My Blog List

My Blog List

album lajnah tarbiah

Thursday, 24 May 2012

10. MENGUBATI PENYAKIT ‘PUTUS ASA” DAN MENCEGAH DARIPADANYA.

 
KELIMA:         MENGUBATI PENYAKIT ‘PUTUS ASA” DAN MENCEGAH DARIPADANYA.

Pengertian “ putus Asa” telahpun sempurna dijelaskan begitu juga tentang tanda-tanda berlakunya Putus asa”, kedudukannya mengikut neraca Islam, sebab-sebab dan kesan-kesan berlakunya putus asa, kesannya terhadap petugas-petugass Islam (amilin) dan kerja-kerja Islam, kini tibalah peranan untuk mengubatinya bahkan mengawasi dan mencegah daripada berlakunya iaitu dengan mengikut langkah-langkah berikut:-

1)    Mengenal Allah  سبحانه وتعالىdengan sebenar-benarnya, serta baik sangka denganNya

Caranya dengan sentiasa merenong dan mendalam ayat-ayat (tanda-tanda) keagungan dan kekuasaan Allah سبحانه وتعالى   yang dapat dilhat melalui alam semesta dan dalam diri sendiri begitu juga ayat-ayat yang terukit bersusun baris di dalam A-Quran dan sunnah Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم  dengan demikian dapat kita mengenal Allah سبحانه وتعالى dengan sebenar-benarnya yang membawa kepada “baik sangka” kita terhadap Allah سبحانه وتعالى  bahawa Allahlah yang membantu menolong agamaNya membantu dan menyokong pendokong agamanya selagi mana mereka mengmbil kira sebab-sebab kemenangan sokongan dan membolehkan kita menguasai bumi Allah سبحانه وتعالى apatah lagi tedapat di sana Al- Hadith Al-Qudsi:
(أنا عند ظن عبدي بي...)  Yang bermaksud :  Aku bersama-sama dengan sangka (ظن) hambaku terhadapku.

 

Allah berfirman di dalam surah  المائدة ayat 3  :

الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ

Yang bermaksud : Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu.
Firman Allah S.W.T. dalam surah النور ayat 55 :
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ
 Bermaksud : Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu.

Allah سبحانه وتعالى menerangkan bahawa Ia menguji hamba-hambaNya yang mukmin dengan bermacam-macam ujian bagi membersihkan dosa-dosa mereka,

 Allah berfirman dalam surah الصافات  ayat 173 :  وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ الْغَالِبُون

 

Bermaksud : Dan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran)

           

Allah menerangkan bahawa Ia menguji hamba-hambanya yang mukmin dengan bermacam-macam ujian bagi membersihkan dosa-dosa mereka,

Allah berfirman dalam surah  آل عمران ayat 141

وَلِيُمَحِّصَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُواوَيَمْحَقَ الْكَافِرِينَ

Yang bermaksud : Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir.

Firman Allah lagi  dalam surah  آل عمرانayat 179 :
مَّا كَانَ اللَّهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَىٰ مَا أَنتُمْ عَلَيْهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ ۗ
Yang Bermaksud : Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu) sehingga Ia memisahkan yang buruk (manufik) daripada yang baik (beriman).

Allah berfirman lagi dalam surah العنكبوت   ayat 2-3  :

أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

 

Yang bermaksud : Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

 

Begitu juga bagi menyingkap kejahatan orang-orang munafik, pendakyah-pendakyah dan orang-orang yang menanggok di air keroh, Allah berfirman dalam surah التوبة ayat 42:

لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّاتَّبَعُوكَ وَلَٰكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ ۚ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ

Bermaksud: Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).

           
Bagitulah “ Mengenal Allah dengan sebenar-benarnya dapat memandu manusia kepada “sangka baik” terhadap Allah سبحانه وتعالى seterusnya dapat menolak dan menangkis rasa putus asa dan dapat mencabutnya hingga keakar umbi.

2)    Yakin sepenuh hati bahawa putus asa adalah akhlak orang kafir yang sesat,  bukan daripada akhlak mukmin yang benar.

Orang-orang mukmin yang benar mereka mengenal Allah dengan sebenar-benarnya, percasya dengan janji-janjiNya dengan kemenangan, berdasarkan inilah mereka walak kepada Allah yang penuh kasih, penuh keagungan dan ketaatan. Semua perkara yang berlaku kesemuanya kembali kepada Allah, bila ditimpa kesusahan dan mehnah mereka tidak menyerah kalah, kalaulah sikap mereka bagaiman mungkin ‘putus asa” dapat menguasai mereka? Tambahan pula terdapat disana sebuah hadith yang menyerlahkan lagi keaadaan mereka:
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم  
 (عجبا لأمر المؤمن , إن أمره كله له خير – و ليس ذلك لأحد إلا للمؤمن إن أصابته سراء شكر فكان خيرا له , وإن أصابته ضراء صبر فكان خيرا له )
Bermaksud :  Ajaib benar keadaan seorang mukmin sesungguhnya semua paginya adalah baik, tidak seorang pun berlaku demikian kecuali orang mukmin- apabila ia mendapat kesenagnan ia bersyukur maka itulah kebiakan baginya apabila ia ditimpa kemadharatan ia bersabar, juga kebaikan baginya.
           
Lain pula dengan orang-orang kafir yang sesat, mereka tidak beriman dengan Allah dan  hari akhirat ekoran dari itu mereka : “berputus asa” dari rahmat Allah, didunia dan di akhirat, orang mukmin yang sebenar takut untuk berputus asa kerana demikian membawa kepada kufur dengan Allah dan sesat daripada jalan sebenarnya, terhalang daripada kebaikan didunia dan diakhirat, sebab itulah ia bermujahadah dengan dirinya agar tidak terjebak dengan “putus asa” bahkan ia berusaha bersungguh-sungguh untuk melepaskan dirinya daripada “putus asa” jika ia terkena penyakit itu, agar hidup matinya bukan dalam kemurkaan Allah.

3)    Sentiasa merenung tentang kisah-kisah para nabi dan rasul.

Sesungguhnya kisah dan sejarah para nabi dan rasul ini penuh dengan mehnah dan penderitaan yang tidak terhingga, namun mereka terus berjuang berbekalkan keyakinan terhadap Allah سبحانه وتعالى dengan harapan Allah akan menolong dan melepasi mehnah-mehnah dan penderitaan,dan ini ternyata : Nabi Ibrahim عليه السلام dicampak ke dalam api, namun baginda tidak berputus asa, baginda beradoa kepada Allah dengan penuh harapan agar Allah memakbulkan doa’ nya dengan berkata (حسبنا الله ونعم الوكيل )

Lalu Allah menerima doanya dengan mengalihkan api yang panas itu menjadi sejuk dan selamat sejahtera keatas Nabi Ibrahim عليه السلام  seperti dalam firmanNya dalam surah الأنبياء ayat 69-71 :

قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلَامًا عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ    وَأَرَادُوا بِهِ كَيْدًا فَجَعَلْنَاهُمُ الْأَخْسَرِينَ

 وَنَجَّيْنَاهُ وَلُوطًا إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا لِلْعَالَمِينَ

Bermaksud :  
Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ". Dan mereka (dengan perbuatan membakarnya itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang amat rugi, (kalah dengan hinanya).Dan Kami selamatkan dia dan (sepupunya) Nabi Lut ke negeri yang Kami limpahkan berkat padanya untuk umat manusia.

            Nabi Musa عليه السلام pula keluar bersama-sama Bani Israil diwaktu malam daripada Firaun menuju ke Palestin.Mereka di ekori oleh Firaun dan tentera-tenteranya (pembesar-pembesarnya), ketika pengikut-pengikut Nabi Musa عليه السلام  melihat tentera Firaun hampir dengan mereka, mereka berkata dalam keadaan takut dan gelabah ٰ إِنَّالَمُدْرَكُونَ  (surah الشعراء ayat 61) Yang bermaksud : "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan".

 

Tetapi Nabi Musa  عليه السلام  yang beriman dengan tuhannya,lagi yakin dengan janji-janjinya bahawa ia selamat dan beroleh kemenangan dapat melenyapkan ketakutan dan gelabah tadi lalu berasa tenang dengan katanya: كَلَّا ۖ إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهْدِينِ

(surah الشعراء ayat 62) Yang bermaksud : "Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku".


Maka Allah S.W.T benar-benar telah menurunkan janjinya. FirmanNya dalam surah الشعراء ayat 63-66 :
فَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ مُوسَىٰ أَنِ اضْرِب بِّعَصَاكَ الْبَحْرَ ۖ فَانفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ كَالطَّوْدِ الْعَظِيمِ    وَأَزْلَفْنَا ثَمَّ الْآخَرِينَ    وَأَنجَيْنَا مُوسَىٰ وَمَن مَّعَهُ أَجْمَعِينَ    ثُمَّ أَغْرَقْنَا الْآخَرِينَ

Yang bermaksud : Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukulah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar. Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ. Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya. Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya).

            Peristiwa ini tetap kekal menjadi bukti  dan tanda kepada generasi mendatang agar mereka mengambil pengajaran dan menjadikan bekal perjalanan dalam perjuangan.
Allah berfirman  dalam surah الشعراء ayat 103 : إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً
Bermaksud: Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membukitkan keesaan Allah dan kekuasaanNya)

            Nabi Zakaria عليه السلام  yang telah menjangkau umur tua dan belum diberikan zuriat keturunan, lalu baginda berdoa kepada Allah dengan penuh harapan dan keyakinan dengan katanya  seperti dalam firman Allah dalam surah مريم ayat 4-6

رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُن بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا  

 وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِن وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا 

 يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ ۖ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا


Bermaksud  : Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia - wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai".

Firman Allah lagi dalam surah الأنبياء ayat 89 : رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِي

Bermaksud : "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".

Allah سبحانه وتعالى telah melaksanakan harapan dan tuntutanNya, firman Allah dalam surah الأنبياء ayat 90 :
فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَوَهَبْنَا لَهُ يَحْيَىٰ وَأَصْلَحْنَا لَهُ زَوْجَهُ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا ۖ وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ
Bermaksud : Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.

Firman Allah lagi dalam surah آل عمران ayat 39 :
فَنَادَتْهُ الْمَلَائِكَةُ وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي فِي الْمِحْرَابِ أَنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكَ بِيَحْيَىٰ مُصَدِّقًا بِكَلِمَةٍ مِّنَ اللَّهِ وَسَيِّدًا وَحَصُورًا وَنَبِيًّا مِّنَ الصَّالِحِينَ
Bermaksud : Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): "Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh".

Firman Allah lagi dalam surah مريم ayat 7 :
يَا زَكَرِيَّا إِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلَامٍ اسْمُهُ يَحْيَىٰ لَمْ نَجْعَل لَّهُ مِن قَبْلُ سَمِيًّا
Bermaksud : (Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):"Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang mengembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya".
            Begitulah mereka yang mengamati sejarah kisah perjalanan para nabi dan rasul pada keseluruhannya akan mendapati bekalan yang bernilai bagi mengatasi penyakit “putus asa”, bekalan yang bernilai ini juga akan meresap ke dalam jiwa membawa keyakinan yang penuh terhadap Allah سبحانه وتعالى.
Benarlah firman Allah dalam surah هود ayat 120 :

 وَكُلًّا نَّقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنبَاءِ الرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِ فُؤَادَكَ ۚ

Barmaksud :  Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya.

Firman Allah lagi dalam surah يوسف ayat 111 :

الْأَلْبَاب لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُولِي

Bermaksud : Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran.

Firman Allah dalam surah الأنعام ayat 90 :    أُولَٰئِكَ الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ ۖ فَبِهُدَاهُمُ اقْتَدِهْ

Bermaksud : Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan petunjuk mereka;

والله أعلم

Diterjemah Oleh,
Tuan Syeikh Haji Ismail Bin Kamis

Disediakan oleh,
Lajnah Tarbiah Dan Kapimpinan PAS Kedah
23/5/2012  -  2 Rejab 1433

No comments:

Post a Comment