Firman
Allah سبحانه وتعالى dalam :
Yang
bermaksud : "Wahai orang yang
beriman diwajibkan atas kamu berpuasa seperti orang yang sebelum daripada kamu
diwajibkan, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa"
Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh orang beriman, lebih-lebih lagi mereka yang terlibat di dalam jamaah Islam. Kerana ia merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan daripada Allah. Bulan yang memberi peluang kepada orang beriman untuk meningkatkan kualiti Iman dan mendekatkan hubungan mereka dengan Allah سبحانه وتعالى.
Penyucian diri merupakan perkara yang perlu dan mesti menjadi satu program yang berterusan. Di dalam diri manusia sudah ada nafsu jahat dan nafsu buruk. Ini adalah fitrah yang ada di dalam diri manusia. Nafsu ini sering bertarung antara satu dengan yang lain. Ada kalanya nafsu buruk menang, dan ada kalanya nafsu baik menang.
Puasa
merupakan mekanisme yang berkesan untuk membersihkan nafsu yang kotor dengan
diganti dengan nafsu yang baik.Ramadan bulan penyucian jiwa. Jiwa yang lapar
agak mudah megingati Allah. Inilah hikmahnya Allah mewajibkan kita berpuasa
supaya
hati menjadi ingat dengan Allah.
Penyucian
ini perlu terutama kita yang menjadi ahli gerakan Islam seeperti Pas. Puasa
merupakan satu cara untuk mentarbiah diri manusia supaya menjadi hamba yang
sentiaasa tunduk dan patuh kepada Allah سبحانه وتعالى. Manusia yang berpuasa
sentiasa menjadi hamba yang patuh dan taat kepada Allah سبحانه وتعالى tanpa berbelah bagi.
Mereka sedar bahawa ibadat yang dikerjakan benar-benar kerana Allah. Tidak ada
siapa yang mengetahui perihal ibadah puasa seorang, malainkan Allah sahaja.
Ibadah lain manusia akan ketahui samaada kita laksanakan atau tidak. Contohnya
solat, orang lain akan tahu, jika seorang tidak menunaikan solat. Misalnya jika
seorang itu daripada sebelum waktu Zohor hingga Maghrib masih bermain cator,
maka sahlah dia seorang yang tidak menunaikan solat.
Tetapi berbeza dengan ibadah puasa, tidak ada manusia yang tahu, hatta isteri kita pun tidak mengetahui samaada kita berpuasa atau tidak.Di sinilah melatih diri kita sebagai ahli Pas untuk mentarbiah diri supaya mengikhlaskan diri kepada Allah dalam semua urusan. Kerana ini adalah asas kepada Gerakan Islam. Keikhlasan kunci kepada kejayaan

kepada jamaah kita.
Puasa melatih diri kita sebagai anggota jamaah Islam supaya cakna kepada fakir miskin yang kebiasaan mereka orang yang sering lapar dan dahaga. Dengan adanya kewajipan puasa maka menjadikan diri kita sebagai anggota Pas yang akan memberi perhatian yang lebih kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Orang yang miskin merupakan orang yang akan melakukan apa sahaja, sehingga merbahayakan akidah. Seperti Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم "Hampir kefakiran menjadi seorang itu menjadi kafir" Waliyazubillah.Mereka yang lemah Iman akan buat apa sahaja, asalkan perut mereka terisi, hatta
sehingga meninggal agama.
Orang yang lapar juga sering mengingati orang yang susah. Sebab itu para Nabi, mereka merupakan hamba Allah yang sering berlapar. Oleh itu para Nabi cukup prihatin terhadap orang yang susah. Baginda merupakan hamba Allah yang sering mengikat perut kerana baginda lebih mengutamakan orang susah yang datang meminta kepada baginda.
TAKLIF
untuk berpuasa pada bulan Ramadan adalah kurniaan dari Allah kepada hamba-Nya
dari dari kalangan manusia dari jin. Puasa mempunyai hikmah yang besar di sisi
Allah سبحانه وتعالى, supaya manusia dan jin bertakwa, sebagaimana
yang dijelaskan melalui Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 seperti
diatas yang diulanginya dari mimbar masjid atau kuliah- kuliah pengajian agama.
Bulan Ramadan ini menjadi bulan kita meningggalkan perkara urusan kehidupan manusia yang asalnya tidak haram malah perlu seperti makan dan minum serta melakukan
hubungan di antara suami dan isteri.
Di sinilah, kita diminta mentaati segala perintah Allah dengan meninggalkan larangannya dengan perasaan penuh keikhlasan. Tidak timbul sama sekali untuk kita melakukan ibadat puasa di bulan Ramadan ini kerana tradisi tahunan atau ingin mengelakkan diri dari diejek orang apabila tidak berpuasa. Bulan inilah diejek orang
apabila tidak berpuasa.
Bulan inilah kita menyuburi kehidupan kita dengan menyuburkan hati dan jasad kita dengan iman dan akhlak yang mulia, , bersyukur dengan limpahan kumia Allah سبحانه وتعالى, sabar dan kasihkan Allah dan Rasul-Nya serta sekalian kaum Allah dan RasulNya serta sekalian kaum mukminun.Semuanya kerana ianya adalah perintah Allah سبحانه وتعالى yang dinyatakan dalam al-Quran, serta dijelaskan menerusi sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
Marilah juga pada saat ini kita sama-sama membaca dan mengkaji hikmat

Yang bermaksud: "Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadan.
Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan)) al-Quran sebagai petunjuk untuk manusia
dan penjelasan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar
dan salah."
Jelaslah
kepada kita bahawa kita selaku hamba Allah yang sangat kecil, lemah ini, tidak
dapat tidak mestilah menjadikan al-Quran sebagai petunjuk dan rujukan dalam
semua aspek kehidupan kita sama ada mengenai makan minum, tidur bangun,
hidup-mati kita semua.
Apatah lagi dalam merungkai dan memandu kehidupan kita di zaman yang kompleks ini ketika kehidupan kita diserang kiri dan kanan oleh berbagai jenis ideologi rekaan manusia yang cuba berlagak
sebagai tuhan.
Di sinilah kita perlu kembali kepada panduan yang diturunkan oleh Allah سبحانه وتعالى dalam menyelesaikan naratif kehidupan manusia seperi kita ini.Ingatlah, sekuat mana pun kita, sekaya mana pun kita ini, kita akan kembali kepada Allah سبحانه وتعالى dalam keadaan yang lemah dan tidak ada naungan akan menyelamatkan kecuali naungan limpahan rahmat Allah سبحانه وتعالى.

Petikan
daripada artikel ,
YB
Ust Idris Bin Haji Ahmad
YB
Tuan Guru Haji Abd Hadi Bin Awang
Disediakan
oleh,
Lajnah
Tarbiah Dan Kapimpinan PAS Kedah
25
Julai 2013 - 16 Ramadhan 1434
No comments:
Post a Comment