Selamat datang (Ahlan wa sahlan wa Marhaban bikum)
 kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan para tetamu jauh dan dekat,  
serta para pemerhati yang sudi bersama kami dalam muktamar kali ini di 
Ayer Itam, Batu Pahat, Johor.
 
Muktamar
 pada kali ini juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan  ucapan 
takziah dan kebersamaan perasaan duka kepada seluruh ahli keluarga 
mangsa yang terlibat dalam tragedi pesawat hilang MH370 dan MH17 yang 
dibedil oleh pihak yang sangat tidak bertanggungjawab. Seluruh ahli dan 
kepimpinan PAS melahirkan kesedihan dan mendoakan agar seluruh ahli 
keluarga mangsa bersabar dan tabah dengan ujian ini. Kita juga mendesak 
pihak berkuasa kerajaan Malaysia supaya menggunakan seluruh tenaga yang 
ada untuk mencari kebenaran dalam tragedi negara yang sangat mengejutkan
 itu.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekelian,
Muktamar
 yang ke - 60 pada kali ini bertandang ke negeri Johor. Di sini lah pada
 awal 1920 bermulanya pengaruh Sarekat Islam apabila Haji Ibrahim Sidin 
dari Singapura menggerakkan penubuhan cawangan Sarekat Islam di Johor 
dalam keadaan masyarakat Islam menunggu lahirnya sebuah gerakan Islam 
dalam negara kita ini.
Bagi mengingatkan semua di kalangan pendukung parti ini, maka kita bermuktamar pada hari ini dengan tema Terus Beristiqamah. Kita ingin menyahut seruan Allah SWT :
وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي 
مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ 
بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ . 
(الأنعام :153).
 Dan
 sesungguhnya inilah jalan ku yang betul (istiqamah), maka jangan 
sekali-kali kamu ikut jalan-jalan yang lain, nanti kamu akan pecah 
terpelanting keluar daripada jalannya (yang sebenar), begitulah Allah 
memberi peringatannya kepada kamu, supaya kamu bertaqwa (kepadanya).
Istiqamah
 dalam perjuangan kita ini, menuntut kita memahami erti sebenar manusia 
diciptakan, menerima amanah dari Allah SWT, dan seterusnya bersama 
kumpulan Islam menerusi PAS bagi memikul amanah khilafah ini. Ianya 
menuntut kita beristiqamah kepada panduan Allah dan Rasul dalam setiap 
gerak tindakan kita.
 
 
No comments:
Post a Comment