Siri
Tarbiyah Kawasan 2
MEMPERKUKUHKAN SAF
JAMAAH
(Bhg.2)
Firman Allah yang bermaksud;
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh – ( As-Saf: 1-4)
MUQADDIMAH
Memperkukuhkan saf perjuangan adalah suatu
yang penting di dalam melayari bahtera perjuangan di persada perjuangan yang
sebegitu mencabr ini. Perjuangan Islam yang kita warisi dari generasi terdahulu
ini begitu sarat dengan pengalaman yang sebegitu memeritkan demi untuk hanya
satu matlamat dan impian yang masih belum terlaksana. Itulah pengharapan kita
dari perjuangan ini agar suatu hari bediri juga dalam negara ini hukum Allah
menjadi hukum dan perundangan negara. Begitu indah mengungkapkan matlamat
perjuangan kita ialah untuk menegakkan Daulah Islamiyah. Sesungguhnya kita amat yakin dan sangat
komitmen bahawa matlamat itu akan terkota di dalam realiti perjuangan ini,
insyaAllah. Namun, perjalanan ke kemuncak jaya tidak semudah yang diungkapkan.
Dalam perjalanan ke arah matlamat tersebut, bahtera perjuangan kita seringkali
dilanda ujian dan tribulasi. Barangkali sebarang bentuk tribulasi dari luar kita
mampu hadapi dengan jayanya dan bahtera perjuangan kita masih dapat terus
belayar sampai ke ari ini, namun tribulasi yang datang dari dalam begitu sukar
untuk kita hadapi. Perselisihan faham kita di dalam beberapa isu berkaitan isu
dalaman jamaah begitu menguji kesabaran kita dan mencabar komitmen kita. Untuk
itu, mengkaji, mempelajari dan menghayati permasalahan fiqh ikhtilaf adalah suatu
yang amat penting demi menjaga keutuhan jamaah, dan agar keberkatan kita
menyertai perjuangan ini tidak hilang dan menjadi sia-sia di dalam buku amal
saleh kita.
FIQH IKHTILAF
Isu perbezaan pendapat merupakan sunnatullah
yang tidak dapat dielakkan, ianya adalah suatu realiti yang berpunca dari
kepelbagaian tahap minda atau keupayaan mental, perbezaan bahasa dan latar belakang,
begitu juga dengan persepsi seseorang yang berbeza terhadap sesebuah dalil atau
nas. Kesemuanya ini secara tidak langsung menimbulkan kepelbagaian serta
percambahan pandangan dan pendapat. Salah satu tanda kebesaran Allah ialah
mencipta makhluk dengan keunikannya tersendiri. Setiap makhluk yang diciptakan
dengan keunikannya menunjukkan tanda kebesaran Allah. Oleh yang demikian, tidak
hairanlah mengapa perbezaan ini boleh berlaku sejak dari zaman sahabat
sehinggalah ke hari ini.
Al-Imam ash-Shaatibi di dalam kitabnya
al-I’tisom menyebut:
“Sesungguhnya perbezaan pendapat yang terjadi pada zaman sahabat hingga ke hari
ini berlaku pada masalah-masalah ijtihadiyyah. Pertama kali ianya berlaku pada
zaman khulafa’ ar-Raasyidin dan sahabat-sahabat yang lain, lalu berterusan
sehingga zaman para taabiin dan mereka tidak saling mencela di antara satu sama
lain” (al-I’tisom 2/191)
Hal ini juga menunjukkan betapa luasnya rahmat Allah kepada umat manusia.
Berkata Umar bin Abdul Aziz: “Tidak aku sukai
jika para sahabat tidak berbeda pendapat, kerana jika mereka semuanya mempunyai
pandangan yang sama maka manusia akan berada dalam kesempitan” (Jaami’ Bayaanil
Ilm 2/902)
Telah berkata Imam Malik:
“Sesungguhnya perbezaan pendapat di kalangan
ulama’ adalah rahmat dari Allah ke atas umat ini, setiap seseorang di kalangan
mereka mengikut apa yang benar pada pandangannya, setiap dari mereka berada
dalam petunjuk dan setiap dari mereka inginkan keredhaan Allah” (Kasyful Khafa’
1/68)
ADAB-ADAB
DALAM BERBEZA PENDAPAT
Perbezaaan pendapat yang berlaku di kalangan
umat Islam terdahulu dalam sejarah awal Islam dan masih berlaku hingga kini
adalah sebahagian daripada manifestasi kepelbagaian ini. Fenomena ini
bermanfaat dan positif sekiranya perbezaan itu tidak melampaui batas dan tetap
menjaga adab-adab dan etika yang betul sepertimana yang digariskan oleh syara’.
Perlu diketahui bahawa perkara-perkara yang dibolehkan kita menerima perbezaan
pendapat ialah dalam perkara-perkara juz’i (cabang) atau zanni (tidak
muktamad), manakala dalam perkara-perkara kulli (dasar) atau qat’i (muktamad)
maka kita tidak sekali-kali boleh mempertikaikannya.
Ulama’ telah menetapkan beberapa garis pandu
mengenai adab-adab dan etika dalam berbeza pendapat, di antaranya:
a-
Ikhlas dan jauhkan
diri dari mengikut hawa nafsu.
Ikhlas adalah syarat agar amalan kita dapat diterima oleh Allah. Maka adalah satu kewajipan bagi seseorang yang ingin menegakkan atau mencari kebenaran supaya menghindarkan dirinya dari hawa nafsu. Sifat kemegahan pada diri sendiri dalam mencari kebenaran juga adalah suatu sifat yang harus dihindarkan agar kita tidak digolongkan dalam sabda Rasulullah, mafhumnya :

“Barangsiapa yang menuntu ilmu untuk bertikam
lidah dengan para ulama’, atau ingin memalingkan wajah-wajah manusia kepadanya
maka Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka” (Riwayat At-Tirmizi )
Salah satu dari tanda-tanda ikhlas ialah
apabila seseorang itu sanggup menerima kebenaran walaupun datangnya seseorang
yang lebih rendah martabatnya, sepertimana yang berlaku kepada Amirul mu’minin
Umar di mana beliau telah menerima kebenaran walaupun datangnya dari seorang
perempuan yang lebih rendah martabatnya.
b-
Mengembalikan segalanya pada al-Quran dan Sunnah dan jauhkan dari sifat ingin
memenangkan diri.
Firman
Allah yang bermaksud;
“Jika kamu semua berselisih dalam sesuatu
perkara maka kembalikanlah ianya kepada Allah dan Rasul” (An-Nisa’ :59)
Menjadi satu kewajipan bagi setiap insan
untuk menjadikan al-Quran dan Sunnah Rasulullah sebagai tempat rujukan yang
paling utama dan menjadikannya alat neraca yang menimbang setiap pendapat yang
dikeluarkan. Allah merahmati para ulama’ yang sentiasa memberi peringatan
kepada kita agar tidak mengambil kata-kata mereka seratus peratus melainkan
setelah kita nilai ianya dengan al-Quran dan Sunnah. Orang yang ikhlas tidak
hanya memikirkan untuk mengalahkan lawannya sebaliknya dia lebih mementingkan
kebenaran walaupun kebenaran itu datang dari lawannya.
c- Tidak mencela pandangan atau ijtihad
ulama’ lain dalam masalah-masalah ijtihadiyyah.
Satu perkara yang harus kita terapkan dalam
mana kita berbeza pendapat ialah jangan sesekali kita menghina atau merendahkan
pandangan orang lain selagimana ianya berada dalam lingkungan permasalahan yang
boleh diperselisihkan oleh syara’ iaitu perkara- perkara juz’i (cabang) atau
zanni (tidak muktamad).
Imam al-Auzaa’i telah ditanya mengenai
seorang lelaki yang mencium isterinya, samada ianya membatalkan wuduk atau
tidak. Beliau menjawab: “jika aku ditanya maka aku akan menjawab, wajib ke
atasnya berwuduk, tetapi jika dia tidak berwuduk maka aku tidak akan mencela
atau menghinanya”. (Fathul Barr Fi Tartib at-Tamhid 3-245)
d-
Menghormati pandangan ulama’ yang berbeza pandangan dengannya dalam masalah
juz’i dan mengambil pandangannya jika perlu.
Contoh tauladan lain yang boleh diambil ialah
dari kisah imam besar kita al-Syafi‘e rahimahullah yang mengimami solat subuh
di masjid berhampiran kubur Abu Hanifah. Beliau solat tanpa membaca doa qunut
dan apabila ditanya oleh seseorang sehabis solat, beliau menjawab: “Adakah aku
ingin melakukan sesuatu yang berlainan dari apa yang diajar oleh Abu Hanifah
padahal aku berada berhampirannya”. (Hujjatullah al-Balighah 335)
e-
Menjauhi sifat ta’assub (fanatik) dan berkelompok.
Salah
satu sifat yang harus kita hindarkan untuk memperolehi jalan kebenaran dan
tidak menegakkan benang yang basah ialah sifat fanatik terhadap pegangan.
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah
mengatakan: “Cintailah seseorang dengan berpatutan kerana mungkin dia kelak
akan menjadi orang yang kamu benci. Bencilah seseorang secara berpatutan kerana
mungkin kelak dia akan menjadi orang yang kamu cintai.” (Timizi 1920)
Tanamkan dalam diri dengan pegangan bahawa
setiap manusia boleh diterima dan boleh ditinggalkan kata-katanya melainkan
Nabi Muhammad , kerana hanya baginda sahajalah yang ma’som dan terhindar dari
kesilapan.
f- Utamakan sikap persaudaraan (ukhuwwah)
Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu
adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu.” (Al-Hujurat:
10)
Adakalanya di dalam perbincangan untuk
mendapatkan kebenaran akan terjadi perselisihan dan pertelagahan, maka di waktu
itu hendaklah kedua belah pihak menyedari bahawa perpaduan dan persaudaraan itu
lebih diutamakan dari perpecahan. Banyak lagi perkara-perkara penting yang
harus diterapkan dalam perbincangan serta perdebatan untuk meraih kebenaran.
Apa yang disebutkan hanyalah beberapa perkara penting yang harus ditekankan.
Perhatikanlah kata-kata Dr Yusuf al-Qardhawi
mengenai perkara ini: “Para pendakwah dan
pengamal Islam mestilah menjadikan matlamat mereka kepada kesatuan, keserasian,
mengumpulkan hati-hati mereka dan merapatkan saf mereka. Mereka mesti
menjauhkan diri dari perbezaan dan perpecahan serta semua perkara yang memecah-belahkan
jamaah dan merosakkan kesatuan yang terdiri dari permusuhan yang zahir mahupun
kebencian yang batin. Juga semua perkara yang membawa kepada kerosakan hubungan
sesama sendiri yang hanya akan melemahkan umat. Tiada yang setanding dengan Islam
dalam mengajak kepada persaudaraan. Persaudaraan ini nampak jelas dengan
kesatuan, keserasian dan saling tolong-menolong.Islam juga unggul dalam
melarang daripada perpecahan, perselisihan dan permusuhan. Semuanya termaktub
dalam al-Quran dan as-Sunnah” (as-Sahwah al-Islamiyyah
Perbahasan di kalangan bijak pandai agama
haruslah diteruskan dan disuburkan agar ianya dapat menjana generasi yang lebih
peka dan lebih terbuka mindanya. Akan tetapi jika perbahasan yang berlaku tidak
didasari oleh rasa ikhlas dan menjauhkan dari sifat ta’assub, maka dari
perbahasan tersebut akan lahirlah perbalahan. Adab-adab dalam berbeza pendapat
harus diterapkan di dalam diri kita agar perbahasan dan perbezaan yang berlaku
dikalangan umat Islam menjadi satu rahmat bagi kita.
PENUTUP
Dalam konteks parti dan kerajaan serta percaturan politik yang serba mungkin i)Marilah kita mengurus kemenangan dan kelemahan kita dengan Islam, supaya Islam yang kita perjuangkan itu mampu dilihat sebagai pemandu dalam segala bentuk amalan kita. Kita ingin memimpin perubahan dalam negara kita dengan Islam. Semua petugas parti perlulah mencari formula dan ruang yang ada untuk menonjolkan kepimpinan Islam dalam segenap segi kehidupan dengan cara yang penuh hikmah dalam menangani harapan rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya serta terus kekal dengan iltizam disiplin yang tinggi supaya tidak goyah oleh perancangan jahat musuh.
ii) Marilah kita melaksanakan mesej dakwah secara muwajahah silmiyyah, dengan kita sedia berdialog, bermuzakarah dan berdebat dengan sesiapa sahaja.
iii) Marilah kita terus menerus memperkasakan parti dan mempersiapkan kepimpinan PAS, bagi menangani cabaran persaingan yang semakin sengit dari segi tuntutan intelektual dan mendepani permasalahan negara dalam konteks global. Para pimpinan ulama PAS juga perlu berani berijtihad bagi menangani polemik-polemik baru dalam urusan perundangan dan kancah politik yang serba mencabar ini.
iv) Marilah kita menampilkan satu imej dan citra PAS sebagai parti Islam yang sentiasa bersedia untuk berdepan dengan apa jua cabaran semasa dan mendatang dengan menampilkan satu pendekatan imej yang bersifat 'Usuliy' dari segi prinsip-prinsip perjuangan, 'Muasirah' dari segi kepimpinan dan organisasi-jentera, 'Istiqbaliy' dari segi persiapan dan kesediaan untuk menggempur senario perjuangan masa depan.
v) Marilah kita mengeratkan persefahaman dan keserasian setiakawan dan kelancaran bekerja di semua peringkat dalam Pakatan Rakyat, sehingga benar-benar dapat menyerlahkan kredibiliti dan perpaduan Pakatan Rakyat khususnya di semua negeri-negeri yang kita tadbir bagi bersiap sedia untuk menempah kejayaan yang lebih besar dalam PRU ke-13.
Mudah-mudahan segala amal ini mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Marilah kita menghayati akan firman Allah SWT yang bermaksud:
"Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." [An-Nur:55]

No comments:
Post a Comment