MUQADDIMAH
Maksudnya:
Oleh itu, jika mereka bertaubat
(dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka
itu adalah saudara kamu yang seagama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan
Kami satu persaru bagi kaum yang mahu mengetahui. Dan jika mereka mencabuli
sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia, dan mereka pula mencela agam kamu,
maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana
sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janji-Nya, supaya mereka berhenti
(dari kekufuran dan bertaubat). (At-Taubah : 11-12)
Orang-orang kafir musyrik yang telah
mengisytiharkan permusuhan terhadap Islam, kesudahan dan keadaan mereka setelah
itu ialah sama ada :
Pertama- Bertaubat dan insaf dari
kekufuran, perbuatan membatalkan perjanjian dan penentangan mereka terhadap
Islam. Realiti ini berlaku ini berlaku dengan mereka menerima Islam sebagai
anutan. Apabila mereka telah beriman dengan Allah SWT, mendirikan sembahyang
dan mengeluarkan zakat, maka bertukarlah mereka dari reality mereka sebagai
musuh kepada hakikat mereka saudara kepada golongan muslimin.
Kedua- Diperangi selepas mereka
membatalkan perjanjian yang telah dimetrai. Di dalam ayat di atas , disebut
‘ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir’ adalah kerana merekalah
yang menjadi tonggak kepada kekufuran, dan merekalah yang telah menggalakkan
para pengikutnya untuk melakukan kebatilan.
TAKRIF NEGARA ISLAM
Kebanyakkan pengkaji yang menulis
tentang topik sekitar Negara Islam sama ada sedar atau tidak sedar,
pengishtilahan Negara Islam sebenarnya tidak diberikan secara langsung oleh
fuqaha’ terdahulu. Kebanyakan daripada mereka hanya menyebut cirri-ciri yang
wajar wujud untuk sesebuah negara untukdikenali sebagai Negara Islam sahaja.
Bagaimanapun cirri-ciri yang dikemukakan itu mirip menyerupai
takrif/definisi.Sehingga menyebabkan cirri-ciri yang disebutkan oleh fuqaha’
mazhab itu telah disalah anggap sebagai takrif/definisi oleh pengkaji
terkemudian.
Sememangnya tidak dinafikan terhadap
perselisihan di dalam perbahasan mengenai ciri-ciri Negara Islam. Ada dikalangan
fuqaha’yang menyebut bahawa sesebuah Negara dikenali sebagai Negara Islam
dengan menggunakan sandaran kepada kekuasaan pendudukan umat Islam,perlaksanaan
hukum, keamanan berpihak kepada muslimin dan sebagainya. Di dalam kesempatan
yang ada ini kita dapat memetik beberapa pendapat fuqaha’ terdahulu mengenai
Negara Islam bagi menjelaskan terdapatnya khilaf yang dinyatakan.
Al-Imam Abu Yusuf berkata: “Negara yang dikira Negara Islam dengan
terlaksananya hukum Islam di dalamnya walaupun kebanyakan penduduknya adalah di
kalangan orang-orang kafir. Dan dikira sesebuah Negara itu ‘kufr’ kerana
berjalanya hukum kafir padanya walaupun kebanyakan penduduknya adalah
dikalangan orang-orang Islam”
Al-Imam Az-Zarkashi menyebut : “ Negara Islam adalah apa yang dinamkan pada
suatu kawasan yang dikuasai oleh umat Islam, dan umat Islam berada dalam
keamanan”
Berkata Al-Imam Ar-Rafi’e :
“Tidak disyaratkan Negara Islam itu padanya umat-umat Islam,berpada dengan
pengusaan berpihak kepada kepimpinan yang Islam”
Berkata Ibnu Muflih Al-Hambali, “sesuatu
Negara yang dikuasai hukum Islam, maka Negara tersebut adalah Negara Islam, dan
jikalau dikuasai hukum kafir, maka Negara tersebut adalah Negara ‘kufr’”
Berkata Ibnu Hazm Az-Zhohiri,
“Sesuatu Negara boleh dinisbahkan kepada pengaruh,penguasa dan orang yang
merajai Negara tersebut.”
Walau bagaimanapun Ibnu Qoyyim
Al-Jauziyah menukilkan bahawa jumhur fuqaha’ sepakat berpendapat: Negara
Islam didefinisikan sebagai : “Sebuah kawasan (Negara)yang didiami dan dikuasai
oleh umat Islam dan terlaksan padanya hukum-hukum Islam. Maka Negara yang tidak
menjalankan hukum Islam tidak dinamakan Negara Islam.”
KESIMPULAN: Dapat difahami melalui takrif yang dikemukakan oleh Ibnu
Qoyyim Al-Jauziyah bahawa sesebuah Negara Islam dikenali kerana padanya
terdapat dua asas utama yang disebut sebagai “tertegak pemerintahan umat
Islam dan terlaksa hukum-hukum Islam.”Oleh itu Negara yang tidak didiami
oleh umat Islam sekalipun sekiranya terlaksana hukum-hukum Islam dan dikuasai
umat Islam juga boleh dinamakan Negara Islam.
PERBAHASAN ULAMA’
MUASARAH(KONTEMPORARI)
Antara Ulama’ dan Cendiakawan
Muasarah yang terlibat mendefinisikan Negara Islam adalah seperti Al-Mujaddid
Al-Maududi, Syeikh Abu Zahrah, Al-Ustaz Sayyid Qutub, Syeikh Abdul Qadir Audah,
Al-Marhum Sheikh Abdul Wahab Khalaf, Dr Wahbah Az-Zuhaili, Dr. Muhammad Said
Ramadhan Al-Buthi, Dr. Abdul Karim Zaidan dan Dr. Muhammad Khair Haikal di
dalam tesis PHDnya yang berjudul Al-Jihad Wal Qital Fi As-Siyasah As-Syar’iyyah.
Kesimpulan : Takrif-takrig yang dikemukakan oleh para Ulama’ Muasarah
tidak jauh bezanya dengan cirri-ciri Negara yang disebut oleh para Ulama’ silam
terdahulu. Ini kerana sebahagian mereka cenderung dengan apa yang dikemukakan
oleh ulama’ terdahulu sebagai ciri-ciri negar Islam untuk dijadikan takrif
sesebuah Negara Islam.
Melihat kepada beberapa takrif yang
dikemukakan oleh Ulama’ Muasarah tersebut bolehlah dibuat beberapa kesimpulan
antaranya:
i.
Negara Islam didefinisikan sebuah Negara yang terlaksana padanya hukum-hukum
Islam.
ii.
Ditadbir oleh Imam atau pemerintah Islam.
iii.
Keselamatan dan keamanan berpihak kepada umat Islam.
Perkara (i) dan (ii) yang dinyatakan
adalah titik pertemuan di antara pentakrifan yang dikemukakan Ulama’ Muasarah
dengan pencirian yang diberikan oleh ulama’ terdahulu sedang perkara (iii)
adalah titik perselisihan di mana sebahagian menyebut dan sebahagian yang lain
tidak menyebut.
MUAMALAH ISLAMIYAH BERSAMA AHLUL
ZIMMAH, MU’AHAD DAN HARB
Hukum bermuamalah dengan orang kafir
:
1. Boleh melakukan urusan
perdagangan dan sewa menyewa selama alat tukar, keuntungan dan barangnya
dibolehkan oleh syariat Islam.
2. Wakaf mereka selama itu
pada hal-hal di mana wakaf terhadap kaum muslimin dibolehkan.
3. Muslim lelaki boleh
menikahi wanita ahli kitab(yahudi mahupun nasrani).
4. Pinjam meminjam walaupun
dengan menggadaikan barang.
5. Orang kafir bpleh berdagang
di negeri muslim asal dibolehkan secara syar’i dan 10% keuntungan harus
diserahkan untuk kepentingan umum kaum muslimin.
6. Jizyah bagi ahli kitab yang
dapat perlindungan keamanan kaum muslimin.
7. Jika tidak sanggup bayar
jizyah maka dibebaskan, jika miskin maka dibiayai dari Baitul Mal kaum
muslimin.
8. Haram membolehkan mereka membangun
rumah ibadah dalam Negara Islam, gereja yang sudah dibangunkan tidak boleh
dihancurkan, tetapi bagu yang sudah runtuh tidak boleh dibangunkan kembali.
9. Hukum yang berlaku kepada
mereka harus dihapuskan jika dalam agama meraka membolehkan.
10.Jika perbuatan itu haram dalam
agama mereka lalu mereka melakukanya maka harus dihukum.
11. Orang Zimmi dan Mu’ahad tidak
boleh diganggu selama mereka komitmen dengan perjanjian.
12. Hukum Qisas atas nyawa dan juga
berlaku bagi mereka.
13. Perjanjian damai dengan mereka
atas permintaan mereka atau kita, selama mana itu mashlahat umum bagi kaum
muslimin dan pemimpin kaum muslimin sendiri cenderung kearah itu. Namun
perjanjian damai itu bersifat sementara dan tidak mutlak.
14. Darah , harta , dan kehormatan
kaum Zimma dan Mu’ahad dalah haram.
15. Ahlul Harb (harus diperang)
,tidak boleh memerangi mereka sebelum diberi peringatan dan mereka boleh
dijadikan hamba, baik lelaki atau wanita selama belum ada perjanjian damai.
16. Orang kafir yang terlibat
(pendapat , pererncanaan diri) dalam memerangi kaum muslimin seperti anak-anak,
wanita, rahib dalam rumah ibadahnya, orang tua, orang sakit, dan seumpamanya
tidak boleh diganggu dan diperang.
17. Orang yang berlari menghindari
perang, dengan mereka tidak boleh dibekali dan apa yang ditanggalkan menjadi
rampasan perang.
18.Pemimpim kaum muslimin yang
menyatakan sah dan benarnya kepemilikan (tanah)mereka. Namun mereka harus
membayar pajak,tanah itu dinyatakan tanah pajak. Jia tidak mahu membayar pajak,
harus diserahkan kepada kaum muslimin untuk dibangunkan di atasnya. Ini jika
negeri mereka dibebaskan dengan perang,kerana statusnya adalah harta rampasan
perang.
PENUTUP
Golongan kafir zimmi yang bernaung
di bawah Negara Islam, apabila mereka menghina dan mencerca Islam , ia bererti
mereka telah membatalkan penjanjian yang telah mereka metrai.Lalu peperangan
pun di isytiharkan ke atas mereka. Dari situ jelas bahawa peperangan di dalam
Islam tidak ada tujuan keduniaan atau untuk menunjukkan keangkuhan dan
kehebatan, jauh sekali bertujuan untuk membalas dendam, tetapi ia adalah
bertujuan untuk memastikan laluan tetap terbuka untuk dakwah Islam itu tetap
diterima umat manusia.
Sehubungan dengan itu, lahirnya
kafir zimmi adalah setelah tertegaknya daulah atau Negara Islam. Hukum Islam
membahagikan bukan Islam kepada beberapa kategori, bergantung pada hubungan
mereka dengan negeri Islam. Kristian dan Yahudi dan lainnya yang hidup di bawah
pemerintahan Islam dikenali sebagai zimmi (orang yang dilindungi). Menurut
pakatan ini, keselamatan peribadi dan keselamatan harta awam zimmi telah
dijamin dengan pulangan membayar ufti (jizyah) kepada Negara Islam dan mengakui
ketuanan Muslim. Secara sejarah, zimmi menikmati ukuran autonomi di bawah ketua
keagamaan mereka, tetapi disubjekkan kepada batasan pengesahan,social dan
keagamaan yang bertujuan untuk menekankan kelemahan mereka. Oleh kerana
lahirnya kumpulan kafir yang diistilahkan dengan zimmi in berkait rapat dengan
Negara Islam, memahami tentang Negara Islam adalah suatu keperluan yang tidak
dapat disangkal lagi keperluanya.
No comments:
Post a Comment