My Blog List

My Blog List

album lajnah tarbiah

Thursday, 14 June 2012

Ustaz Yahya Othman sangat berjasa - Presiden

14 Jun 2012/ 24 Rejab 1433
Kita baru sahaja mendapat khabar pemergian, Al Murabbi Ustaz Yahaya Othman, Mantan Ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Sesungguhnya berita ini amat mengejutkan kami pimpinan dan ahli-ahli Parti Islam Se-Malaysia PAS.

Beliau pergi dikala jamaah amat memerlukan khidmat beliau.

Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia PAS, kami mengucapkan takziah kepada keluarga beliau, sahabat handai dan seluruh kenalan serta muridnya diatas pemergian tersebut.

Ustaz Yahya Othman merupakan kawan dan guru yang berjasa besar di dalam memperkasakan tarbiah ahli-ahli PAS dan mendambakan diri sejak sekian lama kepada tugas-tugas tersebut.

Samada ketika berjawatan didalam parti, daripada Dewan Ulama kepada Ahli Majlis Syura Ulama dan juga sebagai exco kerajaaan negeri Kelantan diawal pemerintahan PAS ataupun setelah tiada jawatan didalam jemaah, beliau meneruskan tugasnya dengan penuh gigih.

Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar kepada almarhum dan kegigihannya menjadi ikutan kepada pendokong-pendokong PAS dan ditempatkan beliau bersama orang yang soleh.

Kepada keluarga dan sahabat handai, kita doakan diberi kesabaran oleh Allah SWT.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

untuk mengenali Al-Marhum lebih lanjut sila klik disini

Tuesday, 12 June 2012

Kali ini Saudara kita di Myanmar pula

بسم الله الرحمن الرحيم

ٌRasa-rasanya kes umat Islam Syria yang ditindas si Singa tu tak berakhir lagi, tiba2  di Facebook kecoh berita ttg pembunuhan umat Islam di Rohingya di Myanmar(Burma).

Apa salah mereka...?

Kes ni tak lama jugalah,sejak 3 hb Jun 2012 . Baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote , daerah Tongu di bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.

Yang paling sadisnya,pihak keselamatan , polis dan tentera , kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim.

Hati ni bimbang nasib rakyat Malaysia,,,bimbang slps satu,satu Muslimin ditindas. Hari itu sy terbaca kitab anNur Khalid oleh Fathillah Golan beliau ada berkata :
 

فإن الله تعالى يرسل للأمة الظالمين لتأديبها

Ssghnya Allah menghantar orang2 yg zalim dlm kalangan Umat utk mengajar mrk


Kalau rakyat Malaysia terus berdegil,Pemimpin masih tak amek cakna,Pihak yang berautoriti masih buat dono,,,tunggu je la Allah disiplinkan mereka.Allah ada cara,,tapi ingat,cara Allah ni confirm korang akn ingt sampai bila2.Either kembali mengikut ajaran Islam,berubah,tak faham tanya,jangan buat reti atau tunggu jela Allah pos org2 zalim.



Gambar antara 8 orang pendakwah islam .Mereka telah dibunuh secara kejam oleh sekumpulan peganut Budha dan NASAKA secara secara kejam antara tindakan kekejaman mereka kencing keatas mayat dan membaling botol arak kepada mayat tersebut, ini merupakan penghinaan dan keganasan terhadap terhadap umat islam minoriti yang tertindas.


Dah lama mereka terseksa,,,

Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah , ternakan , pemusnahan masjid , arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana Masjid . Ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha , perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera , penangkapan , penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.Nak ada pisau dlm rumah pun kena izin tentera?? Merepek!




Jenayah anti-Muslim di Burma. Seorang pemuda beragama Budha berjalan pulang selepas selesai menjalankan misi. Membakar rumah dan perkampungan orang Islam di Burma dalam proses penghapusan etnik Muslim di sana.


Allah! Kerajaan myanmar, polis dan tentera tidak mengambil apa-apa tindakan malah menyekat dari muslim Rohigya dari memiliki sebarang bentuk senjata, pisau dan parang. Mereka perlu mendapat kelulusan polis untuk memiliki barang-barang tersebut.

Ya Allah, bantulah saudara-saudara muslim kami!


p/s wahai sahabat2 saya,marilah kita bantu mereka dgn mbaca qunut nazilah,

jgn putus berdoa agar Allah menyelamatkan mereka. Tugas kita beljar dan beljar.Dengan Ilmu,kita kan membina peradaban Islam sekali lagi (baru bedah Atlas Futuhat Islamiyah,tu yg semangat.Semangat ,,semangat juga,kerja tetap jln!) 
sumber asal  klik disini

Melampau Merbahaya Kepada Jamaah


Melampau Merbahaya Kepada Jamaah
Ust Idris Haji Ahmad
7Jun 2012

     Di antara sifat ajaran Islam ialah wasatiah. Iaitu sifat  yang sederhana dengan  mengikut garis panduan Rasulullah SAW . Wasatiah yang tidak menurut manhaj Rasulullah SAW ia ditolak dan tidak diterima. Wasatiah ialah  tidak melampau dan tidak kurang. Contohnya solat subuh dua rakaat inilah wasatiah, jika buat kurang atau lebih ini bukan wasatiah. Aurat diperintahkan untuk ditutup, jika mendedahkan aurat dan tidak memakai pakaian mengikut cara sebenar maka ini bukan wasatiah. 

     Lawan kepada wasatiah ialah melampau. Islam marah kepada orang yang melampau dalam tindakan, ia merbahaya kepada individu dan jamaah, kerana  tidakannya tidak banyak menguntungkan kepada jamaah.

     Sikap melampau  ialah seorang yang cuba melakukan sesuatu yang lebih daripada keupayaannya dan  melampaui batasan dan tidak dapat menerima sikap sederhana. Seolah-olah di dalam Islam tidak ada rukhsah langsung. Selalunya individu begini menghadapi masalah jiwa dan kepercayaan. Ia anggap tindakan beliau betul walaupun menyalahi arahan jamaah. Kebiasaan individu begini tidak tahan lama di dalam perjuangan. Almarhum Ustaz Fathi Yakan mengatakan bahawa, Orang seperti ini adalah sama seperti orang yang ingin hendak merentas padang pasir yang luas dengan seberapa cepat yang boleh. Akibatnya ialah kenderaannya musnah dan tidak sampai ke tempat yang dituju.

Seperti Sabda Rasulullah SAW
“Sesungguhnya orang yang terputus bekalan tidak dapat sampai ke tempat yang dituju dan tidak dapat bertahan di atas tunggangan”
Nabi mengulang sebanyak tiga kali di dalam sabdanya
“Celakalah orang yang melampau”.

 Sabda Rasulullah SAW bermaksud
“Jauhilah kamu dari bersikap keras dan melampau dalam agama. Sesungguhnya orang-orang yang terdahulu dari kamu menjadi binasa kerana mereka keras dan melampau dalam agama”
 Islam tidak benarkan membuat sesuatu perkara di luar kemampuan kerana jiwa manusia adalah lemah.  Ada ketika jiwa itu boleh memikul sesuatu perkara yang diazamkan. Tetapi di ketika yang lain dia tidak dapat memikulnya. Ini adalah fitrah manusia yang mempunyai sifat pasang surut. Manusia   tidak boleh melakukan kerja sekali gus.

     Keupayaan seorang untuk memikul bebanan dan tanggungjawab adalah berbeza. Ada orang yang terdaya memikul kewajipan yang tidak tertanggung oleh orang lain. Maka ketika kita berada di dalam jamaah maka wajib kita meraikan kelemahan sahabat yang lain.
 Oleh itu syariat memperuntukan hukum azimah (kemestian) dan hukum rukhsah (keringanan) yang menjadi pelengkap manhaj Islam.

Rasulullah menegaskan perkara tersebut di dalam hadisnya
“Sesungguhnya Allah suka kamu mengerjakan rukhsah sama seperti mana dia benci kamu melakukan maksiat” (Riwayat Baihaqi)

       Oleh itu kita yang berada di jalan dakwah wajib mengikut landasan Islam dengan menjauhi sifat melampau dalam tindakan. Kerana kerja melampau adalah amalan syaitan dan hasutan syaitan. Kita mesti bersifat sederhana tanpa melampau dan tanpa mengurang.

     Orang yang melampau ia merasakan ia seorang yang betul dan melupakan di sana adanya rukhsah. Bukanlah bererti pula terlalu menyalah gunakan rukhsah sehingga menyalahi prinsip Islam. Islam juga melarang sekiranya kita menggunakan ruskhsah dan   mengenepikan azimah, sehingga mengabaikan  prinsip hukum semata-mata kerana hendak senang. Mereka terlalu memudahkan daripada perkara kecil hingga ke besar. Seolah-olah tidak ada lagi hukum yang menyuruh dan melarang. Mereka akan membiarkan syaitan menguasai diri mereka sehingga memandang semua perkara kecil sahaja. Memang tepatlah kata penyair
“Janganlah kamu memandang mudah  perkara kecil. Sesungguhnya gunung itu terbina dari batu-batu halus”

     Kita perlu ingat bahawa sifat Allah  “Maha pengampun dan penyayang”  dan Allah  juga menghukum dengan siksaan yang sangat pedih bagi hambanya yang derhaka.
 Di sini ada beberapa peristiwa yang boleh dijadikan iktibar kepada kita bahawa sifat pelampau membawa kebainasaan kepada individu itu sendiri.

     Saya teringat di dalam jamaah Pas satu ketika dahulu, ada beberapa  individu di dalam Pas yang melampau dan ekstrem, terkeluar daripada manhaj Pas dan arahan pimpinan. Beberapa individu ini menentang Pas kerana bertahaluf dengan Parti Semangat 46 pada tahun 1990 atas alasan, Parti Semangat 46 ialah lahir daripada parti Umno yang mereka anggap kafir dan toghut. Sehingga mereka sanggup menjadi calon Bebas untuk menetang calon Pas di Kelantan terutamanya. Apa yang melucukan apabila Pas berpisah dengan Parti Semangat 46 maka mereka pula bersetongkol  dan mempertahankan Umno. Malahan ucapan mereka lebih teruk lagi daripada Umno asli. Mereka memaki hamun Parti yang mereka dokong selama ini dan menjilat balik muntah kepada parti yang mereka pernah kafirkan dahulu. Tindakan mereka yang melampau kepada Pas merugikankan Umno, maka mereka direhatkan daripada memegang jawatan di dalam agensi Umno.

      Saya juga teringat satu ketika dahulu satu kumpulan yang bergerak  di Pusat Pengajian Tinggi yang terpengaruh dengan satu doktrin kononnya kiamat  akan berlaku sekian tahun sehingga di kalangan pengikut mereka berhenti kerja dan membuang televisyen kerana ini semua amalan jahiliah. Mereka membuka perkampungan, kononnya untuk menghidupkan sunnah. Malangnya kiamat belum juga muncul akhirnya mereka penat dan kembali mengejar dunia dan membantu Umno Bn di negara ini. Dulunya mereka membuang televisyen kononnya ini adalah jahliah sekarang mereka berebut-rebut untuk masuk ke dalam televisyen bagi menyokong kebatilan di negara ini.

     Ini ialah  secebis kisah yang berlaku di dalam negara kita mengenai sifat melampau di kalangan pendakwah dan orang yang hendak beramal Islami.