Imam Syahid Hasan Al Banna pernah berkata: 
“Rukun Bai’at Kita ada sepuluh, maka jagalah!”
Apakah sepuluh bai’ah  itu? Berikut 
adalah huraian persetian atau janji setia yang telah dipersetujui, 
sebagai asas kepada perjuangan Ikhwanul Muslimin.
1. Al-FAHM
Iaitu faham dan seterusnya meyakini 
bahawa fikrah kita adalah Fikrah Islamiah yang sebenar. Kefahaman adalah
 kunci kepada keselamatan dan kejayaan dakwah kita kerana tidak mungkin 
Islam itu diperjuangkan oleh mereka yang tidak memahami Islam itu 
sendiri. Pepatah Arab pernah menyebut (ﻪﻳﻁﻌﻳﻻ ﺀﻲﺷﻟﺍﺩﻗﺎﻓ) yang bermaksud 
“orang yang tidak memiliki sesuatu itu tidak mungkin dapat memberinya”.Kefahaman yang dikendaki di dalam Rukun Bai’ah ini meliputi pecahannya yang dikenali sebagai al-Usool al-Isyreen (Usul 20) oleh al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna.
2. AL-IKHLAS
Keikhlasan di sini bermaksud petugas 
Amal Islami mestilah meletakkan qasad atau niat pada perkataan dan 
perbuatannya secara menyeluruh kerana Allah, tanpa mempunyai apa-apa 
maksud terhadap keinginan harta, kemegahan atau gelaran. Dengan demikian
 itu jadilah ia Jundi (tentera) Fikrah dan Aqidah, bukannya jundi 
kemaslahatan.
3. AL-AMAL
Petugas hendaklah bekerja dan 
melaksanakan kefahamannya serta merealisasikannya sebaik mungkin. Amal 
di sini meliputi pengelokan diri, pembentukan rumahtangga Muslim, 
pendidikan masyarakat, pembebasan tanah air, pengislahan pemerintahan 
dan mengembalikan kedaulatan Islam di peringkat antarabangsa sehingga 
tiada lagi fitnah dan jadilah agama itu keseluruhannya bagi Allah 
(al-Anfaal: 39)
4. AL-JIHAD
Iaitu jihad yang kewajipannya 
berlangsung sehingga ke hari Kiamat. Ia merujuk kepada Hadith 
(ﺔﻳﻟﻫﺎﺟﺔﺘﻳﻣ ﺖﺎﻣﻭﺯﻐﻠﺍ ﻮﻧﻳﻡﻟﻭ ﺰﻐﻳ ﻢﻟﻭ ﺖﺎﻣﻥﻣ) yang bermaksud “Barangsiapa 
mati dan tidak pernah berperang jihad serta tidak pernah berniat untuk 
berperang jihad, maka matinya adalah mati jahiliah”.
5. AT-TADHIYYAH
Iaitu pengorbanan. Ia meliputi pengorbanan diri, harta, masa, hayat dan segala-galanya di jalan matlamat.
6. AT-THA’AH
Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah
 ketaatan di dalam mematuhi perintah pimpinan dan melaksanakannya sama 
ada di dalam keadaan susah atau senang. Ketaatan ini dipagari oleh 
batas-batas perkara yang duduk di bawah ketaatan kepada Allah dan Rasul.
7. AT-TSABAT
Tsabat yang dikehendaki di sini adalah 
berkekalannya petugas Amal Islami bekerja dan berjihad ke arah 
merealisasikan matlamatnya tanpa diganggu gugat oleh panjangnya masa dan
 berleretan tempoh sehinggalah ia mati bertemu Allah. Dengan demikian 
itu ia berhasil memperolehi salah satu daripada dua kebaikan iaitu 
tercapainya kemenangan atau syahid.
8. AT-TAJARRUD
At-Tajarrud bermaksud seorang Petugas 
Amal Islami itu menyempurnakan fikrahnya tanpa terpengaruh, terganggu 
atau terbawa-bawa dengan apa-apa campur aduk anasir yang berada di luar 
fikrahnya sama ada anasir itu berbentuk pengaruh idea, prinsip mahu pun 
individu. Menjadi kewajipan kepada kita untuk menghayati bahawa fikrah 
kita adalah fikrah tertinggi, mulia dan sempurna.
9. AL-UKHUWWAH
Apa yang dikehendaki daripada Ukhuwwah 
di sini adalah ikatan hati dan jiwa sesama petugas Amal Islami dengan 
ikatan Aqidah. Sesungguhnya ikatan Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan.
10. ATS-TSIQAH
Kepercayaan yang dimaksudkan di sini 
adalah tenteramnya hati seorang Jundi itu kepada pemimpinnya, kemampuan 
dan keikhlasan pemimpin itu. Tenteram hati itu begitu mendalam dan ia 
tercerna dari kasih sayang, penghargaan, rasa hormat dan taat.rujukan asal : fikrahislam.com
untuk rujukan lebih jelas : klik sini
 
 
Pahala berpanjangan buat penulis
ReplyDelete