makhluk tetap kembali kepada Allah, lalu dihisab dan dihitung segala yang
dilakukan di dunia lalu dibalas setimpal dengan apa yang diusahakan dengan
demikian ia takut melakukan perkara “lagha” jika sekiranya berlaku juga, dia
segera bertaubat dan kembali kepada Allah S.W.T.
c)
Seseorang itu dapat
mengetahui tugas dan perananya diatas muka bumi ini, dan mengikut jalan yang
lurus dalam melaksanakan tugas dan perananya, tugas dan perananya adalah
mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.
d)
Mengetahui balasan dan
ganjaran mereka yang menjaga dan mengawasi
diri daripada melakukan “lagha”.
e)
Mengetahui tentang sesuatu yang dapat meringankan
tekanan jiwa dengan menceburi hiburan yang menghayati kitab Allah, sunnah dan
sirah nabawyyah.
3) Hidup dalam persekitaran yang bersih daripada lagha.
Persekitaran
yang bersih daripada lagha, samada persekitaran yang dekat seperti rumah, atau
persekitaran yang jauh(luas) seperti kawan-kawan dan masyarakat
seluruhnya,persekitaran yang bersih ini dapat membantu seseorang melepaskan
daripada perangkap lagha, bahkan dapat menjaga dan mengawalnya daripada awal
lagi daripada terjebak denganya, sehingga dikatakan : “Manusia itu adalah
anak persekitaranya,sekira mana baik
persekitaranya baiklah ia,buruk persekitaranya buruklah dia”.
4) Masyarakat mestilah melaksanakan kewajipanya terhadap
orang-orang yang terkenal dengan “lagha”.
Dikalangan
mukmin sesama mukmin terdapat ikatan “walak” yang bertonggakan “TAKAFUL”
takaful yang berunsur maddi(kebendaan) atau
maknawi (kerohanian) firman Allah S.W.T (Surah At taubah Ayat 71)…….
Bermaksud:
Termasuk juga dalam pengertian “takaful” iaitu membantah
terhadap orang-orang yang melakukan perkara-perkara “lagha” dengan syarat menggunakan
pendekatan-pendekatan yang sesuai dan munasabah, bertitik tolak daripada sabda
Rasulullah S.A.W :……… maksudnya : sesiapa
daripada kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia mengubahkan
kemungkaran itu dengan tanganya,maka jika sekiranya ia tidak mampu(berbuat
demikian) maka hendaklah ia mengubahya denganlidah(percakap[an,nasihat),maka
sekiranya ia tidak mampu maka hendaklah ia mengubahnya dengan hati, maka yang
demikian itu adalah selemah-lemah iman.
5) Pemerintah mestilah membersihkan alam kehidupan ini
daripada penyakit “lagha”.
Pemerintah
mestilah sentiasa memantau mereka yang melakukan lagha dan mengubati mereka
dengan uslub dan pendekatan yang sesuai dan munasabah dan cara-cara yang
berkesan, kerana sesungguhnya Allah S.W.T memberi tugas nasihat kepada
Sultan(pemerintah) sekiranya nasihat melalui quran tidak diterima.
6) Sentiasa mengigatkan mereka tentang eloknya keadaan orang
yang meminggirkan diri daripada “lagha”,dan balasan buruk bagi mereka yang
terjebak denganya.
Perkara
ini dapat dilakukan dengan menerangkan ganjaran pahala yang akan diperolehi
mereka yang meninggalkan “lagha” dan tidak bersekongkol dengan orang-orang
lagha, juga menerangkan kedudukan yang tinggi disisi Allah S.W.T , juga
kedudukan yang baik dikalangan manusia juga menerangkan kepada mereka tentang
kelebihan mereka di dunia dan tentang akibat buruk yang akan menimpa mereka
yang melakukan “lagha” begitu juga mereka yang bersekonkol dengan mereka,serta
mereka yang suka dan merestui lagha tersebut, sesungguhnya diri insan sentiasa
lupa , maka bagi mengubati lupa ialah dengan memberi peringatan, firman Allah S.W.T: (Surah Az-Zariyat
Ayat 55) bermaksud:…….
Dan firman Allah lagi
surah Al-A’la Ayat 9) yang bermaksud:….
7) bertindak secara berperingkat terhadap nafsu bagi
melepaskan diri daripada lagha.
Oleh
kerana sesuatu tabiak yang sudah sebati dengan kita susah hendak meninggalkanya
secara sekali gus, berat dan susah untuk berbuat demikian, oleh itu cara yang
paling baik ia cuba meninggalkan secara berperingkat-peringkat,sebagai contoh yang
ditunjukan oleh Allah S.W.T tentang pengharaman arak begitu juga “riba:,
pengharamanya melalui empat peringkat
berlaku demikian kerana menyedari tentang hakikat nafsu manusia serta bertitik
tolak daripada bumi nyata tentang hakikat
nafsu manusia itu sendiri, contohnya, bagi peringkat pertama ia berusaha
untuk meninggalkan lagha yang haram,
bagi peringkat kedua cuba pula meninggalkan lagha yang makruh, ketiga melangkah
pula kearah mengurangkan lagha yang
diharuskan serta berusaha bersungguh bagi membenci lagha tersebut -tak mau
disebut-sebut lagi… begitulah seterusnya.
8) Menangani nafsu mestilah tegas dan penuh keazaman.
Sesungguhnya
nafsu itu apabila ia melihat tuanya mengambil mudah dalam semua perkara mulalah ia menguasai tuanya dengan bantuan
syaitan dari kalangan jin dan manusia,juga godaan dunia agar menuntut tuanya ke
lembah “lagha”, sebaliknya apabila ia (nafsu) melihat tuanya bertindak tegas,
dengan kehendak dan keupayaan yang tinggi, keazaman yang benar,maka ia akan
terhalang untuk melakukan lagha dan berkemungkinan besar meninggal lagha dengan cepat, seperti kata
penyair bermaksud: Nafsu bagaikan kanak-kanak, jika dibiarkan dia menyusu
sampai ke tua, jika dilahkan susu maka
dia akan berhenti menyusu.
9) Sentiasa menatap sejarah para nabi dan sirah para
solihin.
Sesungguhnya
sejarah para anbiya’ dan sirah para solihin penuh dengan cerita-cerita
yang bahawa mereka amat perihatin dalam
usaha membersihkan diri daripada “lagha”, ini boleh membantu melahirkan rasa
ingin mengikuti dan menjadi mereka sebagai contoh, atau sekurang-kurangnya
meniru mereka, benarlah firman Allah S.W.T
(Surah Yusuf Ayat-111) yang bermaksud:….
10) Rehatkan (hiburkan nafsu dengan perkara-perkara yang
harus).
Nafsu apabila diberi kepuasan dengan perkara yang
diharuskan oleh syarak, dia jadi kenyang dan rasa cukup dan memadai, yang
akhirnya dia tidak lagi melakukan perkara “lagha” yang tidak diharuskan oleh
syarak, tetapi biarlah melakukan yang harus mengikut kadarnaya, jangan
keterlaluan dan jangan pula terlalu sedikit.
11) Sentiasa bermuhasabah diri.
Muhasabah
ini biarlah dilakukan selepas setiap perlakuan,perkataan ataupun perbuatan,
lepas setiap sejam, lepas tiap-tiap kali sembahyang,tiap-tiap akhir
hari,tiap-tiap akhir minggu, penghujung setiap bulan, suku tahun, setengah
tahun, tiga suku tajun, akhir tahun, tujuanya untuk bermuhasabah dan memantau
sudut kecelaan, kerosakkan dan berusaha mengatasinya satu demi satu, agar hati
sentiasa bersih bercahaya, diri ceria
lapang dada, segala amalan dan perkerjaan mendapat keredaan Allah dan Rasulnya,
mengembirakan mukmin-mukmin yang benar.
12/2/2011
No comments:
Post a Comment