KETIGA : Sebab-sebab dan dorongan yang membawa
kepada putus asa, kami
sebutkan disini sebahagian daripadanya.
1)
Banyak kekecewaan dan selalu
gagal serta cuai muhasabah diri.
Sesungguhnya seseorang itu dalam usaha
melaksanakan tugasnya terdedah dengan kajayaan dan kegagalan, kemenangan dan
kekecewaan, namun kekecewaan yang sering menimpa ekoran daripada kegagalan
sedang ia tidak muhasabah diri untuk mengenal pasti sebab berlaku kekecewaan
tersebut agar dapat mengatasi masalah itu, menyebabkan seseorang itu terkena
penyakit putus asa, yang berakhir dengan kesa-kesan putus asa yang akan
dipaparkan sebentar lagi.
Jika
direnung dan diteliti tentang perjuangan umat Islam di penghujung kurun yang
lalu dan dalam kurun sekarang ini didapati bahawa umat ini telah mengorbankan
harta dan nyawa mereka bagi membersihkan bumi mereka dari cengkaman perampas
dan penjajah, tetapi terdapat disana mereka yang tidak patuh kepada ajaran
agama dan tidak berakhlak mengambil kesempatan
dengan cara tertentu- memperalatkan perjuangan ini untuk kepentingan
perampas dan penjajah disamping mereka mendapat keuntungan dan kebaikan diri
sendiri, sedang ummah ini tidak sedikit pun muhasabah dirinya dan tidak
berusaha mengenalpasti sebab berlakunya tribulasi ( مِحْنَة ) ini, bahkan
berlakunya perkara yang sama ditempat-tempat lain, keadaan inilah yang
menyebabkan ummah ini sentiasa dihantui bayang-bayang putus asa kecuali mereka
yang diselamatkan oleh Allah S.W.T. sebagai contoh: Pemutihan syarikat-syarikat
penjanaan dana, pembubaran pertubuhan-pertubuhan dan persatuan-persatuan
ilmiah, kelab-kelab anggota tenaga pengajar, mengubah manhaj atau sukatan
pelajaran menyelewengkan sejarah ummah, dikebayakan Negara dan rantau,
disamping cuai mencari sebab mengapa berlaku demikian dan bagaimana
mengatasinya serta merawatnya dengan ubat yang sesuai.
2)
Jahil tentang sikap dan pendirian
Islam terhadap putus asa.
Sesesungguhnya Islam mengharamkan ‘putus asa”
dan member amaran keras terhadapnya seperti yang dijelaskan sebelum ini….
Jahil tentang sikap inilah menyebabkan
seseorang itu terperangkap dengan putus asa tanpa sedikit pun rasa terkilan
atau tanda Tanya dalam hatinya.
3)
Menumpu terhadap keadaan kegagalan
serta lupa terhadap kejayaan masa lampau dan masa kini.
Perkara ini berlaku kerana kehidupan
seseorang tidak sunyi daripada menikmati kejayaan dan mengalami kegagalan,
kadang kala seseorang itu hanya melihat sudut kegagalan semata-mata serta lupa atau
buat-buat lupa sudut kejayaan yang perolehi, maka ketika itu ia akan ditimpa
“putus asa”.
Samalah keadaannya, tentang kehidupan umat
Islam yang telah mengecapi berbagai-bagai nikmat kejayaan yang tidak
terbilang banyaknya digeruni sejak (13)
kurun yang lalu bagitu juga dengan penerimaan orang-orang bukan terhadap Islam
yang tidak ada tolok bandingnya juga penerimaan ramai dari kalangan orang-orang
Islam terutamanya golongan muda beriltizam dengan Islam dan amat sensitive dan
perihatin apabila nyawa, harta dan kehormatan dicabul, begitu juga apabila
penjajah kafir menodai tempat-tempat mulia di Afghanistan, diBosnia dan
diPalastindan lain-lain lagi bahkan ada yang melaksanakan syariat Allah pada
setiap perkara walau dibenci atau dimarah oleh orang-orang kafir dan
kuncu-kuncu mereka seperti di Sudan, tetapi kehidupanumat Islam tidak sunyi
juga daripada kegagalan dan kekecewaan yang kita berada sekarang apabila
dilihat dari sudut kegagalan sedang mereka lupa sudut-sudut kejayaan maka amat
ramai sekali terjebak dengan penyakit “putus assa”.
4)
Alpa terhadap kegagalan yang
terdapat dikalangan kehidupan musuh.
Sesungguhnya dalam kehidupan musuh walau
terdapat banyak kejayaan disudut kemajuan sains yang hebat dalam semua bidang
kehidupan serta dapat menguasai Negara dan ummah yang lemah namun terdapat juga
kelemahan dan kegagalan mereka dalam sudut akhlak dan nilai-nilai murni, mereka
mengikari kewujudan Allah mereka berkata, Ala mini semulajadi, tidak ada tuhan,
agama adalah candu rakyat, tidak ada akhirat, hidup adalah bermula dari keluar
rahim ibu kemudian lepas ini mati ditelan bumi (itu sahaja).
Begitulah keaadan kehidupan musuh dari sudut
kegagalan dan kehancuran yang berakhir dengan putus asa. Apabila orang-orang
Islam lupa atau alpa sudut negatif ini menyebabkan mereka menjadi putus asa.
5)
Tidak mengenal Allah secara yang
betul dan benar.
Kadang-kadang berlakunya putus asa ini
disebabkan seseorang itu tidak mengenal Allah cara yang betul dan benar, allah
yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan dan maha suci Allah daripada
sifat-sifat kekurangan, Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan
inilah yang membantu orang mukmin dan memertabatkan agama dengan syariat mukmin
itu bertakwa danb kuat, sekiranya dua syarat ini pincang atau salah satunya
maka kemenangan dan ketuanan dikecapi orang lain, agar orang-orang sedar semula
dan kembali mencari sebab kekuatan dan kemenangan Allah seperti tersebut dia
akan menjadi “putus asa”.
6)
Buruk sangka terhadap Allah
S.W.T.
Buruk sangka
terhadap Allah S.W.T kadang kala boleh jadi dengan sebab buruk sangka terhadap
Allah S.W.T, dengan mengatakan Allah tidak menolong agamanya dan tidak membantu
penganutnya dan pemerintahnya dan mengatakan agama Allah menjadi lemah tidak
terdaya, penganut dan pemerintahnya akan dikuasai orang lain semuanya akan
musnah dan berakhir seperti fiman Allah dalam surah آل عمران ayat 154:
وَطَائِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ
أَنفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِاللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ ظَنَّ الْجَاهِلِيَّةِ ۖ
يَقُولُونَ هَل لَّنَا مِنَ الْأَمْرِ مِن شَيْءٍ ۗ قُلْ إِنَّ الْأَمْرَ
كُلَّهُ لِلَّهِ ۗ يُخْفُونَ فِي أَنفُسِهِم مَّا لَا يُبْدُونَ لَكَ ۖ
يَقُولُونَ لَوْ كَانَ لَنَا مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ مَّا قُتِلْنَا
هَاهُنَا ۗ قُل لَّوْ كُنتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ الَّذِينَ كُتِبَ
عَلَيْهِمُ الْقَتْلُ إِلَىٰ مَضَاجِعِهِمْ ۖ وَلِيَبْتَلِيَ اللَّهُ مَا
فِي صُدُورِكُمْ وَلِيُمَحِّصَ مَا فِي قُلُوبِكُمْ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ
بِذَاتِ الصُّدُورِ
Firman Allah lagi dalam surah al-fathu ayat 6:
وَيُعَذِّبَ الْمُنَافِقِينَ
وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْمُشْرِكِينَ وَالْمُشْرِكَاتِ الظَّانِّينَ
بِاللَّهِ ظَنَّ السَّوْءِ ۚ عَلَيْهِمْ دَائِرَةُ السَّوْءِ ۖ وَغَضِبَ
اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَلَعَنَهُمْ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَهَنَّمَ ۖ وَسَاءَتْ
مَصِيرًا
Bermaksud : Dan supaya Ia menyeksa orang-orang munafik - lelaki dan
perempuan, dan
orang-orang musyrik - lelaki dan
perempuan, yang menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang buruk (bahawa Ia
akan mengecewakan RasulNya). Atas merekalah tertimpanya bala bencana yang
dibawa oleh peredaran zaman; dan (selain itu) Allah murkai mereka dan
melaknatkan mereka serta menyediakan untuk mereka neraka Jahannam; sedang
neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
kata Ibnu Qaiyim رحمه الله :
“Maka barangsiapa yang menyangka buruk
terhadap Allah dengan mengatakan Allah tidak menolong Rasulnya, tidak
sempurnakan arahannya dan tidak menyokongnya tidak menolong agamanya, bahkan
memenangkan syirik daripada tauhid, batil daripada hak, kalau begitu hak dan
tauhid sudah mengucup, kemudian selepas itu Islam tidak panggung lagi, maka ini
semuanya dikatakan sangka buruk terhadap Allah S.W.T. yang bersifat dengan
sifat kesempurnaan, maka dengan sangkaan seperti ini membawa kepada ‘putus
asa”.
7)
Usaha-usaha untuk mencapai
kejayaan dihalang dan dipatahkan.
Kadang-kadang terdapat ussaha
bersungguh-sungguh untuk mengahalang dan mematahkan setiap kerja untuk
kejayaan, keadaan ini juga menjadi pendorong kearah “putus asa”, berlaku
demikian kerana kejayaan yang berlalu dengan keadaan selamat dan stabil diatas
bumi kenyatan menyuburkan cita-cita dan harapan, menambah keyakinan dalam hati,
adapun memusnahkan stiap kejayaan dengan halangan menyebabkan mersapnya”purus
asa” dalam jiwa. والله اعلم
Dterjemah
Oleh,
Tuan
Syeikh Haji Ismail Bin Kamis
23/2/2012 - 1
Rabiul Akhir 1433