PAS dan Negara Haram Israel
Oleh : Presiden PAS
Bumi Palestin dimuliakan sejarahnya oleh
 Nabi Ibrahim A.S. Bapa kepada para nabi selepasnya yang diiktiraf oleh 
semua penganut agama samawi. Nabi Muhammad  S.A.W. dilahirkan daripada 
zuriatnya yang dihantar ke Makkah, yang dianugerah Allah kepada Ibrahim 
A.S. kerana jasa perjuangannya yang besar menentang syirik dan zalim 
oleh kuasa terbesar dunia dizamanya iaitu kerajaan Babylon yang 
diperintah oleh Raja Namrud.
Bumi Palestin adalah salah satu daripada
 tiga tanah suci bagi umat Islam, selepas Makkah yang dibuka oleh 
Ibrahim A.S. dan Madinah tempat Hijrah Rasulullah S.A.W. Palestin 
dimuliakan  kerana ramainya para Rasul dilahirkan di situ dan berpijak 
di atasnya  kaki para anbiya’  dan banyak darah para syuhada daripada 
kalangan Nabi dan ulama, kerana dibunuh oleh bangsa yahudi  dengan 
zalimnya , menyebabkan mereka dilaknat Allah sehingga hari Qiamat. Allah
 juga manjadikan kiblat pertama bagi umat Islam dibumi Palestin. Di sini
 juga tampat berakhirnya  Isra’ dan bermulanya Mikraj Rasulullah S.A.W. 
ketika dijemput menjadi tetamu Allah. Maka  yang layak memakmurkan 
Palastin ialah  mereka yang beriman dan budiman.
Agama Islam mewajibkan penganutnya 
memegang amanah memelihara bumi Palestin dan tidak melarang  penganut 
Yahudi dan Kristian melakukan ibadat mengikut agama mereka dan 
mengunjungi tempat suci mereka. Sejarah membuktika hanya pemimpin Islam 
sahaja dapat menunaikan amanah memakmurkan bumi Palestin dengan memberi 
hak yang adil kepada semua.
Kejayaan tentera Islam di zaman Khalifah Umar bin Al Khattab R.A. 
membebaskan Palestin daripada penjajahan Romawi disambut oleh Paderi 
besarnya dengan meminta Khalifah Umar  datang menyaksikannya. Maka 
Khalifah Umar datang sehingga mengunjungi geraja besarnya, kemudian 
dimeteraikan perjanjian yang memberi hak yang adil kepada semua, kerana 
selama ini penjajah Romawi Byzantin yang beragama Kristian  mazhab 
Ortodok, tidak melayani mereka yang tidak semazhab dengannya dan 
kerajaan Yahudi pula menzalimi mereka yang tidak seagama dengannya. Hal 
yang sama berlaku dalam era kelemahan kerajaan Islam, sehingga tentera 
salib menakluk Palestin. Keadaan  menjadi baik semula, setelah Sultan 
Salahuddin Al Ayyubi daripada bangsa Kurdis dapat mengalahkan tentera 
Salib yang zalim dan membebaskan semula bumi Palastin. Lalu melayani 
semua pengunjungnya dengan adil.
Di zaman mutakhir, malapetaka menimpa 
bumi Palestin dengan memuncaknya keganasan, setelah Palestin dirampas 
dengan ganas oleh penjajah Barat yang menyimpan dendam terhadap Islam 
dan mengambil kesempatan daripada kelemahan umat  Islam Arab yang 
memperkecilkan Islam dan membesarkan kebangsaan Arab sehingga melebihi 
Islam dan mengatasinya. Dalam pembahagian tanah air yang dijajah 
dikalangan penjajah barat, maka Palastin jatuh ke dalam bahagian 
penjajahan British. Perjanjian Balfore dimeteraikan diantara pemimpin 
Zionis Yahudi dangan Menteri Luar British, Lord Balfore bagi menyerahkan
 bumi Palastin kepada golongan Zionis untuk mendirikan negara kebangsaan
 Yahudi  dinamakan Israel. Kalangan penganut mazhab Ortodok  Yahudi 
menentangnya dan memberi amaran bahawa tindakan ini bercanggah dengan 
ajaran mereka dan boleh menguburkan bangsa Yahudi. Kalangan sekuler yang
 memisahkan agama yahudi daripada politik melakukan kesalahan besar 
ini,  semata-mata menegakkan semangat kebangsaan dengan alasan sejarah 
bohong, bagi negara agung Israel yang pernah dipimpin oleh Nabi Sulaiman
 A.S. sehingga  menakluk dunia.
Negara bernama Israel sebenarnya tidak 
wujud dalam peta dunia sejak Allah mencipta bumi. Negara ini diwujudkan 
secara haram oleh kuasa besar dunia selepas perang dunia kedua, bagi 
mengotakan perjanjian Balfore  yang melibatkan British yang dibantu oleh
 zionis Yahudi, sejak  perang dunia pertama lagi. Negara ini hukumnya 
haram mengikut hukum agama dan undang-undang antarabangsa ciptaan 
manusia. Ini kerana ia merampas daripada penduduk asalnya dan menghalau 
sebahagian besar daripada mereka. Negara kuasa besar dunia yang menjajah
 memejam mata bagi menghilangkan sifat perikemanusiaan mereka untuk 
melakukan jenayah bersejarah ini demi kepentingan mereka. Bahkan 
sebahagian pemimpin negara itu dibantu oleh wang dan media golongan 
zionis untuk berkuasa.
Dalam pertarungan politik dan ekonomi 
antarabangsa yang didalangi oleh kuasa besar dunia pula, menjadikan 
negara haram Israel rakan strategik untuk menjaga kepentingan mereka 
dirantau paling banyak membekalkan sumber tenaga kepada dunia, dan juga 
bertindak menjadi polis bagi pihak Barat terhadap dunia Islam.
Perkara ini ditambah lagi dengan sikap 
tidak saksama negara besar  yang menghalalkan negara haram Israel  
memiliki  senjata pemusnah yang diharamkan kerana tanpa perikemanusiaan.
 Israel sudah membinanya sejak tahun enam puluhan lagi dan menghalang 
dengan apa cara sahaja bagi melindungi jenayah kemanusiaan yang 
dilakukannya. Walaupun melalui badan antar bangsa yang paling besar dan 
berpengaruh, sehinggalah menggunakan kuasa veto paling zalim.
Bagi umat Islam sudah menjadi perkara 
wajib membebaskan Palestin sepenuhnya dan membela saudara mereka yang 
dizalimi, sehingga menjadi fardu ain kepada penduduk tempatan dan yang 
berjiran dan wajib mengikut kedudukan masing-masing di tempat yang jauh.
 Haram menerima kewujudan negara haram. Maka PAS yang berdasarkan Islam 
menolak penyelesaian wujud dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan 
satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis. Bagi kami, hanya satu 
negara Palestin sahaja bagi penduduknya yang berhak.
Walau pun banyak kalangan negara Arab 
menerima penyelsaian secara mewujudkan dua negara, ketahuilah bahawa 
Palestin bukan hak orang Arab sahaja. Palestin adalah hak umat Islam 
seluruhnya. Kalangan penganut agama Yahudi yang kuat berpegang dengan 
agama Yahudi menolak wujudnya negara Israel dan menghukumnya dosa besar 
kerana tindakannya adalah menggali kubur untuk kaum yahudi  sendiri, 
yang disedari melakukan jenayah dosa besar, membasahi bumi Palastin 
dengan  darah para anbiya dan ulama yang soleh.
Bagi Penganut Islam, bacalah firman Allah dalam beberapa surah. Diantaranya firman Allah:
وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ 
وَالْمَسْكَنَةُ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ 
كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ 
بِغَيْرِ الْحَقِّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ (61 ) 
البقرة.
61.  Lalu ditimpahkanlah kepada mereka 
nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah. hal itu 
(terjadi) karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh 
para nabi yang memang tidak dibenarkan. demikian itu (terjadi) karena 
mereka selalu berbuat durhaka dan melampaui batas.
Firman Allah:
إنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِآَيَاتِ 
اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ 
الَّذِينَ يَأْمُرُونَ بِالْقِسْطِ مِنَ النَّاسِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ 
أَلِيمٍ (21) أُولَئِكَ الَّذِينَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا 
وَالْآَخِرَةِ وَمَا لَهُمْ مِنْ نَاصِرِينَ (22 ) آل عمران .
21.  Sesungguhnya orang-orang yang 
engkar kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tak 
dibenarkan dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, 
maka gembirakanlah mereka, bahawa mereka akan menerima siksa yang pedih.
22.  Mereka itu adalah orang-orang yang 
lenyap (pahala) amal-amalnya di dunia dan akhirat, dan mereka 
sekali-kali tidak memperoleh penolong.
Bagi penganut Islam yang mendirikan 
solat lima waktu yang diwajibkan, memanjatkan doa pada tiap-tiap rakaat 
sembahyangnya supaya dijauhkan bersifat golongan yang dimurkai Allah, 
maksudnya saperti golongan Zionis Yahudi tersebut.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS
 
 
No comments:
Post a Comment