Jangan
Abaikan Tarbiah Walaupun Musim Pilihanraya
Sesungguhnya keperibadian Muslim yang tulen merupakan batu bata yang menjadi tapak kepada pembinaan jamaah. Kukuhkan peribadi Muslim melalui program tarbiah fardi (perseorangan) atau secara jama’i). Jika berlaku kelemahan dan kecacatan di dalam proses pembinaan ini maka jamaah perlu dipertangungjawab kenapa perkara ini berlaku. Sekiranya jamaah sudah berusaha semaksimum mungkin mengatur program, namun sikap ahli atau pimpinan yang tidak memperdulikan program ini, maka jamaah boleh melepaskan diri daripada tanggungjawab ini.
Kerana
kegagalan berbuat demikian akan memberi kesan jangka panjang kepada parti Pas
untuk meneruskan perjuangan, kerana perjalanan masih jauh. Kegagalan ini
akan memberi kesan jangka panjang dan keruntuhan kepada jamaah.
Mengakibatkan parti tidak boleh melahirkan keperibadian yang
bertanggungjawab dan petugas yang sanggup memikul beban tugas yang merupakan
amanah. Paling malang sekali, kesan yang paling buruk ialah mereka ini
membebankan parti, bukan meringankan parti.
Sesungguhnya
tabiat perjuangan itu sendiri yang perlu meletakkan asas yang kukuh kerana ia
menuntut kita kepada amal jihad yang berterusan. Untuk mendapat kejayaan
cemerlang, jamaah mesti melahirkan manusia yang memiliki akidah yang
betul-betul memahami Islam mengikut sistem tarbiah yang baik untuk
persediaan kepada jihad dan pengorbanan.
Imam
Syhid Hassan al-Banna pernah menyatakan “Sesungguhnya lelaki bercakap bukan
lelaki kerja,lelaki kerja pula bukan lelaki jihad, lelaki jihad yang
semata-mata berjihad saja bukan lelaki yang bijaksana yang boleh mengeluarkan
hasil yang memberi keuntungan besar melalui pengorbanan yang sidikit saja”
Tarbiah
mempunyai kesan dan pengaruh jangka panjang dan pendik untuk menghadapi
berbagai-bagai peristiwa dan keperluan amal di jalan dakwah, samada ketika
menghdapi dugaan atau tipu helah musuh.
Tarbiah
tidak sepatutnya dibataskan untuk ahli biasa sahaja, sedangkan peringkat
atasan ditinggal begitu sahaja. Ia wajib diamalkan tanpa ada pilihan
kerana setiap orang memerlukan bekalan dan bahan ingatan.
Tarbiah
amat diperlukan sepanjang masa, terutama ketika suasana kritikal , seperti
sewaktu pilihanraya. Suasana begini amat penting kerana unsur iman diperlukan
untuk mendapat sokongan dan pertolongan Allah.
Meneruskan
usaha tarbiah amat diperlukan sebagai persediaan kepada generasi akan datang
untuk menyambung tugas perjuangan jihad sebagai barisan pelapis.
Terdapat
beberapa perkara yang menyebabkan kecuaian terhadap program tarbiah.
Sheik
Mustafa Masyhur dalam bukunya “Tariq al-Dakwah Baina al-Asalah wal-Inhiraf”
(Jalan Dakwah Antara Keaslian Dan Penyelewingan) telah menggariskan beberapa
perkara yang boleh menyebabkan program tarbiah terencat untuk menjadi ingatan
kepada kita, supaya perkara ini tidak berlaku kepada parti Pas
a.
Memberi tumpuan yang lebih kepada bidang politik dan meringankan aspek tarbiah
. Hal ini diatur oleh politik yang terlalu sibuk menghabiskan masa dalam
menyelesaikan masalah , kemusykilan dan perhitungan.
b.
Tidak menyediakan para murabbi dan para pelatih. Para murabbi hanya menumpukan
kepada peringkat tinggi, dan mengabaikan peringkat bawahan. Selain itu berlebihan
memberi keutamaan kepada berceramah ke merata-rata tempat kerana banyak
jemputan hingga melemahkan tugas mereka dalam aspek tarbiah.Dengan ini
amat penting disediakan para murabbi untuk mengimbangkan program
ceramah dengan tarbiah.
c.
Usrah tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Usrah tidak digunakan untuk mengasah bakat
dan pembentukan peribadi dan membina akhlak.
d.
Sibuk dengan bidang-bidang lain hingga mengenepikan tugas tarbiah.
Muhasabah
yang diberikan oleh Sheikh Mustafa Mashur ini boleh kita mmbuat koreksi
terhadap diri kita dan juga jamaah kita supaya ia menjadi jamaah yang unggul.
Walaupun beliau menulis di dalam konteks negeri Mesir yang berbeza dari segi
demografi dan suasana persekitaran politik. Namun beberapa saranan dan teguran
beliau itu ada relevan untuk kita muhasabah diri dan parti kita.
Setiap
ahli Pas mesti melatih diri mereka mengutamakan sudut amali daripada
banyak bercakap. Elakkan diri daripada terjebak dengan pencemaran riya’ yang
boleh membawa kepada kerosakan dan kemusnahan amalan dan parti. Elakkan diri
daripada menyebarkan diayah palsu sesama ahli jamaah
Elakkan
pertengkaran dan perbalahan sesama anggota, kerana syaitan akan masuk campur
dan berlakulah pertelingkahan dan permusuhan sehingga merosakkan ukhwah. Semua
ini menjejaskan amal kerja untuk berdakwah. Rasulullah melarang kita dari
bersifat demikian kerana ia tidak mendatangkan kebaikan.
Memanglah
ukhwah sangat penting dalam berdakwah dan berjihad supaya tidak ada peluang kepada
musuh menembusi masuk ke dalam saf jamaah. Kecuaian terhadap ruh atau semangat
ukhwah dan kasih sayang sesama anggota akan memberi peluang kepada
syaitan dan musuh sehingga membawa kepada pertelagahan, kegagalan dan
keruntuhan. Firman Allah SWT
وَلَا تَنَازَعُوا
فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ
“Dan janganlah
kamu berbalahan, maka kamu akan gagal dan hilang kekuatan kamu”
(Surah al-Anfal
46)
Imam
Syahid Hassan al-Banna menasihat perkara ini “Masa merupakan kehidupan, dan
tanggungjawab lebih banyak dari masa. Oleh itu janganlah kita sibuk dengan menguruskan
kulit mengenepikan isi dan jangan sibuk dengan banyak cakap dan bertengkar
tetapi mengenepikan amal.