My Blog List

My Blog List

album lajnah tarbiah

Tuesday, 4 March 2014

17.SAMBUNGAN "SEBAB-SEBAB YANG MEMBAWA KEPADA MAKAN BENDA HARAM"



9-  Cara untuk mendapat “makan haram “  mudah  rintangan dan halangan         mudah  diatasi.
            Keadaan ini dapat kita saksikan sekarang ini, riba , penipuan , rasuah dan sebagainya terdedah dimerata-rata tempat bagai mereka yang suka untuk melakukannya , sedangkan jalan untuk “ makan halal” cukup susah untuk dilakukan, sebab itulah ramai yang terus menghala kejalan “ makan haram “ kerana mudah dapat , lain pula dengan jalan “ makan halal”.

10- Beranggapan bahawa berusaha untuk mendapat “makan haram” itu adalah             satu kemahiran dan kepintaran .
            Memang terdapat dikalangan manusia ini yang menganggap bahawa usaha untuk mendapat makan haram itu adalah salah satu dari kemahiran hidup yang mesti dikuasainya, maka dengan anggapan ini mereka bermati-matian berusaha untuk mendapat “ makan haram” terutama sekali apabila mendapat galakkan dan penghargaan daripada yang berada disekelilingnya dari kumpulan ini, ini terdapat disetiap zaman dan persekitaran.

11-Ingin berlagak seperti orang kaya dan ternama .
            Kadang-kadang berlakunya “makan haram, “ ini disebabkan seseorang itu ingin berlagak macam orang-orang kaya dan ternama, untuk itu tidak ada jalan lain melainkan dengan berusaha secara haram bagi mencapai matlamatnya, inilah keadaan kebanyakkan manusia hari ini, mereka menyangka bahawa manusia itu menilai mereka dengan sebab banyak harta, hidup mewah, oleh itu, malalui jalan pintas dengan cara “ makan haram” tanpa memikirkan akibat buruk yang akan menimpanya.

12-Manusia lemah (tidak mampu) mengawas dan memantau.
            Oleh kerana manusia itu lemah (tidak mampu) mengawas dan memantau secara terperinci tentang sumber kemasukkan atau pendapatan seseorang samada halal atau haram seterusnya menjatuhkan hukuman samada hudud atau ta’zir menyebabkan orang melakukan “ makan haram” pepatah mengatakan المَالُ السَّائِبُ يُعَلِّمُ السَّرِقَةَ  
Yang bermaksud : harta benda yang tidak ada pengawasan “ penjagaan “ mengajar menusia mencuri.

            Lantaran itu, pengawasan manusia terhadap harta merupakan sebahagian daripada kebajikan dan kebaikan individu dan jamaah.
Allah  سبحانه وتعالى berfirman :  سورة التوبة ayat 71

Yang bermaksud: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan;
            Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengawas dan memantau petugas-petugas baginda setiap yang layak berhak diberi ganjaran. Dari Abi Humaid Assaidi  R.A berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم melantik seorang lelaki dari suku الأزد  dikenali namanya إِبْن الأُتْبِيَّة  (اللُّئْبِيَّة) sebagai ‘amil zakat. Maka apabila  ia datang kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم (untuk menyerah zakat) katanya , ini untuk engkau dan yang ini (dihadiah untuk aku). Berkata Rasulullah صلى الله عليه وسلم:

Yang bermaksud : Jika seseorang itu duduk dirumah bapanya atau di rumah ibunya,tunggu tengok , adakah dia diberi hadiah atau tidak ? demi yang nyawaku ditangannya , tidak ada sesiapa yang mengambil sesuatu daripada harta ini melainkan pada hari kiamat kelak ia akan menanggung di atas tengkoknya, jika sekiranya unta dengan suaranya sekali رغاء . jika lembu dengan suaranya sekali خوار dan jika kambing dengan suaranya sekali تيعر (tanggung hidup-hidup). Kemudian baginda mengangkat tangannya hingga kelihatan putih ketiaknya, lalu berkata  اللهم هل بلغتُ، اللهم هل بلغت ثلاثا

13-Tidak peduli (tak ambil kesah) halal atau haram.
            Diantara sebab-sebab berlaku makan haram , ialah disebabkan seseorang itu tidak peduli (tak ambil kesah) haram ataupun halal, kerana seseorang itu apabila segala pancainderanya menjadi bodoh dan bebal, mati perasaannya dia tidak peduli lagi haram atau halal, segala tumpuannya ialah memuas dan memenuhkan kehendak nafsunya dengan apa cara sekalipun, dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah menyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : يأتي على الناس زمان لا
 يبالى المرءُ ما أخذ : أمن الحلال أم من الحرام.
Yang bermaksud : Akan datang satu zaman kepada manusia , yang mana seseorang itu tidak peduli lagi apa yang diambil , adakah daripada benda yang halal atau daripada benda yang haram , dan banyak lagi sebab-sebab yang membawa manusia kepada “makan haram”.

KEEMPAT : KESAN-KESAN DAN AKIBAT DARIPADA MAKAN HARAM.

Terdapat akibat dan kesan yang mudharat dan merosakkan hasil dari makan haram samada terhadap “amilin” dan juga “ kerja-kerja Islam”

A)        Kesan-kesan terhadap Amilin banyak, kami sebut sebahagian daripadanya.
            1- Hati menjadi sakit (gering) seterusnya (hati mati), keadaan ini boleh                          membawa ke Neraka.

Hati menjadi sakit (gering) disebabkan terlibat dengan kejahatan dan maksiat , apabila kejahatan dan maksiat berterusan dan tidak berkesudahan, akhirnya hati menjadi mati. “makan haram” merupakan sebesar-besar maksiat dan kejahatan.
            Sebelum ini kita telah huraikan tentang “ ahwal hati” , hati menjadi sakit dengan melakukan dosa yang pertama, dan apabila ia berterusan dalam maksiat, kejahatan dan dosa, dia akan menjadi “mati” tertutup dan berkarat.
            Apabila hati sakit ataupun sudah mati, tugasnya (hati) sudah terpesong iaitu mengarahkan tanggungjawab yang dibebankan keatas “tuan hati tadi” sebaliknya “hati” mengarahkan tuannya kea rah kejahatan dan kemusnahan , maka hiduplah ia dalam maksiat dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sehinggalah ia mati, maka sudah pastilah kesudahannya api Neraka . والعياذ بالله .
            Rasulullah صلى الله عليه وسلم menarik perhatian kita kerana perkara tersebut dengan sabdanya
 : وقد لفت النبي صلى الله عليه وسلم النظر إلى ذلك بقوله : ( يا كعب بن عجرة، إنه لا
 يدخل الجنة لحم نبت من سحت، النار أولى به)
Yang bermaksud : Wahai Ka’ab Bin A’jrah : Sesungguhnya tidak boleh masuk syurga daging yang tumbuh (membesar) dengan sumber haram, maka api neraka lah yang lebih utama dengannya.
            Generasi muslimin silam amat mengambil berat tentang perkara ini mereka menegah dan mencegah terus daripada “makan haram”. Daripada ‘Aishah R.A. katanya : Saiyidina Abu Bakar Assiddiq mempunyai seorang gaji (khadam)dia pernah menjadi tukang tilik (dizaman jahiliah), Saiyidina Abu Bakar pernah makan makanannya yang dibeli hasil tilikan tersebut, suatu hari khadam bawa lagi makanan, maka Saiyidina Abu Bakar makan makanan tersebut, lalu khadam berkata kepada Saiyidina Abu Bakar R.A , tahukah apa yang engkau makan?kata Abu Bakar , apa dia? Kata khadam :  Di zaman jahiliah dulu aku jadi tukang nujum dan aku telah menujum kepada seorang lelaki, padahal sebenarnya aku “ Nujum Pak Belalang sahaja,aku tidak pandai bernujum, Cuma aku tipunya sahaja.” Pada suatu hari : lelaki itu bertemu dengan saya, lalu dia beri makanan yang engkau makan itu, (mendengar yang demikian)lantas  Saidina Abu Bakar memasukkan tangan (jari) ke dalam mulutnya, lalu ia muntah mengeluarkan semua isi perutnya.
                       
        2- Resah gelisah , gelora jiwa.
            Oleh kerana “makan haram” hati menjadai hitam dan rosak seperti yang telah disebut sebelum ini, akhirnya menyebabkan rasa resah gelisah dan jiwa bergelora, sebagaimana 

Firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة البقرة  ayat 275 :  

 Yang Bermaksud : Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
            3- Doa tidak di makbulkan.

            “Makan Haram” menyeret tuannya kea rah melakukan maksiat dan kejahatan , keadaan inilah yang menjadi hijab hingga doanya tidak diterima oleh Allah .

Firman Allah سبحانه وتعالى  dalam سورة البقرة  ayat 172 :  
Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.

            4- Berlaku bencana , menyapu licin segala kebaikan.

            “Makan Haram” mungkin ditimpa bencana bala yang menyebabkan hilang  segala kebaikan seperti  
Firman Allah  سبحانه وتعالى dalam سورة الشورى  ayat 30:
  Yang bermaksud : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
            5-Kewajipan tidak dilaksanakan , maksiat dan kejahatan menjadi                                             keutamaan.

            “Makan haram” menyebabkan berat untuk bergerak bagi menunaikan kewajipan, keutamaan yang diberi hanyalah untuk maksiat dan kejahatan, orang yang tidak menunaikan tanggungjawab dan kewajipannya , sudah tentu maksiat dan kejahatan adalah idamannya , akhirnya ia dikelilingi  bencana dan musibah dari segenap penjuru, Allah tidak terima doanya, segala permohonan ditolak.

B)        Kesan terhadap kerja-kerja Islam.
            Kesan-kesannya banyak, kami sebutkan sebahagian daripadanya.
            1-        Pengeluaran lemah, pembangunan terkandas.
            2-        Memakan masa yang panjang, memerlukan perbelanjaan yang banyak.


  
Diterjemah Oleh,                                          Disediakan oleh,
Tuan Syeikh Haji Ismail Bin Kamis          Lajnah Tarbiah Dan Kapimpinan PAS Kedah
30 Ogos   2013  -  23 Syawal 1434

                                               
tarbiahpaskedah.blogspot.com                                                   

No comments:

Post a Comment