My Blog List

My Blog List

album lajnah tarbiah

Sunday 30 March 2014

ADAB KITA BERJAMAAH

Adab Kita Berjamaah
Ustaz Idris Haji Ahmad
27/3/14


Ikhlas kerana Allah.
 Sebelum kita pergi lebih jauh, kenapa kita berjuang di dalam PAS. Sudah pasti jawapannya ialah tidak lain dan tidak bukan kerana Allah SWT. Jika kita berjuang kerana dunia belum tentu kita akan perolehi apa yang kita hajat. Jika kita sertai PAS kerana hendak bertanding di dalam pilihanraya, belum tentu nama kita tersenarai sebagai calon. Misalnya di dalam satu kawasan hanya dua atau tiga orang sahaja yang dipilih sebagai calon daripada beribu ahli PAS di satu kawasan. Rugi kita di sisi Allah SWT jika matlamat kita lain daripada apa yang diizin oleh Allah SWT yang bermaksud "Pada hal mereka hanya diperintah menyembah Allah, dengan ikhlas dengan mentaati perintah agamaNya" (Albayyinah 98:5)


Ikut Arahan Jamaah
Tidak molek, jika bersama dengan jamaah, tiba-tiba tidak mahu ikut arahan jamaah. Apabila kita berintima' dengan jamaah maka wajib kita mengikut arahan jamaah. Sebuah jamaah tidak akan maju jika mempunyai ahli yang ikut kepala sendiri, tanpa mahu ikut arahan jamaah. Mana-mana jamaah akan mengalami masalah jika mempunyai ahli sedemikian rupa. Manusia ini sebenarnya tidak boleh bersama jamaah. Jenis manusia yang tidak boleh berkawan dengan manusia lain. Sebenarnya manusia ini ada penyakit di dalam dirinya iaitu penyakit tidak boleh ikut arahan. Peringatan Nabi SAW

"Bahawa sesiapa yang taat kepada aku, maka ia sudah taat kepada Allah. Dan bahawa sesiapa yng derhaka kepada Aku , maka ia derhaka kepada Allah. Dan barang siapa yang taat kepada Amir ( Ketua), maka ia telah taat kepada aku. Dan barang siapa yang derhaka kepada ketua, maka ia derhaka kepada aku" (Muttafaqun Alaih)



Tidak Mengabaikan Amanah Jamaah
Apabila kita menyertai jamaah PAS maka kita mempunyai tanggungjawab untuk memikul amanah yang diarahkan oleh jamaah. Jika kita tidak melaksanakan amanah yang dipikul kepada kita, siapa lagi yang akan melaksanakan amanah ini. Perlu diingat, jika kita tidak melaksanakan amanah jamaah, maka akan dipersoal oleh Allah SWT di akhirat nanti. Di atas dunia lagi kita melakukn jenayah dengan jamaah, sehingga musuh kita bermaharajela. Sifir mudah, kita telah membantu Umno secara percuma apabila kita tidak membantu PAS dengan melaksanakan amanah yang sepatutnya. Tidak ada makna kita marah kepada Umno, sedangkan kita sendiri membantu Umno secara tidak langsung.


Merasakan Jamaah Milik Bersama.
Semangat ini akan merasakan kita sayang kepada jamaah melebihi segala-galanya.  Pada kita PAS bukan hak Mursyidul Am, bukan hak Presiden, tetapi milik bersama. Maju mundur perjuangan PAS atas daya usaha kita (biiznillah). Jika ada perasaan ini jamaah akan selamat. Kita akan terasa jika ada yang memfitnah PAS, lantas kita akan membetulkan fitnah tersebut. Bukannya kita menokok tambah untuk menabur fitnah. Siapa lagi yang hendak memikirkan tentang perjuangan PAS, jika tidak kita?.


Kerja Dengan Penuh Tekun.
Sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya Allah suka kepada seorang yang bekerja dengan penuh ketekunan". Kita mesti yakin bahawa bekerja di dalam jamaah adalah ibadah dengan syarat ikhlas kepada Allah. Kita mesti rasa malu dengan penegak munkar yang tidak jemu-jemu mencari formula bagaimana hendak menarik orang kepada program mereka. Sedangkan kerja mereka tidak diredhai oleh Allah SWT. Mereka merancang dengan penuh strategik untuk menarik sokongan kepada program mereka. Sepatutnya kita sebagai anggota jamaah perlu menggandakan usaha kita tanpa penat dan jemu, kerana kita adalah Ansarullah. Perlu diingat walaupun perjuangan kita benar tetapi jika kita tidak berkerja dengan penuh ketekunan maka usaha ini akan gagal. Sebagaimana kata-kata Saidina Ali Karramallahuwajhah "Kebenaran tanpa penyusunan akan ditewaskan oleh kebatilan yang mempunyai penyusunan yang rapi".


Thiqah Dengan Kebijaksanaan Pemimpin.
Hidup berjamaah inilah sifat yang mesti disuburkan. Apa makna dia seorang pemimpin jika kita sendiri tidak thiqah kepadanya. Menganggap pemimpin semua bodoh, kita sahaja yang cerdik adalah suatu perkara yang salah. Suatu masa nanti apabila kita menjadi pemimpin, Allah akan balas balik kepada kita di mana pengikut kita pula anggap kita pula bodoh. Masing-masing ada tanggungjawab yang telah diatur oleh perlembagaan parti. Pemimpin membuat cadangan, perancangan dan mengatur gerak kerja yang difikirkan sesuai dan munasabah untuk mencapai matlamat. Hal ini akan berubah dari semasa ke semasa menurut ijtihad kepimpinan.

Dasar sahaja tidak berubah, iaitu Islam. Tetapi bagaimana cara kita mahu melaksanakan gerak kerja kita sentiasa berubah. Perubahan kadang-kadang besar, kadang - kadang kecil, contohnya Tahaluf Siasi. Mereka yang tidak belajar Feqah Politik, mengatakan PAS sudah menyelewing. Pada hal keputusan yang kita buat masih lagi berkisar kepada nas syarak. Kepercayaan kepada kebijaksanaan kepimpinan adalah amat mustahak, khususnya di dalam dunia politik yang bergerak pantas. Jika jamaah gagal membuat keputusan yang cepat untuk menghadapi suasana kita akan ketinggalan zaman. Jika keputusan hendak dibincang dahulu daripada semua peringkat hingga ke cawangan, maka sudah tentu kita ketinggalan dan jamaah tidak maju. Pemimpin PAS  tidak rela untuk diri mereka dimamah neraka kerana mengkianati perjuangan  PAS dan ahli.


Menjaga Rahsia Parti.
Rahsia parti bukan sahaja kepada orang lain, malahan dengan anak isteri tidak boleh diberi tahu. Menunjukkan bukan semua perkara yang dibincang oleh parti mesti diketahui oleh orang lain. Seorang itu dianggap biadab dengan jamaah, bila mendedahkan apa yang berlaku di dalam mesyuarat. Lebih parah lagi yang disebar keluar ialah perjalanan mesyuarata untuk membuat keputusan, bukannya keputusan mesyuarat. Beliau menceritakan orang ini setuju, orang ini bangkang. Rahsia parti dan strategi parti tidak boleh dibincang di dalam forum yang terbuka seperti Face book, Twitter yang bukan ahlinya. Lebih kurang ajar lagi minta pandangan dan komen daripada mereka yang bukan ahlinya mengenai perjalanan parti. Biarlah kita menyusahkan musuh mendapat maklumat, jangan kita memberi maklumat secara percuma tanpa mereka bersusah payah. Sebenarnya di dalam keadaan kita menjaga rahsia ini pun masih terlepas, telahan pula kita sendiri yang mendedahkan. Peringatan untuk diri saya, hendak bercakap mengenai rahsia parti kena berhati-hati. Kebimbangan kita dengan alat komunikasi yang canggih akan merakam perbualan kita. Oleh itu perhatikan dengan siapa yang kita berbicara. Zaman dahulu berpandang-pandang sebelum bercakap, sekarang agak sukar kerana alat perakam di dalam telefon sudah cukup menjadi alat untuk merakam perbualan kita dan di dedahkan keluar.

Thursday 20 March 2014

PASCA-ISLAMISME SEBAGAI SATU DOKTRIN POLITIK BARU DAN KESANNYA KE ATAS GERAKAN ISLAM PAS



Oleh:
Izwan Abdul Halim
19 MAC 2014 / 17 JAMADIL AWWAL 1435

Pengenalan
Perbincangan mengenai Pasca-Islamisme nampaknya begitu kuat diwacanakan para sarjana pro-Barat yang giat mengasak dunia untuk menerima doktrin paksaan mereka itu. Tidak sedikit kelompok Islam mulai terpesona dengan benih kesesatan yang ditabur dengan gaya ilmiah, rasional dan kononnya menjejak arus kontemporari global. Secara khusus, Gerakan Islam yang menjadi sasaran utama desakan ini dilihat seakan akur untuk menerimanya atas nama pembaharuan. Malangnya, tanpa menilai secara kritis mainan licik para pencatur politik dunia, mereka tidak sedar betapa Barat yang diwayangkulitkan oleh agenda Yahudi dan Nasrani sedang membenam fikrah perosak ke arah usaha menghapuskan Islam itu sendiri. Islam bagai diberi amaran keras, andai mahu terus wujud di atas muka bumi ini, mesti sujud patuh dengan tampil berdasarkan wajah yang dirupakan oleh Barat.


Wacana Sarjana Pro-Barat
Mungkin kita telah membaca pelbagai takrifan berhubung maksud Pasca-Islamisme yang kini galak dijadikan ‘teks usrah’ baharu golongan terpedaya. Tetapi, dalam memahami pasakan yang sedang disusun ini, ada baiknya diteliti antara teks-teks sarjana pro-Barat sebagai usaha mendalami strategi mereka atas kerangka Pasca-Islamisme tersebut. Seterusnya menentukan langkah timbal balas dan pemulihan agar racun ini tidak terus menjalar ke tubuh umat Islam.

Ali Eteraz meletakkan Pasca-Islamisme sebagai masa depan pembaharuan Islam dan merupakan satu pengiktirafan politik daripada agama kepada kebajikan dalam hidup ini. Menurutnya, terdapat konsensus universal yang meletakkan pemerintahan Islam itu sebagai diktator, akar kejahatan, memusnahkan budaya politik, penindasan dan menimbulkan keganasan.

Beliau cuba menggambarkan bahawa era Islamisme cenderung melahirkan pemerintah yang bersifat sama ada diktator atau teokratik. Apabila menggabungkan agama dengan politik, maka keputusan mesti dirujuk kepada agama. Kononnya, kelas warak pertengahan sedar bahawa agama sahaja tidak dapat memberi keprihatinan untuk kehidupan sosial mereka. Jadi pada Pasca-Islamisme, agama kekal memberi keselamatan hidup akan datang dan politik memberi kebajikan ketika ini.

Beliau memberikan contoh Hizb ul-Wasat yang ditubuhkan pada tahun 1996 di Mesir adalah sebagai parti Pasca-Islamisme. Katanya, berbanding Ikhwan ul-Muslimin, Wasat lebih terbuka menerima orang Kristian dan orang sekular, selain membiarkan penganut agama lain mengamalkan agama mereka secara bebas. Wasat juga dipuji kerana memperjuangkan jaminan perasingan kuasa, menolak diskriminasi keagamaan dan berasaskan jantina dan secara jelas meminta kemajmukan dan persamaan antara lelaki dengan wanita. Malah, Ali Eteraz melihat tindakan Wasat tidak meletakkan kuasa khas kepada ulama sepertimana Ikhwanul Muslimin sebagai perkara paling penting dalam perbahasannya.

Beliau turut meletakkan perbincangan ini kepada sudut masa dengan mendakwa politik Islam sedang memasuki generasi ketiganya. Katanya, Pusingan Pertama adalah revolusioner dan kejam; Pusingan Kedua masih wujud, telah teratur tetapi masih dominasi orientasinya serta dianggap mulia. Sedangkan Pusingan Ketiga adalah komitmen kepada proses demokratik satu gerakan agama yang mengangkat landasan politik awam.

Menurutnya, liberalisasi ekonomi akan menguatkan kelas warak pertengahan yang kemudiannya mendesak kesederhanaan politik Islam. Kononnya, kehadiran Pasca-Islamisme ini bermatlamat untuk membantu golongan Muslim yang tidak bersuara atau minoriti kerana pembaharuan Islam memerlukan kekuatan politik dan bukan sekadar agama.

Seorang Profesor Sosial paling sensasi dalam membicarakan tajuk ini ialah Asef Bayat. Beliau menyatakannya sebagai kemunculan dari pemberontakan yang menyelubungi dunia Arab. Kononnya, ia revolusi orang muda yang menjadi pemain utama dan menyelamatkan rantau mereka dari menjadi teokrasi seperti Iran. Dengan menganggap model di Iran sebagai pertama dan terakhir, baginya, Pasca-Islamisme membuka jalan kepada satu perubahan demokrasi di mana Islam inklusif boleh menggerakkan peranan penting melahirkan refolusi (reformasi + revolusi) Pasca-Islamisme.

Beliau menafikan Pasca-Islamisme sebagai anti Islam atau sekular, tetapi satu pergerakan yang mendukung agama dan mempertahankan ketinggian hak warganegara dengan hasrat melahirkan masyarakat beriman dalam negara demokratik. Secara terbuka, Asef memuji Wasat di Mesir, AKP di Turki dan PJD di Maghribi. Beliau juga membela motif tunjuk perasaan di Tunisia semata-mata mahu mewujudkan kerajaan demokratik. Begitu juga di Mesir, revolusi itu untuk perubahan, kebebasan dan keadilan sosial.
Asef Bayat mengklasifikasikan Iran sebagai gagal memenuhi keperluan asas warganegaranya berbanding Turki yang berjaya menyesuaikan diri dalam realiti politik serta kedudukannya dengan Eropah. Dia mendakwa, ketika belia-belia Mesir mulai condong ke arah Pasca-Islamisme, Ikhwanul Muslimin pula masih meneruskan agenda Islamisme. Manakala di Arab Saudi dan Pakistan, dikatakan bahawa Pasca-Islamisme muncul untuk membetulkan mudarat dari Islamisme yang telah menyusahkan masyarakat dan kepercayaan.

Menurut Asef Bayat, sejak Revolusi Islam 1979 di Iran, politik Islam atau Islamisme telah menjadi fokus perhatian para sarjana, pembuat polisi dan orang awam. Banyak telah dikatakan mengenai Islamisme sebagai satu politik dan moral atau aliran beretika tetapi kurang memberi perhatian kepada pembangunan berterusan. Baginya, Pasca-Islamisme adalah perubahan dan amalan baru Gerakan-gerakan Islam di mana belia dan golongan wanita adalah watak utama yang berjuang membebaskan sosial mereka dari lingkungan Islamisme.
Manakala bagi, Nuray Mert pula seakan melontar amarannya pada AKP Turki bahawa sokongan kepada Morsi boleh mengundang kehancuran Pasca-Islamisme. Dia menuduh rampasan kuasa oleh tentera sebagai kegagalan Ikhwanul Muslimin yang bersifat autokratik dan kononnya menutup kritikan dari para penunjuk perasaan Tahrir dengan tuduhan ‘anarkis’.


Kekeliruan Yang Dikagumi
Nyata pada petikan seputar ringkas wacana para sarjana tersebut dapat disimpulkan betapa mereka jauh dari memahami makna Islam itu sendiri. Lalu dengan melebelkan Islam sebagai satu fahaman (Islamisme), mereka mengira ia satu faham dan anutan yang mesti berasimilasi secara patuh pada desakan-desakan massanya. Tidak ada satupun markah positif diberikan kepada Islamisme melainkan ianya sebagai agama, sebaliknya semua terma negatif ditonjolkan sebagai bongkah besar Islamisme dan mengaitkannya secara jelas dengan politik Islam semata-mata. Bahkan, tidak keterlaluan dikatakan bahawa terdapat unsur dendam dan kurang senang terhadap Islam itu sendiri.

Anehnya, ialah umat Islam yang menerima semua mengenai Islam ini atas pentas akademik tetapi tidak mempertikaikan kewajaran perbahasan tanpa disertakan dalil al-Quran dan as-Sunnah. Setidak-tidaknya membandingkan secara adil pada teras sumber Islam yang nyata di atas muka bumi ini iaitulah zaman dan generasi pimpinan Rasulullah SAW. Inilah malangnya umat Islam termasuk dari kalangan anggota gerakan Islam apabila mereka telah merasa manis tegukan karya para sarjana pro-Barat tanpa syak terhadap siyasah dalang-dalang dunia ini.


Membentuk Kerangka Pemikiran
As-Syahid Imam Hasan al-Banna pernah menyatakan:
“Sudut paling merbahaya sekali dalam suatu umat yang sedang membangun terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur disamping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin. Semua ini hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju. Menyedari hal inilah, maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi.”
Hakikatnya, pemikiran baru Pasca-Islamisme ini adalah sebahagian dari pertembungan azali antara iman dan kufur. Secara ringkasnya, pertembungan ini dapat dibahagikan kepada tiga peringkat:

1.    Islam lawan Kufur (Abad 7 – 14) bersenjata
2.    Islam lawan Sekular (Abad 15 – 20) pemikiran dan pemerintahan
3.    Islam lawan Islam (Abad 21) pemikiran dan persaingan

Faktor dicaturkan pertembungan sedemikian rupa adalah rentetan dari kegagalan sekularisme, sebaliknya Islamisme khususnya Gerakan Islam pula berjaya diruang demokrasi ciptaan Barat. Menyedari Islamisme yang dipimpin Gerakan Islam tidak mampu disekat kebangkitannya menuju kembali kepada matlamat Daulah Islamiyah, maka Barat menyusun dua strategi baru di abad ke-21 ini.

Dua strategi tersebut ialah; Pertama menegakkan fahaman pembentukan Khalifah Islamiyah tanpa demokrasi dengan menaja pembentukan kumpulan Hizbut Tahrir dan Kedua, mengembangkan fahaman penampilan demokrat tanpa syariat iaitulah dengan menaja pembentukan kumpulan Islam Liberal. Kedua-duanya saling bertentangan dan cuba mengheret umat Islam kepada satu pilihan. Maka, wacana Pasca-Islamisme mengaruskan pilihan kepada Islam Liberal yang dilihat lebih lunak, inklusif dan plural.
Demikian itu, pasakan baru ditanam dalam pemikiran kebanyakan bahawa Islam mesti ‘dijenamakan semula’ kepada tiga rupa iaitu:

·         dilahirkan dengan wajah lain (tidak ortodok);
·         sesuai dengan perubahan zaman; dan
·         berorientasikan masa depan.


Menelusuri Islam Liberal
Pengembangan pemahaman Islam Liberal menjadi ‘tarbiyah’ utama kepada Pasca-Islamisme. Ia adalah cetakan semula dari ajaran Kristian yang pernah mengalami pengalaman sama dalam sejarah penyelewengannya. Ahli Falsafah Barat mempelopori tiga elemen iaitu kemanusiaan, individu dan realistik sebagai asas wacana mereka. Asas pemikiran yang dibentuk itu antaranya ialah:

·         mementingkan peranan akal fikiran dan budi pekerti;
·         mengutamakan kehendak manusia;
·         manusia mestilah menentukan masa depan;
·         menekankan analisis rasional.

‘Kebangkitan’ Eropah itu mengembleng asas sosial masyarakat dengan tumpuan kepada tiga dimensi utama; iaitu mengutamakan sains dan keterbukaan dalam pendidikan; pasaran bebas dan memenuhi kekayaan pada aspek ekonomi; serta tumpuan kepada hal asasi dan pembentukan negara pada aspek politik. Pemikiran baru yang dikenali sebagai ‘protestan’ ini membawa doktrin bahawa untuk mencapai semua tuntutan ini, maka gereja dan agama mesti ditolak.

Dalam sejarahnya, Protestan mengalami situasi di mana segala hal berkaitan dunia mesti dipisahkan dari agama. Selain itu dikembangkan pemikiran ‘civil religion’ dan ‘global theology’, sementara dalam disiplin pengajian Bible wujud subjek Hermeneutika iaitu ilmu mengkritik Bible yang dipelopori Friedrich Schleiermacher. Aliran individualisme dikembangkan seluasnya hingga membentuk keupayaan dan kesungguhan manusia hanya untuk hal ehwal dirinya semata.

Menjengah masa, Islam Liberal berkembang dengan lebih luas apabila terus mengalirkan penolakan terhadap Islam Fundamental, menyatakan jihad sebagai ekstrem, menonjolkan isi Islam semata-mata, menggesa penafsiran baru al-Quran, menggagaskan kebebasan berijtihad dan memberi interpretasi baru kepada Islam. Selain itu meluaskan tuduhan bahawa syariat adalah ciptaan ulama selain menyatakan bentuk negara yang ada ketika ini sudah memadai. Lebih dahsyat, Nabi Muhammad SAW didoktrin hanya sebagai pemimpin biasa dan bersikap menolak hadis.


Pendekatan Islam ‘Jadian’
Selain dikembangkan Islam Liberal kononnya sebagai variasi dari Islam itu sendiri, pembentukan pelbagai jamaah serta pendekatan Islam juga dijadikan citra baru yang mesti disesuaikan dengan tuntutan tersebut. Di saat Gerakan Islam tulin sedia ada dihodohkan wajahnya, saingan dilahirkan supaya menjadi alternatif atau memindahkan kecenderungan kepada Islam jadian yang baru itu. Misalnya pendekatan kosmetik yang pernah dibuat oleh Kerajaan BN Malaysia ialah pengenalan “Penerapan Nilai Islam”, “Masyarakat Madani”, “Islam Hadhari” dan kini “Wasatiyah”.

Manakala pengaruh yang pelbagai dicapahkan seluasnya hingga menimbulkan gagasan-gagasan kepada mewujudkan front baru Jamaah Islam. Antara keupayaan yang membantu ke arah itu adalah hasil pemikiran liberal dari golongan berpendidikan Barat atau menerima pendidikan Islam di universiti Barat. Selain itu disuntik kekaguman melampau terhadap tokoh tertentu yang berbicara mengenai reformasi Islam. Dicipta momokan Barat terhadap Islam dan masyarakat Islam digesa menafikan tuduhan tersebut. Diperkukuhkan dengan kononnya sebaran ilmiah menerusi institut-institut pemikiran Islam dan pembentukan pemikiran mengenai Islam di universiti-universiti Barat. Dijadikan kejayaan kelompok Islam Demokrat seperti Rachid Gonoushi (An-Nahdhah-Tunisia) dan Racep Tayib Erdogan (AKP-Turki) sebagai pemangkin untuk dicontohi.


Pengaruh Ke Atas Gerakan Islam
Dari Islamisasi dalam konteks kehidupan individu Muslim, ia kemudian menjalar ke perdu sosial masyarakat dan Gerakan Islam. Pengasingan individu dan kelompok dari institusi politik berubah kepada penyertaan dan keterlibatan ke arena dunia politik. Sikap ini jelas terlihat pada semua Jamaah Islam yang ada di Malaysia kebelakangan ini seperti ABIM, JIM, IKRAM, ISMA dan lain-lain menunjukkan sama ada penyertaan secara terbuka kepada komponen atau parti politik tertentu atau kecenderungan memihak, mahupun yang telah berlaku secara infiltrasi dan penyerapan bermula dari isu-isu semasa.

Maka, PAS sebagai Gerakan Islam yang secara rasmi merupakan sebuah parti politik tidak terlepas mengalami keadaan tersebut, bahkan mungkin sasaran utama. Demikian itu, segala desakan dan perubahan itu cuba mempengaruhi PAS dengan memberi warna baru kepada kanvas pendekatannya, lalu sedikit demi sedikit mulai melonggarkan keteguhan dasarnya.


PAS Berubah?
Saat virus ini mulai menjangkiti PAS, ia disuburkan menerusi pelbagai program dan konsep. Antara yang dipopularkan ialah dialog antara agama di mana diskusi ini tidak menjurus kepada meletakkan ketinggian martabat, kehebatan dan penyelesaian Islam sebagai dakwah kepada bukan Islam. Sebaliknya, ia seolah-olah medan menarik sokongan terpilih apabila meletakkan Islam dan agama lain pada satu tahap yang sama dengan mendakwa tujuan agama semuanya untuk kebaikan. Malah, Islam bagaikan diberi kata dua agar tidak bersikap eksklusif dengan mendakwa bahawa ia sahaja agama yang baik dan benar. Inilah pluralisme dan inklusif yang tidak diterima dalam aqidah Islam, bahkan merendahkan keseluruhan ketinggian Islam itu.

Keghairahan menarik sokongan politik dari kalangan bukan Islam khususnya dalam realiti politik Malaysia menyebabkan lahirnya pendekatan ‘Islamisasi Tanpa Negara Islam’. Maksudnya, semua kerangka Negara Islam termasuk syariah, hatta nama berkaitan sekalipun, dikesampingkan dari menjadi mesej dengan alasan ia menakutkan sasaran sokongan. Akhirnya, perjuangan PAS dengan doktrin seperti ini sebenarnya bersifat kulit yang hanya bermatlamatkan kemenangan. Sedangkan, kemenangan dalam pilihan raya adalah batu loncatan atau alat ke arah mewujudkan Negara Islam dan melaksanakan syariat.

Lebih nyata, sikap itu menunjukkan ketundukan dan penurutan terhadap kehendak atau kedaulatan rakyat, bukannya patuh kepada perintah Allah yang menyuruh pelaksanaan Islam ke atas masyarakat. Kontradik ini secara perlahan sebenarnya telah membuang dasar PAS dari perjuangannya dan membuktikan kegagalan menyampaikan dakwah, selain menunjukkan Islam hanya menjadi label semata-mata. Kerangka ini bermakna PAS hanya menuju menjadi ‘juara’ rakyat dan bukannya hamba dan khalifah Allah.


Kesan dan Penyelesaian
Kesan semua pendekatan itu ditanggapi sebagai perubahan prinsip asas dan dasar PAS. Doktrin-doktrin ini hakikatnya melahirkan wabak baru apabila penyertaan kepada PAS dilihat sebagai sokongan politik semata dan bukannya sebuah intima’ dan iltizam terhadap seluruh keteguhan PAS sebagai Gerakan Islam. Setiap individu dianggap mempunyai hak untuk bersuara dan menyatakan pendapat hingga membuat keputusan secara bebas, tanpa adanya ikatan wala’ dan bai‘ah. Lebih menggusarkan apabila berasimilasi secara mesra dengan isme yang lain seperti Komunisme, Sosialisme, Liberalisme dan lain-lain.

Ulama bukan lagi individu atau kelompok penting dalam menuju kebahagiaan dunia akhirat dan pembimbing dasar berpolitik, bahkan dianggap pula sebagai penghalang dan penyebab kelemahan PAS. Sebaliknya siapa sahaja yang dilihat mampu menggembleng tarikan sokongan perlu diangkat sebagai ketua dan pemimpin.
Fokus dakwah ke arah menjadikan manusia tunduk patuh kepada suruhan dan larangan Allah juga bukan lagi keutamaan, sebaliknya soal keimanan adalah urusan individu. Hilangnya pembinaan keperibadian muslim, sebaliknya berkembang kebebasan pada banyak aspek diri hingga tidak terbit lagi jati diri qudwatun hasanah.

Akhirnya secara perlahan, hala tuju kepada syariat dan Negara Islam juga menjadi angin lalu. Maka, PAS ketika itu tiada bezanya lagi dengan parti-parti politik lain, melainkan mungkin berimej Islam sahaja.

Sekarang isme ini sedang meresap ke segenap aspek dalam Gerakan Islam PAS. Tidak ada jalan lain untuk terus memelihara kelestarian PAS sebagai Gerakan Islam yang tulin melainkan pasakan tarbiyah unggul berteraskan al-Quran, as-Sunnah, ijma’ dan qias secara mapan kepada anggotanya serta peneguhan dakwah kepada masyarakat.

AHLI PAS SEBAGAI MUSLIM HARAKI


Ustaz Idris hj Ahmad
30/12/13

Cukupkah kita hanya menjadi Muslim yang baik dengan allah, tetapi membiarkan kefasadan yang melanda di dalam masyarakat.

Orang Islam mempunyai tanggungjawab terhadap Islam dan membela Islam di atas muka bumi ini. Haram kita membiarkan Islam dipermainkan dan dihina. Islam tidak iktiraf manusia yang membisu seribu bahasa dan beriktikaf di dalam masjid tanpa mrngambil peduli apa yang beralku sekelililngnya.



Kejhadiran kita sebagai manausia, bukan diminta, tetapi semuanya adalah takdir Allah SWT yang Maha Mengetahui apakah hikmah yang tersurat dan tersirat. Yang jelas kewuduan manusia di aatas muka bumi sebagai khalifah Allah SWT untuk memakmur dan menguruskan bumi ini dengan agama.
In,
Tidak ada siapa yang terlepas daripada tanggungjawab di hadapan allah SWT. mungkin di dunia, ia dapat melpas lari, tetapi tidak di akhirat.

Sabda Rasulullah SAW " Semua kamu adalah pemimpin, dan semua kamu adalah bertanggungjawab terhadap rakyatnya"

Hadis ini sebagai satu penyataan umum kepada kita bahawa semua manusia yang mukallaf bertanggungjawab atas kehidupannya ketika berada di dunia. Mereka boleh memberi berjuta alasan ketika berada di atas dunia, tetapi di akhirat medannya sudah berlainan. Waktu itu amala yang menjadi saksi atas pebuatan mereka.

Muslim Haraki ialah ahli Pas yang telah berjanji setia dan akur kepada Perle,bagaan Parti dan disiplin parti selagi tidak bertentangan dengan syariat. Mereka nersedia untuk melaksanakan amanah parti yang produktif dan mempunyai nilai tambah kepada parti. Mereka bukan ahli yang jumud dan tidak memberi manfaat kepada orang ramai di dalam rangka untuk membina masyarkat Islam dan negara yang berpandukan kepada syariat Allah SWt.

Kita kesti menjadi muslim Haraki, keran ini merupakan sunnah para Rasul yang terdahulu sehingga terpaksa mengorbankan diri mereka semata-mata untuk melihat dakwah subur di atas muka bumi ini. Nabi SAW tidak akan berhijrah ke Madinah jika  baginda merupakan orang yang mempunyai kepentingan diri. Baginda boleh selamatkan diri jika baginda mahu. Sebagaimana tawaran dunia yang cukup lumayan, bukan Jusa A atau Turus.



Pembesar Quraish menawarkan "Wahai Anak Saudaraku jika kamu bawa agama kerana hendak harta kekayaan, maka kami akan mengumpul kekayaan sehingga engkau menjadi orang yang paling kaya di kalangan kami. Jika engkau bawa agama ini untuk hendak menjadi ketua, Maka kami akan tabal kamu menjadi pemibesar di Makkah". Kesemuanya ini ditolak. Kerana apa?. Semuanya ialah kerana baginda bukan hendak menjaga kepentingan diri, tetapi untuk maslahah umum.

Jika baginda mempunyai kepentingan diri, baginda tidak perlu meninggal kampung halaman baginda. Baginda boleh melepaskan diri dengan membiarkan pengikutnya terseksa. Baginda juga boleh menyelamatkan diri sendiri, kerana keliarga baginda adalah golongan kenamaan. Kerana menjadi adat di dalam masyarakat jahiliah cukup menghormati darjat dan keturunan. Mereka malu untuk membuat sebaranagan terhadap batang tubuh baginda.


Muslim haraki mempunyai tanggungjawab yang besar di dalam masyarakat. Kehadiran mereka dirasai dan ketiadaan mereka dirindui. Mereka mengembelingkan tenaga mereka di tengah- tengah masyarakat dengan menjual produk Islam kepada orang lain sehingga terasa Islam itu rahmat untuk semua.  Sabdara Rasulullah SAW
"Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang kuat daya hidupnya (sensitif) di tengah-tengah manusia"


Mereka mesti menjadi juara kepada ummah, bukan sahaja kepada kelompok tertentu sahaja. Mereka begitu sensitif terhadap perkembangan semasa yang membabitkan akidah, ekonomi, politik dan moral.

Muslim haraki bukan sahaja pandai berbicara tetapi tidak melaksanakan. Bukan Muslim Haraki jika hanya pandai mengkritik tetapi tidak membawa penyelesaian. Muslim haraki bukan sahaja pandai menghukum, tetapi mesti menjinakkan mad'u ( sasaran). Di dalam dunia hari ini orang sudah tidak mahu "talk no action" ( bercakap tetapi tidak bertindak). Jangan kita marah jika masyarakat jauh dengan perjuangan kita jika kita hanya berteori tetapi tidak melaksanakan. Jangan kita rasa pelik masyarakat akan mendekatkan diri dengan ideologi lain lantaran kita tidak menjadi Muslim haraki yang menunjukkan suri teladan yang baik. Muslim haraki mesti buktikan mereka adalah amanah kepada harta rakyat apabila diberi amanah.

31 Januari 2014 PERANAN TARBIAH UNTUK MENGGERAKKAN ORGANISASI PAS



OLEH : UST. HAJI IDRIS HAJI AHMAD
            Ahli Jawatankuasa PAS Pusat 2013-2015

1.         Muqaddimah​

            Kejayaan PAS sehingga dapat mencapai umur 62 tahun berada dipersada politik tanahair negara sebagai sebuah parti politik pembangkang amat membanggakan kita. Sukar hendak mencari sebuah parti politik pembangkang yang mampu bertahan sehingga kini. Parti yang seangkatan dengannya sudah menyembah bumi dan terpadam dalam lipatan sejarah. Kehebatan ini hasil daripada kejayaan tarbiah PAS yang diberikan kepada ahlinya dan pemimpinnya. PAS bergerak dengan bermodalkan semangat dan  motivasi balasan di akhirat tanpa bergantung kepada kekuatan benda. Justeru itu peranan tarbiah jangan dipandang remeh untuk menggerakkan organisasi kita. Pemahaman aspek tarbiah yang tepat akan menghasilkan organisasi yang mantap dalam gerak kerja jamaah.

2.         Takrif tarbiah
            Ialah pendidikan yang dilakukan oleh ahli jamaah supaya dapat meresapkan budaya Islam ke dalam dirinya dan mejelmakan semula budaya tersebut di tengah masyarakat  sehingga keperibadian Islamnya terserlah di tengah masyarakat samaada dalam bentuk fikrah, perasaan, amalan harian yang mencerminkan kehidupan seorang Muslim. Sehingga aktiviti hidupnya mencerminkan watak anggota jamaah  yang bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai anggota yang bertugas untuk menggerakkan jamaah Islamiah.

3.         Pembahagian Tarbiah:

3.1      Pertama Tarbiah Ruhiah

            Ialah untuk mendidik anggota jamaah supaya beriltizam dengan ibadah, menanamkan perasaan lazatnya beribadah dan melahirkan jiwa yang puas. Program ini dapat diperolehi melalui ibadah solat, puasa, sedekah, zikir yang ma’thur, tilawah al-Quran, solat malam dan amalan-amalan sunat, melatih tawakkal kepada Allah serta sabar dalam menghadapi tentangan.  Bentuk Tarbiah ini di praktikkan oleh Rasulullah SAW dengan para sahabatnya sewaktu peringkat permulaan Islam. Arahan Allah  dalam Surah Al-Muzammil
Bermaksud
“Hai orang yang berselimut (Muhammad). Bangunlah untuk sembahyang di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), iaitu seperduanya atau kuranglah dari seperdua itu sedikit, atau lebih daripada seperdua itu. Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat” (29:1-5)

3.2      Kedua Tarbiah Thaqafiah

            Tarbiah ini supaya anggata gerakan bertindak waras dan selaras dengan kaca mata Islam. Tarbiah ini akan memberi kesan terutama kepada pendokong gerakan. Bagaimana mungkin seorang itu hendak melakukan ibadah ruhiah jika ia sendiri dalam keadaan jahil dalam perkara ibadah. Malahan kadang-kadang ia menipu orang lain dan menipu diri sendiri. Pengisian ilmu ini bukan sahaja ilmu fardu ain, tetapi juga segala bentuk ilmu yang bertaraf fardu kifayah, agar ahli harakah berpandangan luas dalam hal ekonomi, politik, kebudayaan dan kemasyarakatan. Samaada ilmu yang diperolehi melalui pembacaan atau datang ke majlis ilmu. Tarbiah thaqafiah  ini penting terutama zaman maklumat, kerana pertarungan sekarang ini ialah pertarungan maklumat dan siapa yang paling banyak menguasai maklumat maka ia akan menang.

3.3      Ketiga  Tarbiah Badaniah

            Ini bertujuan ahli Jamaah berada di dalam keadaan sihat dan segar. Apabila sihat ia mudah untuk melakukan tugas dan tanggungawab. Apa akan terjadi sekiranya anggota jamaah yang sering sakit dan tidak sihat. Oleh itu tarbiah badaniah boleh dilakukan dengan apa cara sekalipun selagi ia tidak bertentangan dengan Islam.

3.4      Keempat Tarbiah Siyasiah

            Ia bertujuan untuk mendidik para anggota agar mempunyai padangan yang tepat terhadap politik semasa. Kita tidak mahu jahil dalam sepak teranjang politik. Walaupun kita  mengetahui bahawa politik sekular ini jahat tetapi ia tidaklah bererti kita terpaksa meninggalkan politik.  Dan menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menjernihkan semula suasana politik ini untuk menjadi putih. Dalam konteks muwajahah silmiah yang  PAS ambil maka tektik dan strategi plihanraya adalah perlu kita garapkan dalam kehidupan kita. Justeru itu apabila  menjelang pilihanraya program tarbiah kita lebih menjurus kepada tarbiah siasiah untuk mengetahui secara teratur mengenai susun atur gerak kerja pilihanraya.

4.         Hubungan Tarbiah Dengan Organisasi
            Konsep Tarbiah mesti dihayati dengan seimbang supaya dapat menggerakkan organisasi dengan cemerlang. Akibat pemahaman tarbiah hanya berkisar kepada pembinaan peribadi sahaja tanpa dititik beratkan kepada pembinaan jamaah maka ia akan mendatangkan fitnah yang besar pada jamaah. Seolah-olah apabila organisasi tidak bergerak yang dikambing hitamkan kepada tarbiah bukan kerana penghayatan yang tidak betul.

            Organisasi secara mudah boleh ditakrifkan sebagai kumpulan ahli yang dipimpin oleh kepimpinan menuju kearah suatu matlamat yang diikat melalui prosedur dan struktur perlembagaan. Dalam konteks jamaah PAS yang jelas tertera dalam perlembagaan parti yang meletakkan asas yang kukuh dan jelas untuk dicapai oleh PAS.

5.         Fasal 3. Dasar PAS ialah ISLAM.

            Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam yang lengkap, merangkumi semua perkara samaada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan mati. PAS mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan Negara)

6.         Di Dalam fasa 5. Tujuan PAS ialah:

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan  hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
(2) Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara. ​ ​

            Di dalam fasal ini jelas bahawa PAS berusaha untuk mewujudkan pemerintahan Islam (Negara Islam) sejak dari awal penubuhan lagi yang tidak pernah PAS berkompromi (bertolak ansur) untuk menggugurkan matlamat Negara Islam walaupun pimpinan PAS silih berganti.  Justeru itu gerak kerja PAS adalah satu perjuangan yang suci dan merupakan satu jihad yang memperolehi ganjaran daripada Allah SWT InsyaAllah.

            Secara keseluruhan isu organisasi boleh dilihat sebagai isu kemanusiaan dan mentadbir organisasi adalah mentadbir manusia. Dalam membincangkan faktor kejayaan organsiasi penumpuan akan diberikan kepada faktor manusia tersebut iaitu ahli dan pemimipin.

• Ahli yang bertindak sebagai manusia biasa ia akan rancak bekerja apabila hasil daripada kefahaman tarbiah yang sebenar. Apabila ia merasakan ujudnya unsur-unsur penilaian ke atas dirinya dan pengiktirafan atas usahanya. Kebiasaan dalam konteks PAS ahli PAS merupakan orang yang cukup taat dan patuh kepada oragnisasi dan jamaah. Beberapa usaha untuk merancakkan gerak kerja parti untuk memastikan ahli dapat bergerak dengan baik ialah melalui kegiatan usrah. Usrah merupakan satu saluran yang terbaik untuk memantau dan membuat penilaian atas usaha ahli. Usrah boleh dijadikan sebagai satu medan untuk membincangkan konflik organisasi dan mengurangkan masalah.
• Semua dari kalangan tenaga parti perlu diberi penjelasan tentang objektif suatu program dan tindakan. Kebanyakan kelemahan dalam mana-mana organisasi ialah tergendalanya maklumat (komunikasi) atau tidak ada maklumat. Maka perkara ini yang perlu dititik beratkan oleh tenaga parti. Justeru itu proses tarbiah yang berkesan sahaja yang mampu memperbaiki keadaan ini terutama melalui pertemuan, munaqasyah, liqa’ fikri, tamrin, muhasabah dan sebagainya. Sistem komunikasi yang baik boleh diwujudkan dengan

a. Memberi peluang ahli menyuarakan pendapat
b. Memberi saluran maklumbalas dari ahli untuk pemimpin
c.  Memberi ruang untuk menjelaskan suatu arahan/polisi/dasar.
d.  Memberi maklumat-maklumat yang diperlukan oleh ahli/pimpinan

• Perkara yang lumrah berlaku dalam jamaah ialah konflik antara anggota dan pimpinan. Maka tarbiah berperanan menyelesaikan konflik organisasi. Konflik organisasi berlaku kerana perbezaan nilai, perubahan matlamat, permusuhan peribadi, cemburu, pergelutan kuasa, pertelingkahan kepentingan dan sebagainya. Dari perspektif Islam, konflik organisasi dilihat sebagai krisis kemanusiaan di mana wujud di kalangan manusia anggota organisasi yang gagal menghayati sifta-sifat unggul samaada peringkat pimpinan mahupun di kalangan ahli.

• Melahirkan mereka yang iltizam terhadap Islam dan jamaah. Kesungguhan ini adalah lambang kejayaan mana-mana organisasi terutama jamaah Islam seperti PAS. Kita menoleh sejarah para sahabat Rhidwanullah ‘Alaih yang terkorban syahid dan ada di kalangan mereka yang diseksa namun hati mereka tidak berubah untuk meninggalkan perjuangan Islam. Seperti yang berlaku kepada Yasir dan isterinya Summayyah  Rhadiallahuanhuma, Bilal Bin Rabah, Khabbab. Mereka menggadaikan nyawa dan kesucian Islam dan iltizam mereka yang sangat tinggi dan tidak luntur sedikit pun. Dalam sejarah perjuangan PAS lahirnya mereka yang syahid di Memali seramai 14 orang dan Ustaz Osman Talib petugas PAS dalam pilihanraya kecil Padang Terap ini adalah lambang kerberhasilan PAS dalam melahirkan mereka yang komited dengan gerak kerja PAS.

• Tarbiah membolehkan mereka meletakkan kepentingan jamaah melebihi daripada kepentingan peribadi. Mereka meletakkan bahawa Islam dan jamaah adalah segala-galanya sehingga mereka tidak kisah apa yang ada pada diri mereka. Jika mereka sebagai seorang pekerja dengan kerajaan mereka tidak menghiraukan soal kepentingan pangkat dan kedudukan yang penting jamaah adalah diutamakan dari segalanya. Terpaksa mengorbankan kenaikan pangkat dalam profesion yang diceburi walaupun kita mempunyai merit untuk naik. Tetapi dasar pilih kasih dan tidak demokratik perkara ini perlu dilupakan sahaja. Banyak yang nampak untuk membina kerjaya terpaksa berundur dan melupakan perjuangan walaupun pada asalnya begitu bersemangat. Firman Allah SWT
Bermaksud
​“Alif Laam Mim, Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata “kami beriman” sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan). (Al-Ankabut: 1-2)

• Kesan dari tarbiah melahirkan sifat taat di kalangan ahli kepada perjuangan . Ini adalah satu faktor yang penting. Tidak ada apa-apa makna jika kita mempunyai ahli yang ramai tetapi tidak mentaati arahan jamaah dan kepimpinan. Seperti yang berlaku kepada Bani Israil yang tidak taat kepada arahan Nabi dan Rasul yang diutuskan kepada mereka. Malahan lebih jijik lagi mereka bunuh dan menyiksa Nabi yang diutuskan kepada mereka seperti nabi Allah Zakaria dan Yahya A.S. Kisah yang ditunjukkan oleh Khalid Ibn Walid yang dipecat oleh Saidina Umar dengan diganti dengan Ubaidah bin Jarrah adalah satu pengajaran yang cukup bermakna. Walaupun pelucutan itu berlaku ketika menghadapi peperangan dengan Parsi , lantas Khalid dengan rela hati menyerahkanya dan rela sebagai tentera biasa . Apabila ketaatan yang dihayati di kalangan ahli jamaah maka ia memudahkan untuk melakukan gerak kerja dan menerima arahan dengan mudah dengan ini segala perancangan berjalan dengan lancar.

• Peranan tarbiah melahirkan amilin yang ikhlas kepada Allah SWT dalam perjuangan untuk mengerakkan jamaah di negara ini. Jamaah tidak boleh bergerak seandainya tidak ada semangat ikhlas di kalangan anggota dan pimpinan. Semangat ikhlas inilah yang berjaya dilahirkan dalam tarbiah PAS sehingga mereka berjuang bukan kerana individu tetapi kerana Islam dan jamaah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa PAS telah berjaya menanamkan kefahaman Islam sehingga melahirkan ahli yang ikhlas kepada Allah SWT dalam perjuangan. Inilah kejayaan tarbiah yang dianjurkan oleh PAS. Tidak hairanlah kepada kita beberapa orang pemimpin tertinggi  PAS yang telah mengkhianat perjuangan namun ahli PAS tidak pernah mundur walaupun setapak, malahan ini dianggap sebahagian daripada tarbiah untuk melihat sejauhmanakah mereka yang telah tahan diuji semasa dalam perjuangan. Pemimpin PAS yang keluar daripada PAS hidup menderita apabila mereka melihat sejak ketiadaan mereka PAS semakin berkembang bukan semakin lemah. Ini yang menambahkan barah perasaan dan mental di dalam diri mereka. Fanatiknya ahli-ahli PAS kerana perjuangan dan dasar PAS. Prinsip perjuangan yang tidak pernah luntur daripada Islam. Selain daripada itu keikhlasan yang ada di kalangan ahli-ahli PAS jugalah merupakan sebab Allah mengekalkan PAS dan ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan, 
seperti mana wasiat Allahyarham Prof. Zulkifli Mohammad kepada wakil rakyat pada tahun 1964 sebelum beliau meninggal dunia,

“Saya perlu memberitahu saudara satu daripada syarat kejayaan bagi satu perjuangan ialah keikhlasan. Kita mungkin bodoh, mungkin jahil, mungkin tidak tahu apa,  mungkin tidak kuat. Tetapi keikhlasan ada pada kita, maka ada harapan cita-cita ini dapat dilaksanakan. Tidak ada gunanya kita cerdik , pandai, kuat, sekiranya kita tidak ikhlas apa yang diperjuangkan. Kita sucikan tujuan kita kepada itu. Kita ketepikan kepentingan yang lain dari itu, ini perlu pada kita. Keikhlasan yang tidak ada belah baginya  lagi. Keikhlasan yang tidak mengira yang lain selain dari apa-apa yang kita tuju di dalam perjuangan asal kita. Kejayaan orang yang dahulu pada  diri kita, semuanya pada keikhlasan. Amat perlu keikhlasan ini, kita tanam, kita pupuk pada diri kita” (Mewarisi Kepimpinan Anbiya’ 1991: 7)

Tan Sri Samad Idris pernah membayangkan
“Faktor fanatik kepada perjuangan PAS tidak boleh diketepikan begitu sahaja, mereka setia dengan PAS, mereka sanggup dibakar hangus, direndam basah, dicincang lumat, oleh sebab itu Dato’ Mohd. Asri dan Mohd. Nakhaei keluar daripada parti mereka anggap  melukut tepi gantang”. Utusan Malaysia 13hb. Disember 1990)

            Justeru itu jika di kalangan ahli yang menyertai PAS mempunyai hajat yang lain, orang ini tidak kekal lama dalam perjuangan. Diperingkat ahli, keikhlasan memang tidak dapat dinafikan kerana merekalah tenaga penggerak PAS. Ahli PAS yang datang daripada berbagai peringkat dan darjat. Ahli-ahli PAS ada yang berkelulusan Phd hinggalah yang buta huruf. Mereka menyertai PAS bukan hendak dapat benda tetapi kerana cintakan Islam. Mereka sanggup menerima risiko yang berat daripada pihak yang berkuasa seperti tidak diberikan sabsidi, anak tidak dapat biasiswa, dipotong bantuan kebajikan. Semuanya mereka sanggup menerima  kerana perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Kehadiran mereka dalam program ceramah atau program parti tanpa diupah dan disuruh, sanggup untuk berbelanja berbelas-belas ringgit semata-mata untuk mendengar ucapan pemimipin mereka yang dicintai dan menderma kepada perjuangan  walau hidup mereka kais pagi makan pagi. Keadaan inilah yang memeningkan kepala pemimpin Umno sebagaimana ceramah yang dianjurkan oleh mereka tidak mendapat sambutan walaupun disediakan dengan berbagai kemudahan. Ini tidak lain dan tidak bukan kerana perjuangan PAS serasi dengan tabiat Islam yang ada pada  setiap insan.

• Wehdah adalah satu daripada perkara yang perlu dalam menggerakkan organisasi. Sekiranya berlaku perpecahan dikalangan anggota jamaah menyebabkan jamaah tidak boleh bergerak. Ia hanya boleh bertindak apabila hati-hati-yang dipupuk dan diikat dengan kekuatan akidah di kalangan anggota. Di sinilah letaknya peranan tarbiah dalam menggerakkan jamaah. Apabila sistem tarbiah berjalan dengan baik maka matlamat  bagi setiap kegiatan dinyatakan dengan jelas agar wujud kepaduan dalam tindakan dan objektif. Dengan penglibatan yang bermakna dari ahli dan memberikan rangsangan yang berterusan untuk terus bekerja. Seorang pemimpin mengetahui kehendak-kehendak pengikutnya (dalam setengah suasana, bukan dalam semua keadaan) dan  berusaha untuk memandu pengikut-pengikut  kearah matlamat yang direncanakan. Dengan adanya hubungan baik antara pemimpin dan pengikut sudah tentu dapat mewujudkan kejayaan bagi sebuah organisasi atau pertubuhan.

• Untuk menjamin kejayaan dan keberkesanan berterusan sesebuah organisasi maka perlu dipupuk sifat kerjasama dan toleransi antara pemimpin dan pengikut maka tarbiah adalah jalannya. Pemimpin mesti memainkan peranan penting dalam proses membuat keputusan untuk mempengaruhi orang lain berpelakuan selaras dengan oreintasi jamaah. Barulah orang yang berkerja dalam jamaah merasakan PAS ini adalah hak bersama, jatuh bangun mereka akan bersama. Selain dari itu pemimpin juga berperanan memastikan suatu matlamat atau objektif yang hendak dicapai itu bersifat kolektif. Aspek ini penting kerana tanpa adanya kata sepakat dalam satu-satu organisasi , sudah tentu tidak wujudnya keberkesanan dalam menyusun aktiviti-aktiviti organisasi,

Maka tarbiah boleh memainkan peranan untuk mencapai matlamat tersebut  dengan cara
​a.  Menemukan matlamat organisasi dengan aspirasi individu
   Maksud Hadis
  “Orang yang beriman dengan orang yang beriman yang lain  laksana satu binaan, saling kuat menguat di antara setengah dengan setengah yang lain”

b.  Mewujudkan ukhwah sehingga terbukanya ruang nasihat-menasihati dan ingat mengingati di atas dasar iman.
Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu” (A-Hujurat: 10)
c. Membangunkan ahli sebagai insan dengan menyuburkan sifat-sfat mahmudah dan meninggalkan sifat-sifat mazmumah.​

• Tarbiah berperanan untuk melatih kader-kader dakwah dan petugas parti. Daripada sinilah dapat  di bangunkan potensi yang ada  pada diri masing-masing. Contohnya dalam usrah seorang naqib akan dapat mengetahui bagaimanakah tahap kemampuan ahli usrahnya dan meletakkan di posisi yang layak untuk ditempatkan. Secara tidak langsung boleh merancang, menyelia dan menilai prestasi setiap tugasan yang diberikan kepada anggota organisasi. Pemimpin mesti berkebolehan dalam berbagai aspek kepimpinan, bijaksana dan mempunyai keyakinan diri untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Dengan ini dapat mewujudkan ahli yang boleh memimpin dengan mempunyai daya kreatif dan inovasi untuk merancang program yang boleh menarik orang kepada perjuangan PAS.  Pergerakannya lahir dari dirinya sendiri. Sentiasa berfikir, bergerak dan melakukan sesuatu yang baru di dalam pergerakkannya. Bukan menunggu orang lain menggerakkannya

• Tarbiah melahirkan sifat pengorbanan antara pemimpin dan ahli bawahan. Seorang pemimpin yang baik ia tahan lasak dan bersusah payah dengan ahli dan orang bawahan. Sentiasa insaf dengan kesusahan pengikutnya dan bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib dan cita mereka. Dengan ini akan melahirkan gerakan yang dinamik untuk menggerakkan organisasi. Orang bawahan akan melihat bagaimana pengorbanan yang ditunjukkan oleh pimpinan atasan maka mereka tidak sayang pula untuk menghabiskan wang, tenaga dan buah fikiran untuk jamaah. Mereka merasakan kejayaan dan kegagalan adalah hak bersama, tetapi ia akan berlaku sebaliknya apabila pimpinan tidak menampakkan sifat pengorbanan dan bersifat elit.

• Peranan tarbiah melatih diri seorang supaya ia menghilangkan sikap ego ketika memimpin PAS dengan merai ahli PAS yang berbagai latar belakang. Walaupun beliau bijak macam mana pun dia perlu menurunkan darjat ananiah (keakuanku sahaja) daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jamaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, ahlinya bekerja secara sukarela bukan ada gaji. Apabila ini dapat dibuktikan dalam jamaah insyaAllah ia akan merancakkan organisasi. Sekiranya memimpin PAS dengan sifat ego dan merasakan dirinya pandai dan bijak maka ia tidak akan boleh membawa parti ke arah yang lebih cemerlang. Orang ego dan sombong tidak boleh hidup baik dalam jamaah dan menggerakkan jamaah dengan lebih cemerlang. Malahan akan memalapkan usaha dan perancangan jamaah

• Peranan Tarbiah melahirkan mereka yang menjaga waktu, kerana kejayaan dalam suatu organisasi banyak bergantung kepada soal pengurusan masa yang tepat dan tidak membuang masa. Mereka yang ditarbiah merasakan tidak ada masa untuk melakukan perkara yang lagha (sia-sia). Mereka merasakan bahawa kerja lebih banyak daripada waktu yang ada. Mereka akan menggunakan masa yang seoptima mungkin supaya tidak membazir. Inilah yang diajar dalam program tarbiah dengan dimulai dengan surah al-Asr.

• Tarbiah berperanan untuk mewujudkan ahli dan amilin yang berdisiplin, kerana ia adalah faktor yang penting  untuk menggerakkan jamaah. Tanpa disipilin walaupun kita berada di atas jalan benar akan menemui kegagalan. Peristiwa kegagalan tentera Islam dalam perang Uhud kerana tidak ada disiplin. Kerjasama yang baik dan semangat yang baik dan bertindak secara berjamaah. Walaupun kita mempunyai kekuatan dan kelebihan iatu kekuatan ahli yang ramai, ahli yang taat, kekuatan jihad yang tinggi tetapi jika tidak mempunyai disiplin ia akan menemui kegagalan. Pengusaha-pengusaha kemungkaran boleh bersatu dan berdisipilin untuk menentang Islam dan perjuangannya. Usaha yang bertatatertib bererti seluruh jentera gerakan bertindak menurut peraturan  yang telah ditetapkan oleh gerakan itu sendiri.


Saidina Ali menyatakan “Kebenaran tanpa penyusunan akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun”
• Tarbiah melahirkan anggota yang sedia menegur dan menerima teguran. Jamaah akan lentur apabila tidak ada tegur menegur di kalangan anggota.  Cuma cara teguran itu perlulah ada seni dan adab. Suatu jamaah yang hanya mempunyai pak turut (mengikut apa sahaja dengan buta tuli) ia akan meresapi dengan kesilapan-kesilapan walaupun mereka melalui jalan yang benar. Ini adalah kerana mereka tidak ada orang yang berani menegur. Satu jamaah akan hancur apabila budaya ini  ditutup. Kita melihat apabila Islam menggalakkan tegur menegur di kalangan mereka maka  Islam telah berkembang dengan hebat. Islam berkuasa sehingga dapat menakluki Parsi. Kisah Saidina Umar dengan seorang rakyatnya yang hendak membetulkan kesalahan Umar dengan pedang dan teguran wanita kepada beliau mengenai mahar yang hendak dihadkan patut dijadikan iktibar oleh kita jika mahu parti kita maju. Satu tanggapan yang salah apabila adanya teguran dalam mesyuarat atau muktamar  orang menganggap bahawa ini tidak beradab dan bersopan. Sebenarnya orang yang menuduh demikian adalah orang yang tidak berakhlak Islam dan tidak mengerti tentang Feqh Jama’i. Alhamdulillah budaya tegur menegur dalam PAS masih subur tidak seperti mana parti Umno yang terpaksa metakkan penapis santan dalam mulut para perwakilan untuk ditapis. Kesemuanya ampu dan bodek sahaja semata-mata hendak menjaga kepentingan “rice cooker”. Angapan bahawa pimpinan maksum tidak boleh dikritik ini adalah satu fahaman yang salah.

            Apabila kritikan tidak dibenarkan maka jamaah dan pimpinan  akan mengekalkan kesilapan berpanjangan kerana kesalahannya dilindungi. Tiada perkara lain yang boleh menjejaskan kesihatan sebuah jamaah melainkan apabila semangat tegur menegur  (nasihat menasihati) di dalamnya telah berkubur. Teguran membina ialah alat yang terpenting untuk mengesan segala kesilapan dengan cepat. Dengan demikian usaha untuk mengatasinya pun dapat dilaksanakan dengan cepat. Kita harus ingat bahawa syarat terpenting bagi satu teguran  bukan dengan tujuan untuk mencungkil kesilapan dan menjatuhkan air mata seorang. Sebenarnya teguran akan membawa pembaharuan iaitu perubahan kearah kebaikan.

            Bagi penegur mereka juga perlu kepada disiplin ketika hendak menegur kesilapan seorang. Mereka tegur dengan ikhlas, dan mereka sama-sama membantu mengatasi kesalahannya, jangan merasakan ia hebat dan orang yang ditegur tidak hebat, Teguran mereka ini tidak ada yang lain melainkan hanya untuk kebaikan jamaah. Seandainya akhlak ini tidak ada ia bukan menambah kebaikan malahan akan mendatangkan kemudaratan yang lebih parah kepada orang yang menegur.
Demikianlah pesanan Allah dalam surah al-Asr
“Berpesanlah dengan kebenaran dan berpesanlah dengan kesabaran” (al-Asr 103:3)



Kesimpulan

Peranan tarbiah amat penting untuk menyubur dan merancakkan gerak kerja jamaah. Kerana tarbiah bukan sahaja untuk kita membina peribadi Muslim yang baik tetapi melebihi daripada itu adalah untuk mengukuhkan jamaah supaya dapat menegakkan panji-panji Islam di Negara ini. Semua unsur pengukuhan dalam sebuah organisasi seperti perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian boleh dilaksanakan dengan baik dalam konteks penghayatan tarbiah yang sebenar . Wassalam.

Dibentang pada 31 Januari 2014
Bertempat di Kompleks PAS Negeri Kedah 

Wednesday 5 March 2014

19.PENYAKIT YANG KE-34 AL-KHAUF (KETAKUTAN)


            Penyakit ketiga puluh empat yang menjadi cabaran bagi sebahagian besar kaum muslimin dalam memainkan peranan dan tugas mereka sebagai pemimpin dunia dan membawa mereka ke dalam berbagai akibat dan kesan buruk yang membahayakan, bukan hanya bagi kehidupan kaum muslimin semata, tetapi juga bagi kehidupan umat manusia seluruhnya adalah “ketakutan”.
            Agar orang yang diuji dengan penyakit ini boleh membebaskan diri dan orang yang diselamatkan Allah mampu mencegahnya, hendaknya memahami penyakit ini dari segi berbagai aspeknya.
DEFINISI AL-KHAUF
Secara bahasa al-khauf memiliki beberapa erti :
1-         Ketakutan . Seperti kita mengatakan , Khafa min kadza, bererti “takut kepada             sesuatu”. Akhafahul amra, bererti “perekara itu membuatnya takut”.
2-         Menunggu-nunggu terjadinya sesuatu yang dibenci atau hilangnya sesuatu yang      dicintai. Seperti kita mengatakan , khafa khaufan wa makhafatan wa khifatan,   bererti  “ia menunggu-nunggu terjadinya sesuatu yang dibenci atau    hilangnya       sesuatu yang dicintai”.
            Tidak ada pertentangan antara kedua erti tersebut, kerana menunggu-nunggu terjadinya sesuatu yang dibenci atau hilangnya sesuatu yang dicintai seringkali menimbulkan ketakutan           dan kegelisahan.
            Dari segi istilah,  terdapat perbezaan takrif dikalangan ulama dalam mendefinisikan Al-Khauf meskipun memiliki  persamaan dari segi subtansinya. Berikut ini adalah petikan beberapa definisi mereka:
1-         Abu Hamid Al-Ghazali (wafat tahun 505 h), “Al-Khauf adalah ketersiksaan      hati dan kegelisahannya disebabkan menunggu-nunggu       sesuatu yang dibenci            dimasa depan”.
2-         Abul Qasim Al-Junaid mengatakan , “Al-Khauf adalah menunggu-nunggu         hukuman atas setiap desahan nafas , yakni apabila dipergunakan bukan untuk          mengigat Allah سبحانه وتعالى”.
3-         Sebahagian ulama berkata , “Al-Khauf adalah keresahan  dalam jiwa yang timbul      kerana menunggu-nunggu datangnya sesuatu  yang dibenci atau hilangnya    sesuatu yang diinginkan”.
4-         Al-Kafawi berkata, “Al-Khauf adalah kesedihan dan kegelisahan yang mendatang      kerana menunggu-nunggu sesuatu yang dibenci. Sedangkan Al-Huznu adalah             kesedihan yang datang kerana hilangnya sesuatu yang bermanfaat atau terjadinya sesuatu yang membahayakan”.
            Barangkali definisi yang lebih tepat dan boleh diterima adalah definisi dari Al-Ghazali dan Al-Kafawi, kerana keduanya sesuai dengan Kitab Allah dalam berbagai ayat, diantaranya adalah Firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة البقرة  ayat 277 :  
Yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Imam Al-Baidhawi dalam kitab Anwarut Tanzil berkata, “Ketakutan atas sesuatu yang akan terjadi dan kesedihan atas sesuatu yang sedang terjadi”.

3-         Hubungan diantara , al-khauf, al-khasyyah, ar-rahbah, al-wajal, dan al-haibah 
            Ibnul Qayyim berpendapat bahawa kata-kata ini saling berdekatan  dari segi erti, akan tetapi masing-masing kata bukanlah seerti untuk yang lainnya. Beliau menjelaskan perbezaan itu dengan mengatakan , “Al-Khasyyah lebih spesifik daripada Al-Khauf , kerana khasyyah hanya milik orang-orang yang memiliki ilmu tentang Allah sebagaimana 

Firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة فاطر  ayat 28”
Yang bermaksud : Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

            Oleh itu , khasyyah adalah ketakutan yang diiringi dengan pengetahuan. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: “Sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut di antara kamu kepada Allah dan paling besar khasyyah-Nya diantara kamu kepada-Nya”.
            Al-khauf  adalah gerakan, manakala al-khasyyah adalah kelapangan dada, kesempitan, dan ketenangannya. Contoh: Seorang yang melihat musuh atau banjir, maka ia memiliki dua keadaan.

Pertama , gerakan untuk lari dari bahaya tersebut, dan inilah kondisi khauf. Kedua, ketenteramannya untuk berdiamdiri di sebuah tempat yang tidak  terjangkau oleh bahaya tersebut, dan inilah khasyyah.

            Ar-rahbah adalah keinginan kuat untuk pergi dari sesuatu yang dibenci, yang menjadi lawan bagi perkataan itu ialah Ar-Raghbah yang bererti pemergian hati dalam mencari sesuatu yang diinginkan.

            Al-wajal adalah kegusaran hati kerana mendengar atau melihat seseorang yang ditakuti, baik kerana kekuasaan ataupun hukumannya.

            Al-Haibah adalah ketakutan yang diiringi dengan pengagungan dan penghormatan, serta seringkali pula diiringi dengan kecintaan dan pengetahuan. Sedang Al-Ijlal adalah pengagungan yang diiringi dengan kecintaan.

            Jadi , Al-Khauf digunakan untuk kaum mukminin secara umum, Al-Khasyyah untuk para ulamak yang bijak, Al-Haibah untuk orang-orang yang dicintai, sedangkan Al-Ijlal untuk orang-orang yang memiliki  hubungan rapat.

            Kadar dari Al-Khauf dan Al-Khasyyah ini sangat ditentukan oleh kadar ilmu dan pengetahuan yang dimiliki seseorang.

TANDA-TANDA AL-KHAUF DAN SIKAP ISLAM TERHADAPNYA

Tanda –tanda al-khauf banyak sekali, baik kepada Pencipta ataupun kepada sesama makhluk.

1-        Tanda – tanda khauf kepada Sang Pencipta di antaranya :
      1-Tidak melanggar hal-hal yang diharamkan Allah سبحانه وتعالى, terutama di saat sendirian dan jauh    dari orang lain.
      2- Bersegera bertaubat secara tulus ketika terlanjur melakukan perbuatan                    dosa.
      3-Bersegera melaksanakan  hukum Allah سبحانه وتعالى, walaupun sangat berat dan sulit.
      4-Melaksanakan kewajipan amar ma’ruf dan nahi munkar sebanyak mungkin.
    5-Tetap konsisten dengan sistem Allah سبحانه وتعالىsampai akhir hayatnya dan gejala- gejala yang  lainnya.

2-        Tanda-tanda Al-Khauf kepada sesama makhluk diantaranya :
1-    Mentaati makhluk dalam melakukan kemaksiatan-kemaksiatan kepada Sang Khaliq,bahkan sampai pada batas berusaha mati-matian untuk melakukan kemaksiatan tersebut     demi mencari redha sang makhluk meskipun mendatangkan kehinaan dan celaan baginya.
            2-         Enggan melaksanakan kewajipan jihad, amar makruf dan nahi munkar.
            3- Suka mencari-cari kesalahan kaum muslimin dan menyingkap aib mereka tanpa                           alasan yang dibenarkan.
        4- Meninggalkan kerjasama dengan para pejuang yang membela agama Allah  سبحانه وتعالى.
5-Menghasut para aktivis yang membela agama Allah pada musuh-musuh         mereka, kerana adanya arahan, perasaan malas, atau perasaan cinta      kepada musuh-musuh ini.
SIKAP ISLAM TERHADAP AL-KHAUF
            Sebagaimana diketahui bahawa al-khauf ada kalanya ditujukan kepada Sang Pencipta dan ada kalanya kepada sesama makhluk . Oleh kerana itu, sikap Islam terhadapnya juga berbeza.
            Al-Khauf kepada Sang Pencipta akan mampu mencegah seseotang dari hal-hal yang diharamkan Allah سبحانه وتعالى, mendorongnya untuk mentaati-Nya, bertaubat secara tulus ketika terlanjur bermaksiat, melaksanakan hukum Allah walaupun berlawanan dengan keinginan hawa nafsunya. Begitu juga mendorongnya untuk menunaikan kewajipan jihad, amar makruf dan nahi munkar, serta sentiasa konsisten dengan sistem Allah سبحانه وتعالى hingga akhir hayatnya. Inilah bentuk Al-Khauf yang baik dan terpuji, yang Islam telah menyerunya, baik secara jelas maupun tersirat, baik secara langsung ataupun  tidak.

Firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة آل عمران   ayat  175
Yang bermaksud : Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman.

Firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة النحل   ayat  51

Yang bermaksud : Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.

Firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة المائدة    ayat 3  

Yang bermaksud : Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu

Firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة الرحمن    ayat   46

Yang bermaksud : Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga.


Firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة النازعات    ayat   40-41

Yang bermaksud : 40- Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu. 41-Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.


Firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة الإنسان    ayat   10

Yang bermaksud : "Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut".

            Aisyah , Ummi Mukminin  Isteri Nabi صلى الله عليه وسلم berkata, “aku bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengenai ayat ini : Orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut , apakah mereka ini adalah orang- orang yang meminum arak dan mencuri ?” baginda صلى الله عليه وسلم menjawab, “Tidak, wahai putri Ash-Shiddiq, mereka adalah orang-orang yang berpuasa, menunaikan shalat , dan bersedekah, akan tetapi mereka merasa takut semua tidak diterima oleh Allah dari diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang bersegera menuju kebaikan”.

            Sedangkan al-khauf  yang mendorong seseorang berputus asa dari rahmat Allah سبحانه وتعالى , enggan menunaikan kewajipan , dan mensia-siakan misi hidupnya di muka bumi, maka itu adalah al-khauf  yang buruk dan tercela.


Firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة يوسف    ayat   87
Yang bermaksud : dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".


Firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة الحجر   ayat 56
   
Yang bermaksud : Nabi Ibrahim berkata: "Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat".

            Sedangkan al-khauf kepada sesama makhluk yang boleh membuatnya enggan menunaikan kewajipan atau melanggar hal-hal yang haram tanpa adanya pemaksaan dan  keadaan darurat, itulah al-khauf yang buruk dan tercela.

Firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة الأحزاب   ayat  37

Yang bermaksud : dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya)


Firman Allah سبحانه وتعالى dalam سورة الأحزاب   ayat  39
Yang bermaksud : (Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah. Dan cukuplah Allah menjadi Penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka).

  
Disediakan oleh,
Lajnah Tarbiah Dan Pengkaderan PAS Kedah
27 Februari   2014  -  27 Rabiul Akhir 1435

Pej : 04-748 1125                                              H/Phone/ WhatsApp/Telegram                  : 019-551 5985
Email :  tarbiahkedah@gmail.com                                Blog : tarbiahpaskedah.blogspot.com